26 April 2013
The False Face Of Internet.
Dunia kini boleh dikatakan fully dominasi oleh apa yang terdapat pada internet. Masyarakat cepat leka. Cepat terpengaruhi dan cepat menjadikan laman-laman web sebagai knowledge point yang tidak berbelah bahagi. Mereka percaya dan taksub tentang segalanya yang terdapat pada internet sehingga merasakan apa jua yang terdapat dalam internet adalah benar dan betul.
Ye, barangkali inilah zamannya dimana mereka panggil sebagai zaman fitnah. Kerana penyalahgunaan internet ini boleh mengakibatkan fitnah berleluasa dan yang buat ia lebih teruk, serata dunia akan menelaah fitnah tersebut.
Rupanya, Allah S.W.T ada berfirman tentang gejala internet/web (refer as sarang labah-labah) dalam surah al-Ankabut ayat 41 yang bermaksud:
"Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya) padahal sesungguhnya sarang-sarang yang sehabis-habis reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan. "
So... don't trust directly everything you see or learn in the internet. Kajilah. Belajar lah. Carilah ilmu. Dan pastikan ia sahih, jelas dan nyata. Kalau tidak, anda akan menjadi mangsa fitnah dunia.
p/s: al-Ankabut bermaksud "labah-labah". Oh ye... janganlah menafsir al-Quran secara literal. Dalami betul-betul. Kalau macam tu cara pandangan perspektifnya, maka ia kelihatan seakan mengarut.
23 April 2013
Detik-Detik PRU Menghampir.
Tinggal kurang dari 2 minggu sebelum PRU ke-13 akan berlangsung menandakan hari contribution dan pilihan masyarakat di Malaysia ini dalam menentukan jenis dan bentuk pentadbiran mana yang mereka inginkan terhadap negara tercinta ini. Detik-detik inilah dimana kita dapat lihat parti-parti bertungkus-lumus dalam menabur janji progress dan arah masa depan negara kepada masyarakat supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat.
Siapakah yang akan menang dan siapakah yang akan kalah?
Adakah ini merupakan detik dimana teori "RAHMAN" berakhir dan semangat arus pembaharuan akan muncul? Atau adakah ia merupakan satu lagi kejayaan sebuah parti yang terus memimpin negara selama lebih separuh abad ini ke arah transformasi untuk menaikkan negara? Itu pilihan anda.
Tolak politik ke tepi dahulu. Mari fokuskan terhadap masyarakat negara ini yang berbilang kaum dahulu. Tidak kira anda penyokong yang mana, dan apa jua pegangan anda, sudah pasti semua inginkan keamanan dan kestabilan di Malaysia. Kita tidak mahu hidup dalam keadaan huru-hara. Masyarakat berpuak-puak. Pertumpahan darah disebabkan perbezaan warna kulit dan agama. Kita tidak mahu semua itu.
Kita mahukan satu persamaan dalam menjalani kehidupan kita. Kita mahukan walau apa jua bangsa kita, atau agama, bersatu dan pandang ke arah masa depan yang cerah dan indah. Kita mahukan satu formula supaya tiada persengketaan antara masyarakat dan saling hormat-menghormati supaya maruah dan jati diri kita terpelihara. Kita tidak ingin dijajah. Kita tidak ingin berpecah belah.
Kita tidak mahu oleh kerana satu bentuk pemikiran radikal, masyarakat yang berlainan fahaman menggangap mereka yang lain sebagai musuh. Kita mahukan kestabilan di mana semua pihak memahami kemahuan antara satu sama lain. Tiada yang berebut-rebut menjadi yang terhebat. Memimpin sebuah negara ini adalah amanah yang besar daripada Tuhan. Hal ehwal masyarakat yang ditanggung setiap seorangnya menjadi tanggungjawab sang pemerintah.
Kita tidak inginkan korupsi. Kita juga tidak ingin janji-janji manis sahaja. Kita mahukan satu sistem yang boleh dijalankan yang kena pada tempatnya dan tidak menyisihkan sesiapa. Kita tidak mahu negara kita menjadi miskin kerana apabila negara menjadi miskin nescaya peningkatan mobiliti kehidupan masyarakat juga akan menjadi sukar. Satu sistem yang saksama dan adil diperlukan. Ia mestilah satu sistem yang rasional. Bukan sekadar melaungkan fahaman dan ilmu politik tetapi menjadi racun dibelakangnya. Masyarakat kini sudah pandai dan boleh menilai.
Dalam dunia yang sungguh mencabar ini, fitnah bermaharajalela dan persepsi masyarakat mudah saja di-distort kan. Apa jua yang diutarakan oleh pemimpin atau ketua, senang-lenang sahaja dipercayai tanpa menyelidik terlebih dahulu segala logikal dan rasional tentang perkara yang disuarakan. Kita mahukan satu bentuk kerajaan yang telus dan jujur. Dan satu kerajaan yang sememangnya mampu membawa negara ke arah kemajuan tanpa membebankan rakyat. Bukan sekadar orang-orang yang gila kuasa menjatuhkan negara ke arah kemunduran. We need solid foundation yang menyatukan masyarakat. Jangan mengeksperimen negara...masyarakat yang rugi nanti.
Kita perlukan politik yang matang. Bukan jenis politik di mana si pemenang menjadi juara kerana menjatuhkan pihak lawan. Bukan kerana memfitnah pihak lawan. Bukan kerana sabotaj ataupun khianat pihak lawan. Negara ini memerlukan satu bentuk politik yang bersih di mana yang menang adalah kerana berpegang pada ideologinya. Dan masyarakat mengundi kerana rasa selesa dan tahu ideologi sebegitu yang sesuai kepada mereka.
Janji semua orang boleh janji. Teori, semua orang boleh bagi teori. Tapi yang kita inginkan adalah bukti progress dan pengotaan janji itu.
Sekarang pejam mata anda, fikirkan masa depan negara. Jangan letak anda di dalamnya, tapi letaklah anak-anak anda. Cuba bayangkan keadaan negara di masa hadapan. Cuba fikirkan, adakah anak-anak kita serta generasi seterusnya akan hidup aman atau tidak. Cuba bayangkan bagaimana ekonomi kita. Adakah keturunan selepas kita nanti hidup merempat atau maju. Adakah selamat apabila anak-anak kita berada di luar? Adakah mereka akan bahagia? Atau mereka akan merana?
Sesudah buka mata, pandanglah kertas undi di tangan. Undilah dengan baik.
12 April 2013
The Fear Of Time Running Out
Try to imagine a life without timekeeping.
You probably can't. You know the month, the year, the day of the week. There is a clock on your wall or the dashboard of your car. You have a schedule, a calendar, a time for dinner or a movie.
Yet all around you, timekeeping is ignored. Birds are not late. A dog does not check its watch. Deer do not fret over passing birthdays.
Man alone measures time. Man alone chimes the hour. And because of this, man alone suffers a paralyzing fear that no other creatures endures.
A fear of time running out.
- Mitch Albom (The Timekeeper; 2012)
Quote di atas merupakan satu luahan dan pandangan penulis Mitch Albom dalam bukunya "The Timekeeper" mengenai betapa manusia berada dalam keadaan ketakutan terhadap pemergian masa. Bila dihayati dan difikirkan sejenak, ada benarnya apa yang beliau katakan.
Kita sebagai manusia sering mengejar masa untuk melakukan apa saja dalam dunia ni. Mengejar untuk berjaya, mengejar harta, mengejar itu dan ini. Seraya itu, kita sering melihat masa sebagai bergerak sangat pantas dan seringkali kita merasakan masa tidak cukup untuk kita. Dalam konteks ini, kita patut lihat adakah wajarnya kita terlalu terikat dengan masa sehingga terlupa dan terlepas terhadap perkara-perkara kecil dalam kehidupan.
Ada yang terlalu mengejar karier dan harta sehingga tidak kenal anak sendiri. Ada yang terlalu mengejar kemasyhuran sehingga tidak sedar ibu yang merindui di kampung. Ada yang terlalu mengejar impian sehingga tidak sedar kesempurnaan hidupnya yang sedang dirasai. Dan disebabkan itu, manusia sering dalam ketakutan yang dicipta sendiri iaitu kehilangan masa. Bila masa berlalu, ia dirasakan seolah tiada apa yang telah dicapai. Selalu ada saja perkara yang belum selesai dilakukan.
Ya, manusia tidak pernah cukup dengan apa yang dirahmati. Sentiasa inginkan yang lebih dan tinggalkan segalanya di belakang. Kita insan. Kita tamak. Bagi aku, hidup bukan sahaja untuk mengejar impian dan cita-cita sahaja sehingga leka terhadap detik-detik penting dalam hidup kita. Dalam agama pun, kita disuruh supaya bersederhana supaya semuanya dalam keadaan stabil. Ada masa untuk diri sendiri, ada masa untuk keluarga dan ada masa untuk usaha.
Janganlah kita menjadi terlalu commit terhadap sesuatu sehingga terlepas nikmat-nikmat yang lain. Janganlah nanti bila kita sudah mencapai apa yang dihajati, kita terlepas melihat anak-anak membesar, terlepas detik pemergian ibubapa, terlepas melihat perkembangan dan pembangunan persekitaran yang barangkali tidak akan kembali lagi. Dan bila ia berlaku, ia sudah pun terlambat dan tidak membawa apa-apa erti lagi. Mungkin kita akan merasai kemenangan dalam mengejar impian. Kita gembira tetapi di sebalik wajah itu, kita sebenarnya masih kosong.
p/s: Kejarlah mendapat keredhaan Allah. Maka selamatlah hidup ini.
10 April 2013
Tarikh PRU-13 Sudah Diumumkan!
Just a quick post.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun mengumumkan tarikh mengundi bagi PRU-13 ini.
Hari penamaan calon jatuh pada 20 April 2013.
Dan tarikh mengundi adalah pada 5 Mei 2013.
Sekian.
Jadi, marilah kita sama-sama jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk memilih pucuk pimpinan pilihan hati. Marilah-mari, kita mengundi.
p/s: 5 Mei... 5/5... five/five... fight/fight!
Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun mengumumkan tarikh mengundi bagi PRU-13 ini.
Hari penamaan calon jatuh pada 20 April 2013.
Dan tarikh mengundi adalah pada 5 Mei 2013.
Sekian.
Jadi, marilah kita sama-sama jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk memilih pucuk pimpinan pilihan hati. Marilah-mari, kita mengundi.
p/s: 5 Mei... 5/5... five/five... fight/fight!
08 April 2013
Spreading Wings
Setiap orang mempunyai impian sendiri. There are path which can lead we there and path that don't. Seringkali impian seseorang itu akan menemui jalan mati atau terperangkap dengan kekeliruan di atas rasa melayan kehendak atau menjaga hati orang lain yang menginginkan seseorang itu mengikut sebagaimana mereka mahu kan. Hidup ini terlalu singkat untuk merasa rugi memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan sejak dahulu supaya impian tersebut terlaksana.
Kadangkala impian kita mungkin tampak tidak berbaloi dan tidak sepatutnya bagi menyesuaikan terhadap persekitaran, masa dan penerimaan masyarakat. Tetapi, jika sesuatu passion itu menjadi sesuatu yang diimpikan, mengapa perlu hold back?
The key word here is never give up and get support supaya motivasi untuk terus mengejar impian itu menjadi kenyataan. Parents juga seharusnya tidak mould anak-anak menjadi apa yang mereka mahukan tetapi memberi laluan dan bimbingan supaya anak itu menjadi apa mereka mahukan selagi tidak melanggar etika kemanusiaan dan tidak merosakkan akhlak.
Ada sesetengah ibubapa yang mahukan anak mereka menjadi doktor, engineer, lawyer dan sebagainya. Namun di sebaliknya mereka tidak tahu bahawa anak mereka itu menyimpan impian untuk menjadi sesuatu yang lain. Dan oleh kerana "menjaga hati", mereka memendam rasa itu dan terus mengikut kehendak parents. Akhirnya, jika bernasib baik, mereka akan menjadi seperti ibubapa mereka mahukan dan jika tidak, perjalanan mereka akan berhenti ditengah jalan dalam keadaan keliru. Jika berjaya, mereka tetap akan meneruskan hidup dengan karier mereka tetapi dalam masa yang sama, mereka akan merasa "tertekan" dan "tidak ikhlas" melakukannya kerana passion mereka ditempat yang lain. Dan akhirnya, mereka end up menjadi seorang yang berangan-angan sahaja. Jadi, parents perlu memastikan cita-cita anak mereka yang sebenar dan bimbing mereka sehingga berjaya. Kerana impian yang terlaksana akan menjadikan diri mereka the best in what the do. Kerana mereka sememangnya minat di dalam bidang itu.
So, if you got a dream, go for it. Don't hold back. Life's too short to fill with regrets at the end of the line.
p/s: Being a writer is one of my dreams.
- Kufaz N., April 8th 2013.
05 April 2013
Kufaz - One More Step
Ok. Ini lagu yang aku cipta dikala aku tengah bosan sambil termenung di tingkap bilik tidur aku. Hehe. Ia merupakan lagu yang berkisarkan tentang kita dalam mengejar impian atau misi masing-masing. Kadang-kala kita tidak sedar bahawa kita hampir sampai ke destinasi tetapi kita sendiri tidak mengambil satu langkah terakhir itu untuk sampai dan tewas di hujung perjalanan. Enjoy!
Title: One More Step.
Song: Kufaz
Throw your life up to the air,
As if no one will notice,
Take it to the core well I agree it'll,
become a history.
Heads are spinning, hearts keep beating,
To tell we are still standing,
Push it to the limit well I agree it
Sure we will be happy.
We have run from begin,
But we're still be far away.
There's no time for stopping.
Eyes on prize, like you mean it,
Go grab what you've craved.
Don't mind the people well I agree it's
Something to achieve.
We have run from begin,
But we're still be far away.
There's no time for stopping.
You can take one more step.
Or let yourself die without trying.
And I believe it's cruel.
Yesterday.. we all talked about life,
It is the force, but we never know.
Vertigo.
Every path we take, every step we wake,
It seems so dark and so bright at the same time
So it's time for us to wake up.
Wake up and smell the air, the birds and the sound.
You can take one more step.
Or let yourself die without trying.
And I believe it's cruel.
04 April 2013
HERO
HERO
Cerpen mini oleh: Kufaz N. (April, 2013.)
Petang itu sungguh indah dan tenteram. Suasana amat tenang dengan cuaca suam dan cerah. Ahmad yang sedang berlegar-legar di kawasan lorong mencari gerai-gerai ataupun restoren bagi mengisi perutnya yang rancak berbunyi. Beliau baru sahaja keluar dari butik pakaian untuk menempah baju. Majlis makan malam anjuran pejabat beliau bakal berlangsung tak lama lagi.
Setelah mundar-mandir selama 15 minit, akhirnya beliau tiba di sebuah gerai yang terletak di ceruk lorong itu. Gerai itu biasa sahaja. Milik seorang india muslim. Barangkali kerana tidak tahan dengan kelaparan, Ahmad mengambil keputusan untuk makan di sana sahaja. "Roti canai dan teh tarik mamak pun sedap juga", ujar hatinya sendiri. Sampai sahaja di sana, beliau duduk dan memesan makanan yang dihajati. Selepas itu, beliau membiarkan mata beliau berlegar meniti pemandangan yang terdapat di sana. Pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat. Ada yang asyik berjalan sambil bercakap di telefon bimbit, ada yang sedang berjalan sambil mengangkat beg plastik hasil beli-belah di pasaraya dan ada juga yang berjalan ke hulu hilir ibarat tanpa hala tuju.
Sedang beliau asyik melihat ragam manusia, matanya terpaku pada seorang jejaka yang agak lusuh pakaiannya. Wajah jejaka tersebut pucat, ibarat sedang sakit. Tubuh badannya kurus keding menampakkan urat-urat di lengannya. Matanya sayu berkaca-kaca. Ahmad terus merenung ke arah jejaka itu. Jejaka itu berjalan perlahan-lahan dan pergi ke ruang dapur gerai tersebut. Beliau bercakap sesuatu kepada tauke gerai itu dan Ahmad hanya dapat melihat tauke tersebut mengeleng-gelengkan kepalanya. "Ah, barangkali penagih dadah yang dah nak mampus agaknya. Merugikan masyarakat je", detik hatinya.
Selepas mendapat gelengan daripada tauke tersebut, jejaka tadi berjalan pula ke arah tempat makan pelanggan dengan wajah yang sedih. Ahmad yang berada tidak jauh daripada meja yang jejaka tadi berhenti dapat mendengar serba sedikit suara jejaka tersebut. "Abang... akak... mintak tolong derma.. Bantu la.. makan". Dan seperti masyarakat yang lain, permintaan jejaka tersebut disambut dengan lambaian "berambus" dalam cara yang halus oleh pelanggan di meja itu. Mata jejaka tadi menjadi semakin berkaca-kaca. Ibarat sedang menanggung beban yang sangat berat. Jejaka tersebut beralih pula ke meja Ahmad. Sedang beliau menuju ke arah Ahmad, tiba-tiba beliau mencapai bungkusan nasi lemak di atas meja sebelah dan terus melarikan diri.
"Hoi!! Pencuri woi!!", teriak salah seorang pelanggan sambil menunding jari ke arah jejaka yang sedang berlari itu. Dan dengan pantasnya, tibalah sekumpulan manusia yang berdekatan mengejar jejaka tadi. Di dalam hati masing-masing, semua merasakan mereka adalah hero yang sedang menegakkan keadilan. Ahmad yang agak lambat bertindak mengikuti dari belakang. Tiba di satu jalan mati, jejaka tadi terperangkap. Dan biasalah, apabila sudah dicerkup oleh "rakyat-rakyat prihatin" tadi, beliau dibelasah teruk tanpa belas kasihan. Bukan setakat sepak terajang yang beliau hadapi, malah sumpah seranah juga menjadi habuannya. "Celaka kau mat pit! Pergi mampus lah!", "Orang macam kau ni sampah masyarakat kau tau tak!". Nasi lemak yang dicuri itu, habis berselerak di atas jalan. Tak cukup dengan itu, seorang daripada kumpulan tersebut memukul kepala jejaka itu dengan kayu yang dijumpai di atas jalan. Berdas-das hinggap di kepala jejaka itu. Lunyai.
Ahmad yang baru tiba cuba meleraikan adegan itu dengan memeluk tubuh jejaka tersebut sambil merayu supaya "hukuman" itu dihentikan. Dalam proses itu, Ahmad juga terkena beberapa tumbukan dan sepakan yang tidak disengajakan. Barangkali sudah puas, kumpulan tadi pun berhenti. Ahmad melihat jejaka tersebut. Beliau dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Matanya berair dan bibirnya terketar-ketar. Sambil memandang mata Ahmad, jejaka itu menunjuk ke arah lorong yang gelap di depan sana sambil berkata,"Nya....nya..nyawa...ku". Dan itulah ayat yang dapat jejaka tadi dapat sampaikan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Melihat keadaan itu, kumpulan tadi mula bersurai. Masing-masing ingin melepaskan diri. Masing-masing buat tak tahu.
Ahmad terdiam. Ini kali pertama seseorang mati di atas pangkuannya. Beliau merasakan ada sesuatu yang ingin diamanahkan oleh jejaka tadi. Beliau letak jenazah itu di tepi dinding bangunan yang terdapat di sana dan berjalan menuju ke lorong yang gelap seperti yang telah ditunjuk. Di situ, beliau hanya dapat melihat satu kawasan yang kotor serta berbau busuk. Ia merupakan tempat pembuangan sampah. Longkang-longkang penuh jentik-jentik dan sampah bersemak samun. Ia merupakan suatu kawasan yang meloyakan. Beliau berjalan lagi sehinggalah tiba di satu tong sampah besar di sana. Beliau ternampak seorang budak perempuan yang kecil. Barangkali berumur 8 atau 9 tahun sedang memangku adiknya yang sedang tidur. Adiknya itu pula mungkin muda setahun dua daripada kakaknya. Kedua-duanya berwajah cengkung dan kusut masai. Di sebelah mereka terdapat beberapa keping surat khabar yang mungkin digunakan sebagai alas mereka tidur di sana.
Ahmad cuba menghampiri kedua budak tidak berdosa itu. "Adik.....", Ahmad cuba menyapa. Si kakak berundur kebelakang ketakutan. Dalam keadaan janggal itu, tiba-tiba si adik yang tidur tadi terjaga. Matanya kuyu, menjelaskan lagi keadaannya yang tidak stabil. Si adik membuka mulutnya sambil terketar-ketar tidak bermaya berkata, "Ka...kak.. Mana a...ayah? A...a..adik lapar ni.. Lapar sangat..". Kakaknya pun menjawab, "Sabar dik... kejap lagi ayah balik lah... Kan ayah dah janji nak bawa balik makanan kan? Adik tahan sikit ye..". Seraya itu, mata Ahmad mulai berair. Beliau tidak mampu bersuara malah tubuhnya ibarat terpaku di situ.
Nasib kedua anak kecil itu menjadi tidak menentu. Yang pasti, jika dibiarkan, keduanya yang setiap hari berkeadaan begini pasti semakin hanyut disepak terajang oleh arus kehidupan. Atau barangkali, selamanya mereka akan menunggu ayahnya membawa pulang makanan.
Kita hidup di dalam suasana komuniti yang sedang maju membangun. Ideologi tidak stabil dan korup memewahkan lagi orang yang kaya walhal si miskin akan terus miskin. Siapakah kita untuk menjadi Tuhan dalam mengadili perilaku atau nasib seseorang? Siapakah kita untuk menunding perkara yang tidak baik kepada golongan yang tidak satu "taraf" dengan kita? Siapakah kita sebenarnya jika bukan satu darah dengan manusia sejagat yang lain? Mengapa kita sanjung orang yang bertaraf tinggi dan menghina kelas bawahan? Di dalam konteks pemikiran begini, cuba kita renung balik dan hayati dalam-dalam.....siapakah sebenarnya hero dan siapakah yang sebenarnya yang jahat?
03 April 2013
Kufaz - Wake Me Up When September Ends (Cover)
Ini merupakan salah satu lagu favorite aku daripada band Greenday. Ia mengisarkan tentang suasana sayu di mana kita sebagai manusia terpaksa hidup dalam keadaan akur dengan society yang tidak menentu serta menghadapi perbalahan antara sesama manusia. Lagu ini membawa kita ke arah penghayatan keamanan yang pernah kita lalui dan betapa kita merindui melihat suasana itu kembali.
So, aku try la cover lagu ni. Maybe ia tidaklah sesedap lagu asal but well, I've tried my best and hope you guys will enjoy it.
Song: Wake Me Up When September Ends.
Original Artist: Greenday
Cover: Kufaz
Summer has come and passed
The innocent can never last
wake me up when September ends
like my father's come to pass
seven years has gone so fast
wake me up when September ends
here comes the rain again
falling from the stars
drenched in my pain again
becoming who we are
as my memory rests
but never forgets what I lost
wake me up when September ends
summer has come and passed
the innocent can never last
wake me up when September ends
ring out the bells again
like we did when spring began
wake me up when September ends
here comes the rain again
falling from the stars
drenched in my pain again
becoming who we are
as my memory rests
but never forgets what I lost
wake me up when September ends
Summer has come and passed
The innocent can never last
wake me up when September ends
like my father's come to pass
twenty years has gone so fast
wake me up when September ends
wake me up when September ends
wake me up when September ends
Subscribe to:
Posts (Atom)