Di awal tahun sendiri kita telah ditimpa dengan ujian jerebu tebal yang memaksa rakyat memakai topeng kerana kualiti udara sangat tidak memuaskan. Pelbagai jenis penyakit berkaitan jerebu dihidapi oleh rakyat di samping kemarau panjang yang kelihatan seakan tiada penyudahnya.
Oleh sebab kemarau itu juga, empangan mulai kering dan beberapa negeri terutamanya Selangor terpaksa menghadapi catuan air berkala bagi menampung keperluan masyarakat. Jangan ceritalah, even baldi masa tu naik harga mencanak-canak.
Baru je kita berpanasan, kehilangan MH370 yang bertolak dari Kuala Lumpur ke China menggemparkan negara. Hampir 300 penumpang yang berada di dalam pesawat itu hilang secara tiba-tiba di atas udara. Sehingga kini masih belum dijumpai. Ke mana mereka? Wallahualam.. Hanya Tuhan sahaja tau. Dan of course, terdapat pelbagai spekulasi yang berkaitan dengan kes ini. Ada yang kata agenda US la... agenda Yahudi la... dan sebagainya. Walaubagaimana pun, semua itu cuma spekulasi sahaja. Tiada bukti sahih yang mengatakan itu dan ini.
Belum lagi reda dengan kesedihan yang kita hadapi mengenai MH370, terjadi pula tragedi MH17. Penerbangan daripada Amsterdam yang sepatutnya sampai ke Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila ditembak jatuh oleh pihak pemberontak di sempadan Ukraine. Bayangkan betapa pilunya hati keluarga mangsa. Konflik yang berlaku di antara pihak pemberontak Ukraine dan Russia punya hal, kapal terbang Malaysia pula yang menjadi mangsa. Mereka-mereka di dalam flight itu tidak bersalah langsung dalam hal ini, namun menjadi mangsa korban mereka pula.
Ramai menempelak cara kerajaan handle masalah ini. Ada yang cakap kerajaan terlalu berlembut dan sebagainya. Namun, buatlah apa cara sekali pun, yang sudah pergi tidak akan kembali lagi.. Dan Malaysia terus bersedih.
Malaysia murung dengan kejadian-kejadian yang telah menimpa. Tak cukup dengan itu, hati ramai penyokong skuad negara, Harimau Malaya pun patah hati dalam Kejohanan Piala AFF Suzuki. Malaysia sedang dalam perjalanan menuju kemenangan dah masa tu. Hanya perlu bertahan dan kawal, Thailand sentap hati para penyokong di akhir perlawanan dengan dua gol yang terus meranapkan impian negara untuk membawa kembali piala itu ke dakapan seperti yang dimenangi pada tahun 2010.
Hm... Kita sangkakan yang musibah sudah tamat untuk tahun ini namun, belum lagi.... Jika dulu kita mengeluh mengenai panas yang berpanjangan, kini kita diduga pula dengan hujan yang tidak henti-henti. Habis negeri-negeri di Pantai Timur yang dinaiki air sehingga menjejaskan teruk produktiviti mereka. Kawasan-kawasan sekitar juga terjejas teruk dan banjir ini telah diklasifikasikan sebagai kejadian banjir paling teruk dalam sejarah negara sejak tahuun 1971.
Kasihan mereka yang telah ditimpa bencana ini. Habis rumah, kenderaan, makanan, air, letrik. Semuanya terjejas dek dinaiki air.
Dalam-dalam kita sedang menghadapi masalah banjir ini, baru-baru ini lagi kejadian kapal terbang hilang berlaku. Kali ini, AirAsia pula yang kena. Kapal terbang QZ8501 yang terbang di awan Indonesia itu telah hilang bersama 155 anak kapal seluruhannya. Salah seorang daripada penumpang itu adalah warga Malaysia.
Sedih kan bila tengok balik apa yang terjadi di tahun 2014 ni? Dari satu ke satu musibah dan bencana berlaku terhadap negara kita. Satu tahun yang penuh sengsara. Yang penuh emosi. Yang penuh duka...
Kita tidak mampu untuk mengubah takdir. Tapi kita diberi peluang untuk merancang perjalanan kita sendiri. Tuhan tidak akan mengubah sesuatu takdir andai kita sendiri tidak ingin mengubahnya. Mungkin dugaan-dugaan ini berlaku di atas dosa kita kepada Tuhan? Supaya kita beringat tiada yang lebih Esa melainkan-Nya. Wallahualam...
Di harap tahun 2015 yang akan datang ini lebih bermakna untuk kita semua. Semoga ia jauh lebih baik daripada tahun 2014 yang kita hadapi sekarang... Inshallah.
#pray4PantaiTimur
#Pray4Malaysia
#Welcome2015
p/s: Ingat... tahun dalam tahun 2014 juga konflik Gaza berlangsung.... mari kita doakan untuk saudara kita juga di sana.. #pray4Gaza
No comments:
Post a Comment