09 April 2014

Wahai Paris Saint-Germain.. Di mana telur kamu di kala ini?


Berbaloi. Tak rugi berjaga. Hati ini terasa girang gemilang sinar purnama. Perghh begitu sekali. Maunya tidak, Chelsea berjaya sepak bontot PSG (baca: Paris Saint Germain) keluar dari persaingan Juara-Juara Eropah. Sehingga aku dapat rasakan PSG itu sendiri sudah berubah maknanya. PSG pagi tadi tidak bermaksud Paris Saint Germain, tapi "Paris Say Goodbye".

Seperti yang aku pernah khabarkan sebelum ni, apabila anda melangkah kaki ke Stamford Bridge, janganlah anggap ia enteng. Pagi tadi merupakan satu lagi bukti mengapa Stamford Bridge telah kembali menjadi kubu kuat skuad The Blues ini. Sewaktu 1st leg minggu lepas, PSG bukan main galak lagi menapau Chelsea sehingga anggap bahawa mereka sudah berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir. Tapi ini UCL (baca: UEFA Champions League) la. Mungkin PSG dah terlupa la kot. Atau terlalu angkuh. Barangkali tak selalu jejak ke sini.

Teringat aku salakkan pemain PSG yang angkuh selepas 1st leg match iaitu Lavezzi yang cakap bahawa Chelsea takkan terlepas kali ni. Scoreline di Paris dah cukup untuk kuburkan Chelsea. Adoiyaii Lavezzi, tak ingat ke macam mana kau dan Cavani sewaktu di Napoli dulu kena bedal dengan Chelsea dengan berbekalkan scoreline yang sama di tempat sendiri? Sepatutnya kau dah boleh jangkakan pun. This is Chelsea la we talking about. Bukan skuad bola sepak U21 Timor Leste. Aku rasa la kan, JM kena share lagu New Boyz kepada Lavezzi kot baru dia boleh faham.


Mungkin la bila tengok prestasi Chelsea semasa berkunjung ke Paris sehingga kena tapau dengan PSG diorang boleh dabik dada. Tapi, of course Chelsea belajar satu dua character dan corak permainan PSG.

Yang paling syok adalah apabila gol-gol disumbangkan oleh pemain gantian. Dua-dua gol tu. Itu juga bukti why JM (baca: Jose Mourinho) is The Special One in Chelsea. He found a fault, he took a note and then fix it. Dia masukkan Schurrle gantikan Hazard (fans favorite) yang ada masalah hamstring, letak free role di bahagian attacking midfield, Schurrle score.


JM nampak PSG cuba bina Eiffel Tower depan goal, dia masukkan Demba Ba dan the misfiring Torres di depan supaya dapat penetrate lagi kubu pertahanan PSG bersama Eto'o dan akhirnya Demba Ba score. Itu yang aku cakap, andai aku atau manager-manager BPL lain main chess dengan JM, pastinya kalah setelah 4-5 langkah je. Dan the best thing about JM yang bagi aku tiada pada mana-mana pengurus lagi adalah passion beliau terhadap kelab yang disayanginya itu. Bila Chelsea score the winning goal, JM berlari meluru ke arah pemain untuk congratulate serta bagi sedikit sebanyak tactical command bagi mengekalkan scoreline itu. Seorang pengurus tidak boleh berada di atas padang sepatutnya, tapi bagi JM, dia kisah apa? Takde maknanya dia nak kisah apa ref nak cakap. JM celebrate ibarat beliau sendiri yang score goal tersebut. Itu la sebabnya pada hemat aku, JM lah Man Of The Match pagi tadi.


Seandai beliau tidak detect masalah dalam permainan Chelsea semalam dan membuat pertukaran taktikal dan pemain, surely scoreline 0-0 akan kekal sampai kesudah. Itulah perbezaan Chelsea dengan team-team lain, the art and passion of the sport. Team-team lain pun ada passionnya, tapi seandainya korang berdarah biru seperti aku jugak, korang akan faham apa aku cuba sampaikan.

Ingat tak bagaimana JM di ketawakan dan diejek semasa di Paris minggu lepas, sekarang who have the last laugh? Pemain-pemain PSG tertunduk kelesuan dan malu setelah dirobek Chelsea tanpa melawan. Mereka mencuba namun, pertahanan Chelsea lebih kuat.

Apa moral yang kita dapat daripada game ini?

1. Jangan sesekali putus harapan lebih-lebih lagi terhadap sesuatu yang anda sayangkan.
2. Jangan bersikap sombong, riak dan bongkak sebab kalau terkena pada batang hidung sendiri nanti, akan terserlah ke-malu-an tu nanti.
3. London berwarna BIRU. Period.
4. Ambillah teladan daripada lagu New Boyz "Sejarah Mungkin Berulang".
5. Subscribe The Kufazuke Show Vlog dan LIKE The Kufazuke Show page. Hehehe.. sempat lagi tu.


No comments:

Let's Interact!

me>