17 March 2014
MH370: Selagi Tak Jumpa
Sudah lebih seminggu kejadian kehilangan pesawat MH370 ini terjadi, dan sehingga kini masih belum jua diketemui. Sehangat-hangat semangat masyarakat pada awalnya yang tampak begitu sedih dengan kehilangan pesawat itu, yang teriak kononnya berkongsi duka yang dialami oleh famili para penumpang semakin lama, semakin pudar.
Pudar? Mengapa?
Mana taknya.. Semakin hari, semakin banyak persoalan yang timbul dari jawapan yang didapati. Pelbagai spekulasi yang timbul dan fitnah yang disebarkan sana sini. Bukan setakat itu sahaja, malah terdapat juga "acara selingan" diantara 'timeline' pencarian pesawat ini. Siapa tak kenal dengan ragam "Raja Bomoh" yang terkenal aksi-aksi nujum ibarat filem P.Ramlee yang akhirnya menjadi suatu trend parody serata dunia? Sehingga tiba-tiba Malaysia ini menjadi satu bahan jenaka kepada media luar seterusnya menjadikan negara kita badut yang digambarkan sebagai satu negara yang lemah di mata dunia.
Bukan setakat itu sahaja, media-media antarabangsa juga menghentam negara kita kaw-kaw di setiap genap sudut yang mereka boleh. Tabur fitnah sana sini sehingga mencalarkan imej pilot pesawat, para pemimpin, politik, masyarakat dan sebagainya. Mereka menggambarkan negara kita ini tiada kredibiliti untuk menangani isu-isu seperti ini dan juga terlalu lembab buat kerja. Sampaikan terdapat berita-berita palsu yang tabloid negara-negara mereka keluarkan yang akhirnya akan effect pandangan masyarakat dunia terhadap kita. Berita-berita tersebut tidak sahih, kita boleh menafikan, tetapi....the damage has already been done.
Fokus masyarakat kita terhadap kehilangan MH370, di 'kacau' pula oleh isu yang hebat diperkatakan sekarang ini iaitu pergaduhan antara Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin dengan Raja Bomoh yang sehingga cabar-mencabar satu sama lain. Bukan setakat KJ sahaja, malah ramai yang tidak puas hati di luar sana tidak puas hati terhadap Raja Bomoh ini sehingga muat naik video-video cabaran mereka terhadap beliau.
Haish.. what the hell?
Aku pelik betul la dengan masyarakat kita ni. Semuanya hangat-hangat taik ayam. Masa awal dulu bukan main lagi #Pray sana, #MH370 sini... sekarang?
Hmm.. kalau nak komplen banyak-banyak pun tak boleh. Bukan setakat peristiwa MH370 ni je sebenarnya. Dulu punya event macam pergolakan Syria, Palestin, pencerobohan Gaza, Lahad Datu dan sebagainya pun sama jugak. Awal-awal bukan main berapi semangat masing-masing. Dah lama sikit je, bila da semakin tak trendy je, terus pudar dan lupa padahal pergolakan, pencerobohan itu masih juga berlaku sekarang ni.
So, apa bezanya dengan MH370 ni? Nak-nak pulak dah lama sangat dah tak jumpa pesawat ni. Dan orang ramai semakin lama semakin malas nak ambil tahu pasal hal ni. Yup, itulah sebahagian besar orang Malaysia. Hot Hot Chicken Shit.
Lepas timbul satu benda baru yang mereka boleh bawak gelak, bawak troll, bawak parody, bawak marah, terus hilang fokus.
Cuba fikir balik. Sekarang ni, fokus kita untuk mencari pesawat yang hilang tu. Apa kena mengena dengan kes-kes gaduh, kes media palsu yang ditebarkan dan sebagainya? Kenapa lebih tumpu kepada itu daripada mencari pesawat tu?
Just for you know, keluarga mangsa masih lagi menunggu mereka pulang dengan selamat. Dan aku pasti, mereka hari-hari tersinggung dengan fitnah, info sampah yang sedang hangat terpampang di media-media sosial tak kira dalam atau luar negara.
Selagi tak jumpa, teruskan Pray For MH370!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment