MAKIAN YANG TIDAK PAKAI OTAK. [KLIK] |
Benda ni actually dah menjadi sesuatu yang hangat diperkatakan tak lama dahulu. Aku ternampak pelbagai reaksi dan komen yang bersangkut-paut dengan statement pedas lagi hangat mengenai hal ni. Ada yang bagi komen yang positif dan sudah pastinya ramai juga yang negatif.
Well, pada pendapat aku, kita berhak nak cakap atau nak ekspresi apa saja yang kita inginkan. Hak kita untuk meluahkan perasaan. Tetapi agak-agak la. Apa yang kita cakap, cara kita berhujah, cara kita terangkan, semuanya mencerminkan diri kita. Bagi kes ni, aku pasti beliau sememangnya menerima layanan yang buruk di hospital atau klinik kerajaan. Fine. Aku tak nafi.
In fact, terdapat banyak kes yang orang ramai tak puas hati apabila berkunjung ke institusi kesihatan kerajaan ni. Layanan kasar, lembab buat kerja, susah dapatkan doktor dan sebagainya. Dan sememangnya instituisi kesihatan swasta jauh lebih baik berbanding kerajaan. Maunya tidak. Orang bayar beribu-ribu ringgit untuk dapatkan rawatan, kalau bagi servis macam taik, memang cepat la mereka bungkus.
Lain pulak dengan kerajaan. Orang nak masuk sana just bayar RM1 je untuk daftar masuk. Yang lain, kerajaan yang tanggung. So, memanglah beribu-ribu orang pergi ke sana. Hence, servis yang orang panggil 'lembap' tu. Tapi still, itu tidak menghalalkan buruk peribadi para penjawat di sana. Layanan mestilah diiringi senyuman juga. It's common sense. Kalau timbul isu penat lah, tak cukup rehat lah, tak semestinya ditempiaskan kepada pesakit. Kerja mereka adalah untuk menyihatkan orang yang sakit. Bukan menambahkan sakit mereka. Takde sangkut paut antara penat dan berkasar ok. Orang penat still boleh bercakap lembut dan senyum.
Bagi tuan punya status yang memaki nurse-nurse kerajaan sebagai murahan dan taraf pelacur ni pulak, satu je aku boleh komen iaitu: Pergi sekolah balik!
Cara dia bercakap tu seolah-olah tak pergi sekolah pulak dan tidak tahu betapa murninya kerja menyelamatkan nyawa orang ni. Terdapat ramai nurse dan doktor berkualiti kat luar sana. Takkan sebab seorang dua yang dia jumpa, terus judge keseluruhan? Dah kalau tak suka tu, pergi je lah swasta. Atau takde duit nak pergi sana? Cakap je lebih.
Maybe juga, bagi aku, beliau ni jenis prev. Ye la kan, macam mana dia tau servis seorang pelacur murahan kalau tak pernah berpengalaman melanggan sekor dua? Dan bila dah sanggap, semua perempuan dia nampak bogel. Tu pasal nurse-nurse tu dia terbayangkan pelacur kot. Hasishh ntah la.
Apa-apa pun, terdapat channel dan cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Bukan di Facebook ye. Tengok sekarang ni, semua orang dah panggil dia ni sebagai sakai. Tak pakai otak bila bercakap. Pergilah jumpa direct management dan luahkan rasa tidak puas hati tu untuk tindakan lanjut. Kan lebih matang dan proffesional.
Kerja doktor dan nurse adalah kerja yang halal lagi suci. Cuma kadang-kala attitude sesetengah pihak tu yang mencemarkan kesucian pekerjaan ini. Biasalah... kita semua manusia.
No comments:
Post a Comment