Sekarang sudah masuk 5 hari kapal terbang MH370 hilang. Banyak persoalan lagi daripada jawapan yang timbul. Dan secara tiba-tiba, tumbuhlah 'pakar-pakar' penyiasatan ibarat cendawan selepas hujan. Ramai yang memberi spekulasi. Ramai yang menabur fitnah. Ramai juga yang biadap dan tidak berhati perut.
Salah satu spekulasi kegemaran aku adalah, mengenai "false flag" yang direncanakan oleh orang Yahudi kononnya. Haishh.. eventhough ia nampak memberangsangkan tapi aku sedaya upaya aku cuba untuk tidak terlalu terpengaruh terhadap statement begini. Memang benar, terdapat pihak diluar sana yang terlalu ingin mencabul negara kita dan apa lagi platform yang paling sesuai? International incident seperti kejadian MH370 ini. Di saat apabila kejadian yang melibatkan warganegara asing dan ramai negara di luar sana yang ingin 'membantu' demi kesejahteraan orang mereka. Tapi, ia cuma teori konspirasi sahaja. Memang nampak benar tapi kalau ye atau tidak sekalipun, bukan itu yang menjadi fokus kita sekarang. Fokus kita adalah terhadap pesawat MH370 itu sendiri. Dan andai warganegara kita terkena dengan menaiki pesawat dari negara luar, aku pasti, kita juga akan turun untuk membantu. Apa-apa pun isu ini janganlah terlalu dipercayai kerana takut ia akan menjadi obses. Dekatkan diri dengan Tuhan dan berdoalah agar kita semuanya dilindungi oleh-Nya.
Terdapat juga warga bodoh yang mengambil kesempatan di atas kejadian ini sebagai political mileage. "Kenapa negara luar pakai submarine tapi kita tak?", "Beli berjuta-juta rupanya sekadar hiasan saja?", "Ada je si gajah Rosmah lawat keluarga mangsa" dan sebagainya.
First of all, I'm on the natural side. Aku bukan pro Government atau pun Pembangkang. Tapi apa yang aku lihat dalam newsfeed aku sememangnya buat aku terfikir sejauh mana tahap pemikiran orang-orang kita ni. Mengapa kapal selam kita tidak digunakan untuk search and rescue? Sebab kapal selam Scorpene tu adalah kapal selam direka khas untuk perang. Tidak dilengkapi oleh equipment untuk operasi SAR. Tak percaya, tengok la spec kapal selam ni.
"Habis, kenapa mintak tolong nelayan pulak? Bot diorang macam la dilengkapi oleh equipment untuk SAR"
Mashallah. Takdenya pihak kerajaan nak kerahkan mereka melakukan operasi SAR ni secara direct. Cukuplah sekadar jika ternampak apa-apa petunjuk yang boleh link kepada kehilangan pesawat tu semasa menangkap ikan dan sebagainya dah la. Nak-nak pulak, negara kita kini sedang dibantu oleh pelbagai negara luar, yang turut bawak turun aset-aset penting negara mereka. Ada di antara aset tu lebih advance dengan kapal-kapal yang ada di laut sekarang ni. So, jangan la pertikai dan keluarkan kata-kata sinis. Ia tak membantu langsung.
Lepas tu ada pulak pihak-pihak yang sinis berkata-kata bila Rosmah melawat keluarga mangsa. Urm. For the record, aku bukan seorang yang suka kepada Datin Rosmah tetapi if dia datang melawat keluarga mangsa, comfort mereka dan kuatkan semangat mereka, why not? Sebab aku belum jumpa lagi mana-mana ikon parti pembangkang yang datang jenguk lagi. Tak kira media prima atau kat mana-mana media. So, di mana sikap keprihatinan tu? And for your information, korang takkan faham betapa traumanya keluarga mangsa sekarang.
Aku terbayangkan seandainya famili aku yang menjadi mangsa terhadap tragedi ni, mestinya aku marah dan tertekan dengan lemparan kata-kata tak berhati perut sebahagian orang 'sampah' yang duk berlonggok kat dalam media sosial sekarang. Tak membantu langsung. Cubalah faham perasaan orang lain. Sesungguhnya kalau kita berbuat baik pada orang, orang akan buat baik pada kita.
Haa.. ni satu lagi. Penggunaan bomoh. Haa itu ye buat aku tergelak. Dalam-dalam misi mencari MH370, tiba-tiba datang pula seorang bomoh dunia yang dikatakan sangat hebat untuk detect di mana pesawat itu berada. I was like, seriously hah? Adoi.. bukan ke sesungguhnya perbuatan seperti itu boleh jatuh syirik? Even orang-orang bukan Islam pun tahu betapa benda tu haram. Kita sepatutnya meminta pertolongan daripada Tuhan. Bukan benda-benda karut seperti ini. Buat malu je. Kalau benarlah bomoh tu hebat sangat, boleh detect lokasi pesawat, kenapa tak pergi sendiri ke tempat dia "predict" tu dan tunjukkan? Sekadar buat ramalan, aku pun boleh buat. Sesiapa pun boleh buat. Mengarut! Kalau betul bomoh tu hebat, dia pasti seorang jutawan sekarang ni. Boleh kalahkan Mark Zuckerberg. Andai aku ada kuasa macam dia, memang aku akan carik lubuk duit.
Gambar Ehsan Oh Media! |
Dan terbaru ni, media Australia. Haishh. Mereka mengeluarkan berita yang tak pasti benar atau tidak mengenai co-pilot MH370. Mereka claim yang beliau seorang playboy, suka berfoya-foya, hisap rokok dalam cockpit dan sebagainya. Terdapat gambar-gambar dan video bagi mengukuhkan tuduhan tu. Terkeluarlah di muka surat depan akhbar-akhbar di Australia bagi mempertontonkan kisah-kisah ini.
Bagi aku, if let say memang benar perkara ni berlaku, so what? Co-pilot tu orang biasa jugak. Ada masa beliau akan nakal jugak. Dan jika benar dia bawak saksi-saksi tu masuk cockpit, bergambar dan sebagainya, ia tetap salah mengikut peraturan syarikat penerbangan. Salah tetap salah. Biarlah beliau sendiri yang hadapi pertuduhan dan hukuman tu. Tapi apa kaitan berita ni dengan kehilangan MH370? Mereka nak kata sebab perangai pilot begitu yang menjadi faktor kehilangan pesawat tu? Come on la. Semasa saksi-saksi tu 'bermesra' dalam cockpit dulu takde pulak perkara begini terjadi. Dan satu lagi menjadi persoalan aku, why now? Kenapa baru sekarang nak keluar bagi statement begini? Kenapa bukan dulu-dulu lagi? Sememangnya dasar attention whore yang cuma inginkan publisiti murahan. Nampak sangat keinginan untuk menjatuhkan kredibiliti Malaysia tu ada. Tak payah nak teliti, dah terpampang jelas niat mereka tu. Dengan itu, aku rasa cukuplah aku percaya kepada media Australia. Journalism standard mereka telah pun aku jatuhkan. Penulisan yang bodoh.
Sekarang ni, aku pasti, operasi pencarian tengah giat dijalankan. Pelbagai usaha telah dilakukan. So apa role kita pula? Urmm.. Segala di langit dan di bumi adalah milik yang maha Esa. Kita tak terdaya nak buat apa-apa dah. Usaha telah dilakukan, sekarang kita hanya perlu bertawakkal kepada-Nya. Jika ada majlis solat hajat, rajin-rajin la hadirkan diri anda. Setiap doa anda itu berkat Inshallah.
Kalau korang complain, menulis kata-kata nista dan biadap, bukan sekadar tidak membantu, malah ia akan menyerlahkan kebodohan anda di situ.
Seluruh dunia sedang melihat kita. Matanglah sikit dan berhenti memalukan negara anda! Keep On #PrayForMH370!
No comments:
Post a Comment