26 January 2010

Fashion: Body Modification

hai bertemu sekali lagi.. di segmen "Fashion" utk pertama kali ini, saya ingin mempertengahkan satu kegilaan 'fesyen' masa kini yang asalnya digemari di negara barat tapi semakin lama semakin mendapat tmpt di negara kita iaitu "Body Modification (BM)" atau dalam bahasa ibundanya, Modifikasi Tubuh. Apa itu BM? mari kita sama2 lihat... (beware: the pictures content in this segment could be graphical and not suitable of views under 13).

BODY MODIFICATION


Lihat saja gmbr di atas, pasti anda semua tertanya kan, "tak sakit ke magkuk ni wat mende cmni kt kepala dia?" well, andai dilihat begitu, mmg sakit la nmpknya. Bukan saja semasa process dan tubuh dia saja yg sakit, malah kemungkinan sekali mentalnya juga sakit. BM ni terdiri drpd beberapa kategori iaitu:

a) Explicit Ornament (Perhiasan Melampau)
b) Surgical Augmentation (Perimbuhan Surgeri -(ibarat plastik surgeri punyer kes))
c) Removal or Split (Pembuangan atau Pembelahan)

Terdapat beberapa lagi yg boleh dikategorikan di dalam BM ini tapi yg paling famous buat masa sekarang adalah seperti yang di listkan sebentar td. Setahu saya, org2 awal yang membuat BM ini adalah golongan2 asli di serata dunia. Mereka membuatnya kerana kepercayaan, bagi menonjolkan kekuatan puak dan sebagainya. Ini termasuk orang2 asli di Malaysia.













Tapi sekarang ni, golongan2 muda di serata dunia bahkan ada di Malaysia sendiri membuat BM ini semata hanya fesyen dan kepercayaan rohani yang tersendiri. Kononnya buat semua ni, dapat mengenali diri dengan lebih dekat serta dapat menilai sejauh mana kemampuan tubuh badan sendiri untuk menahan kesakitan. (bagi saya bullshit).


a) Explicit Ornament (Perhiasan Melampau)

Terdapat beberapa kategori lagi dalam explicit ornament. Dan antara yang paling popular dikalangan mereka adalah:
1. Body Piercing (Penindikan Badan)









2. Pearling (masukkan sesuatu mcm mutiara dalam bdn supaya nmpk timbul)

saya tau.. tak senonoh kan?










3. Eyeball Jewelry (Hiasan di biji mata)











b) Surgical Augmentation

Surgical augmentation ni lebih kepada normal punya kes. Org2 biasa pun ada buat seperti:
1. Breast implant (implan payudara)

















2. Botox (ye, ini juga tergolong drpd body modification ye)












c) Removal or Split (Pembuangan atau Pembelahan)

Secara lazimnya, pembuangan atau pembelahan ini popular di kalangan remaja yang mengikut trend yang ntah aper2 ni. Berikut adalah fesyen yang paling common sekali:

1. Tongue Spliting (Pembelahan Lidah)









2. Trepanning (Membuat satu lubang di tengkorak)











Tgk daripada gmbr2 ni, anda pasti rasa geli kan? tapi apa nak buat? Dunia sekarang amat pelik. Ada yang buatnya kerana kepuasan diri sendiri, ekspresi n luah rasa hati, ingin mencuba dan sebagainya. Terdapat byk lagi BM yang boleh dilakukan, dan ye... sumernyer amat sakit seperti tattoo, branding, dan sebagainya. Tgk cth2 gmbr dibawah ye:



 Eye Tattoing






 Body Corset













 pearling, and cyborg-ing?













 Tattoing









 Explicit Implant







Bagi penganut Islam, saya tegas di sini ye, Body Modification adalah haram!! Kecuali beberapa kategori iaitu:

a) Sunat - bagi lelaki ataupun perempuan
b) Implant atau pembedahan plastik (dgn syarat atas tujuan kesihatan, bukan sbb berhias)

Jadik, saya tak kesah andai org di luar sana ckp tak cool ke, tak sporting ke, kolot ker, aper ke, tapi yang pasti, my own opinion on this, sama dgn gmbr di bawah:


















Ps: Dah macam lembu pun ada kan?

25 January 2010

Pengumuman Ringkas: New Name!!



Pengumuman:

Blog ini telah ditukar nama ye? Andai anda mencari-cari Opiniblog, maka anda berada ditempat yang betul.. kerana, Opiniblog kini adalah The Kufazuke Show!!...

link pun sudah diperbaharui iaitu,
thekufazukeshow.blogspot.com

Dan satu lagi, blog saya yg terdahulu still berjalan ye.. di harap anda akan melawat blog tersebut juga di,

kufazriesyah.blogspot.com

Harap maklum.














Kufazriesyah,
The Producer

24 January 2010

Info Sukan: Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Paling Busuk

Hye selamat datang ke segmen "Info Sukan". Apa kali ini, saya akan mempertengahkan satu team bola kebangsaan yang pada mata saya amat busuk sekali? Busuk? Dari segi apa?


Ye, dari segi system perbadanan bola sepak itu sendiri serta betapa mereka gunakan jalan pintas dalam memantapkan pasukan kebangsaan mereka. Dan saya rasa anda tau pasukan apa yang saya ingin cakapkan? Tak lain dan tak bukan,


pasukan bola sepak kebangsaan Singapura
oleh Badan Bola Sepak Singapura (FAS)


Kenapa team ni plak yang dipanggil busuk? Ok.. untuk itu, kita lihat dulu senarai pemain mereka dahulu.


Jadual tersebut diambil secara terus daripada Wikipedia (thanks Wiki).


Ok.. Setahu saya, bangsa yang betul2 secara awalnya duduk di Singapura adalah orang2 Cina, Melayu, India dan beberapa orang Asia lain. Tapi kalau anda lihat sendiri di dalam barisan skuad mereka, terdapat nama2 yang sememangnya bukan dari Singapura. Ada dari England la, Nigeria la dan sebagainya... Nampak? takpe2 nanti saya akan jelaskan satu2 pemain yang diatas tu ye.. tapi sebelum tu, nak tau satu benda tak? Ha.. Badan Kemajuan Bola Sepak Singapura ada satu skim... skim yang amat licik dalam menguatkan skuad bola sepak kebangsaan mereka iaitu "Singapore Foreign Talent Scheme (FST)". Skim ini bertujuan untuk menaikkan taraf bola sepak kebangsaan mereka kerana secara zahirnya, mereka tidak dapat mencari atau jumpa pemain2 bumiputra mereka yang boleh bermain bola dengan baik. Jadi, skim ini adalah bertujuan untuk menarik minat orang2 luar supaya tukar kewarganegaraan untuk bermain dalam skuad kebangsaan Singapura. Giler tak giler? Dalam objektif jelas FST semata di launch dulu oleh Badan Bola Sepak Singapura (FAS), mereka ingin menarik 2-3 org warga asing dalam setahun. Bayangkan sekarang... berapa ramai yang main dalam skuad Singapura yang bukan anak jati Singapura? Bagaimana dengan anak jati mereka? Dapat chance main tak dalam skuad kebangsaan sendiri? Ha.. pandai2 korang la pikir FAS!!


Skuad "modified" Singapura

Ye la kan... ingat ni kelab bola ke? boleh main import2? Apa ada pada Skuad negara andai pemain2nya bukan org yang btul2 lahir kt negara tu? Tak ke rasa diorg ni main tipu? Andai diorg masuk World Cup pun, saya pasti takde saper yang respek dengan cara diorg dapatkan... Next, jom tengok antara mereka yang dalam skuad ni hasil drpd "skim tipu cepat power" mereka. (Sila klik nama mereka untuk maklumat lanjut).

Daniel Bennet - Defender skuad Singapura yang asalnya orang England. Dalam masuk skuad Singapura dalam 2002. Hm... saya agak yang dia ni, rasa tak bagus main macam Frank Lampard, Wayne Rooney or John Terry.. tapi nak main England tak dapat... So, mmg amik la peluang licik ni...


Agu Casmir, Precious Emuejeraye, Itimi Dickson  - Dalam tahun 2004, mereka diberi kewarganegaraan dan dibolehkan bermain dalam skuad Singapura. Agu dan Itimi dalam posisi striker manakala Precious pula dalam posisi defender. Oh ye, mereka bertiga sumer berasal dari Nigeria. Dah takleh jadik sehebat Mikel atau Okocha... tu pasal la... Masuk negara orang lain.. tak malu ker?




Shi Jiayi - Seorang pemain midfielder yang dilahirkan di China dan dapat masuk skuad Singapura hasil daripada skim FST ni. Mereka ni tak malu ke yang nampak sangat anak2 jati Singapura tak reti main bola dan mintak tolong dari org2 yang rata2 negara asalnya mmg power dan masuk World Cup?


Aleksandar Đurić - the worst one... lahir kt bosnia (asalnya pelari 1500m utk Bosnia skuad dalam 1992 Summer Olimpik kt barcelona) convert jadik singaporean semata utk main skuad bola singapore. Dlm satu friendly game lwn Bahrain, Indra Sahdan n Lionel Lewis tak dpt main, dia jadik kapten... bermakna skuad Singapore mendapat seorang kapten yang bukan warganegara diorg sendiri. Maner pergi maruah org Singapura?)


ada banyak lagi pemain luar yang telah diisytiharkan "warganegara" bagi memantapkan skuad kebangsaan Singapura ni tapi malas nak describe lagi... ramai sangat...


Sekarang ni, dengan pemain2 asing, skuad Singapura antara skuad yang digeruni di Asia Tenggara. Boleh tgk la kan aksi mereka di Tiger Cup. Tapi.. tak rasa ke mereka ni main tipu? Memang sesuai dengan nama negara mereka Singa-pura... mmg diorg garang.. tapi menggunakan org asing diorg garang.... Bukan nak marah ke aper ke, tapi taktik tu rasanya memang tak patut.. sebab ia akan bantutkan lagi kemajuan bola sepak mereka dan hilangkan identiti mereka sendiri. Ye.. pergi mampus la kan.. negara diorg... sukati diorg la nak wat aper.. tapi still, taktik yang digunakan, amat keji....


Kat negara luar pon ader je pemain import.. bukan takde... Deco misalnya... yang main untuk Chelsea tu... org Brazil.. tapi main untuk skuad Portugal.. kenapa?
Sebab dia main dalam liga Portugal (secara spesifik Porto FC) dengan lama... cukup lama untuk dia dapat title warganegara kerana bermastautin di sana. Bukan dari skim yang dibuat di Singapura.


Saya syukur sangat... kerana FAM tidak buat skim macam ni... biar la.. team kebangsaan kita teruk macam mana pun main... tapi kita tak kan gunakan pemain2 asing... sebab ini adalah negara kita.. biarlah skuad2 kita dibarisi org2 kita jugak... kuat atau lemah.. disitu kita lihat dan majukan lagi... Mari amalkan konsep "homegrown" yang dipraktikkan oleh England... Kalau org tu bukan warga England, (yang lahir di England) jgn harap dapat masuk skuad kebangsaan mereka...


Ps: Martabatkan bola sepak kita!!

22 January 2010

Jalan-Jalan Tak Puas Hati : Traffic Jam



Bayangkan situasi ni:


"Anda semalam penat sgt bekerja. Arini cuti hujung minggu... tepon member, tepon awek atau tepon sesaper saje ajak gie jalan2 utk releasekan tensen. Sumer dah set. Anda pakai baju kegemaran anda. Sediakan segala yang perlu untuk pergi outing arini. Member cakap, "Jom Ulu Yam jom! Leh buat BBQ kt saner..". Anda pun semakin teruja. Abes je packing barang, start enjin kete dan terus ke destinasi yang dituju. Arini amat indah, cuaca baik tak hujan. Tibe je kat satu highway on the way ke Ulu Yam.......


TRAFFIC JAM!..."
sekadar gambar hiasan yang tersirat


Apa yang anda rasa bila berada di situasi begitu? Pasti kechewa sgt2 kan? Biasa la.. siapa tidak? Malah rasa penat semalam tu datang kembali dan makin memurungkan saiko kita kan?


Tu yang sebenarnya terjadi di kebanyakkan kota raya yang besar ni. Kadar kesihatan mental orang2 kota semakin hari semakin terhakis dari kewarasan nya sbb high level stress! Tak caya? Try la wat pasal kat jalan raya... anda pasti kena sumpah seranah.. lagi berat daripada maner2 tempat yang kurang traffic jam.. Dan yang paling teruk saya tgk sekarang, traffic jam di KL paling teruk sekali... dan saya pasti 90% orang akan setuju... Cakap je la maner2 jalan kat KL ni, MRR2? LDP? KESAS? semuanya sama je.... traffic jam yang kadang2 saya rasa tak logik! Sebab aper? trdapat pelbagai jalan simpang masuk ke bandar yang sempit dan terdapat traffic light yang macam 2 tahun baru nak hijau!! bukan tu je... nak ikut jalan dalam pun sesak gak... pe cer? Andai kata sesak time hari biasa tu takpe la jugak sbb secara rasionalnya hari sibuk bekerja. Tapi hari ujung minggu pun samer... pa kejadahnya? 


Saya sempat bwk keta dalam keadaan jalan jam dan intai-intai punca kesesakan ni. Dan saya dapati:

  • Simpang masuk sumer tempat mmg kecik.. ibarat semua orang bwk motor ke aper?
  • Traffic light jalan susur keluar mmg lambat smpi berjanggut nak tunggu.
  • Jalan dalam sesak gak sebab pemandu2 lain sumer berfikiran macam saya ingin ngelak jam.
  • Pelbagai kerja di buat atas jalan.. (pembinaan, maintenance, basuh bunge!)
  • Tiap-tiap ari ada accident kat jalan besar.
  • Pada hujung minggu, ramai orang dari luar negeri datang nak lawat KL yang "indah" ni..
terdapat pelbagai faktor lain sebenarnya dan saya rasa better saya highlight yang ni dulu. Sebab ni la yang paling jelas pun wat maser skang. Apa pendapat anda?

nasib baik saya tidak tinggal di KL.. tapi kerja kt KL... rasa macam ingin je carik kedamaian di luar kota raya yang besar ni... saper tahan? Kat sepang tak pernah2 nak jam... hatta sket pun... tapi tu la dia kan? kalo rezeki kt KL, nak tak nak kena gak tempuh... 

smpi malam pun jam.. aih biler la nak abes?

Kadang2, smpi malam pun still sesak.. maner tak rosak mood? kan? maner tak sakit jiwa kan? i guess, the mayor should revise this matter a little bit more la... wat kempen ke... ingat tak kempen kongsi keta? haha.. dulu pernah terjadi la.. tapi kalo skang masih ader kempen tu, sekurang2 nya ada la alasan naper lmbt pergi keje...
"Saya dah cepat siap bos... tapi org2 yang kongsi satu keta lambat.. kalo tak dah cpat dah..".... hihihi...
Aih.. sometimes the idioms are true... like a rose, its beautiful... but it has thorns...
KL and bandar2 besar yang lain ni, maybe gah sebagai sebuah metropolitan, tapi dalam2 cantik tu dan indah tu... ada masalah yang besar dalam sistem jalanraya yg berabad tak setel2 lagi... Saya harap Datuk Bandar segeralah fikirkan jalan terbaik tangani masalah ini dan memastikan warga kota hidup lebih selesa.
Janganlah menjadi seperti;
"Anak lebah terbang ke taman bunga, terlanggar pokok kaktus dan mati"


ps: ye, saya try peribahasa ala ala Karam Singh... :P

21 January 2010

My Top 10 and Reviews : Villains


hye... bertemu kita di entri saya yg pertama di "Opiniblog" ini.. wah... teruja pulak nak start entri ni.. hihihi..
Well, selamat datang ke segmen pertama Opiniblog ini iaitu;
"My Top 10 and Reviews"...... ok, mari kita start....

Anda suke superheroes tak? Saya tak tau la pada anda, tapi saya amat menggemari citer-citer begitu sewaktu kecik.. dan maybe jugak ada sesetengah citer tu sampai sekarang saya suka... tapi apa yang ada pada superheroes, tanpa seseorang, atau makhluk yang menentang niat murni mereka? Berikut adalah Top 10 saya untuk "villain" atau dalam bahasa melayunya orang jahat dalam citer superheroes... dan kenapa mereka berada disitu... enjoy!!



My Top 10 Villains and reviews.

10. The Green Goblin (Spiderman)


Beliau merupakan bapa kepada kawan baik Peter Parker (Spiderman) yang mempunyai split personality, ala kiranya ada dua identiti punya issue la ni, beliau cool sebab dgn rela hati menjadi bahan uji kaji experimen sendiri, dan akhirnya, memakan diri. Berbekalkan kemahiran engineering yang di miliki beliau, gadget peperangannya pun memang best la kan? peluncur jet, bom canggih dan sebagainya menjadi senjata-senjata membuat huru hara serta menyusahkan Spiderman menjalani kehidupan seharian. Tapi slack nyer tentang dia ni, dia tak cukup violent. Hanya nak balas dendam kat orang-orang yang buat pasal ngan dia jer... tak nampak betapa ganasnya beliau.




9.  Lex Luthor (Superman)
Lex Luthor... bagi peminat Superman, sape tak kenal? Seorang billionaire yang memegang syarikat yang teramat besar dan kaya raya. Cita-cita beliau juga amat besar sekali iaitu ingin dominasi dunia! wow... macam amerika lak perangai..(eh, bkan dia org amerika ke?) Amat-amat benci dengan Superman, beliau sanggup melabur berbillion wangnya semata-mata ingin mengkaji bagaimana nak melumpuhkan Superman. Yang kurengnyer, dia ni orang biasa je. Takde superpower and sakit gak kalo kene cubit ngan bini dia. 


8.  Magneto (X-Men)
Beliau ni memang musuh ketat kumpulan mutant yang baik iaitu X-Men. Mempunyai objektif yang nampak ketakutan dalam diri beliau iaitu ingin manusia biasa di dominasi oleh mutant. Kiranya mutant ni golongan atasan dan manusia biasa kelas bawahan. Ini amat-amat ditentang oleh Prof Xavier yang berfikiran bahawa mutant dan manusia harus saling hidup dalam perpaduan bukan dalam keadaan pecah belah. Magneto ni mmg kool sebab dia ada kuasa terhadap besi. Ibarat di badannya itu adalah satu medan magnet yang mampu bagi command aper saje terhadap besi. Pistol pun besi kan, jadi fikirlah betapa dia boleh manipulasi dunia ni. Kelemahan yang beliau ada, obviously, kalah ngan plastik. Kesian kan.. kena kurung dalam jel plastik pun takleh lepas.  

7. The Riddler (Batman)
Get any clue? The Riddler merupakan salah seorang lagi villain yang amat memeningkan kepala jika ingin menewaskannya. Ini adalah kerana beliau sangat-sangat la obses dengan permainan minda (tak kesah la teka teki ke, silang kata, puzzle dan ntah-ntah sudoku sekali). Ye, beliau seorang yang genius sekali dan suka combine-kan permainan minda dengan jenayah beliau. Asalnya seorang scientist di makmal Bruce Wayne, beliau merasakan beliau harus tambah kegeniusan beliau dengan mengambil ilmu-ilmu dalam otak manusia! Gila tak gila? beliau jadik jahat begini pun disebabkan beliau rasa telah dihamba abdikan semasa bekerja di Wayne Corp. Walaubagaimana pun, sperti biasa, bagi orang yang mempunyai otak yang geliga, pasti fizikal mereka tidak seberapa... batman tak amek masa lama bertumbuk dgn beliau. Tapi ambik masa lama solve teka teki The Riddler. Adoiyai Batman!

6. Megatron (Transformers)
Ini bukan orang. Bukan juga makhluk. Beliau adalah sebuah robot yang ganas. Ideologi beliau sama juga macam Magneto sebenarnya, tapi lebih bersifat kerobotan. Musuh ketat beliau, sudah pastinya Optimus Prime. Beliau merupakan sebuah robot yang besar dan mempunyai rakan-rakan yang amat ganas sekali. Dan paling best, mereka sumer ni boleh bertukar menjadi alat-alat perang yang amat membinasakan. Oleh kerana dirinya itu robot, sudah pasti tiada perasaan pada beliau. Kalau wat jahat pun, ada dia kesah perasaan orang lain? Tapi pelik gak dia ni. Kenapa? Sebab walaupun beliau robot yang boleh bertukar jadik "Walther P38" (Pistol yang digunakan oleh tentera Nazi) beserta rakan-rakan yang rata-rata boleh bertukar jadik kapal terbang la, keta kebal la... still gak takleh lawan geng-geng Optimus Prime yang rata-rata hanya boleh bertukar jadik lori kontena, keta beetle dan benda-benda remeh yang lain. Maybe otot ada, otak takde kot Megatron!

5. Mr. Doom (Fantastic Four)
Ok... Jom kita rujuk balik Lex Luthor, apa yang wat dia jadik orang jahat? Sebab ingin dominasikan dunia dgn keadaan diri itu sendiri kaya raya tak ingat dunia. Sama juga kes nya dengan Dr. Doom. Beliau merupakan seorang yang mahir dalam engineering serta mempunyai dana yang besar untuk beri dia apa yang dihajati. Berbeza sket dgn Lex Luthor, setelah beliau terkena sinaran gamma di angkasa semasa ekspidisi experimen di sana bersama kumpulan Fantastic Four, beliau telah dapat power yang amat menakutkan. Beliau itu sendiri menjadi besi! Hasil daripada perubahan DNA beliau dengan besi pengadang yang beliau pegang semasa lintasan gamma itu berlaku. Beliau memang kebal dan tak sakit andai dipukul, tapi seperti pelajaran kimia, apabila besi dipanaskan gila-gila, dia akan lembik(lebur) dan bila kena air selepas itu..... beliau akan jadik sebuah tugu peringatan.


4. Venom (Spiderman)
Venom... apa yang korang ada atas kepala bila dengar nama tu? seekor labah-labah mutant? Salah! Kalau korang nak tau, venom tu bukan nyer orang atau makhluk secara lazimnya... tapi ia adalah sel-sel yang bergerak dalam keadaan cecair likat. Ye.. hanya sebuah cecair. Tapi cecair ini bersifat sangat agresif dan mempunyai molekul2 yang boleh mempengaruhi sifat kejahatan host nya. Senang citer, ia adalah costume villain itu. Ia boleh hinggap ke atas aper jua. Spiderman juga mempunyai sejarah di mana venom ini menyerap dan mempertengahkan sifat jahat yang ada dalam diri Spiderman. Biler Venom ni dah hinggap kt host nya, memang porak peranda dunia dibuatnya. Dan ia sangat2 licik dan kuat. Akan tetapi, disebabkan cecair Venom ni terdiri dari molekul2 yang tidak kuat dan boleh rapuh sebagai mana H2O, ia boleh terurai dengan frekuensi yang tinggi. (Ces, sempat gak ber'kimia' kat ini kan?)


3. Lord Zedd (Power Rangers)
Haha.. pasti anda sekalian tak menyangka mamat ni pun boleh berada dalam list ni kan. Andai anda tgk Power Rangers dulu, anda pasti ingat pada beliau ni. Dia ni jahat ni. Dulu dunia kita dipertahankan oleh skuad penentang kejahatan Power Rangers yang terdiri 5 org anak muda dari tempat2 yg berlainan. Dan ada satu kuasa lain (obviously kejahatan) yang ingin menakluk dunia kita ni dengan menurunkan raksasa2 pemusnah bagi mendominasikan dunia kita dengan makhluk2 buruk tu. Tapi acapkali tidak menjadi dengan adanya Power Rangers. Rita, ratu kuasa jahat berulang2 kali cube menewaskan skuad remaja ini tapi tidak berjaya. Akhirnya Lord Zedd turun sendiri untuk menghapuskan Power Rangers. Oleh kerana kechewa, Lord Zedd mengecilkan Rita dgn kuasanya dan mengurungnya dalam satu ruang angkasa yang tiada masa. Kali ini, Power Rangers mempunyai masalah lebih besar. Kuasa Lord Zedd lebih kuat. Tetapi tetap jua Power Rangers menang dengan semangat kerjasama yang kuat antara ahlinya. Tu la yg slack tu, ingatkan Lord Zedd turun padang Power Rangers kalah la... sama je... takpe2.. costume dia lawa...


2. Abomination (The Incredible Hulk)
Asalnya seorang askar yang ditugaskan untuk menangkap Bruce Banner (Hulk) tetapi terlihat dengan mata sendiri bagaimana kuatnya Hulk itu. Atas sifat ingin dan gila kuasa, beliau mencari orang yang dapat menjadikannya seperti Hulk. Setelah jumpa doctor tu, beliau terus tanpa berfikir mengambil dua kali dose gamma yg telah diambil oleh Bruce dahulu. Beliau menjadi seekor raksasa yang amat besar dan mempunyai dua kali kekuatan daripada Hulk. Ye, dua kali kuat daripada Hulk! Dan dengan gah nya memusnahkan segala yang ada di depan matanya. Tapi, walau dia dua kali kuat daripada Hulk, camner la boleh gak kalah kan? Actually, begini. Abomination ni mungkin dua kali lebih kuat dari Hulk, tapi kekuatan beliau statik. Tak macam Hulk, kekuatannya akan bertambah tiap kali beliau marah. Dan beliau tidak selicik dan tenang macam Hulk bila bertumbuk. Tu yang parah nya bila makin redah tak pakai otak.


1. The Joker (Batman)
Woohooo!! My favourite villain... Saper yang tgk batman terutamanya "The Dark Knight", memang tipu andai anda cakap anda tak suka dgn dia ni. Beliau adalah seorang yang ada sakit jiwa, violent dan tak ada langsung sifat kebaikan. Dibesarkan dari sebuah keluarga yang kacau bilau, beliau menjadi seorang yang berhati kering, amat-amat gemarkan letupan, tembak-menembak dan memecah belahkan perpaduan rakyat. Malah dia juga mempunyai otak yang genius dalam merancang dan melakukan jenayah-jenayah beliau. The Joker juga amat misteri sekali kerana tidak mempunyai sebarang identiti lain selain daripada nama gelarannya itu. Beliau juga ada skill memujuk yang boleh menukarkan seseorang yang betul2 baik, menjadi jahat (tgk je la Two Face Harvey). The Joker percaya yang dunia ni mmg tiada siapa yang bersifat baik dan ingin membuktikan kata2nya. Batman memang dalam kesusahan kalo berdepan dengan dia ni. Sebab The Joker ni mmg takde perasaan kesian kt sesiapa pun. Dan yang paling best, even dia kene penumbuk pun, dia boleh ketawa!! Saiko tak saiko la kan? Cumer satu je kot slack ngan Joker ni (setakat yang saya nampak la), dia ni jenis tak sabar-sabar nak laksanakan objektif beliau. Jenis main redah je, risiko dtg baru pikir. Yang lain ok... hehehe.. "Why so serious?"


hehe.. terima kasih sbb meluangkan masa membaca entri ini... nantikan segmen saya yang lain iaitu..
"Jalan-jalan tak puas hati".... sekian terima kasih!!

The doors have just open!




Salam and welcome to my second blog.
Wow... Second blog? What's this all about? What happen to the last blog?
Well, the reason is simple... I'm sorting my blog out... That's why...


As you can see people, "Ceritera Hikayat Dongengan dan Realiti" is a story telling blog... I use it to express and sharpen my writing skills... while this blog, i want to change the genre a little bit different... Yup, u won't see any story I'm composing here... here, i'd like to involve more towards opinions, reviews, gossips and other crappy stuff that i think best to be fit in my entry... maybe such forums would be great here... hehehe... (even gossips maybe will be seems to wonders here i guess)...


Well anyway, i would like to thank you for stopping by and have a look at this humble blog... please do follow this one like my other blog... i'm sure, you'll be amaze and entertain with this blog too...
Stay tune for the first entry soon... bubbye...


sincerely yours,
.:: kUfaZuke ::.


ps: click here to visit Ceritera Hikayat Dongengan dan Realiti


Let's Interact!

me>