27 March 2014

Peniaga Banyak Tiada Budi Pekerti.


Aku menyampah la andai terjumpa orang-orang yang bajet hebat tapi tak ada budi bahasa. Tak kira la yang tua atau muda. Budi perkerti itu adalah satu sifat, takde kena mengena dengan usia. Tak semestinya orang tu dah berusia maka dia tidak perlu berbudi bahasa. Itu salah tu.

Lagi-lagi kepada para peniaga. Kadang-kadang aku tak faham. Diorg ni tak tau ke yang pelanggan atau pengunjung merupakan orang-orang yang memberi mereka duit untuk pastikan bisnes mereka kekal? Perniagaan tanpa pelanggan apalah gunanya? So, janganlah biadap atau kurang ajar dengan pelanggan. Sebab tanpa kunjungan kami, maka bisnes anda tu tak berjalan. We have the money...you better not be rude.

Bisnes yang aku maksudkan bukanlah tertumpu kepada restoren, gerai sahaja. Malah perniagaan servis yang lain pun turut tau bahawa konsep menghormati pelanggan tetap sama. Buat apa nak bukak bisnes andai tak dapat nak adapt dengan konsep tu? Buat menyemak je. Tak kira la tauke tu muda ke tua ke, ada pengalaman atau tidak, konsepnya tetap sama. Pelanggan harus dihormati.

Bukan kami yang patut melutut terhegeh-hegeh nak bagi duit kami kepada anda. Ingat tu.

So, kepada peniaga-peniaga, tak kisah la anda tu buat bisnes makan ke, servis basuh kereta ke, atau pun andai anda seorang pesuruhjaya sumpah sekali pun, andai ada pelanggan yang datang ke premis anda, layan la elok-elok. Bukannya susah pun. Baik servis anda, maka selalulah kami jenguk. Buruk servis anda, itulah pertama dan kali terakhirnya kami jejak di situ.

No comments:

Let's Interact!

me>