22 November 2012

Muslim United: Serangan Israel Terhadap Gaza.


Ini merupakan satu entry yang aku tujukan kepada semua umat Islam di luar sana yang sama-sama seperti aku, punyai keluarga Islam yang ditindas di Palestin. Mereka memerlukan kita. Mereka perlukan doa dan sokongan kita.

Lihatlah wajah-wajah mereka yang tidak terdaya dianiaya oleh Zionist yang tidak berperikemanusiaan. Kebanyakan mereka bukan orang yang mampu melawan. Kebanyakan mereka warga tua, wanita dan kanak-kanak yang tidak kenal erti kenikmatan hidup di dunia ini. Setiap masa mereka diperakukan dengan kejam ibarat hidup mereka tidak berharga.

Ini bukan peperangan. Ini adalah secara terang dan jelas pembunuhan beramai-ramai. Tujuan Zionist memperakukan semua ini tidak perlulah di ceritakan di sini. Terdapat ribuan artikel dan dokumentari tentang niat sebenar mereka tetapi PBB mahupun negara-negara besar lain tidak buat apa-apa. Sekadar butakan mata untuk jaga sumber dan aset mereka. Itu lah dunia sekarang.


Ye, kita mungkin tidak mampu untuk membantu mereka secara langsung, tetapi kita boleh jalankan tanggungjawab kita dalam membantu mereka dari sini. Join lah bersama-sama dalam menghulurkan bantuan bagi keluarga kita di sana. Kalau terlalu malas sangat nak keluar, anda boleh mendermakan sumbangan anda dengan hanya;

taip PALESTIN <3> dan hantar ke 39111. 

Dan jika anda ingin dermakan dalam bentuk barangan, kad ucapan semangat atau sebagainya, anda boleh berbuat demikian dengan badan-badan yang dipilih untuk menyampaikan bantuan anda kepada mereka. Di sini aku sertakan beberapa badan bantuan Palestin. Boleh di klik pada link itu.

DERMA PALESTIN

AMAN PALESTIN

AMAL MALAYSIA

lihatlah video ini.. kasihanilah mereka.



So, andai anda ada link-link dan salur-salur lain yang boleh kita hulurkan bantuan, silalah share bersama-sama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! SAVE GAZA! SAVE PALESTINE!

p/s: Walau sikit amount pada mata kita, pada mereka ia amat besar.


Post a Comment

Let's Interact!

me>