29 December 2014

Year End 2014: A Year To Forget!!

Semasa di penghujung tahun 2013 dulu, kita semua menanti dengan penuh debaran bagaimana tahun 2014 akan terjadi. Namun kita tidak pernah menyangka, tahun 2014 merupakan antara tahun paling musibat bagi negara kita hadapi.


Di awal tahun sendiri kita telah ditimpa dengan ujian jerebu tebal yang memaksa rakyat memakai topeng kerana kualiti udara sangat tidak memuaskan. Pelbagai jenis penyakit berkaitan jerebu dihidapi oleh rakyat di samping kemarau panjang yang kelihatan seakan tiada penyudahnya.

Oleh sebab kemarau itu juga, empangan mulai kering dan beberapa negeri terutamanya Selangor terpaksa menghadapi catuan air berkala bagi menampung keperluan masyarakat. Jangan ceritalah, even baldi masa tu naik harga mencanak-canak.


Baru je kita berpanasan, kehilangan MH370 yang bertolak dari Kuala Lumpur ke China menggemparkan negara. Hampir 300 penumpang yang berada di dalam pesawat itu hilang secara tiba-tiba di atas udara. Sehingga kini masih belum dijumpai. Ke mana mereka? Wallahualam.. Hanya Tuhan sahaja tau. Dan of course, terdapat pelbagai spekulasi yang berkaitan dengan kes ini. Ada yang kata agenda US la... agenda Yahudi la... dan sebagainya. Walaubagaimana pun, semua itu cuma spekulasi sahaja. Tiada bukti sahih yang mengatakan itu dan ini.


Belum lagi reda dengan kesedihan yang kita hadapi mengenai MH370, terjadi pula tragedi MH17. Penerbangan daripada Amsterdam yang sepatutnya sampai ke Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila ditembak jatuh oleh pihak pemberontak di sempadan Ukraine. Bayangkan betapa pilunya hati keluarga mangsa. Konflik yang berlaku di antara pihak pemberontak Ukraine dan Russia punya hal, kapal terbang Malaysia pula yang menjadi mangsa. Mereka-mereka di dalam flight itu tidak bersalah langsung dalam hal ini, namun menjadi mangsa korban mereka pula. 

Ramai menempelak cara kerajaan handle masalah ini. Ada yang cakap kerajaan terlalu berlembut dan sebagainya. Namun, buatlah apa cara sekali pun, yang sudah pergi tidak akan kembali lagi.. Dan Malaysia terus bersedih.


Malaysia murung dengan kejadian-kejadian yang telah menimpa. Tak cukup dengan itu, hati ramai penyokong skuad negara, Harimau Malaya pun patah hati dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki. Malaysia sedang dalam perjalanan menuju kemenangan dah masa tu. Hanya perlu bertahan dan kawal, Thailand sentap hati para penyokong di akhir perlawanan dengan dua gol yang terus meranapkan impian negara untuk membawa kembali piala itu ke dakapan seperti yang dimenangi pada tahun 2010. 


Hm... Kita sangkakan yang musibah sudah tamat untuk tahun ini namun, belum lagi.... Jika dulu kita mengeluh mengenai panas yang berpanjangan, kini kita diduga pula dengan hujan yang tidak henti-henti. Habis negeri-negeri di Pantai Timur yang dinaiki air sehingga menjejaskan teruk produktiviti mereka. Kawasan-kawasan sekitar juga terjejas teruk dan banjir ini telah diklasifikasikan sebagai kejadian banjir paling teruk dalam sejarah negara sejak tahuun 1971. 

Kasihan mereka yang telah ditimpa bencana ini. Habis rumah, kenderaan, makanan, air, letrik. Semuanya terjejas dek dinaiki air. 


Dalam-dalam kita sedang menghadapi masalah banjir ini, baru-baru ini lagi kejadian kapal terbang hilang berlaku. Kali ini, AirAsia pula yang kena. Kapal terbang QZ8501 yang terbang di awan Indonesia itu telah hilang bersama 155 anak kapal seluruhannya. Salah seorang daripada penumpang itu adalah warga Malaysia. 

Sedih kan bila tengok balik apa yang terjadi di tahun 2014 ni? Dari satu ke satu musibah dan bencana berlaku terhadap negara kita. Satu tahun yang penuh sengsara. Yang penuh emosi. Yang penuh duka...

Kita tidak mampu untuk mengubah takdir. Tapi kita diberi peluang untuk merancang perjalanan kita sendiri. Tuhan tidak akan mengubah sesuatu takdir andai kita sendiri tidak ingin mengubahnya. Mungkin dugaan-dugaan ini berlaku di atas dosa kita kepada Tuhan? Supaya kita beringat tiada yang lebih Esa melainkan-Nya. Wallahualam...

Di harap tahun 2015 yang akan datang ini lebih bermakna untuk kita semua. Semoga ia jauh lebih baik daripada tahun 2014 yang kita hadapi sekarang... Inshallah.

#pray4PantaiTimur
#Pray4Malaysia
#Welcome2015

p/s: Ingat... tahun dalam tahun 2014 juga konflik Gaza berlangsung.... mari kita doakan untuk saudara kita juga di sana.. #pray4Gaza

18 December 2014

The Art Of Travelling: Kenapa aku suka travel?


Tun Dr. M pernah berkata dalam satu ucapan beliau berbunyi,

"Why people climb up the mountain, crossing the ocean and fly up in the sky when we can all just stay at home and sleep?"

translate: Kenapa ada manusia yang mendaki gunung, meredah lautan dan terbang tinggi di langit sedangkan kita boleh untuk duduk di rumah dan tidur?

Ye.. satu persoalan yang begitu mendalam maksudnya. Satu persoalan yang mungkin dapat membezakan characteristic antara dua jenis orang. Sama ada seseorang itu adventurous atau jenis yang duduk di bawah tempurung.

Mengapa aku suka travel?

Secara jujur, aku tiada jawapan yang jitu berkenaan persoalan itu. Tiada. Cuma apa yang aku boleh cakap adalah... travelling, merantau, exploring aktiviti yang aku lakukan adalah untuk "mencari". Mencari apa? Mencari diri sendiri.

Pelik kan bunyinya?

Namun itulah hakikatnya. Sebelum ni, aku dapat rasakan bahawa aku duduk di bawah tempurung. Otak aku tidak berkembang. Apa yang disuap kepada aku, itulah yang aku telan. Aku pelajari budaya dan jati diri bangsa lain menerusi media, gossip-gossip orang, buku-buku dan sebagainya. Jadi secara tidak langsung ia menjejaskan perspektif aku terhadap sesuatu budaya, bangsa dan juga agama... And yes, sedikit sebanyak aku menjadi racist dan seorang yang narrow minded.


Apabila travel, aku merasakan terlalu banyak perkara di dunia ni yang masih belum aku terokai.. Aku mula belajar secara hands on sesuatu culture yang amat membuka mata dan minda aku. Aku kenal rakan-rakan baru.. jumpa dengan ragam-ragam orang dan sebagainya.

Dengan itu, aku kenal dengan lebih rapat lagi mengenai budaya lain dan cuba harmonikan dengan kehidupan aku juga. Aku semakin dapat menerima perkara yang di luar zon aku dan mula mengaguminya. Dan dengan itu, aku merasakan ingin melihat setiap tribe atau culture yang ada di dunia ni yang sememangnya tiada di sekeliling kebiasaan aku.

Jika baik, aku jadikan teladan. Jika buruk aku jadikan sempadan.

Apabila sudah berada di luar, melihat sendiri keadaan, persekitaran, perwatakan dan sebagainya, aku mula bandingkan dengan "suapan" yang terima dari pelbagai sumber. Ada yang boleh pakai ada yang totally different. Kalau menurut media ni negeri sekian-kian sangat kotor la, selekeh la, orang kasar-kasar la tapi bila berada di situ, terlampau contra dengan apa yang ditayangkan.


So di situ barulah kita sedar betapa selama ni kita hanya mengangguk-angguk kepala tanpa mengetahui hal sebenarnya. Secara tidak langsung menanam sifat negatif terhadap perspektif kepada orang lain. Menjadi hati sendiri itu hitam...

Apabila travel juga, aku dapat mencabar diri dengan dugaan yang melanda. Semasa itulah aku dapat lihat sejauh mana kekuatan dalam diri ini sebenar-benarnya. Sudah tentu apabila berada di tempat orang dengan satu jangka masa yang tertentu pastinya akan timbul sedikit perkara yang diluar jangkaan sehingga menuntut kekuatan diri untuk tabah, sabar dan berfikir luas dalam menangani.


Sesungguhnya pengembaraan itu suatu yang sangat baik untuk diri sendiri. Ia jauh lebih baik daripada duduk di rumah melakukan rutin harian setiap hari tanpa menyedari masa sudah pun memakan usia kita sikit demi sikit.

Tidakkah kita rasa rugi tidak mengembara sambil pelajari pelbagai ilmu di luar sana? Kerana masa tidak akan sesekali menunggu kita..... So.. kalau anda belum pernah traveling... pergi ambil beg anda sekarang, pack baju dan terus berangkat.. Dan nikmatilah saat terindah dalam diri anda... Percayalah.. It will be worth it! Go out there and be amazed!









15 December 2014

LIBUR: Backpacking Adventure: Penang (Georgetown)!!


Awal bulan aritu, saya dan wife backpack ke Penang selama 4 hari... area cover mostly at Georgetown dan kami nikmati saat terindah kat sana... salute kat orang-orang penang yang peramah, baik hati dan sangat considerate terhadap satu sama lain even berlainan bangsa dan agama...

Ada satu malam tu kat sana, saya nampak stall mee wantan yang seorang uncle cina ni jual dan decide nak try rasa.. Bila saya order je, uncle tu direct cakap, "sorry adik, ini mee wantan you orang Islam tak boleh makan. Ada "bab" dalam kuah ni"... Very nice.. dia cakap polite dan menjaga sensitiviti...

And then ada satu ketika tu, saya and wife cadang nak sewa basikal dan kayuh all the way ke penang hill dari jalan chulia... kami confuse tengok map sebab map tunjuk area georgetown je... sambil nampak kami terpinga-pinga, ada seorang ni barangkali orang pakistan yang lama menetap di sana tunjukkan kami jalan ke sana... secara details... cara mereka sapa dan tegur benar-benar mengagumkan kami....

Selain tu, kami juga bertanyakan jalan kepada seorang tauke kedai buah yang kami lalu... bukan sahaja cara mereka friendly, malah mereka sedaya upaya cuba tolong kami.. siap lukiskan map atas kertas lagi supaya kami tak sesat ke penang hill...

Salute kepada orang Penang... you're one of the best... harmoni.. makmur... dan aman.

Jika ada sumur di ladang,
boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi...

Enjoy the video!!





08 December 2014

Terima kasih Bangsat. Terima kasih.


Kepada bangsat yang buat hal kat Stadium Shah Alam tu... korang hero kan? Berani sangat kan? Haa.. pergilah ke 2nd leg kat Vietnam nanti... siap2 la buat wasiat sekali.. sbb tak tau korang balik Malaysia nanti dalam keadaan pakai baju atau dalam kain kapan....


kepada backpackers, pelancong, traveller Malaysia yang berada di Vietnam sekarang ni, sentiasa berhati-hati.. Mereka dah start aiming orang-orang kita.. Memang benar bukan salah anda.. tapi bangsat-bangsat yang buat hal malam tu yang punya pasal... Jadi, takut kalau anda juga tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan...


Pasal bangsat-bangsat tu lah sekarang ni penyokong Harimau Malaya takut untuk mengunjung Vietnam untuk beri sokongan terhadap pasukan negara... dalam keadaan pasukan negara sekarang ketinggalan 2-1... dalam keadaan skuad negara perlukan semangat di tempat lawan untuk turn over balik permainan...


terima kasih bangsat-bangsat sekalian... anda hero kampung... anda pemusnah semangat.. anda tak mencerminkan budaya orang Malaysia... andalah bangsat sebangsat-bangsatnya...

dasar bangsat....

Let's Interact!

me>