21 January 2010

My Top 10 and Reviews : Villains


hye... bertemu kita di entri saya yg pertama di "Opiniblog" ini.. wah... teruja pulak nak start entri ni.. hihihi..
Well, selamat datang ke segmen pertama Opiniblog ini iaitu;
"My Top 10 and Reviews"...... ok, mari kita start....

Anda suke superheroes tak? Saya tak tau la pada anda, tapi saya amat menggemari citer-citer begitu sewaktu kecik.. dan maybe jugak ada sesetengah citer tu sampai sekarang saya suka... tapi apa yang ada pada superheroes, tanpa seseorang, atau makhluk yang menentang niat murni mereka? Berikut adalah Top 10 saya untuk "villain" atau dalam bahasa melayunya orang jahat dalam citer superheroes... dan kenapa mereka berada disitu... enjoy!!



My Top 10 Villains and reviews.

10. The Green Goblin (Spiderman)


Beliau merupakan bapa kepada kawan baik Peter Parker (Spiderman) yang mempunyai split personality, ala kiranya ada dua identiti punya issue la ni, beliau cool sebab dgn rela hati menjadi bahan uji kaji experimen sendiri, dan akhirnya, memakan diri. Berbekalkan kemahiran engineering yang di miliki beliau, gadget peperangannya pun memang best la kan? peluncur jet, bom canggih dan sebagainya menjadi senjata-senjata membuat huru hara serta menyusahkan Spiderman menjalani kehidupan seharian. Tapi slack nyer tentang dia ni, dia tak cukup violent. Hanya nak balas dendam kat orang-orang yang buat pasal ngan dia jer... tak nampak betapa ganasnya beliau.




9.  Lex Luthor (Superman)
Lex Luthor... bagi peminat Superman, sape tak kenal? Seorang billionaire yang memegang syarikat yang teramat besar dan kaya raya. Cita-cita beliau juga amat besar sekali iaitu ingin dominasi dunia! wow... macam amerika lak perangai..(eh, bkan dia org amerika ke?) Amat-amat benci dengan Superman, beliau sanggup melabur berbillion wangnya semata-mata ingin mengkaji bagaimana nak melumpuhkan Superman. Yang kurengnyer, dia ni orang biasa je. Takde superpower and sakit gak kalo kene cubit ngan bini dia. 


8.  Magneto (X-Men)
Beliau ni memang musuh ketat kumpulan mutant yang baik iaitu X-Men. Mempunyai objektif yang nampak ketakutan dalam diri beliau iaitu ingin manusia biasa di dominasi oleh mutant. Kiranya mutant ni golongan atasan dan manusia biasa kelas bawahan. Ini amat-amat ditentang oleh Prof Xavier yang berfikiran bahawa mutant dan manusia harus saling hidup dalam perpaduan bukan dalam keadaan pecah belah. Magneto ni mmg kool sebab dia ada kuasa terhadap besi. Ibarat di badannya itu adalah satu medan magnet yang mampu bagi command aper saje terhadap besi. Pistol pun besi kan, jadi fikirlah betapa dia boleh manipulasi dunia ni. Kelemahan yang beliau ada, obviously, kalah ngan plastik. Kesian kan.. kena kurung dalam jel plastik pun takleh lepas.  

7. The Riddler (Batman)
Get any clue? The Riddler merupakan salah seorang lagi villain yang amat memeningkan kepala jika ingin menewaskannya. Ini adalah kerana beliau sangat-sangat la obses dengan permainan minda (tak kesah la teka teki ke, silang kata, puzzle dan ntah-ntah sudoku sekali). Ye, beliau seorang yang genius sekali dan suka combine-kan permainan minda dengan jenayah beliau. Asalnya seorang scientist di makmal Bruce Wayne, beliau merasakan beliau harus tambah kegeniusan beliau dengan mengambil ilmu-ilmu dalam otak manusia! Gila tak gila? beliau jadik jahat begini pun disebabkan beliau rasa telah dihamba abdikan semasa bekerja di Wayne Corp. Walaubagaimana pun, sperti biasa, bagi orang yang mempunyai otak yang geliga, pasti fizikal mereka tidak seberapa... batman tak amek masa lama bertumbuk dgn beliau. Tapi ambik masa lama solve teka teki The Riddler. Adoiyai Batman!

6. Megatron (Transformers)
Ini bukan orang. Bukan juga makhluk. Beliau adalah sebuah robot yang ganas. Ideologi beliau sama juga macam Magneto sebenarnya, tapi lebih bersifat kerobotan. Musuh ketat beliau, sudah pastinya Optimus Prime. Beliau merupakan sebuah robot yang besar dan mempunyai rakan-rakan yang amat ganas sekali. Dan paling best, mereka sumer ni boleh bertukar menjadi alat-alat perang yang amat membinasakan. Oleh kerana dirinya itu robot, sudah pasti tiada perasaan pada beliau. Kalau wat jahat pun, ada dia kesah perasaan orang lain? Tapi pelik gak dia ni. Kenapa? Sebab walaupun beliau robot yang boleh bertukar jadik "Walther P38" (Pistol yang digunakan oleh tentera Nazi) beserta rakan-rakan yang rata-rata boleh bertukar jadik kapal terbang la, keta kebal la... still gak takleh lawan geng-geng Optimus Prime yang rata-rata hanya boleh bertukar jadik lori kontena, keta beetle dan benda-benda remeh yang lain. Maybe otot ada, otak takde kot Megatron!

5. Mr. Doom (Fantastic Four)
Ok... Jom kita rujuk balik Lex Luthor, apa yang wat dia jadik orang jahat? Sebab ingin dominasikan dunia dgn keadaan diri itu sendiri kaya raya tak ingat dunia. Sama juga kes nya dengan Dr. Doom. Beliau merupakan seorang yang mahir dalam engineering serta mempunyai dana yang besar untuk beri dia apa yang dihajati. Berbeza sket dgn Lex Luthor, setelah beliau terkena sinaran gamma di angkasa semasa ekspidisi experimen di sana bersama kumpulan Fantastic Four, beliau telah dapat power yang amat menakutkan. Beliau itu sendiri menjadi besi! Hasil daripada perubahan DNA beliau dengan besi pengadang yang beliau pegang semasa lintasan gamma itu berlaku. Beliau memang kebal dan tak sakit andai dipukul, tapi seperti pelajaran kimia, apabila besi dipanaskan gila-gila, dia akan lembik(lebur) dan bila kena air selepas itu..... beliau akan jadik sebuah tugu peringatan.


4. Venom (Spiderman)
Venom... apa yang korang ada atas kepala bila dengar nama tu? seekor labah-labah mutant? Salah! Kalau korang nak tau, venom tu bukan nyer orang atau makhluk secara lazimnya... tapi ia adalah sel-sel yang bergerak dalam keadaan cecair likat. Ye.. hanya sebuah cecair. Tapi cecair ini bersifat sangat agresif dan mempunyai molekul2 yang boleh mempengaruhi sifat kejahatan host nya. Senang citer, ia adalah costume villain itu. Ia boleh hinggap ke atas aper jua. Spiderman juga mempunyai sejarah di mana venom ini menyerap dan mempertengahkan sifat jahat yang ada dalam diri Spiderman. Biler Venom ni dah hinggap kt host nya, memang porak peranda dunia dibuatnya. Dan ia sangat2 licik dan kuat. Akan tetapi, disebabkan cecair Venom ni terdiri dari molekul2 yang tidak kuat dan boleh rapuh sebagai mana H2O, ia boleh terurai dengan frekuensi yang tinggi. (Ces, sempat gak ber'kimia' kat ini kan?)


3. Lord Zedd (Power Rangers)
Haha.. pasti anda sekalian tak menyangka mamat ni pun boleh berada dalam list ni kan. Andai anda tgk Power Rangers dulu, anda pasti ingat pada beliau ni. Dia ni jahat ni. Dulu dunia kita dipertahankan oleh skuad penentang kejahatan Power Rangers yang terdiri 5 org anak muda dari tempat2 yg berlainan. Dan ada satu kuasa lain (obviously kejahatan) yang ingin menakluk dunia kita ni dengan menurunkan raksasa2 pemusnah bagi mendominasikan dunia kita dengan makhluk2 buruk tu. Tapi acapkali tidak menjadi dengan adanya Power Rangers. Rita, ratu kuasa jahat berulang2 kali cube menewaskan skuad remaja ini tapi tidak berjaya. Akhirnya Lord Zedd turun sendiri untuk menghapuskan Power Rangers. Oleh kerana kechewa, Lord Zedd mengecilkan Rita dgn kuasanya dan mengurungnya dalam satu ruang angkasa yang tiada masa. Kali ini, Power Rangers mempunyai masalah lebih besar. Kuasa Lord Zedd lebih kuat. Tetapi tetap jua Power Rangers menang dengan semangat kerjasama yang kuat antara ahlinya. Tu la yg slack tu, ingatkan Lord Zedd turun padang Power Rangers kalah la... sama je... takpe2.. costume dia lawa...


2. Abomination (The Incredible Hulk)
Asalnya seorang askar yang ditugaskan untuk menangkap Bruce Banner (Hulk) tetapi terlihat dengan mata sendiri bagaimana kuatnya Hulk itu. Atas sifat ingin dan gila kuasa, beliau mencari orang yang dapat menjadikannya seperti Hulk. Setelah jumpa doctor tu, beliau terus tanpa berfikir mengambil dua kali dose gamma yg telah diambil oleh Bruce dahulu. Beliau menjadi seekor raksasa yang amat besar dan mempunyai dua kali kekuatan daripada Hulk. Ye, dua kali kuat daripada Hulk! Dan dengan gah nya memusnahkan segala yang ada di depan matanya. Tapi, walau dia dua kali kuat daripada Hulk, camner la boleh gak kalah kan? Actually, begini. Abomination ni mungkin dua kali lebih kuat dari Hulk, tapi kekuatan beliau statik. Tak macam Hulk, kekuatannya akan bertambah tiap kali beliau marah. Dan beliau tidak selicik dan tenang macam Hulk bila bertumbuk. Tu yang parah nya bila makin redah tak pakai otak.


1. The Joker (Batman)
Woohooo!! My favourite villain... Saper yang tgk batman terutamanya "The Dark Knight", memang tipu andai anda cakap anda tak suka dgn dia ni. Beliau adalah seorang yang ada sakit jiwa, violent dan tak ada langsung sifat kebaikan. Dibesarkan dari sebuah keluarga yang kacau bilau, beliau menjadi seorang yang berhati kering, amat-amat gemarkan letupan, tembak-menembak dan memecah belahkan perpaduan rakyat. Malah dia juga mempunyai otak yang genius dalam merancang dan melakukan jenayah-jenayah beliau. The Joker juga amat misteri sekali kerana tidak mempunyai sebarang identiti lain selain daripada nama gelarannya itu. Beliau juga ada skill memujuk yang boleh menukarkan seseorang yang betul2 baik, menjadi jahat (tgk je la Two Face Harvey). The Joker percaya yang dunia ni mmg tiada siapa yang bersifat baik dan ingin membuktikan kata2nya. Batman memang dalam kesusahan kalo berdepan dengan dia ni. Sebab The Joker ni mmg takde perasaan kesian kt sesiapa pun. Dan yang paling best, even dia kene penumbuk pun, dia boleh ketawa!! Saiko tak saiko la kan? Cumer satu je kot slack ngan Joker ni (setakat yang saya nampak la), dia ni jenis tak sabar-sabar nak laksanakan objektif beliau. Jenis main redah je, risiko dtg baru pikir. Yang lain ok... hehehe.. "Why so serious?"


hehe.. terima kasih sbb meluangkan masa membaca entri ini... nantikan segmen saya yang lain iaitu..
"Jalan-jalan tak puas hati".... sekian terima kasih!!

No comments:

Let's Interact!

me>