13 February 2015

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia. Negara Kehilangan Ikon Lagi. Malaysia Bersedih.


Innalillahi wa innalillahirajiun..

Al-Fatihah kepada allahyarham Mantan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia malam semalam..

Baru sahaja kita digemparkan dengan kepemergian allahyarham Datuk Hasbullah Awang pagi semalam, kini Tuan Guru pula dijemput Illahi..

Takziah kepada keluarga beliau dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.
Tak kira kita berpandangan politik yang mana, namun beliau juga seorang saudara Islam dan seorang berjiwa patriotik..

Negara kita hilang lagi seorang ikon negara.

Jenazah Allahyarham di solatkan di Masjid Pulau Melaka di sebelah rumahnya pada jam 9.55 pagi.
Post a Comment

Let's Interact!

me>