12 September 2012

Jellyfish That Ruin Everything


So, beberapa minggu lepas, aku dan isteri bercuti di Cherating untuk menenangkan benak kepala yang aku rasa agak tegang asyik duk ditekan-tekan oleh stress. Fuh, duduk bandar boleh jadik sangat stress woo.. So, I guess Cherating is not bad either kalau nak tenang la.. tapi kalau korang nak huha kat sana, better jangan kot sebab kat situ memang tak ada apa-apa yang menarik melainkan pantai je la.

So nak dijadikkan cerita, pada hari kedua aku kat sana, aku dan isteri decide untuk mandi di laut. Ombak pun tengah best. separa tinggi dan deras. waktu tengah hari. Sebelum aku decide nak mandi laut tu, at first, aku dan isteri beserta keluarga adik ipar aku nak naik banana boat. Tapi aktiviti tu ditutup oleh pihak hotel kerana khuatir angin yang kuat serta terdapat banyak obor-obor terdampar di persisiran pantai.

Biasa la budak degil. Aku ajak isteri aku main rempuh ombak macam budak-budak. Seronok gila. Ye la kan, kat KL takde laut. Bila lagi nak merasakan? Tapi keseronokan tu tak berpanjangan. Baru je masuk ombak ke-6 untuk dirempuh, kami aku terasa macam kena renjatan. Serius sakit beb... Seraya dengan tu aku pun tengok la apa yang sengat aku tadi. Dalam kepala aku cuma satu je yang aku takutkan iaitu ular laut. Syukur, yang aku nampak seekor anak obor-obor yang berjaya troll aku.


Kecik-kecik dia pun, sakit dia bukan kepalang ok? At first, aku tengok kaki aku tu tak de apa sangat. Tapi merah la jugak. Aku baca dulu, kalau kena gigit obor-obor, rasa gatal-gatal. Tapi takde pun. Rasa dia sakit macam kulit kena sagat kat jalan raya. Pedih.

So, di situ lah semuanya aktiviti laut aku berakhir. Aku ada baca jugak yang obor-obor ni jenis pemalu. Dan takkan serang seandainya tak dikacau. Dan serangan obor-obor, selalu terjadi bila datang musim dia. Haa musim mengawan, waktu diorang berhijrah dan sebagainya. So, I guess pada masa sekarang bukanlah waktu paling sesuai kot nak turun laut. Mereka sedang horny di laut sekarang. So jangan kacau ye kawan-kawan.


Malam tu selepas kejadian, kaki aku membengkak beb... bengkak menggerutu.. sadis dan menginsafkan.. haha.. tapi syukur kaki aku dah ok sekarang. Nasib baik kena dengan obor-obor kecik je. Kalau kena dengan bapaknya? Huishh takut.. Try google... obor-obor telah meragut lebih dari 5000 nyawa tahun lepas.. Syukur.. nyawa aku masih panjang.

p/s: Kalau korang tengah berasmara kena kacau pun korang akan marah kan? hahaha...

No comments:

Let's Interact!

me>