14 March 2014

Malaysia Dilanda Celaka


Tidakkah korang semua berasa begitu? I mean like, do you see what happen to our beloved country in the past couple of months?

As I recalled, ia bermula tahun lepas lagi. Di mana kita digemparkan dengan kes Lahad Datu yang dicerobohi oleh pihak tentera Sulu yang 'claim' balik hak mereka. Kemudian, kita diduga dengan hujan lebat tidak berhenti sehingga menyebabkan banjir teruk di beberapa negeri sehingga memaksa sesi persekolah terpaksa ditangguhkan. Kesian... sebab masa tu, ramai murid yang dah beli baju, beg, kasut dan peralatan sekolah baru, terpaksa bersabar dengan kehadiran ujian Allah ini.

Selepas itu, kita dihadiri oleh jerebu yang teruk. Sangat teruk sehingga sekali lagi, productivity negara terpaksa dikurangkan demi kesihatan para masyarakat. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah... problem ini dapat diselesaikan dengan turunnya hujan.


Dan kini, kita diduga pula dengan kejadian kehilangan kapal terbang MAS MH370 yang sehingga kini, dah masuk seminggu pencariannya, masih lagi temui jalan buntu. Serius, aku berasa sangat kasihan kepada ahli keluarga mangsa yang sampai sekarang masih lagi menanti mereka pulang. Tapi tak daya lain yang mampu kita berikan selain daripada tawakkal kepada Allah supaya mereka segera ditemui.

Di dalam kita menghadapi saat kesedihan ini, negara juga sedang dilanda kemarau teruk sehingga terdapat beberapa hutan terbakar sehingga mengembalikan jerebu yang menghimpit kesihatan rakyat ke tahap yang membimbangkan. Dan semakin lama, semakin teruk kualiti udara kita sehingga hendak bernafas pun terasa sesak dan pelbagai penyakit berkaitan jerebu dicatatkan.

Yang membuatkan aku sedih sekarang adalah keadaan masyarakat kita sebenarnya. Sudah tentu, ramai yang akan berkatakan (lebih-lebih lagi puak pembangkang) bahawa inilah dugaan Tuhan sebab kerajaan zalim dan sebagainya. Bla bla bla... Masyarakat kita berpecah belah. Bukan disebabkan oleh berlainan bangsa dan agama sahaja, malah disebabkan oleh beza fahaman politik. Astagfirullahalazim....


Tahukah anda bahawa sekarang masyarakat sedunia kini sedang melihat kita. Setiap media antarabangsa kini sedang mengolah, menghakimi mengenai attitude kita, tahap pemikiran kita serta penyatuan kita. Dan sudah pasti, setelah melihat secara dekat dan cedok dari laman sosial, mereka boleh simpulkan bahawa kita semuanya bodoh. Maka terbentanglah sana sini serata dunia tentang tahap pemikiran orang Malaysia macam budak-budak. Yang bestnya, orang-orang kita cepat-cepat percaya setiap apa yang ditulis tanpa usul periksa kesahihan atau tidak. Di kala aku teriang dengar laungan "Merdeka!" oleh masyarakat kita, aku sedari... kita masih lagi dijajah sebenarnya.

Di saat negara kita sedang getir, inilah masanya sepatutnya kita bersatu. Buang segala ego, emosi untuk sama-sama bangun selamatkan negara kita kembali. Sebab sekarang ini, celaka yang melanda negara kita tak henti-henti. Selepas satu, satu bala lagi datang. Selepas MH370 nanti, ntah apa lagi celaka yang akan menimpa. Ya, Allah.. Harap-harap takde la lagi kecelakaan selepas ni.

Ketidaksatuan masyarakat kita ni, adalah antara terburuk sekarang ni kalau nak diikutkan selepas tragedi 13 Mei. Setiap bangsa kini bermegah seolah negara ni mereka punya sahaja. Walhal kita telah hidup bersama sejak sekian lamanya. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi, dengan itu kita sepatutnya saling memenuhi antara satu sama lain. Bukan bertelagah seperti sekarang ini. Ni tidak, yang parti sana doakan kecelakaan parti sini, yang parti sini pun doa kecelakaan untuk parti di sana. So, tak ke sekarang dah kena celaka terhadap masing-masing?

Urm.. jom muhasabah, sudah berapa lama kita sebenarnya telah membelakangi Tuhan? Setiap genap masyarakat kini telah menjadi gah kerana kehebatan teknologi yang kita ada sekarang sehingga terlupa kepada Sang Pencipta kita yang sebenarnya. Pencipta sains dan teknologi itu sendiri. Instead daripada memohon celaka, apa kata kita semua doakan kesejahteraan masing-masing. Itulah yang sebaiknya.

Pendapat? Komen.

1 comment:

HiDDeN pRecIoUs said...

hmmm betol tu..sama2 la celaka.

Let's Interact!

me>