25 August 2014

Hujan Bukan Sekadar Mutiara


Nak tau tak apa yang seronok apabila turunnya hujan? Ye.. ramai yang akan cakap, tidur lagi best bila suasana hujan yang dingin.. Tapi bagi aku lain pula. Aku lebih suka jika dalam suasana hujan, tengah free tiada kerja nak dibuat dan dalam keadaan santai, aku akan bancuh secawan kopi dan duduk di tepi tingkap.

Sambil melewati setiap titisan hujan yang turun, aku memandang lebih jauh ke dalam kehidupan aku sendiri. Bunyi setiap titis hujan yang jatuh menenangkan. Kedinginan yang bersulam kesuaman haba tanah yang naik ke atas langit sungguh mendamaikan. Di saat itulah baru aku sedar, kadang-kala kita kena ambil kira kehidupan kita walau sekecil mana sekali pun dan pastikannya berbaloi.

Di saat itu juga aku teringatkan masa-masa yang telah berlalu. Bagaimana aku menangis, marah, gembira dan kecewa di dalam kehidupan yang sementara ini. Aku merenung jauh di dalam sanubari ke mana arahnya diri aku nanti. Di masa hadapan, apakah yang terjadi kepada diri aku ini? Apakah aku akan berjaya? Apakah akan tersungkur? Memikirkan masa depan pastinya akan meninggalkan tanda soal yang sangat besar kerana kita semuanya insan. Tidak akan tahu apa yang akan terjadi nanti.

Di tepi tingkap melihat hujan juga membawa aku kembali ke zaman kanak-kanak dan remaja.

Sungguh cepat masa itu berlalu. Terasa macam baru semalam aku dan ibubapaku hantar ke sekolah. Masih lagi terasa setiap pukul 7.30 pagi loceng pertama sekolah akan berbunyi menandakan semua murid harus mula bergerak ke tarmac sekolah sebelum perhimpunan dimulakan. Tangan ini masih menggigil takutkan cikgu akan memarahi aku sekiranya kerja sekolah tidak siap.

Masih lagi berlegar dalam kepala bagaimana perasaan pertama kali jatuh hati kepada pelajar perempuan kelas sebelah. Bagaimana seronoknya hantar surat melalui "posmen" yang boleh dipercayai. Perasaan pertama kali berjumpa di balkoni sekolah dan mula berkenalan dengan lebih lanjut. Ahh.. ia sesuatu perasaan yang suci. Sesucinya diri ini yang tidak pernah alami perkara ini sebelumnya dan mengetahui bahawa terdapat pelbagai lagi cabaran yang akan dihadapi nanti. Dan perasaan menghadapi cabaran putus cinta sehingga kini masih terasa sakitnya. Yang sedikit sebanyak mengubah diri ini menjadi lebih kuat.

Sesekali angin yang lembut membawa tempias hujan yang jatuh ke atas bumbung. Angin itu lembut menghembus muka ku dengan nyaman dan damai. Aku terasa usapan tangan ibuku di ubun-ubun sewaktu aku demam dan sakit suatu ketika dahulu. Betapa mulianya seorang ibu yang mengasihi anaknya. Yang sanggup tidak tidur untuk menjaga kita. Yang menangis apabila kita menangis. Yang gembira pabila kita ketawa. Tiada cinta antara manusia yang dapat menandingi cintanya seorang ibu terhadap anak-anaknya. Cinta itu tiada gantinya. Cinta itu sungguh murni. Cinta itu dianugerahkan satu.

Sambil menghirup air kopi yang panas itu, kehangatan air itu masuk ke dalam tubuh ini menentang suasana sejuk yang bermain di luar. Ia mengingatkan aku betapa selama perjalanan hidup ini, pelbagai cabaran telah aku lalui. Segala macam dugaan dan ujian telah diturunkan oleh yang Maha-Esa terhadap diriku sebagai bukti cintanya kepada hambanya yang lemah ini. Banyak dugaannya membuatkan aku terjatuh. Membuatkan aku tersungkur. Membuatkan aku hilang arah. Namun akhirnya, Dia lah juga yang menyelamatkan aku. Jika tiada kasih sayang-Nya, mana mungkin aku masih menikmati kehidupan yang aku ada ini.

Di situ juga aku memikirkan bagaimana aku ingin corakkan perjalanan aku seterusnya. Di hati ini mempunyai pelbagai impian dan azam... sebagai manusia biasa sememangnya segala azam dan impian itu adalah ke arah kebaikkan. Namun... siapa kita untuk menentukan masa depan? Siapa kita untuk menyangkal ketentuan?

Apa yang kita boleh lakukan adalah tawakkal. Kerana tiada daya upaya kita selain berusaha dapat mengubah hala tuju kita.

Tanpa ku sedari... hujan pun berhenti. Kini sinar mentari kembali. Menyeru untuk bangkit dan lakukan apa dihajati.


22 August 2014

22 OGOS 2014: Malaysia Berkabung.


Hari ini kita semua bersedih di atas ketibaan jenazah mangsa nahas MH17 yang meninggalkan titik hitam dalam sejarah negara kita.

Tiada air mata dapat menandingi kepiluan yang dirasai oleh keluarga dan sahabat handai mangsa. Tiada kata yang mampu diluahkan bagi memulihkan hati yang lara. Tiada daya kita menentang takdir yang telah dicoretkan oleh-Nya.

Apa yang mampu kita lakukan adalah berdoa supaya roh mereka yang ditimpa tragedi ini, dirahmati dan diberkati oleh yang Maha Esa. Sesungguhnya, Dia lah sebaik-baik perancang.

al-Fatihah dan salam takziah.

21 August 2014

ICE BUCKET CHALLENGE. Apa Yang Perlu Kita Tahu.


ICE BUCKET CHALLENGE.
(Please do not hesitate to correct me if I'm wrong.)

Ice bucket challenge ini pada asalnya datang dari satu niat yang murni. Ketengahkan suatu penyakit rare yang semakin lama semakin berkembang iaitu ASL. Apa itu ASL? Ia merupakan singkatan kepada Amyotrophic Lateral Sclerosis atau lebih dikenali sebagai Lou Gehrig's Disease. Penyakit apa?

Ia adalah satu penyakit dimana saraf motor dalam badan semakin 'mati' dan ia berkembang secara berperingkat. Dari kegagalan menggunakan tangan dan kaki sehingga sukar bernafas, bercakap, mata tidak berfungsi dengan baik dan kegagalan menelan sehingga akhirnya mengakibatkan kematian. Kalau anda pernah menonton drama series Jepun bertajuk 1 Litre of Tears, barangkali anda akan dapat gambarannya.

Penyakit ini tidak berjangkit dan ia memilih mangsanya melalui mutasi ginetik. Kalau nak explain mutasi ginetik maybe agak techical sangat, just let say, ginetik-ginetik turun temurun dan ginetik 'rosak' terkena pada mangsa yang tidak berdosa. Ye.. ia merupakan satu penyakit yang kejam dan sehingga kini masih BELUM mempunyai penawarnya. Jika dahulu ratio penyakit ini adalah 1 dalam 10,000 orang, kini semakin lama kadar itu menjadi semakin tinggi.

Penyakit ini dah lama dah tetapi kenapa tidak famous dikalangan kita? Sebab.. ia merupakan satu penyakit di mana kes-kes nya terpencil dan bilangannya sedikit. Malah tidak berjangkit. That's why bagi kita yang tidak terkena ASL ni, barangkali tidak ambil tahu pun. But believe me... bagi keluarga dan mangsa ASL ni.. the struggle is real.

So.. apa ke bendanya ASL Ice Bucket Challenge ni?

Ia merupakan sebuah event di mana mereka akan menjalankan cabaran ini setelah dicabar oleh orang yang melakukan cabaran ini sebelumnya. Dan setelah cabaran itu dilakukan, mereka juga dapat hak untuk mencabar orang lain melakukan perkara yang sama dalam tempoh masa 24 jam. Jika tidak sahut, maka orang yang gagal jalani cabaran ini harus derma 100 dollars kepada tabung dana ASL ini untuk tujuan penyelidikan untuk merawat ASL.

So it's like two channel win. Selain dapat mengembangkan awareness terhadap ASL, dana juga dapat dikutip melalui event ini. Challenge ini telah dijalankan oleh selebriti-selebriti terkenal serta atlet sukan dalam mengembangkan awareness terhadap ASL. Dikatakan mereka kini melakukan cabaran ini secara suka-suka sahaja dan tetap juga menderma terhadap tabung tersebut.

So before ada para jihadist or anyone nak cakap benda ni lagho atau sekadar trend sahaja, better ketahui dahulu niat asal event ini berlangsung.

Tetapi pernah terfikir tak kenapa ICE BUCKET CHALLENGE? Bukan cabaran makan donut atau burger ke ataupun perkara-perkara bodoh orang Amerika suka buat time takde kerja? Ye.. sebenarnya ia bersangkut paut dengan penyakit ASL ni.

Mangsa penyakit yang kejam ini, mengharungi satu kehidupan yang memeritkan apabila satu-satu fungsi tubuh badan mereka semakin tidak berfungsi. Apabila sistem motor tubuh badan yang menggerakkan otot semakin lemah, maka mangsa akan berada dalam state yang sejuk kerana saraf motor semakin lemah. Mereka akan kelihatan menggigil kesejukan dan tidak mampu untuk menggerakkan tubuh mereka. Kejam kan?

So ice bucket challenge ini, adalah untuk diambil iktibar dan rasai sendiri keperitan yang dihadapi mangsa ASL ini.

Pada pendapat aku, jika korang nak buat cabaran ni, no prob. It's proven bagaimana challenge ni dapat spread awareness dengan berkesan di serata dunia lebih-lebih lagi apabila nama-nama terkemuka pun participate seperti Mark Zuckerberg, Lionel Messi, Adam Sandler dan sebagainya. Tapi... jangan sampi lupa niat asal challenge ini dibuat serta menjatuhkan maruah korang. Jangan la nak buat cabaran ni sambil berbogel dan sekadar viral sahaja. Letak batasan agama dahulu, kemudian buat. Faham-faham sendiri ye. :)

Bersama kita fight against ASL!



12 August 2014

Curtain Close: Robin Williams Found Dead From Apparent Suicide. He was 63.


What can I say? Pagi yang gelap semakin gelap apabila bangun dan terbaca mengenai pemergian salah seorang pelakon komedi yang aku minati iaitu Robin Williams.

Beliau dijumpai tidak bernyawa dan disyaki mati di atas asphyxia (udara tidak sampai ke paru-paru). Polis yang handle kes ini mengesyaki kematian ini barangkali akan di klasifikasikan sebagai bunuh diri. Menurut keluarga Robin Williams, pelakon komedi itu sememangnya mengalami depressi yang tinggi sejak beberapa ketika dahulu. Dan ini kemungkinan menjadi punca mendiang ingin membunuh diri.

Well, what can I say?

Kadang-kala apabila kita mempunyai segalanya, ia mungkin masih tidak mampu mengisi kekosongan dalam hati jika tidak berlandaskan apa-apa. Apabila kita terlalu "hidup" di dunia tiada kepercayaan terhadap agama yang kuat, kita akan menjadi lemah sehingga tewas kepada diri sendiri.

Aku sedih kerana mendiang adalah salah seorang yang paling banyak memberikan inspirasi kepada masyarakat melalui lakonan, mesej-mesej yang disampai menerusi filem. Namun, ia masih memberi satu pengajaran kepada semua iaitu,

"Kadang-kala senyuman dibibir, mampu menyorokkan hati yang sedih".

06 August 2014

Perihal: Boikot Memboikot Yahudi. Apa Yang Perlu Kita Tahu.


ISU BOIKOT : "CARA HIDUP YAHUDI VS PRODUK YAHUDI "

Soalan: yang mana lebih utama,boikot cara hidup yahudi atau boikot produk yahudi?

Jawab: dua-dua afdal..

Soalan: tapi yang mana lebih utama?

Jawab: boikot cara hidup mereka...

Soalan: kenapa?

Jawab: seluruh kehidupan Nabi S.A.W memboikot kehidupan yahudi dan nasrani,kalau Nabi S.A.W nampak yahudi pakai kopiah,Nabi S.A.W arahkan para sahabat pakai serban,Nabi S.A.W nampak orang arab jahiliah pakai jubah meleret,Nabi S.A.W arahkan para sahabat potong jubah dan seluar mereka hingga terdedah buku lali,Nabi S.A.W dpt tahu yahudi puasa 10 muharam,Nabi S.A.W arahkan para sahabat puasa 9 dan 10 muharam,dan banyak lagi pemboikotan Nabi S.A.W terhadap cara hidup yahudi nasrani.

Soalan: tapi kenapa zaman sekarang orang sibuk nak boikot produk yahudi je tapi kehidupan mereka tak ubah/sama seperti yahudi?

Jawab: itu salah faham agama yang besar sebab Nabi S.A.W dulu tak boikot produk yahudi bahkan banyak hadis menceritakan Nabi S.A.W dan sahabat bermuamalah dengan yahudi nasrani...tapi zaman sekarang kita boikot produk yahudi JUGAK kerana kebencian kita terhadap kezaliman mereka membunuh saudara kita,bahkan juga kerana tidak mahu menyumbang wang kepada mereka untuk beli senjata dan bunuh saudara kita tapi boikot produk tanpa boikot cara hidup mereka ialah khilaf sunnah Nabi S.A.W yang besar.

Soalan: jadi apa patut kami buat?

Jawab: buatlah dua2,tapi yang lebih penting dan yang lebih diutamakan baginda Nabi S.A.W ialah memboikot cara hidup yahudi nasrani....pahala memboikot cara hidup yahudi insyaallah lebih besar kerana ia perjuangan Nabi S.A.W dari mula hidup sampai wafat berbanding boikot produk mereka yang kita tahu secara logiknya nampak memberi kesan tapi sebenarnya mereka sudah bersedia untuk hadapi pemboikotan seluruh dunia,dalam masa yang sama yahudi sangat gerun jika umat islam kembali kepada Allah,penuhkan masjid,hidupkan malam dengan nama Allah,hidupkan amalan sunnah,menjaga aurat,menjaga pergaulan lelaki perempuan dan yahudi tidak dapat bertahan jika itu yang DISIBUKKAN OLEH UMAT ISLAM SEDUNIA..baca qunut nazilah yang diajar Nabi S.A.W ketika dapat khabar berita penderitaan saudara islam yang jauh lebih berganda2 dapat menarik nusratullah (pertolongan Allah) kerana ia diajar Nabi S.A.W...tapi apa2 pun,semua usaha yang baik itu baik dan kita jangan tinggalkan kebaikan,cuma kita UTAMAKAN yang Nabi S.A.W ajar dulu kerana Nabi S.A.W itu imam kita...

Let's Interact!

me>