14 December 2012

Goodbye Piala AFF Suzuki


Hm... what can I say? Ia pahit tapi itulah kenyataannya. Pasukan Malaysia tidak mampu mempertahankan gelaran kejuaraan lantas tunduk mengundurkan diri setelah di sepak keluar oleh Sang Gajah Putih.

Well, aku bukan nak menulis untuk mengulas perlawanan separuh akhir kedua di antara kedua-dua pasukan yang berlangsung di Bangkok malam tadi cuma nak luahkan rasa yang ada dalam benak dada aku ni. Well, bagi aku, sesebuah pasukan itu mampu bersaing atau menjadi hebat apabila kuat kepada faktor yang pertama yang WAJIB dititik beratkan iaitu mentaliti. Seandainya mentaliti down, maka seluruh organisasi atau pasukan akan turut serta sekali.

Ada yang cakap terdapat permainan kotor pihak lawan dalam menjatuhkan moral pasukan negara tetapi pada aku, itu mungkin pemangkin, tetapi parahnya berpunca daripada jati diri pemain Malaysia sendiri. Iye.. aku tahu betapa teruknya layanan Thailand terhadap pasukan negara sebagai tetamu mereka dengan menyediakan padang dengan permukaan yang teruknya, tiada fasiliti yang sesuai untuk kem negara menjalankan latihan sebelum perlawanan dan sebagainya. Ia sedikit sebanyak meruntuhkan moral para pemain termasuk jurulatih. Belum dicampur adukkan dengan kecederaan tonggak-tonggak utama skuad negara.


Walau macam mana pun, kekalahan pasukan Harimau Malaya terhadap Thailand berpunca lain daripada itu. Aku setuju dengan apa Kampung Chelsea cakap dalam page Facebook nya bahawa kekalahan itu berpunca daripada mentaliti yang lemah dan disiplin yang kurang di kalangan para pemain. Di bawah merupakan quotes yang aku petik direct daripada beliau:

"Jika beraksi 11 orang pun, adakah Malaysia boleh menang & layak ke final ? Aku rasa tak. Dengan bahagian defends yang teruk, midfield yang tidak berfungsi, striker yang flop (safee sali), Malaysia takkan menang AFF Suzuki, sekalipun kalau layak ke final. Jika nak jadi juara, first point is mentaliti kena kuat, disiplin harus ada. Kedua, kena pandai guna advantage pada home leg, which means di tempat sendiri patut menang 1-0/2-1 supaya dibawa bekal ke Bangkok. Tapi dua point itu Malaysia failed. Ditambah pula taktikal Gopal yang hampeh. Dia tidak ada idea untuk fresh up corak permainan malaysia tatkla malaysia beraksi 10 orang. Apa yang menyelamatkan Malaysia untuk berada di separuh akhir ialah kerana berkat dari kombinasi Mahali-Wan Zack. Player lain semua main macam bangang." - Kampung Chelsea.

Walaupun agak pedas komen daripada beliau, tapi ada asasnya juga. Skuad negara selepas menjadi juara Piala AFF Suzuki dulu, seolah-olah "lupa diri". Semua bajet macam star je. Semua berlagak macam hebat. Propaganda sana sini. Kontroversi sana sini. Tapi atas padang main macam budak sekolah rendah. Takde the cutting edge seperti yang ditunjuk final pertandingan yang lepas. Tu yang aku sedih tu. Nak kata skuad negara tidak mempunyai player power, semua nampaknya hebat. Saiz badan boleh challenge plater-player Thailand. Tapi, di manakah passionate tu? Semangat dahagakan kemenangan tu? Biasalah kan... dah hebat. Lupa diri.


Tapi, aku takkan salahkan 100% kepada player negara saja. Tidak adil begitu. Thailand jugak ada teruknya. Maunya tak. Skuad negara kita datang awal ke Bangkok untuk persiapan. Apa fasiliti yang diorang bagi? Padang latihan yang tiada kelas. Siap becak-becak ibarat sawah bendang. Tempat nak tukar baju takde, privasi persediaan taktik tak dapat dijalankan, in fact, nak training intensif pun tak boleh sangat takut nanti injured pulak player yang lain. Dah pulak tu, masa game tu, boleh pulak dapat reff yang nampak sangat kayunya dan asyik memihak kepada Thailand.

Walaupun begitu, pada aku la kan, player negara sepatutnya amek kekurangan yang dilemparkan oleh pihak Thailand untuk dijadikan bahan api dalam semangat untuk menghentam balik Thailand. Tapi apa terjadi? Skuad kita tunduk dan mengadu sahaja. Tapi, as a Malaysian... still selamanya.. Harimau Malaya.

p/s: Nasib baik Chelsea berjaya melangkah ke final Club World Cup... kalau tak, double sedih ini hari.

06 December 2012

Chelsea: Still Pride Of London


Actually aku bukannya jenis suka menulis mengenai sukan di channel ni. Lebih-lebih lagi team kesayangan aku, Chelsea. In fact, aku lebih gemar mendapatkan berita atau info di page-page dan blog-blog orang lain. Aku lebih suka bersembang mengenai hal ini bersama rakan-rakan serta berforum sana-sini. Tapi keputusan game Chelsea semalam buat aku sedih pulak.

Mana taknya, semalam Chelsea bermain amat baik menentang kelab dari Denmark iaitu Nordsjaelland. Menang bukan sikit tapi besar kot. 6 - 1 scoreline nya. Tapi apa boleh buat, disebabkan Shaktar Donetsk begitu ingin melihat juara bertahan tersingkir, maka mereka pun rela untuk meleburkan rekod 100% tempat sendiri dengan tewas kepada Juventus 1-0.


Kalau nak diikutkan, point Chelsea dan Shaktar Donetsk sama je. Masing-masing mengumpul 10 mata tetapi oleh disebabkan peraturan "Head to Head" yang diperkenalkan oleh FIFA sekarang ini, ia memihak kepada Shaktar Donetsk. Tapi takpe lah. Nak buat macam mana lagi kan? Rule is still rule dan menang kalah tetap adat permainan.

Secara jujurnya, aku rasa permainan Chelsea sejak kebelakangan ni memang sangat lemah longlai. Tak konsisten. Ibarat hilang nyawanya sejak permecatan pengurus mereka, Roberto Di Matteo (RDM) dan kehilangan tonggak utama Chelsea iaitu John Terry dan Frank Lampard. Jadi game-game dalam kumpulan banyak yang di sia-siakan. Game yang sepatutnya menang, dapat seri. Game yang sepatutnya seri, kalah pula jadinya. Jadi, mereka "pay a heavy fine" semalam.


Untuk sekian kalinya, bila dalam situasi genting begini, baru aku tengok Chelsea dalam keadaan bersemangat. Oleh sebab game yang menentukan nasib mereka, barulah mereka ibarat tersentak. Sampaikan Fernando Torres yang flop tu pun boleh menjaringkan gol. Tapi, tu la kan, kalau game-game lepas dah disiakan, kemenangan semalam ibarat tiada ertinya.

So, takpe, bagi aku biarlah yang lepas tu lepas. Sekarang kena move forward. Aku harap Chelsea akan bangkit nanti dan menang Europa League serta World Club Cup di Jepun nanti. Diharap semangat game semalam, akan dibawa-bawa ke game-game akan datang. Keep The Blue Flag Flying High!

p/s: It was a good performance.. but so sad in the end..

05 December 2012

Barbie Cummings Vs World's Dumbest Cop


Sedang aku seronok browsing internet yang penuh warna-warni ni, aku terbaca satu artikel yang aku rasa agak kelakar sebenarnya. Ia buat aku tersenyum dan geleng kepala terhadap satu insiden ni yang aku rasa tak keterlaluan kalau aku cakap 75% natural terjadi kepada kaum Adam ni. Walaupun dah lama berita ni, tapi aku tetap terasa nak share bersama korang.

Pada 7 Mei tahun 2007, di Tennessee, seorang trooper highway bernama James Randy Moss sedang menjalankan tugas rutin beliau monitor keadaan lebuh raya di sana. Beliau sedang duduk bosan melihat keadaan lebuh raya yang lengang tiba-tiba ternampak satu kereta Honda Accord berwarna pink meluncur laju melanggar had laju yang ditetapkan. Dan seperti biasa, beliau mengejarnya dan menahan kereta tersebut ke tepi.


Tidak tahu samaada ia merupakan sesuatu yang bertuah ataupun malang bagi beliau, pemandu yang memandu kereta pink tersebut adalah Barbie Cummings, seorang pornstar. Trooper Randy Moss tidak kenal akan pornstar tersebut. Barbie mengaku mengambil "pil-pil terlarang" untuk menenangkan diri daripada stress. Beliau juga merayu kepada trooper tersebut supaya melepaskan beliau dan menyatakan bahawa beliau seorang pornstar dan jika beliau ditangkap ia akan mengakibatkan "job-job" beliau tergendala. Barbie juga cakap barangkali beliau boleh beri "sesuatu" sebagai suapan kepada anggota polis tersebut. Trooper Randy Moss yang masih tidak percaya, bawa Barbie ke kereta patrolnya dan gunakan laptop yang terdapat dalam kereta tersebut untuk Google dan melawat website Barbie Cummings ini. Ternyata Barbie bercakap dalam benar menyatakan bahawa beliau seorang pornstar.

Dan di atas rasa horny melihat klip-klip lucah dalam website tersebut, Trooper Randy Moss setuju untuk melepaskan Barbie dengan satu "pertolongan oral". Jadi, mereka pun jalankanlah "prosiding" tersebut di bahagian kerusi belakang kereta patrol itu di tempat tersembunyi. Dalam proses tersebut, Trooper Randy Moss juga yang sedang berbangga, merakam aksi-aksi tersebut menggunakan telefon beliau. Selepas selesai, beliau meminta Barbie untuk menyatakan dalam blog bahawa mereka pernah melakukan oral seks tersebut untuk buat rakan-rakan sejawat beliau percaya bahawa beliau pernah "melakukannya" bersama seorang pornstar.


Note: Trooper ini tetap menyaman Barbie!! Beliau menyatakan dalam laporan bahawa beliau tidak jumpa apa-apa barang terlarang, jadi beliau saman Barbie di atas kesalahan pandu laju. The best thing is, trooper ini juga share video dan gambar aksi tersebut bersama rakan-rakan polisnya dan juga hantar kepada Barbie juga.

Hal ini menjadi viral di internet di mana, Barbie tulis juga di dalam blog beliau tentang "meet cute action" tersebut dan state dalam blog itu bahawa Trooper Randy Moss juga seorang yang "memandu laju" ketika itu. Oleh itu, trooper tersebut dipecat daripada menjadi anggota peronda Tennessee dan dihadapkan ke mahkamah di atas kesalahan rasuah.

Oh ye, lupa pulak nak cakap yang Trooper Randy Moss ni seorang yang sudah berkahwin. Jadi, boleh la kita simpulkan yang bukan jawatan beliau sahaja yang beliau kehilangan sekarang ni.

p/s: Sejak insiden tu, Barbie Cummings menjadi sangat popular di arena industri lucah antarabangsa. Bodoh punya penguatkuasa. haha!

27 November 2012

Education: The Wiser Survive (Work Relation)


Dalam kehidupan kita, terdapat satu sistem yang termaktub dan apply terhadap semua sosio dan situasi dalam hidup. In fact, dalam perhubungan antara kita dan Tuhan pun di apply menjadikan ia menjadi satu sistem yang cantik serta membuka peluang saingan dalam perlumbaan jati diri. "Yang kuat hidup" merupakan sistem tersebut. Eventhough bukan secara literally atau direct meaning daripada falsafah dan teori Charles Darwin dan Herbert Spencer, tetapi ia maybe agak sesuai di adaptasi di sini.

Kehidupan merupakan satu medan tempur. Ia ibarat perlumbaan yang sama-sama berlangsung di mana siapa cepat dia berkuasa. Pada zaman dahulu, sesebuah kerajaan itu terserlah kehebatan bila mempunyai kelengkapan perang serta jumlah bilangan askar untuk menakluk sesebuah kerajaan lain. Dan yang pasti, kerajaan yang mempunyai kelebihan dalam aspek-aspek itu akan berjaya. Menjadikan empayar mereka besar dan digeruni masyarakat lainnya.


Dalam dunia sekarang, masyarakat diukur melalui intelektual mereka secara individu menjadikan mereka teguh dan mempunyai kelebihan dari yang lainnya. Yang bijak akan mengarah dan yang kurang bijak mengikut. Basic terori. Disebabkan itu, telah dinyatakan, in fact menjadi wahyu pertama Rasulullah iaitu Iqra' (bacalah) supaya kita mempunyai daya saing dalam perlumbaan ini.

Seseorang pemimpin tidak akan mampu bertahan jika diri tidak dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan ketajaman IQ dalam membuat keputusan. Rakyat akan memanggil sebagai "pemimpin bodoh" atau "pemimpin tak layak" dan seterusnya digulingkan. Dalam sektor swasta dan juga awam tidak terkecuali daripada berdepan situasi ini. Yang paling atas pastinya seseorang yang berkelulusan tinggi dan ia pasti menjadi tonggak di mana kepercayaan lebih ditumpukan. Ada yang mengatakan kelulusan bukan segalanya bahkan ia menjadi tiada apa-apa maksud sekiranya tiada pengalaman. Ye, di sudut itu benar, tetapi orang berilmu tinggi mempunyai tahap penerimaan pelajaran yang lebih baik menjadikan mereka satu modal insan yang baik serta cepat adapt kepada situasi.


Aku pernah baca buku tulisan Ellen J. Langer bertajuk "The Power of Mindful Learning" yang ada menyentuh mengenai kualiti seorang leader atau bos. Beliau berkata,

"A leader is whom the staff seek for when there is situation occur. Therefore, leaders is the one who should know what to do, when to do and how to do it. From the scratch to the biggest pile of load there is. Backroom staff is just the one who follow the orders of leader. And shall a leader do not know such a thing in what should be done, the title should strip by itself."

Statement itu menunjukkan bahawa betapa pentingnya seorang leader atau pemimpin dalam mengisi diri dengan ilmu pengetahuan. Jika seseorang tu tidak mengetahui mengenai perkara penting seperti marketing (berdepan dengan orang), accounting (basic sistem kira-kira), operasi (cara ia beroperasi) dan sebagainya, dia tidak layak untuk memberi arahan. Kerana beliau tidak kompeten dalam tugas tersebut. Di situlah bila ada staff akan berkata "bos bodoh", "menyuruh orang je pandai, dia sendiri buat macam banggang jugak", "takat hantar orang je pergi settle kan, kalau bos jumpe orang pengecut jugak" dan sebagainya.

Oleh itu, ia adalah vital untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya diri tidak ketinggalan. Di dunia sekarang ni, fizikal bukan ukuran kehebatan individu tetapi otak dan minda. Jadi, masing-masing pun perlu teruskan pembelajaran dan banyakkan membaca. Belajar tiada had nya kerana ilmu yang Allah beri tidak akan habis.

p/s: Ada sesetengah ketua tu, bodoh. Bagi arahan itu ini je tau. Tapi otak kosong. Memberi arahan bukan sebab dia tak cukup tangan nak buat. Tetapi sebab tak tau nak buat. How pathetic.

Let's Interact!

me>