19 November 2012

Tiada Kata Secantik Bahasa


Izinkan hamba untuk bertinta di sini bersalutkan bahasa tercinta bangsa kita. Sekadar untuk memperhias kembali seni penulisan yang serayanya menunggu kepupusan hadir jua. Pada hemat hamba, bahasa mencerminkan keagungan sebuah karya agung dalam intipati bangsa. Namun, arakiannya, acapkali ia dilupakan lantas dimamah pertembungan budaya seraya membunuh seni indah itu. Apakah kita sudah malu dengan identiti kita? Apakah kita ingin melenyapkan atau menafikan asal usul kita? Berjalanlah bersama hamba dalam meniti perubahan bahasa mudah walau seketika cuma agar warta ini dalam dinilaikan bersama hati tuan hamba yang bergeliga.

Perubahan bahasa pada perkataan "kekanda".
(Anak panah diberi membawa bersama erti tempoh masa yang lama namun tanpa sedar ia sekilas jua)

Kekanda ---> Abang ---> Bang ---> Brother ---> Bro ---> Der ---> Brah

Perkataan yang dinyatakan sekadar sekelumit contoh yang bisa hamba berikan. Setibanya, ini contoh ayat yang bersama maksudnya namun lenggok dan budayanya diperkecilkan.

"Adinda, ingin beradu sebentar. Diharapkan kanda dapat menemani dinda kerana perasaan dinda seakan tidak benarkan dinda sendirian tidur tanpa kanda di sisi. Dinda amat merindui kanda."

---> "B nak tido dah ne. Boo meh arr teman B cnie. B akut arr tidew sowang-sowang. B mish-mish Boo taw."

Semoga kalian berfikir sejenak.

p/s: Buruk gila susunan bahasa klasik aku! haha...



No comments:

Let's Interact!

me>