29 March 2013

The Secret Windows



Tingkap Hati

Tingkap. Ia digunakan sebagai satu bentuk aliran udara dan cahaya bagi masuk ke dalam bilik. Apabila aku bersendirian, aku suka memandang tingkap bilik aku dan bagaikan suatu proses pemain audio visual, pelbagai buah fikiran yang hinggap di minda ini. Aku lihat jauh ke arah paparan yang disediakan oleh tingkap itu dan seringkali terperangkap dalam mencari konteks istilah tersirat yang diberikan. Aku lihat pokok-pokok yang merimbun, burung berterbangan dan bunyian angin yang bertiup. Ia menenangkan aku.

Ia ibarat sebuah dunia yang lain bagi aku. Dunia di mana cuma aku sahaja yang mengerti dan di mana aku sahaja yang kemudi. Barangkali mental aku sudah sakit kerana menyukainya tetapi pada aku, perasaan yang hadir bersama renungan jauh itu sukar digambarkan dengan kata-kata. Ia menenangkan aku. Buat aku longgar. Buat aku terlepas daripada cengkaman dunia buat sementara. Aku hidup tanpa terikat dengan apa-apa. Segalanya di minda.

Arwah bapaku juga mempunyai tingkapnya sendiri. Di saat akhir-akhir hayatnya, sering aku lihat beliau merenung jauh ke luar tingkap dengan ekspresi muka yang sukar aku terjemahkan. Wajah yang penat melayan karenah dunia. Wajah yang lega untuk seketika. Wajah yang mentafsir takdir. Semuanya bercampur aduk. Barangkali aku ketika itu belum bersedia untuk mengerti apa yang beliau rasai. Mungkin aku tak mampu merasai perasaannya. Dan aku akui, aku juga tidak tergamak untuk mengadili apa yang beliau lalui.

Di paparan ilusi itu juga aku melihat segalanya. Daripada desiran angin yang menyapa daun-daun di pokok, aku lihat hidup aku. Daripada kicauan burung-burung aku mendalami jasadku yang aku gunakan hampir 3 dekad ini. Aku selami perjalanan yang pernah aku lalui. Betapa tidak dapat aku sangka bagaimana aku berada di sini. Segala kesilapan lalu bermain di kepala aku. Segala gelak tawa bernyawa semula. Semua seolah beria-ria hanyutkan aku masuk ke dalam dunia aku sendiri. Aku tersenyum. Aku bersedih. Dan hanya Tuhan saja yang mengerti apa yang bermain di fikiran aku. Mindaku sendiri mengingatkan aku tentang diri aku yang sebenar. Wajah tanpa topeng.

Jauh juga minda ini bawa aku sehingga terpampang wajah-wajah rakan semasa di sekolah, muka cikgu yang beri impak pada aku. Rakan-rakan yang lama tidak ketemu. Wajah mereka-mereka yang khianat kepercayaan aku dan sebagainya. Malah segala insiden-insiden yang pernah berlaku, yang mendewasakan aku berputar kembali bagi tatapan hatiku. Ia ibarat mempunyai sistem timeline sendiri yang beri aku rumusan dalam proses seminima mungkin.

Sepantas ia membawa aku kembali ke masa lalu, begitulah juga cepatnya ia memaparkan masa depan aku. Pelbagai soalan yang menerjah. Pelbagai kemungkinan dihidang. Pelbagai ugutan yang aku terima daripada diri aku sendiri. Apakah aku akan berkembang dan maju lagi? Ke mana lagi hidup ini akan membawa ku? Bagaimana keadaan keluarga aku nanti? Segala ramalan... segala soalan peluk erat otakku. Sehingga ia membenarkan otak aku menggambarkan dunia selepas ketiadaan aku. Apakah mereka akan merindui aku? Atau mereka akan meraikannya? Apakah akan terjadi pada keluarga aku bila ia berlaku. Ah... tanpaku sedar, aku berada dalam bebelan soalan yang lahir dalam minda aku ini.

Apakah aku terlalu memikir? Apakah aku terlalu berangan? Apakah aku terlalu lemah dengan mengizinkan minda sendiri hanyutkan aku ke dalam keadaan longgar begitu? Walau bagaimana pun.... hanya suasana berseorangan begini, aku mengenali diri aku yang sebenarnya. Yang aku tahu, mengakui kewujudan aku. Hanya bila berseorangan begitu aku dapat merasai apa yang aku rugi. Betapa aku sebenarnya hidup bahagia bersama jodohku di sisi. Betapa terbuka luas perjalanan hidup ini. Dan.... betapa jauhnya kaki ku ini sudah melangkah.

Bagi orang lain, ia hanyalah sebuah tingkap... tapi jika dilihat menggunakan mata hati, ia bukan sekadar tingkap. Ia merupakan mesin masa.

Kufaz N., March 27th 2013.

p/s: Just another emo day. -.-

28 March 2013

Resipi: Spicy Butter Prawns


Wow... nama masakan pun dah macam ala-ala UK kan? Actually takde la sangat. Still dengan tema dan identiti masakan melayu jugak sebenarnya cuma tambah a little bit of twist. Dan masakan ni kita kena pelbagaikan "kaum-kaum" rempah atau ramuan supaya ia dapat bergaul dan menjadi satu sebatian yang mantap serta menyelerakan. So, resipi ini juga sebenarnya eksperimen bagi aku. Aku dah buat dan rasanya memang not bad kalau korang nak cuba. Senang je sebenarnya.

Bahan-bahan:
- Bawang merah & putih (dihiris)
- Butter
- Cili (Sesedap rasa)
- Tomato (2 biji dipotong dadu)
- Garam
- Udang


Cara masak:
1. Panaskan kuali dan masukan butter dan biarkan ia cair menjadi minyak.
2. Masukan bawang merah dan putih tadi dan gaul sehingga naik bau.
3. Masukan cili tadi. (Cili tersebut boleh dipotong mengikut selera korang)
4. Tabur sedikit garam dan gaul sehingga sebati.
5. Masukan udang dan tomato tadi ke dalam kuali dan gaul sampai rata bersama tumisan.
6. Setelah 2 minit berada dalam kuali, udang tersebut bolehlah diangkat dan dihidangkan.

* Untuk masak atau goreng udang, pastikan korang tak ambil masa yang lama. Ini adalah kerana udang ni cepat masaknya. Kalau terlalu lama dalam kuali, ia boleh mengecut dan tidak puas bila makan nanti.

* Sama juga seperti udang, tomato tadi tak boleh lama kerana khuatir nanti ia benyek dan hilang tekstur apabila makan nanti.

* Ada advantage-nya kalau kita masak menggunakan butter instead of minyak masak. Butter merupakan satu elemen minyak dan tenusu juga. So, ia boleh bertindak sebagai kuah juga berbanding minyak masak yang tidak boleh dijadikan kuah.


p/s: Selamat mencuba. Bon appetite!


23 March 2013

Prankster!! (Video)


Dalam banyak-banyak video yang aku suka browse di Youtube, kategori humor yang paling aku suka adalah prank video. Haha. Iye, ia amat mencuit hati di mana aku geli hati tengok para prankster cuba lakukan yang terbaik dalam trolling orang secara personal ataupun public. Bukan setakat itu je, aku juga suka melihat reaksi orang ramai secara telus tanpa editting atau berlakon dalam menghadapi situasi-situasi yang dibangkitkan oleh para prankster ini. So, sini beberapa video yang aku ingin share bersama korang.

Video 1: Public Prank - Proposing Gone Wrong (Valentine's Prank)

Yang ini kelakar. Prankster tu dibantu oleh seorang watak tambahan yang berlakon jadi girlfriend beliau. Si prankster ni dapatkan perhatian orang ramai dan gezetkan bahawa beliau ingin melamar "girlfriend" beliau itu dan sebelum sempat dia melamar, wanita itu pun lari. Haa... korang kena tengok reaksi orang ramai kat dalam video ni.



Video 2:  Epic Spray Paint Prank - On Cops!

Video ni pulak berkisarkan prankster yang spray "air duster" kepada grafitti-grafitti yang terdapat di dinding. Yang bestnya, target victims mereka adalah polis yang ingat mereka semua sedang membuat vandalism secara terang-terangan. Haha!



Video 3: Kisses Prank!

Haa... Yang ni pulak adalah prank yang buat orang marah. Mana tak nye, prankster ni datang kat sepasang couple pastu tanya kepada si boyfriend sama ada dia boleh bagi kiss pada girlfriendnya atau tak. Haha. Tup-tup rupanya dia maksudkan benda yang lain.



Video 4: Joining People's Conversations Prank!

Yang ni best jugak. Boleh pulak si prankster ni datang kepada stranger dan bercakap macam lepak bersama je. Dan ada jugak yang dia boleh main masuk je perbualan orang lain macam dia sebahagian daripada hangout tu. Hahaha! Haaa... the last girl dalam video ni, I guess a keeper kot. Gila lah. Hahaha!



Video 5: Don't Look At My Girlfriend Prank!

Wow. Yang ni pulak lagi best tengok reaksi mangsa-mangsa yang kena. Prankster yang ditemani girlfriend beliau ni main pajak je kenakan orang yang lalu lalang secara rawak. Nak-nak dengan gaya ajak bergaduh tuduh orang lain tengok girlfriend beliau. Semua stok muka kecut pulak tu. Haha!



p/s: Walaupun best kita tengok video-video yang dihasilkan oleh prankster, tapi ada jugak yang gone wrong. Dan ada yang kena tangkap masuk jail lagi. Vitaly the legend!

22 March 2013

Dinner at Village View Restaurant, Bandar Baru Bangi

Haa.. another entry mengenai "trip makan" aku. Hehe. Actually, tempat ni aku pergi dalam bulan Febuari lepas. Ia adalah pada Valentine's Day. Ye.. aku tau ramai radikal-radikal luar sana yang akan menempelak aku sambut V-Day dan probably ada juga yang akan memandang serong terhadap tindakan aku, tapi aku tak pedulik. Aku sambut pun bersama isteri aku jugak. Dah halal kan? Dapat pahala lagi ada la bila ber-romantis berdua. Lagipun bukan semata-mata kerana V-Day tu, tapi aku sememangnya nak bawak isteri aku makan tempat yang best. So, what?

Village View bertempat di Bangi. Dia ada dua cawangan di sana dan yang aku pergi berada di Jalan Saujana Off Persiaran Jaya, yang berdekatan Restoran SoHo tu. Bagi yang first time nak pergi sana, barangkali korang akan tersesat sekejap kerana jalan masuk ke entrance restoren ni, memang agak macam mengelirukan. Nampak macam jalan menuju ke hutan, tapi tup tup ada pintu masuk. 

Aku memilih restoren ni sebab ia cozy. Itu yang paling penting la bagi aku. Aku tak suka makan di tempat yang bingit dan huru-hara. Barangkali jiwa aku memang sukakan ketenangan dan di Village View ni, sedikit sebanyak aku dapat penuhi kriteria itu. Meja yang kami pula berada betul-betul sebelah kolam ikan, so ia amat menyelesakan minda sambil bunyi kocakan air manja yang dihasilkan oleh pergerakan ikan-ikan dalam kolam tu membelai halwa telinga.

Restoren ini terkenal dengan makanan melayunya. Tapi for some reason, aku memilih untuk menjamu selera aku dengan hidangan western mereka malam itu. Hey, western mereka pun not bad ok. Di sini, baverage mereka pun best serta segar. Kalau korang jejak kaki ke sini, pastikan korang order air jus buah-buahan. Ia fresh serta pure. Kalau order air apple, boleh terasa puree apple tu dalam jus.





Bertemakan cozy, restoren ini memiliki lighting yang baik untuk para pengunjung merehatkan mata dengan lampu-lampu yang bersahaja dan tidak terlampau terang. Ia membangkitkan suasana harmoni serta ceria apabila melihat set-set restoren yang melambangkan modern village. Servis layanan di sini pun memuaskan di mana warga staff mereka friendly serta tidak bermasam muka seperti restoren-restoren yang lain. 

Harga mereka pun sangat berpatutan. Harga mereka standard restoren 3 bintang, tetapi bersuasanakan 4 bintang. Di restoren ini juga korang boleh booking untuk reservation seandainya suatu hari nanti nak bawak family makan atau nak buat meeting. Bukan itu sahaja, mereka juga menyediakan servis untuk majlis perkahwinan seandainya korang berminat nak langsungkan hari bahagia korang di sana. Restoren tersebut boleh muatkan seramai 300++ tetamu berserta penyediaan hidangan-hidangan makan sekali. Harga? Hm... Sorry aku tak tanya la pulak kan masa tu. Hehe. Tapi korang boleh je call mereka untuk inquiry.

So, kalau korang nak try tempat yang aku kunjungi ni, sila klik di link yang aku letak kat bawah ini untuk menuju ke sana. I had a great night with my wife that day. I hope you'll have yours too.


p/s: Memang kami akan pergi lagi nanti.

16 March 2013

MATTA Fair 2013 (15 - 17 March 2013)


Yeah, Matta Fair datang lagi dengan pelbagai tawaran menarik. Semalam aku ambil cuti bersama isteri aku untuk jenguk Matta Fair yang bertempat di PWTC dan terterik dengan deal-deal yang terdapat di sana. Actually, kami ingin mencari tempat untuk honeymoon lagi. Dan strategi kami adalah, datang pada hari orang bekerja supaya dapat hindari sedikit sebanyak kesesakan manusia. Hehe.

Di sana terdapat pelbagai jenis tempat perlancongan yang boleh dilihat serta mereka tawarkan pakej-pakej yang menarik pada harga yang murah. Bukan setakat pakej bulan madu sahaja, malah pakej percutian keluarga, promosi taman air, taman burung dan sebagainya. Di sini anda boleh carik pelbagai tempat, dari dalam hingga ke luar negara.

Nak bercuti di atas bukit, pulau hatta atas laut sekali pun boleh didapati disini.


Untuk kali ini, kami bercadang ingin merasai kehebatan Legoland yang selalu di suarakan oleh orang ramai. So, kami berjaya dapatkan pakej Legoland yang menarik straight daripada wakil Legoland bersama tempat penginapan hotel di sana sekali. Best kan? Selain itu, kami juga jumpa tempat honeymoon kami nanti. Di mana? Biarlah rahsia... haha.

So, kepada anda yang suka bercuti dan berlibur tu, pakat-pakat datang ke Matta Fair ni. By the time entry ni publish, esok merupakan hari terakhir. So, cepat-cepat!!





Ok, so jika anda ingin ke pameran ini, pastikan anda dah cukup makan dan bawa bekal air yang secukupnya sebab kat sana sangat sesak. Anda boleh kering dan takut nanti pengsan pulak kat sana nanti. Selamat rambang mata! Hehe.

p/s: Even pakej percutian ke luar negara pun murah-murah belaka. Gila lah.




12 March 2013

Adohai Lah Politik Malaysia...



Pagi tadi semasa aku membeli air kotak di kedai runcit cafeteria ofis aku, aku dok belek-belek headlines surat khabar di rak yang terdapat di sana. Tiba-tiba datang seorang pakcik ni duk belek sekali. Lepas tu, dia mengomel sorang-sorang selepas baca mengenai kejadian Sulu sambil memandang muka aku. Sebagai tanda hormat, aku pandang dia balik layan kan saja. Dia blame Anwar sebagai dalang. Dia ckp, PKR ni tak boleh nak dipercaya. Auta je lebih, BN lagi unggul. Byk perubahan dibuat pada negara. Dan buktinya, pelbagai habuan diberi pada rakyat. Dan of course, ada PKR fighter ni pulak sampuk dari jauh menempelak statement2 pakcik tadi. Barangkali rakan sepejabat pakcik itu. Beliau pula cakap yang BN kaki rasuah, berhujah tanpa fakta dan jatuhkan negara.. PKR lagi best sbb janji-janji yg bakal dilaksanakan seandainya menang PRU nanti. Dalam hati aku, what the hell is wrong with these kind of people?

Diorang ni bukan jenis menyokong party di atas sebab fahaman politik, tapi more to benifits. Bagi aku, benifits yg ditawarkan merely as saguhati kepada kita. Kita kena faham bahawa setiap jenis kerajaan mempunyai ideologi atau fahaman politik masing-masing. Aku tak kesah kalau sesiapa nak sokong PKR mahupun BN. Bagi aku, adalah menjadi hak anda nak menyebelahi mana-mana party. As a basic example, ada kerajaan yang amalkan democracy, autocracy dan sebagainya. Dan sistem ekonomik yang diamalkan boleh jadi capitalism, socialism dan sebagainya. Ini yg perlu dilihat dalam sesebuah kerajaan sebelum kita memutuskan untuk sokong. Ia bergantung bagaimana ia suit kepada anda.

Ada yang memilih utk berada dalam arus liberal. Dan ada juga yg ingin hidup dalam arus pemikiran radikal. The key word here is RESPECT. Aku ramai juga member yg bajet politik ni yg tinggalkan aku bila aku kritik pembangkang. Dan ada juga yg tinggalkan aku bila aku suarakan kekhilafan yang ada pada BN. In the end, persahabatan yang lama terjalin, boleh putus disebabkan politik? What the hell is this? Yang sana panggil sini pencacai, yang sini selar sana ahli juburi. Pada hemat aku, cursing fahaman yang lain tidak menunjukkan kesucian fahaman pihak anda sebelahi juga. Masing-masing ada stail berfikir sendiri. Tak perlu nak kutuk. Malah respek la sebab sekurang-kurangnya ada juga something yang mereka pegang.

Dan bila pegang pendirian tu, pastikan yang anda pegang sebab anda sokong ideologi. Jangan datang kat aku cakap, "Aku sokong BN sebab nanti kerajaan bagi BR1M".. atau "Aku sokong PKR sebab nanti diorang mansuhkan PTPTN dan turunkan harga minyak"... jangan jadi orang yang disuap... And like always, aku takkan condamn anda jika anda sokong BN mahupun pembangkang... malah aku tetap akan berkawan dengan anda.. Aku juga mahukan satu environment di mana, kita tidak berpecah disebabkan aliran pemikiran. Nak jugak tengok dalam satu saf semua solat jemaah bersama tanpa ada sangkal yang lain. Nak jugak tengok dua-dua side berbuka puasa bersama-sama dan salam peluk doakan yang terbaik dalam kempen masing-masing.

Mungkinkah akan ada atau tidak, suasana ideal begitu?


11 March 2013

Kufaz - High (Cover)


Hello... ini merupakan lagu kedua yang aku cover. Hehe. Lagu ni sangat nostalgia bagi aku di mana lirik-lirik sangat memberangsangkan dan mengajak manusia supaya tidak berputus asa bila di landa kesusahan dan kepayahan hidup. Ni lagu lama ni. Tahun 90an punya. Aku pelik kenapa lagu macam ni tidak lagi dicipta, malah sekarang lebih mementingkan stail, budaya dan seks bebas. So... hope you guys enjoy this song. Original song was from The Lighthouse Family.



Song: Kufaz
Title: High (Cover)
Original: The Lighthouse Family



When you're close to tears remember
Someday it'll all be over
One day we're gonna get so high

Though it's darker than December
What's ahead is a different color
One day we're gonna get so high

And at the end of the day remember the days
When we were close to the end
And wonder how we made it through the night

The end of the day remember the way
We stayed so close till the end
We'll remember it was me and you

'Cause we are gonna be
Forever you and me
You will always keep it flying high
In the sky of love

Don't you think it's time you started
Doing what we always wanted
One day we're gonna get so high

'Cause even the impossible
Is easy when we got each other
One day we're gonna get so high

And at the end of the day remember the days
When we were close to the end
And wonder how we made it through the night

The end of the day remember the way
We stayed so close till the end
We'll remember it was me and you

'Cause we are gonna be
Forever you and me
You will always keep it flying high
In the sky of love

'Cause we are gonna be
Forever you and me
You will always keep it flying high
In the sky of love

And at the end of the day remember the days
When we were close to the end
And wonder how we made it through the night

The end of the day remember the way
We stayed so close till the end
We'll remember it was me and you

'Cause we are gonna be
Forever you and me
You will always keep it flying high
In the sky of love

'Cause we are gonna be
Forever you and me
You will always keep it flying high
In the sky of love

'Cause we are gonna be
Forever you and me
You will always keep it flying high
In the sky of love

Like us HERE.

08 March 2013

Penghijrahan: Taki Takazawa (Bekas Tukang Tatoo Geng Yakuza)



Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘tukang tato’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.
Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.

Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih. “Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.

Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.

Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu. “Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.
Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.


SUMBER

p/s: Hidayah Allah itu satu kenikmatan dan keajaiban...


02 March 2013

Internet: The Angle Or The Devil?


Sejak permulaan zaman internet, teknologi serta sistem perhubungan berevolusi dengan pesat sekali. Malah ia tidak mengambil masa lama untuk terus berevolusi sehingga terciptanya teknologi yang baru, sistem yang canggih serta permudahan dalam perhubungan atau jaringan informasi. Internet dikatakan suatu ciptaan manusia yang paling baik pernah diciptakan seraya dengan perkembangan ilmu yang sophisticated. Jika tiada internet, maka tiadanya Facebook. Tiadanya applikasi-applikasi yang memudahkan kerja manusia seharian. Dan tiada juga penyampaian informasi dengan masa yang cepat dan mudah.

Tapi adakah penciptaan internet ini merupakan blessing 100%? Well, pada pendapat aku, walau bagaimana baik sekalipun internet ini, masih ada keburukkannya juga. Bagi aku, the most important thing yang perlu di concernkan adalah penyebaran fitnah. Aku bukan nak cakap bias pada mana-mana pihak. Aku neutral sahaja. Sebab bagi aku semua pun akan gunakan medium yang sama dalam penyebaran fitnah. Kita boleh lihat betapa masyarakat boleh bergaduh dan berpisah kerana fitnah-fitnah yang menjalar di internet. Seorang yang hebat juga boleh dijatuhkan kerana internet apatah lagi jika kita sebagai orang biasa ini. Andai ingin jatuhkan seseorang, just alter gambar, sebar berita palsu maka ia akan menjadi viral serta mengubah perspektif masyarakat.

Di samping penyebaran fitnah, industri seni dan musik juga menjadi semakin tidak berkualiti jika dibandingkan zaman-zaman tanpa adanya kemudahan ini. Masing-masing boleh menunjukkan bakat dan digilai seluruh dunia walaupun apa yang mereka bawa itu sesuatu yang sampah. Tak percaya? Cubalah tengok trend yang kita ada sekarang ini. Gangnam Style la, Harlem Shake la dan sebagainya. Masih lagi dalam konsep penyebaran fitnah, situasi ini akan memperdayakan masyarakat dalam menyokong gerakan trend yang semakin membinasakan ini dan menganggap bahawa apa yang mereka lihat, dengar dan hayati merupakan perkara yang "cool". Itu peranan media dalam mempengaruhi akal fikiran manusia.

Dengan internet jugalah kita boleh lihat betapa ramai sahsiah yang tidak baik berlaku dikalangan orang-orang kita. Aku pernah tengok di Facebook bagaimana seorang anak menderhaka kepada ibu bapa dengan memaki dan mendoakan mereka agar cepat mati. Aku pernah lihat gambar-gambar anak muda yang bersedudukan beramai-ramai di dalam hotel sambil memegang botol arak untuk berparti dan menyatakan bahawa mereka hidup dalam keadaan trendy. This is madness. Aku maybe tak boleh nak salahkan mereka-mereka ni 100% juga kerana barangkali mereka sudah pun di pengaruhi oleh laman-laman lucah atau kisah lifestyle barat yang tiada akidah yang merewang bebas di internet.

Internet merupakan jaringan informasi. Itu bahasa ringkasnya. Penciptaan awalnya adalah untuk perhubungan. Ia menyenangkan kita jika ingin melebarkan sayap bisnes, mencari keluarga atau rakan lama yang sudah lama tidak berjumpa, berkongsi pendapat dengan orang ramai serata dunia serta mencari ilmu. Tetapi sekarang yang aku lihat, masyarakat kita yang mengagungkan internet menjadikan nya sesuatu yang vital dalam kehidupan seharian. Bukan untuk benda penting, tapi kebanyakan atas sebab nak bukak lama sosial dan memperbodohkan diri. So, aku rasa la kan, kita sebenarnya sedang hanyut. Ibarat membiarkan diri kita di tolak arus ke sana ke sini. Sepatutnya kita yang menongkah arus. Ini tidak, kita mudah saja dipengaruhi dengan apa yang ditayangkan di internet.

Kita mungkin menafikannya tetapi itulah yang terjadi. Dulu kita semua merupakan sebuah kominiti yang berkualiti tetapi sekarang? Plastik sahaja. Tepuk dada tanya selera. Aku akui internet amat penting dalam kehidupan kita tetapi andai diri kita tidak kuat, ilmu pengetahuan tidak banyak...kita akan diperbodohkan oleh internet itu sendiri. So, take care bila surfing.

ps/: Adakah zaman internet merupakan kembalinya "zaman jahiliyyah" tetapi dalam bentuk yang moden?


01 March 2013

Pornography: The True Colours


Industry filem lucah di dunia tidak dinafikan mempunyai pengikut yang sangat tinggi. Tak kira dari negara mana, masing-masing mempunyai "superstar" yang digilai ramai. Dalam satu kajian yang dibuat, secara puratanya penonton berusia 12 - 17 tahun merupakan peminat filem-filem ini dan angka tersebut semakin meningkat dari hari ke hari.

Secara ringkasnya, filem-filem tersebut tidak berbeza daripada filem-filem aksi yang lain kerana plot serta jalan ceritanya adalah sesuatu yang direka dan tidak logik jika di apply kan pada kehidupan seksual seharian. Di situlah ramai yang tertipu dan diperdaya. Porngrafi ini bukanlah seperti yang dipaparkan. Ia tidak seindah yang dilihat. Bekas pelakon lucah, Shelley Lubben atau pernah dikenali sebagai "Roxy" menubuhkan badan anti-pornografi yang dinamakan Pink Cross Foundation. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk membangkitkan kesedaran masyarakat untuk boikot dan menolak industri filem lucah.

Ujar beliau, industri filem lucah ini tiada bezanya dengan pelacuran. Ia merupakan transaksi di mana seks dijadikan bahan niaga seperti pelacur-pelacur konventional di luar sana. Cuma yang membezakan ialah "pelacuran" itu dipaparkan dalam bentuk media untuk sajian penggemar filem lucah. Beliau menambah, dalam industri ini, pelakon wanita dilayan seperti haiwan. Diludah, dicaci, diperakukan seperti binatang dan tiada sedikit pun tanda hormat pada para pelakon-pelakon itu.


Ia dimulakan dengan sindiket penipuan di mana producer-producer memperdaya mangsa dengan menawarkan janji-janji manis serta habuan yang lumayan jika menyertai industri tersebut. Mereka meyakinkan para pelakon bahawa ia merupakan jalan yang mudah untuk menjadi kaya serta terkenal di mata  dunia. Mangsa-mangsa yang rata-ratanya di dalam kesempitan kewangan dan mempunyai pemikiran yang cetek pasti jua akan tertipu dan menyertai kerja-kerja ini.

Shelley Lubben yang tidak sanggup lagi bergelumang dengan perkara yang beliau anggap tidak bermoral ini berkata, secara statistik, terdapat ramai pelakon lucah yang terkenal menghidap penyakit kelamin yang serius seperti "herpes", sifflis serta HIV saban tahun. Dan jangkasa hayat karier mereka tidaklah panjang. Beliau berkata, apabila seseorang producer melihat bahawa pelakon itu sudah tidak bermaya, hilang kecantikan serta tidak lagi diperlukan, mereka semua dihalau dan dipecat begitu saja tanpa belas kasihan. Malah mereka tidak ambil tahu walau sedikitpun jika pelakon-pelakon mereka mati disebabkan penyakit hasil kerja-kerja mereka.

Oleh itu pembaca sekalian, untuk tengok betapa pornografi ini bukan seperti yang kita angankan, cubalah lihat video di bawah ini. Jangan terperdaya dengan scene-scene itu kerana ianya hanyalah rekaan semata-mata. Berkahwinlah kalau dah sangap sangat-sangat. Dapat pahala lagi tu. Tak ke syok tu. Menyokong industri lucah bermakna anda menyokong sindiket perdagangan manusia. Ia juga boleh membuatkan pemikiran kita menjadi cetek dan "minda kuning" semakin meningkat. Secara tidak langsung meningkatkan lagi kadar jenayah seksual di kalangan masyarakat.



p/s: Kita menggangap ianya sudag berlalu, tapi perhambaan masih lagi berlaku di zaman ini.

Let's Interact!

me>