08 March 2014
Selamat Hari Wanita!
Tanggal 8 March 2014, Hari Wanita Sedunia...
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari wanita kepada ibu saya, Kay Mariah Yeop yang merupakan iron lady dalam keluarga kami yang berjaya membesarkan 7 orang anak di mana 5 daripadanya merupakan anak lelaki yang sangat degil tapi handsome dan baik hati belaka (terutama saya, diikuti oleh Ferhat Izzat, Fariq Moore, Muhammad Farhan dan Firas Mraz tetonak tonak) serta 2 orang anak perempuan yang sangat manja habis iaitu Natasha Hashim dan Nadira Hashim di samping berjaya juga dalam karier sehingga kedudukan tinggi sekarang.
Di samping itu juga, saya ingin ucapkan selamat hari wanita kepada isteri saya (My dear Ms Kufaz iaitu Arina Mohmad) yang tak pernah jemu dengan karenah suaminya yang mengada-ngada dan menyayangi saya setulus ikhlasnya serta sehingga kini berpegang tangan bersama-sama susah dan senang.
Dan kepada wanita-wanita yang lain juga selamat hari wanita diucapkan. Di harap dengan kekuatan wanita sekarang dapat terus membantu dalam pembangunan negara, keluarga dan agama serta seterusnya mengecapi masa hadapan yang maju dan indah.
Yang lelaki toksah nak haru sangat. Kita ada ego. Hari-hari adalah hari kita. Haha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment