Maaf kerana lambat menulis mengenai tragedi ini. Sewaktu aku pelajari mengenai hal ni, aku sedang ada kerja dan tidak berhenti meneliti apa-apa updates mengenai kejadian kehilangan MH370 ini. Aku sedih, sangat-sangat sedih kerana ia mengingatkan kepada aku mengenai tragedi yang menyayat hati aku sewaktu aku masih kecil dulu. Dulu pada tahun 1997, aku masih lagi kecil dan kejadian Highland Tower sangat-sangat membuatkan aku sedih. Aku teringat bagaimana pilunya hati keluarga mangsa yang tidak berputus asa untuk mencari dan menyelamatkan nyawa orang yang tercinta. Warga Malaysia ke semuanya tidak kira bangsa, agama dan fahaman politik sama-sama berpegang tangan dan memberi keprihatinan terhadap mangsa tragedi itu. Semuanya memberi sepenuh perhatian dan for the first time dalam hidup aku, aku merasakan orang Malaysia ke semuanya satu keluarga.
Sekarang tragedi MH370 pula. Seriously, aku buka Astro Awani dari tengahari sehingga ke kini (time aku tulis entry ni, aku masih lagi memasang Astro Awani).
Kapal terbang MAS iaitu MH370 yang berlepas dari KLIA pada pukul 2 pagi telah hilang dari pengesanan radar pada jam 2.41 pagi. Mereka sedang menuju ke Beijing membawa 227 orang penumpang (termasuk 2 orang bayi) dan 12 krew penerbangan. Pada pukul 2.41 pagi itulah perhubungan terakhir di antara menara kawalan dengan MH370 itu. Dan sehingga kini, kapal terbang tersebut masih lagi belum berjaya ditemui.
Sekarang ni kehilangannya masih lagi menjadi tanda tanya. Dan terdapat pelbagai spekulasi yang aku boleh nampak dalam newsfeed Facebook. Ada yang mengatakan mendapat laporan dari Vietnam bahawa kapal terbang itu terhempas di perairan dan pulau di sana, ada yang mengatakan bahawa ia terhempas di Laut Cina Selatan dan sebagainyalah. Bagi, selagi tak official, maka aku refuse nak jadik orang bodoh percaya semua ni.
Tak ketinggalan juga orang-orang bodoh yang cakap ini konspirasi politik la bla bla bla bla. Hey, come on la, ini kejadian tragedi yang melibatkan nyawa orang. Please be more considerate sikit. Janganlah tunjukkan kebodohan korang tu sekarang. Ada budak yang tengah tunggu ibubapa mereka di Beijing, ada ibubapa juga menunggu anak mereka yang tak sampai-sampai dan ada juga seorang ibu yang sedang bersedih yang menghantar anak mereka sendiri ke KLIA sebelum mengetahui bahawa anaknya hilang di udara. Tolong jangan menjadi banggang!
Sebab sekarang ni kita hanya dapat berdoa agar semuanya selamat. Pihak kerajaan (tak kisah korang sokong atau tak ke) telah pun membuat desperate measure untuk mencari pesawat tu, di samping di tolong oleh pelbagai negara lain dan agensi lain bagi menjayakan operasi penyelamatan pesawat tu.
Teori, sesiapa pun boleh bagi. Teori tanpa praktikal dan usaha, hanya akan mewujudkan spekulasi. Dan spekulasi hanya akan menjadikan ia sebagai fitnah. Takkan membantu langsung. Aku piss the fuck off sebab dalam newsfeed, whatsapp, twitter dan sebagainya tak henti-henti tabur fitnah dari pelbagai pihak. Pihak-pihak ni hanya sekadar sampah kepada masyarakat yang tak berhati perut dan tidak prihatin terhadap orang-orang lain.
Dan ada juga orang cakap bahawa inilah balasan Tuhan terhadap mahkamah tidak adil jatuhkan Anwar bersalah dalam prosiding baru-baru ni, dan aku panggil ia sebagai bullshit. Iye, taik. Even kalau aku penyokong kerajaan atau aku ni penyokong Pakatan Rakyat, aku tak sokong orang yang berkata begitu. Janganlah benda-benda macam ni pun korang nak politikkan. Nak-nak libatkan Tuhan.
Hah ni mari aku jelaskan;
Bukan salah pilot.
Bukan salah MAS.
Bukan salah UMNO.
Bukan salah PAS.
Bukan salah Najib.
Bukan salah Anwar.
Kalau Allah dah cakap JADI, maka JADI lah ia.
Jadi tolonglah jangan bagi pelbagai spekulasi lagi. Andai nak buat spekulasi, aku pun boleh bagi. Boleh je aku cakap yang MH370 sekarang sedang terbang ke dalam satu lubang dimensi lain merentasi masa tanpa mereka tidak sedari. See? Senang je kan? Tapi still it's a speculation... just a stupid assuming.
Dan aku takkan tinggalkan kutukan aku terhadap orang-orang bodoh di internet yang tak berhati perut. Korang ni memang jenis bintang apa? Buat sakit mak bapak korang je besarkan korang membesar menjadi beruk. Ini terutamanya kepada mereka yang menghina orang-orang yang berada di dalam pesawat tu. Yang sudah pastinya tidak mahu semuanya ni terjadi. Korang-korang tu (aku tau ko tau sape aku maksudkan), baik naik bangunan KLCC atau Menara Kuala Lumpur, terjun dan mati. Aku tak rasa ada sesiapa akan merindui korang.
Aku rasa inilah masa terbaik untuk kita seluruh negara, buang ego masing-masing. Buanglah pride terhadap fahaman politik, bangsa dan agama. Sama-sama mendoakan yang terbaik untuk tragedi ni. Fahamilah perasaan keluarga mangsa. Kesian pada mereka. Jadilah seorang warga Malaysia. Satu keluarga.
Andai mak bapak korang kena macam mana? Korang suka kalau dihimpunkan spekulasi-spekulasi macam ni? Dah tentu tak kan? Jadi fikirlah pakai otak. Bukan bontot.
So... sekarang sudah pukul 11.06 malam. Kapal terbang MH370 masih lagi belum dijumpai. Marilah sama-sama kita berdoa agar semuanya selamat. Jangan kita hilang satu senjata yang menghidupkan kita. Harapan.
Keep on #PrayForMH370 !!
No comments:
Post a Comment