27 November 2012

Education: The Wiser Survive (Work Relation)


Dalam kehidupan kita, terdapat satu sistem yang termaktub dan apply terhadap semua sosio dan situasi dalam hidup. In fact, dalam perhubungan antara kita dan Tuhan pun di apply menjadikan ia menjadi satu sistem yang cantik serta membuka peluang saingan dalam perlumbaan jati diri. "Yang kuat hidup" merupakan sistem tersebut. Eventhough bukan secara literally atau direct meaning daripada falsafah dan teori Charles Darwin dan Herbert Spencer, tetapi ia maybe agak sesuai di adaptasi di sini.

Kehidupan merupakan satu medan tempur. Ia ibarat perlumbaan yang sama-sama berlangsung di mana siapa cepat dia berkuasa. Pada zaman dahulu, sesebuah kerajaan itu terserlah kehebatan bila mempunyai kelengkapan perang serta jumlah bilangan askar untuk menakluk sesebuah kerajaan lain. Dan yang pasti, kerajaan yang mempunyai kelebihan dalam aspek-aspek itu akan berjaya. Menjadikan empayar mereka besar dan digeruni masyarakat lainnya.


Dalam dunia sekarang, masyarakat diukur melalui intelektual mereka secara individu menjadikan mereka teguh dan mempunyai kelebihan dari yang lainnya. Yang bijak akan mengarah dan yang kurang bijak mengikut. Basic terori. Disebabkan itu, telah dinyatakan, in fact menjadi wahyu pertama Rasulullah iaitu Iqra' (bacalah) supaya kita mempunyai daya saing dalam perlumbaan ini.

Seseorang pemimpin tidak akan mampu bertahan jika diri tidak dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan ketajaman IQ dalam membuat keputusan. Rakyat akan memanggil sebagai "pemimpin bodoh" atau "pemimpin tak layak" dan seterusnya digulingkan. Dalam sektor swasta dan juga awam tidak terkecuali daripada berdepan situasi ini. Yang paling atas pastinya seseorang yang berkelulusan tinggi dan ia pasti menjadi tonggak di mana kepercayaan lebih ditumpukan. Ada yang mengatakan kelulusan bukan segalanya bahkan ia menjadi tiada apa-apa maksud sekiranya tiada pengalaman. Ye, di sudut itu benar, tetapi orang berilmu tinggi mempunyai tahap penerimaan pelajaran yang lebih baik menjadikan mereka satu modal insan yang baik serta cepat adapt kepada situasi.


Aku pernah baca buku tulisan Ellen J. Langer bertajuk "The Power of Mindful Learning" yang ada menyentuh mengenai kualiti seorang leader atau bos. Beliau berkata,

"A leader is whom the staff seek for when there is situation occur. Therefore, leaders is the one who should know what to do, when to do and how to do it. From the scratch to the biggest pile of load there is. Backroom staff is just the one who follow the orders of leader. And shall a leader do not know such a thing in what should be done, the title should strip by itself."

Statement itu menunjukkan bahawa betapa pentingnya seorang leader atau pemimpin dalam mengisi diri dengan ilmu pengetahuan. Jika seseorang tu tidak mengetahui mengenai perkara penting seperti marketing (berdepan dengan orang), accounting (basic sistem kira-kira), operasi (cara ia beroperasi) dan sebagainya, dia tidak layak untuk memberi arahan. Kerana beliau tidak kompeten dalam tugas tersebut. Di situlah bila ada staff akan berkata "bos bodoh", "menyuruh orang je pandai, dia sendiri buat macam banggang jugak", "takat hantar orang je pergi settle kan, kalau bos jumpe orang pengecut jugak" dan sebagainya.

Oleh itu, ia adalah vital untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya diri tidak ketinggalan. Di dunia sekarang ni, fizikal bukan ukuran kehebatan individu tetapi otak dan minda. Jadi, masing-masing pun perlu teruskan pembelajaran dan banyakkan membaca. Belajar tiada had nya kerana ilmu yang Allah beri tidak akan habis.

p/s: Ada sesetengah ketua tu, bodoh. Bagi arahan itu ini je tau. Tapi otak kosong. Memberi arahan bukan sebab dia tak cukup tangan nak buat. Tetapi sebab tak tau nak buat. How pathetic.

No comments:

Let's Interact!

me>