21 March 2014

"Saya benci Jose Mourinho" - Bintang Chelsea


Salah seorang daripada anak didik Jose Mourinho yang juga merupakan seorang pemain yang digeruni oleh team-team hebat di BPL dan Eropah mengaku bahawa beliau "membenci" Jose Mourinho. Haa... Siapalah agaknya beliau ye? Jarang kita dengar ada player Chelsea yang akan membuat pengakuan macam ni kan? Tau-tau je la perangai Jose Mourinho tu. Kalau tak suka, dia axe kan aje... Haha!


Yes. Beliau adalah Samuel Eto'o yang kini juga merupakan antara striker yang boleh diharapkan di Chelsea. Hm.. sekurang-kurangnya ada jugak la gol-gol penting yang dijaringkannya termasuklah hat-trick menentang Manchester United.

Dalam satu interview, Eto'o ada menjelaskan bahawa beliau benci kepada pengurus kelahiran Portugal itu semaasa awal-awal mengambil alih jawatan pengurus di Inter Milan pada tahun 2009. Ini disebabkan oleh persaingan yang pernah dihadapi oleh beliau menentang Jose sewaktu beliau bersama Barcelona menentang Chelsea dahulu. Tetapi, apabila Jose menguruskan Inter Milan, pandangan Eto'o terhadap 'The Chosen One' itu segera berubah.

Semasa di Inter Milan, mereka berdua pernah memenangi trebel, dengan merangkul kejuaraan liga Serie A, Coppa Italia dan Piala Juara-Juara Eropah di mana Eto'o meledakkan 16 gol dalam semua pertandingan.

Kata Eto'o, "Sebelum berjumpa Jose semasa di Inter Milan, saya benci kepadanya. Dan saya merasakan saya tidak akan bermain di dalam pasukan yang diuruskannya. Tapi, Tuhan telah menunjukkan betapa saya tersilap. Kini, kami berkawan baik. Beliau (Jose), adalah seorang yang mempunyai banyak idea dan sangat direct. Susah untuk menggambarkan beliau dalam perkataan."


No comments:

Let's Interact!

me>