Pada zaman dahulu, penggunaan media sangat vital dan relevan dalam memastikan kehidupan dapat diteruskan dan pembangunan mobiliti kehidupan dapat diteruskan. Tanpa media, nenek moyang kita tak mungkin akan tahu apa yang terjadi di dalam negara sewaktu darurat. Mereka tak mungkin akan tahu progress kemasukan tentera Jepun dan British dan agenda-agenda mereka dalam politik. Bahkan mereka kemungkinan tidak sedar bahawa negara sudah pun merdeka. Disitulah peranan media seperti surat khabar, radio dan televisyen amat penting.
Dalam era negara kita semakin pesat membangun, media digunakan dalam memastikan produk-produk para usahawan dapat disampaikan kepada masyarakat seterusnya memangkin perkembangan ekonomi. Tanpa media, gerakan pembangunan ekonomi menjadi perlahan dan tersekat di tempat tertentu saja.
Masa telah merubah penggunaan media menjadi lebih palsu berbanding tujuan asal penciptaan media ini. Kini, selain informasi, media menjurus kepada hiburan. Semua yang menggelarkan diri sebagai orang berbakat ingin jualkan diri mereka ke dakapan glamor. Media menawarkan perhatian masyarakat secara meluas dan ini menyebabkan, golongan 'attention seeker', berebut dalam memastikan diri mereka dikenali ramai. Secara pro, ia amat baik jika berniatkan memasarkan peluang atau jalan perniagaan atau menolong masyarakat yang majmuk ini. Tapi andai kita semua perasan, golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai penghibur ini hanyalah sekadar inginkan populariti dan tak lain dari itu. Mereka dahagakan kehidupan yang glamor. Digilai dan berharap menjadi ikon walau tanpa apa-apa jasa kepada nusa dan bangsa. Sekadar plastik cuma.
Apabila, wang dijadikan tuan, maka lahirlah golongan-golongan yang ibarat 'kurang perhatian' ini. Konon atas perjuangan seni dan hiburan pada halwa telinga masyarakat. Secara jelas, di mana kepentingan produktiviti nya? Malah mereka ketengahkan budaya lagha' yang sudah pasti melekat pada pemikiran anak-anak muda dan melemahkan lagi intelektual diri mereka.
Tidak salah dalam mewarnai kehidupan bersama muzik dan seni melalui media. Tetapi pada pendapat aku, jika seaeorang itu ingin menjadi seorang penghibur atau penggiat seni, perlulah dia mempunyai niat dan lebih dari sekadar mengejar kemasyhuran. Dan mungkin disebabkan itu, aku tidak suka rancangan-rancangan program realiti. Kebanyakkan hanya sekadar menawarkan keglamoran. Tapi agak berbangga lihat realiti program seperti Imam Muda dan program berasaskan keusahawanan.
Jika kepopulariti sahaja yang dicari, maka tidaklah ada apa-apa erti dalam pembinaan modal insan dalam masyarakat kita. Cuma sekadar seorang penghibur yang hanya boleh bernyanyi atau berlakon sahaja. Tetapi, kalau kita tengok pada masa sekarang, itu yang terjadi. Berapa ramai artis yang kurang berkualiti digilai oleh anak-anak muda sehingga ada yang menjadikan mereka sebagai idola dan ingin menjejaki langkah idola mereka tanpa mengenal erti sebenar sebuah seni itu? Dan ibarat kerja tanpa rancangan, perjalanan mereka pasti berhenti tanpa usul-usul yang mendatang.
p/s: Artis adalah role model.. orang pandang tinggi. So.. fikir-fikirkan lah.
No comments:
Post a Comment