Malam semalam merupakan satu malam yang tenang. Angin agak kuat. Tapi tiada pula hujan atau awan yang mendung di langit. Terang bederang bintang-bintang di atas sana. Aku baru je hantar wife aku ke dobi dan bergerak ke pusat tuisyen untuk fetch adik aku pulak.
On the way ke pusat tuisyen tersebut, aku menaiki kaki bukit di Ukay Perdana tu. Keadaan jalan agak kelam sebab lampu jalan ada yang tak hidup. So, keadaan agak janggal sikit aku rasa semalam. Tapi aku just pandu je la macam biasa. Sampai di satu simpang tu, tiba-tiba je ada kerana masuk dan cuba masuk lane aku dari sebelah kanan. Aku tak pasti kereta apa tapi pada sekilas pandang aku, kereta jenis sedan ala-ala camry yang di custom paint kan macam kereta team-team drag.
Keadaan jalan di ketika itu sungguh suram... aku mengelak ke kiri dan dalam keadaan panik memijak pedal break dengan sekuat hati sebab aku bimbang kalau-kalau kereta aku tergelincir dan melanggar divider. Dan dalam kereta yang sedang hiruk ke kiri dan break mengejut tu, ada sebuah motor yang dinaiki oleh sepasang suami isteri aku agak sebab terdapat seorang budak kecil ditengah-tengah bersepah cuba elak kereta aku dan memintas depan kereta aku dengan keadaan selamat. Mungkin mereka berada di lane kiri dari tadi tapi aku tak perasan. Dan melihat kereta aku tiba-tiba swing begitu, mungkin si suami itu sempat mengelak dan memintas kereta aku daripada dihimpit ketepi. Kereta durjana yang masuk simpang tanpa melihat kereta aku ni dan tak participate samaada aku tengah laju atau tak tu menghilang ditelan kegelapan.
Alhamdulillah... tiada kemalangan yang berlaku. Namun ia meninggalkan sedikit kesan kepada aku.
Life as we know it, sangat-sangat fragile.
Any split second boleh tukar situasi yang sangat berbeza. Ye.. it just takes no more than 1 second untuk ubah keadaan. What if dalam split 1 second tu aku tak berjaya hentikan kereta dan terus langgar divider dan terus terbalik kereta aku serta masuk longkang? What if dalam 1 second tu, aku tak berjaya elak kereta yang masuk simpang tu? What if dalam 1 secong tu, motor itu tak sempat elak kereta aku dan akhirnya bertembung sehngga satu famili tercampak?
Aku baru je hantar wife aku ke dobi dan beliau menunggu aku untuk jemput dia semula. What if dalam 1 second tu terjadi apa-apa kat aku? Dan ayat terakhir yang aku sempat cakap pada beliau "Sayang gerak dulu". Dan beliau yang lihat aku sihat walafiat sebelum aku gerak tu merupakan gambaran terakhir beliau kepada aku yang masih hidup?
Adik aku sedang tunggu aku untuk fetch dia dari pusat tuisyen. What if dalam split 1 second tu terjadi apa-apa pada aku, aku tak sempat nak fetch dia dah. Pesanan "Nanti abang ambil" merupakan ayat terakhir aku keluar kepada beliau? Dan gambaran beliau melihat aku pandu selepas drop beliau itu merupakan gambaran terakhir beliau terhadap aku?
Everything changes kan?
So... life is so uncertain. Kita tak tau samaada siapa yang akan pergi dulu. Kita selama ni just hidup dengan satu perspektif dalam minda yang kita akan hidup sampai tua, dan akhirnya meninggal disebabkan sakit tua. Sebab kita hidup semata-mata masa depan sahaja.
Namun, adakah kita hargai setiap saat yang hidup sekarang. Sekarang. This very moment.
Sebab our death can be anywhere dan anytime. Hargailah setiap orang dan sentiasa berkata baik kepada mereka walaupun sedang marah. Sebab kita tak tau.. apa perkataan yang terakhir kita akan cakap pada mereka. Kita tak tau gambaran terakhir bagaimana kita akan tinggalkan untuk mereka. Dan kita tak tau apakah perasaannya mereka bila kita pergi begitu sahaja tanpa mengetahui atau mendengar kita sayang pada mereka dan hargai mereka...
Kita hidup tak semestinya sampai ke tua.
Kita mungkin tak terfikir...tapi itulah kebenarannya.
No comments:
Post a Comment