03 March 2014
Bukan Duit Sahaja Jadi Ukuran.
Dah lama rasanya aku tak menulis dalam label 'sukan' ni. Ye la kan, dalam dunia sukan sekarang bukan ada apa yang sangat menarik pun. Yang ye nya, pasal FAM bangsat, angkat sumpah al-Quran berkenaan insiden gaduh dalam game bola dan perkara-perkara remeh yang lain. Ok la, apa kata kita bercerita mengenai BPL. Haha. Ye la kan, oleh sebab BPL la mapley-mapley serata negara ni full house tatkala hari minggu. Semua ada team kesayangan masing-masing. Dan of course, salah satunya adalah team kesayangan aku, Chelsea.
Korang perasan tak yang liga musim ni adalah liga paling rapat jurangnya berbanding musim-musim yang lain. Kejuaraan liga boleh dimenangi oleh sesiapa sahaja. Tak macam dulu, team teratas sampai 9 - 12 mata meninggalkan team nombor 2. Tapi musim ni, top 4 semua beza 3 - 4 mata je. Yes, inilah yang membuatkan liga BPL, the most watched league in the world.
Dalam musim ni jugak jelas terbukti mengenai satu perkara ni iaitu kepentingan mempunyai manager yang berpotensi untuk berjaya.
Kita dapat lihat betapa merudumnya prestasi Manchester United yang memenangi liga musim yang lepas. Malah, Manchester United merupakan pasukan gergasi yang sepatutnya ditakuti oleh mana-mana pihak yang menentang mereka. Selama 2 dekad Manchester United diterajui oleh seorang manager iaitu Sir Alez Ferguson. Dan dibawah kendalian beliau, pelbagai trofi dan piala di simpan dalam kabinet mereka. Dan selepas beliau bersara dan diambil alih oleh David Moyes, Manchester United belum lagi menunjukkan kredibiliti sebenar mereka.
Ada fans Manchester United yang pernah berkata pada aku, bahawa Chelsea merupakan satu kelab yang 'membeli' piala dan dibina sebab duit ownernya Roman Abrahamovic. Bagi aku tidak, ia merupakan good management sahaja. Owner Manchester United pun kaya apa.. Bukan mereka je, Arsenal dan Liverpool pun kaya...So, ke mana perginya duit-duit tu? Mana piala-pialanya? Of course, dengan duit as advantage, sesebuah kelab pasti akan senang untuk dapatkan pemain yang diimpikan. Tapi kenyataan yang sebenarnya juga bukan begitu. Ia juga melihat pada prestasi kelab itu juga. Dan satu lagi kenyataan yang penting, pemain-pemain bintang belum tentu mampu untuk menjadikan sebuah kelab tu hebat.
Dulu aku pernah dibahan oleh fan-fan Manchester United ni. Masa tu Jose Mourinho di pecat oleh Chelsea dan prestasi Chelsea terus merudum jatuh. Nak-nak pulak, selepas Liverpool berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Chelsea di tempat sendiri buat pertama kalinya setelah sekian lama dipegang bersih semasa Jose Mourinho jaga Chelsea. Celaka betul Scolari.
Mereka berkata bahawa Chelsea tak boleh hidup tanpa Jose Mourinho. Takde keibat beliau, maka Chelsea ni nothing. At first, aku seakan tidak percaya perkara tu. Tapi ada betulnya jugak. Melihat performance Chelsea selepas ketiadaan Jose Mourinho, membuatkan aku terfikir, apa gunakan player bintang tanpa manager yang baik? Tapi, walaupun Chelsea sedang naik turun prestasinya, masih juga dapat sapu beberapa piala yang penting seperti Champions League dan Piala FA. Tetapi konsistensi tu yang penting bagi aku.
Dan kini, setelah sekian lamanya menjadi skuad gergasi, akhirnya Manchester United terkapai-kapai selepas ketiadaan Sir Alex Ferguson. Ye, betul. Kalau satu team tu, semuanya star pun belum tentu dapat menjadi skuad yang kuat. Tengok saja la Real Madrid, walaupun player-player bintang tapi tanpa manager yang hebat, still jugak berada di bawah Barcelona.
So, the point here is, sebuah team bola, perlulah ada solid management dahulu. And then, datang kepada pemain. Kerana tanpa management yang betul, bakat pemain tak dapat diserlahkan, sebuah team tak dapat bersatu, taktikal pemainan tidak dapat dipraktikkan.
So, before nak beli pemain-pemain yang hebat, kena pastikan jugak yang orang yang menguruskan tu betul. Therefore, aku percaya apa yang Jose Mourinho cuba nak buat bila dia menjual pemain kesayangan peminat Chelsea iaitu Juan Mata. Aku nampak mengapa beliau letak David Luiz kadang-kala di bahagian tengah. Dan aku nampak kenapa beliau rehatkan pemain-pemain legend seperti Frank Lampard.
Sebuah team tu kalau takde pemain bintang tapi mempunyai manager yang bagus, maka hebatlah team tu. Tengok je la sejarah macam pasukan Nottingham Forest dan Leeds United. Mereka juga merupakan team-team gergasi sewaktu ketika dahulu. Walhal, boleh dikatakan sebahagian player mereka tu, orang tak kenal pun. So... Arsenal, I think you should know what to do.... And Liverpool also... hehe..
Apa-apa pun aku malas nak mendabik dada lagi buat masa sekarang. Game banyak lagi dan points pun semua dekat-dekat je ni. So, let's see at the end of the match tengok sape juara.
Keep The Blue Flag Flying High!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment