17 February 2014

Cara Nak Naikkan LIKE Fanpage Facebook secara PERCUMA. Seriously FREE Bro & Sis!!


Salam sejahtera semua. Bagi aku, dalam dunia blogging atau apa jua pekerjaan yang kita buat, tak salah kalau kita berkongsi ilmu. Sesungguhnya berkongsi itu satu amalan yang mulia. Jadi, hari ni aku nak berkongsi dengan anda semua macam mana nak naikkan LIKE pada fanpage Facebook atau views di Youtube dan sebagainya. Dan moga perkongsian ilmu ni, dapat manfaatkan anda dalam mencari solusi macam mana nak naikkan 'populariti' page anda buat tu secara percuma. So, ikuti langkah-langkah yang aku berikan ini. Inshallah... page anda akan boom!

Tapi jangan lupa juga, SHARE entry ni kepada semua. Kita boleh berkongsi-kongsi lagi nanti. LIKE juga fanpage The Kufazuke Show ok!


First of all, kita akan menggunakan Addmefast dalam proses ini.

So, klik LINK INI dan register akaun anda.

Jangan risau. Ia free saja. Tak perlu keluarkan satu sen pun. Macam Facebook. Huhu.

Ok sudah? Sekarang ni login macam biasa. Gunakan username dan password yang anda register tadi. Dan anda akan nampak seperti gambar di bawah.


So, by now anda sudah pun dapat 50 point sebagai 'hadiah' register kepada Addmefast. So, let me explain about kegunaan points dalam Addmefast ni. Points ini adalah currency yang akan digunakan dalam exchange kepada LIKE, Follow, View dan sebagainya. Ia ibarat duit dalam hal ini.

So, sekarang apa kata anda letak fanpage anda. Klik saja pada "Add Site/Page" tu.


Dan the next windownya, anda akan disuruh untuk meletakkan details page anda yang ingin anda naikkan LIKE itu seperti,

- Type
(Letak Facebook Likes)

- Country 
(Kalau anda nak spesifikkan negara mana yang anda nak target, boleh uncheck worldwide tu dan check mana-mana negara yang anda nak)

- Title 
(Letaklah nama page anda supaya senang orang kenali)

- Site/Page URL
(Di ruangan ni anda kena letakkan valid URL fanpage anda. Kalau tak nanti orang tak dapat nak jenguk)

- Total Clicks
(Total Clicks ni untuk anda tentukan sebanyak mana anda nak page anda itu di LIKE kan)

- Daily Clicks
(Untuk Daily Clicks pula untuk tentukan berapa banyak LIKE yang anda limitkan untuk sehari)

- CPC
(Seperti duit, anda tentukan berapa banyak point yang anda ingin berikan kepada pelawat yang memberikan anda LIKE mereka)

Bila anda dah isi semua tempat kosong, form anda akan kelihatan seperti gambar di bawah ini. Ini gambar contoh saya punya page ok. Tak semestinya sama macam anda. Bila dah settle, klik "Save Changes".


Selepas anda klik saja "Save Changes" tu, anda akan dapati ia akan keluar macam gambar di bawah ni.


So by this time, hujan LIKES akan segera dicapai oleh page anda. Tapi anda ada beberapa perkara yang anda KENA ambil tahu tentang ni. LIKES-LIKES tersebut takkan datang jika Points anda 0.

Seperti yang telah saya bagitahu tadi, Points merupakan matawang anda. CPC itu adalah kadar yang anda ingin berikan kepada orang yang like page anda tu. Andai kata anda letak 9, maka 9 point la orang yang like page anda dapat. Kalau anda letak 10, maka 10 point la yang mereka dapat.

Dan point-point tu akan ditolak daripada jumlah keseluruhan point yang anda ada tu. So, by right, point yang anda ada sekarang ni 50. Jadi, kalau CPC anda letak 10, maka cuma 5 like saja yang anda boleh perolehi daripada audience.

Aih.. sikit betul kan?

Jadi, apa kata sekarang, kita naikkan point anda kasi mantap ok? So jom..

Ada dua cara sebenarnya. Cara yang pertama, jenis berbayar. Aku pasti semua pembaca pun sama macam aku ni takkan pilih option ni. So, kita pergi ke kaedah nombor 2.

Haa.. nampak tak di ruang sebelah kiri tu ada tunjuk "Free Points" dan banyak listnya tu?


Haa.. klik pada "Facebook Likes" tu. Dan anda akan dipaparkan dengan skrin sebegini.


Nampak tak dia tulis, "You will get 7 points for Liking"? Haa.. itu maknanya, orang yang letakkan page tu yang suruh anda like tu letak CPC dia 7. Bila anda like je nanti, anda akan dapat 7 point. Lain orang, lain CPC nya, so anda akan dapat pelbagai jenis point nanti. Ada yang letak 8 point. Ada yang letak 9 point. Dan ada jugak yang sangat bermurah hati bagi 10 point.

So, apa bezanya CPC yang diletakkan ni?

Bezanya adalah seperti jualan lelong. Di mana bida paling tinggi menang. Haa... begitu juga dalam hal ni. Orang yang letak CPC tinggi, akan dapati page mereka lebih kerap dipaparkan kepada audience bagi mereka like. So, senang cerita, lagi tinggi CPC anda letak, makin kencang dan deras la page anda akan di Like.

Ok.. berbalik kepada cara nak naikkan point tadi. Anda hanya perlu tekan "Like" itu dan satu pop up akan keluar. Pop up tu adalah page orang lain yang menawarkan point kepada jika anda like. So, no worries just like je page tersebut. Dan tunggu selama 10-13 saat, tutup windows tersebut.

Nota: Jika anda tutup windows terlalu cepat, anda tidak dapat point tersebut. Jika anda tidak like, anda juga tidak akan dapat point tersebut. Dan jika anda tidak menutup windows tersebut, anda tidak akan dapat point. So, simple to say, anda perlu like, lepak dalam 10-15 saat, lepas tu tutup. Tu je. Simple kan?



Dan lepas tu anda akan dapat notification yang point sudah un dimasukkan ke dalam akaun anda. Dan anda boleh la check berapa banyak point anda dapat di bahagian atas tu. So, gunakan lah points tu sebaik mungkin ye. Macam gambarajah ni sebagai contoh je... aku klik-klik sampai dapat point banyak ni. Hebat tak?


So.. begitulah ye kisah nya. Perasan tak dari awal hingga kini dalam entry ni aku tak sentuh langsung pasal anda kena keluarkan duit. Takde kan? Ye.. ia absolutely FREE. So, aku harap sangat anda semua akan cuba ni untuk naikkan Like page anda.

Bila page anda tinggi Like, target market anda akan tinggi juga. Maka, Inshallah kalau anda jual barang, kadar kenaikkan sales juga akan berlaku.

Sebenarnya page ni bukan sahaja untuk naikkan Like fanpage Facebook, malah andai anda nak naikkan views pada video anda di Youtube, naikkan follower di Twitter, naikkan like pada post anda di Facebook atau even nak dapatkan follower untuk Instagram pun boleh gunakan Addmefast ni. Pandai-pandailah anda semua godek-godek ok.

So, jangan miss out.

DAFTAR [KLIK] di sini, dan ikuti je satu-satu langkah yang aku terangkan tadi.

Haa... penat aku menulis entry ni... harap korang semua, LIKE la juga ye fanpage The Kufazuke Show [KLIK] dan inshallah kalau ada tips yang menarik lagi, aku akan kongsikan juga bersama korang semua lagi. So, jangan lupa juga share kan entry ni bersama rakan-rakan yang lain. Semoga kita semua dapat manfaat yang sama. Berkongsi tu kan amalan yang mulia... huhu..

Salam!

3 comments:

Unknown said...

Terbaiklhh..tq ye bos,
Tq bnyk2,dh try nk tgk hsil plak :)

KUFAZ said...

no prob.... share2 la kpd rakan lain... :)

ibuveronza said...

nak cuba buat, thanks for info.

Let's Interact!

me>