12 February 2014

Kesian... Mesti Diorang Nak Balik Secepat Mungkin. Sochi-bye!


Ia merupakan antara pertandingan berprestij yang bertaraf antarabangsa. Malah, bagi penggemar sukan "sejuk" pastinya ternanti-nantikan kejohanan ini. Ye... pertandingan yang aku maksudkan ialah "Winter Olympics". Bagi orang-orang di negara tak kena salji, memanglah tak pandang Olympic ini. Tetapi bagi negara-negara sejuk, it's a big deal. Dan ia sedang berlangsung sekarang ni pun.

Jadi, dari segi persiapan, venue, kelengkapan dan sebagainya perlulah diambilkira oleh penganjur atau senang dikenali sebagai tuan rumah. Maunya tak, satu dunia menyaksikan pertandingan ini. Semuanya perlulah teratur bagi membuatkan para peserta, wartawan. media berasa selesa untuk buat coverage kejohanan ini. Namun... itu tidak terjadi terhadap pertandingan kali ni.

Di Sochi sekarang ni, keadaan kucar kacir. Terdapat pelbagai report yang merungut layanan buruk mereka terima semasa berada di sana. Kalau nak diikutkan, pembukaan Sochi 2014 kali ni sangat meriah dan dengan gilang gemilang. Tak nampak mana-mana flaws. Tapi... yang kita tak nampak adalah perkampungan sukan mereka.

Terdapat pelbagai gambar-gambar yang dimuat-naik dalam instagram dan facebook oleh peserta serta media yang mengatakan persediaan Sochi amat menyedihkan. Ada komplen bilik dalam keadaan tidak siap. Tandas yang pelik. Bekalan air bersih pun tidak ada dan banyak lagi la. Perhatikan gambar-gambar yang aku sediakan ni. Diambil dari serata internet.








Come on la. Ini adalah kejohanan taraf antarabangsa. Buat apa melobi untuk dapatkan rights anjurkan kejohanan ni kalau servis macam rumah pelacuran je yang mampu diberi? Nampak sangat jurang perbezaan kelas dan mentaliti orang-orang Russia. Ibarat macam tak nak bagi orang datang je. Dan of course...ini sungguh memalukan.

Adakah ini semua bukti betapa tingginya korupsi di Russia? Ye la kan, negara tu bukannya negara miskin. Malah kekuatan pertahanan mereka pun memang sudah diketahui dahsyatnya. Takkan pump duit kat situ je? Haishh... nanti pertengahan tahun ni World Cup 2014 di Brazil pulak.

Negara yang terkenal juga dengan drug cartel mereka.. Macam mana la agaknya pemain-pemain akan dapat di sana ye? Kalau seteruk ni jugak, sudah pasti pihak FIFA akan pertimbangkan lagi anjuran yang akan datang.

Aku harap sangat kalau Malaysia anjurkan apa-apa kejohanan peringkat antarabangsa macam ni, janganlah buat malu macam ni. Ingat Komanwel 98 KL? Haa... jom repeat the history!

No comments:

Let's Interact!

me>