22 January 2010

Jalan-Jalan Tak Puas Hati : Traffic Jam



Bayangkan situasi ni:


"Anda semalam penat sgt bekerja. Arini cuti hujung minggu... tepon member, tepon awek atau tepon sesaper saje ajak gie jalan2 utk releasekan tensen. Sumer dah set. Anda pakai baju kegemaran anda. Sediakan segala yang perlu untuk pergi outing arini. Member cakap, "Jom Ulu Yam jom! Leh buat BBQ kt saner..". Anda pun semakin teruja. Abes je packing barang, start enjin kete dan terus ke destinasi yang dituju. Arini amat indah, cuaca baik tak hujan. Tibe je kat satu highway on the way ke Ulu Yam.......


TRAFFIC JAM!..."
sekadar gambar hiasan yang tersirat


Apa yang anda rasa bila berada di situasi begitu? Pasti kechewa sgt2 kan? Biasa la.. siapa tidak? Malah rasa penat semalam tu datang kembali dan makin memurungkan saiko kita kan?


Tu yang sebenarnya terjadi di kebanyakkan kota raya yang besar ni. Kadar kesihatan mental orang2 kota semakin hari semakin terhakis dari kewarasan nya sbb high level stress! Tak caya? Try la wat pasal kat jalan raya... anda pasti kena sumpah seranah.. lagi berat daripada maner2 tempat yang kurang traffic jam.. Dan yang paling teruk saya tgk sekarang, traffic jam di KL paling teruk sekali... dan saya pasti 90% orang akan setuju... Cakap je la maner2 jalan kat KL ni, MRR2? LDP? KESAS? semuanya sama je.... traffic jam yang kadang2 saya rasa tak logik! Sebab aper? trdapat pelbagai jalan simpang masuk ke bandar yang sempit dan terdapat traffic light yang macam 2 tahun baru nak hijau!! bukan tu je... nak ikut jalan dalam pun sesak gak... pe cer? Andai kata sesak time hari biasa tu takpe la jugak sbb secara rasionalnya hari sibuk bekerja. Tapi hari ujung minggu pun samer... pa kejadahnya? 


Saya sempat bwk keta dalam keadaan jalan jam dan intai-intai punca kesesakan ni. Dan saya dapati:

  • Simpang masuk sumer tempat mmg kecik.. ibarat semua orang bwk motor ke aper?
  • Traffic light jalan susur keluar mmg lambat smpi berjanggut nak tunggu.
  • Jalan dalam sesak gak sebab pemandu2 lain sumer berfikiran macam saya ingin ngelak jam.
  • Pelbagai kerja di buat atas jalan.. (pembinaan, maintenance, basuh bunge!)
  • Tiap-tiap ari ada accident kat jalan besar.
  • Pada hujung minggu, ramai orang dari luar negeri datang nak lawat KL yang "indah" ni..
terdapat pelbagai faktor lain sebenarnya dan saya rasa better saya highlight yang ni dulu. Sebab ni la yang paling jelas pun wat maser skang. Apa pendapat anda?

nasib baik saya tidak tinggal di KL.. tapi kerja kt KL... rasa macam ingin je carik kedamaian di luar kota raya yang besar ni... saper tahan? Kat sepang tak pernah2 nak jam... hatta sket pun... tapi tu la dia kan? kalo rezeki kt KL, nak tak nak kena gak tempuh... 

smpi malam pun jam.. aih biler la nak abes?

Kadang2, smpi malam pun still sesak.. maner tak rosak mood? kan? maner tak sakit jiwa kan? i guess, the mayor should revise this matter a little bit more la... wat kempen ke... ingat tak kempen kongsi keta? haha.. dulu pernah terjadi la.. tapi kalo skang masih ader kempen tu, sekurang2 nya ada la alasan naper lmbt pergi keje...
"Saya dah cepat siap bos... tapi org2 yang kongsi satu keta lambat.. kalo tak dah cpat dah..".... hihihi...
Aih.. sometimes the idioms are true... like a rose, its beautiful... but it has thorns...
KL and bandar2 besar yang lain ni, maybe gah sebagai sebuah metropolitan, tapi dalam2 cantik tu dan indah tu... ada masalah yang besar dalam sistem jalanraya yg berabad tak setel2 lagi... Saya harap Datuk Bandar segeralah fikirkan jalan terbaik tangani masalah ini dan memastikan warga kota hidup lebih selesa.
Janganlah menjadi seperti;
"Anak lebah terbang ke taman bunga, terlanggar pokok kaktus dan mati"


ps: ye, saya try peribahasa ala ala Karam Singh... :P
Post a Comment

Let's Interact!

me>