03 April 2014
Kenapa Chelsea Boleh Kena Tapau Dengan Paris Saint Germain Ibarat Tapau Nasi Lemak Paru Kak Amy Setiawangsa
Haaa... itu hari aku menulis entry mengenai Chelsea tapau Arsenal dalam acara yang gilang gemilang dan kali ni, aku ingin review mengenai game suku akhir 1st leg Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi iaitu pertembungan antara dua kelab gergasi Chelsea menentang Paris Saint Germain (PSG).
Game tersebut berakhir dengan score line yang agak panas. PSG berjaya menjinakkan Chelsea dengan jaringan 3-1. Dan yang bestnya, salah satu gol untuk PSG itu dijaringkan oleh pemain Chelsea sendiri. Malam yang dingin itu menyaksikan pasukan Chelsea yang berjersi putih sebagai pelawat tertunduk malu keluar dari padang setelah maruah dimamah oleh skuad PSG.
So, kenapa Chelsea boleh kena tapau pulak kali ini di tangan PSG ibarat membungkus nasi lemak paru Kak Amy di Setiawangsa?
Haaa... tahukah anda bahawa:
1. Tempat lawan.
Mengikut statistiknya, Chelsea tidak begitu menyerlah jika bermain away. Even dalam liga sekalipun, Chelsea tidak boleh dikatakan terlalu unggul apabila bermain di tempat lawan. Boleh tengok result-result sebelum ini yang rata-rata tidak menyebelahi Chelsea. Kalau menang pun tidaklah besar mana. Even Crystal Palace pun Chelsea boleh tewas. So, maybe psikologi pemain-pemain Chelsea masih belum mantap lagi sepertimana abang-abang senior mereka terdahulu. Tapi, dari masa ke semasa, aku pasti ianya akan berubah. Biasalah... pemain-pemain Chelsea yang ada sekarang masih muda... tunggu mereka jadi taiko, mau terkencing team-team lain.
2. Barisan terlalu narrow.
Formasi yang Jose Mourinho terapkan ini sudahpun terbukti berhasil sebelum ini. Tapi untuk menentang kelab seperti PSG ini, formasi yang lain harus diterapkan. Chelsea semalam cuba untuk bermain ala-ala Barca semalam. Short pass and build up play. At least jelas dalam separuh masa pertama. Chelsea dominate kaw-kaw punya. Tapi barisan formasi pemain Chelsea terlalu narrow yang membolehkan flanker PSG naik turun dengan senang ibarat harga gula juga. Jadi di situ, ia akan mencipta peluang PSG untuk melakukan serangan.
3. False No.9 yang tidak menjadi
Chelsea mempunyai 3 orang striker. Eto'o, Torres dan Ba. Jose Mourinho turunkan attacking midfielder Schurrle di posisi striker. Ikut pada performance Schurrle sewaktu lawan Arsenal dulu, beliau tampak bergaya di posisi atas di mana dengan kelajuan dan kreativiti yang beliau ada, beliau mampu merobek pertahanan lawan seperti makan cikedis. Tapi, malam ini beliau tidak mampu berbuat demikian. Dan apabila Jose turunkan Torres untuk gantikan Schurrle, ia cuma menambah burukkan ketumpulan bahagian serangan.
4. Luiz rindukan Matic.
Seperti yang kita tahu, gandingan David Luiz dan Nemanja Matic di bahagian midfield ibarat kopi dan gula. Sama-sama dapat disebatikan menjadi secawan kopi yang sedap. Namun, oleh kerana Matic tidak dapat bermain disebabkan 'club tied', maka David Luiz tiada kawan di situ. Beliau sedih. Sehingga tidak mampu berbuat apa-apa apabila PSG bersiar-siar di bahagian tengah. Bola tanduk sememangnya Chelsea kalah disebabkan PSG ada Matuidi, Motta dan Veratti. Semuanya berbadan tegap padat dan mantap. Nak lawan Ramires, Willian, Hazard dan Oscar. Itu yang buat Chelsea banyak hilang bola di separuh masa kedua. And seterusnya Luiz jaringkan gol sendiri. Alahaii nasib.
5. Defend Chelsea masih lagi tidur
Sejak dari game menentang Crystal Palace minggu lalu, bahagian pertahanan Chelsea kelihatan sangat lesu. Seperti "mintak nyawa" (macam lakonan Allahyarham Ahmad Nisfu dalam filem Tiga Abdul). Kerap membuat kesilapan-kesilapan yang sepatutnya tidak dilakukan oleh pemain bertaraf bintang. Penat? Tak cukup rehat? Kurang fit? Aku tak tau. Tapi bahagian ini pun harus dipandang serius oleh Jose Moutrinho. Kena pandang sambil angkat sebelah kening macam The Rock.
6. Terlalu marking gergasi.
Masih lagi mengenai bahagian defend, kita dapat lihat bagaimana kentalnya barisan pertahanan Chelsea dapat mengekang penyerang berbahaya mereka seperti Cavani dan Ibrahimovic. Sehingga sempit ruang yang diberikan kepada mereka. Sesempit seluar yang dirasakan setelah terlebih makan. Tidak banyak ruang dan percubaan bahaya dapat dihasilkan oleh kedua-dua penyerang itu. Tetapi adakah Chelsea terlalu marking mereka ni? Ye la kan, marking Ibrahimovic, Lavezzi score. Marking Cavani, Pastore pulak score. So, aku rasa better lepas ni barisan pertahanan patut tukar kepada agresif zonal marking supaya dapat menyekat PSG dari atas sehingga ke bawah.
Pertembungan antara kelab yang kuat di persada UCL sememangnya menjanjikan satu persembahan yang sungguh dramatik dan saspen untuk ditonton. Banyak come back, turning point dan upset telah direkodkan dalam sejarah kejohanan ini. Sebenarnya aku tidaklah terlalu kecewa dengan keputusan ini. Namun tidak jua aku gembira. Satu gol di tempat lawan itu merupakan satu senjata hebat untuk dibawa ke Stamford Bridge nanti. Chelsea masih lagi berpeluang untuk mara. Aku tau...aku kenal Chelsea. Aku cuma kecewa kerana Chelsea cuma dapat bawa satu saja gol ke laman sendiri. Bayangkan kalau 2 atau 3 gol, sudah tentu lebih terbakar semangat ini.
Dan aku juga akui aku gembira dengan kekalahan ini. Bukan sebab mengutuk atau mempersendakan. Tapi aku tau, dengan kekalahan ini, maka perlawan timbal balik di Stamford Bridge nanti sudah tentu menjanjikan satu aksi yang hangat dan aku ingin melihat Chelsea yang garang dan mengganas di sana nanti.
So apa-apa pun, bola itu bulat. Sebelum wisel penamat ditiupkan, ia masih belum berakhir. Remember Napoli?
So, Keep the blue flag flying high!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment