Seperti yang korang tau, aku kini sedang giat menjual produk screen protector terkini dari Jepun, Kristall Liquid Screen Protector dan kisah ni bukan cerita mengenai produk tersebut. Ia lebih kepada tahap keprihatinan masyarakat terhadap satu sama lain.
Ok camni... hari tu, aku and isteri aku membuat delivery produk kami kepada seorang customer yang bertempat di tengah-tengah Lembah Klang. Waktu tu dalam pukul 11 - 12 malam la jugak. So, on the way balik tu, aku ikut Jalan Istana menuju ke Jalan Tun Razak. Cukup lepas je dari Muzium Negara, tayar kereta aku pancit. So, aku pun berhentilah di tepi jalan. Agak teruk jugak tayar aku... pecah. Tak tau samaada sebab tayar lusuh ke atau terlanggar something yang boleh buat impact macam tu.
Aku check bonet kereta aku dan alhamdulillah ada tayar spare dan jack. Cuma satu je alat yang takde dan menyebabkan segalanya tergendala. Aku tiada pemutar skru je. Ntah, aku pun tak tau kat mana perginya. Puas la aku dok fikir siapa boleh rescue time-time macam tu memandangkan hari pun dan lewat malam. Aku saja tak nak call AAM sebab aku tau diorang ni cekik darah kalau tolong tukar tayar. Nak-nak tayar dan jack aku dah ada, kalau bayar semata sebatang pemutar skru, bagi aku tak efisyen jugak. Takpe, aku try ikhtiar cara lain.
Apa yang buat aku rasa kesalkan ialah, terdapat banyak kereta lalu kt situ tapi satu pun taknak berhenti untuk tolong. Maybe bagi mereka "bukan masalah mereka" kot. Ke hulu ke hilir aku jalan kat belakang kereta aku, tapi satu pun langsung tak tunjuk concern pun. Aku rasa la kan, maybe sebab aku lelaki, ramai buat tak kesah. Cuba kalau perempuan. Nak-nak yang cun pulak ke kan. Aku rasa sure ramai yang berhenti nak tunjuk "prihatin". Ntah-ntah punya la berlambak kereta berhenti sampai terpaksa double park kat tepi jalan tu.
So, di mana problem sebenarnya. Adakah tahap jenayah sangat tinggi dan menakutkan sehingga society kini takut untuk berdepan sesama sendiri dan sukar untuk percayakan sesuatu situasi? Atau pun sememangnya attitude masyarakat kita yang kini lebih cenderung untuk mementingkan diri sendiri? Pelik jugak sebab kalau accident ke, semua tolong 'tengok' dan kesian kat mangsa sampai akibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 20km. Semua dok tanya "dah mati ke?"... "Cina ke Melayu?"... "Apa nombor plat nya?" Tapi bila someone really in need, tak seorang pun menjenguk. Kok ada sekalipun, surely tolong dan mintak upah. Standard la tu. Tapi takpe la... aku try jugak calling-calling orang lain, mana tau dapat datang rescue.
In the end, alhamdulillah, bapa mertuaku jugak yang rescue bawak pemutar skru tu all the way from Selayang. Selepas tukar tayar kereta, aku dan isteri pun berlalu pulang ke rumah.
p/s: Cuba kalau Angelina Jolie lepak tepi kereta tayar pancit, ntah-ntah dengan kapal terbang sekali landing cuba tunjuk "prihatin".
Ngada-ngada aku tembak kang! |
2 comments:
kah kah
mereka takut kot
maklumla kes kes rompak kerap akhir2 nih
hahaha.. maybe la kot... tu yg buat susah bila ada org yg x jahat betul2 perlukan pertolongan,.... huhu~
Post a Comment