Aku merupakan seorang yang gemar membaca. Suatu ketika dahulu, ketika internet bukanlah sesuatu keperluan, aku banyak mentelaah buku-buku. Dari buku novel, komik, general knowledge hingga ke buku-buku isu berat. Sebab aku berpendapat yang lebih banyak kita membaca, maka semakin kita dipenuhi dengan ilmu pengetahuan. Dan ilmu pengetahuanlah yang membezakan kita antara orang bijak dan orang...'kurang' bijak. So, dengan hobi membaca tersebut maka terlahir rasa hati untuk berblogging. Sebab bila kita mempunyai imaginasi atau sesuatu untuk diperkatakan, keinginan untuk menulis tu ada.
Dan of course, ramai yang mencemuh aku pada mulanya kenapa perlu berblogging. Apa faedahnya? Sekadar buang masa saja? Hmm.. Ni aku nak sembang apa dia faedah berblogging ni dan kenapa korang yang belum start, kena berblogging jugak.
1. Berblogging Membantu Sebarkan Suara Anda.
Iye, ramai yang cakap sekarang ni banyak lagi media sosial yang boleh menyebarkan suara kita seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Tapi, korang perasan tak, kebanyakkan share-share post yang korang nampak kat facebook tu semuanya akan direct kepada blog orang? Yup... itulah dia kuasa blog dalam menyebarkan suara korang. Malah the best is, dengan blogging ni, korang ada platform tersendiri dalam penyampaian. Suka hatilah korang nak design blog macam mana ke, nak letak nama macam mana ke atau apa jua yang korang nakkan. Ia adalah suatu kebebasan.
2. Perkongsian Sumber Maklumat.
Ramai yang beranggap bahawa blogging ni untuk orang tulis pasal diari la, hal ehwal semasa la dan even hal-hal yang tidak sepatutnya. Tapi tahukah anda, terdapat pelajar-pelajar di luar sana yang menjadikan blog ini suatu tempat mereka dapat berkongsi maklumat macam perpustakaan. Sumber ilmu ini dapat dikongsikan kepada serata pelajar di universiti dan juga kolej serta sekolah-sekolah. Ia boleh dijadikan sebagai portal maklumat.
3. Berblogging Untuk Jalankan Bisnes.
Jika korang seorang peniaga, mari saya tanyakan satu soalan. Bagaimana korang dapat motivasikan pelanggan untuk membeli produk korang tu? Ye, melalui blog, korang bukan sahaja dapat explain mengenai produk yang korang jualkan, malah dapat berinteraksi dengan lebih lanjut bersama mereka. Ini secara tidak langsung dapat menjadi potential customer tu menjadi pelanggan tetap. Selain itu, korang juga boleh menjadi blog korang ni sebagai medium untuk memberi pengumuman kepada pelanggan serta melebarkan lagi sayap peniagaan korang tu ke pasaran yang lebih meluas.
4. Menimba Ilmu Pengetahuan.
Untuk para blogger, kadang-kala mereka akan pergi ke extra mile tu untuk mencari berita atau isu untuk dikupaskan. Mereka akan lebih banyak membaca dan explore maklumat-maklumat berkaitan. Ini secara tidak langsung akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan perkongsian pendapat dapat dilakukan.
5. Mencipta Dunia Tersendiri.
Ramai blogger di luar sana gemar untuk menulis diari di blog mereka dan mengajak para pembaca untuk masuk ke dunia mereka. So, dengan ini maka dapat mengajak orang di luar sana untuk lebih mengenali diri mereka. Ada yang mempunyai idea namun tidak berupaya untuk ketengahkan. Tapi dengan blog, penyampai idea mereka dapat dilakukan. Sama juga dengan orang berpangkat besar seperti ahli politik menggunakan blog sebagai medium dapat membawa pembaca ke dunia mereka dan memberi info-info yang dapat meraih sokongan masyarakat terhadap mereka.
6. Buat Duit Dengan Blog
Tidak ramai orang di luar sana yang mengetahui bahawa terdapat pelbagai cara untuk buat duit dengan blog ini. Malah terdapat ramai orang yang tinggalkan kerja-kerja 9pagi - 6 petang mereka semata-mata nak fokus terhadap blog kerana mereka boleh dapat 4 - 5 angka duit sebulan menerusi blog. Jika korang tidak tau akan hal ni, maka korang sedang miss out sesuatu.
So, aku harap dengan sedikit sebanyak info yang aku bagi ni, korang boleh realise betapa bestnya berblogging. Terdapt pelbagai faedah jika korang berblogging sebenarnya. Jika ada orang yang menentang hasrat korang untuk menulis sesuatu, maka jangan dihiraukan mereka. Jom berblogging! Mari mencipta dunia tersendiri!
THE KUFAZUKE SHOW VLOG [KLIK]
No comments:
Post a Comment