08 April 2013
Spreading Wings
Setiap orang mempunyai impian sendiri. There are path which can lead we there and path that don't. Seringkali impian seseorang itu akan menemui jalan mati atau terperangkap dengan kekeliruan di atas rasa melayan kehendak atau menjaga hati orang lain yang menginginkan seseorang itu mengikut sebagaimana mereka mahu kan. Hidup ini terlalu singkat untuk merasa rugi memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan sejak dahulu supaya impian tersebut terlaksana.
Kadangkala impian kita mungkin tampak tidak berbaloi dan tidak sepatutnya bagi menyesuaikan terhadap persekitaran, masa dan penerimaan masyarakat. Tetapi, jika sesuatu passion itu menjadi sesuatu yang diimpikan, mengapa perlu hold back?
The key word here is never give up and get support supaya motivasi untuk terus mengejar impian itu menjadi kenyataan. Parents juga seharusnya tidak mould anak-anak menjadi apa yang mereka mahukan tetapi memberi laluan dan bimbingan supaya anak itu menjadi apa mereka mahukan selagi tidak melanggar etika kemanusiaan dan tidak merosakkan akhlak.
Ada sesetengah ibubapa yang mahukan anak mereka menjadi doktor, engineer, lawyer dan sebagainya. Namun di sebaliknya mereka tidak tahu bahawa anak mereka itu menyimpan impian untuk menjadi sesuatu yang lain. Dan oleh kerana "menjaga hati", mereka memendam rasa itu dan terus mengikut kehendak parents. Akhirnya, jika bernasib baik, mereka akan menjadi seperti ibubapa mereka mahukan dan jika tidak, perjalanan mereka akan berhenti ditengah jalan dalam keadaan keliru. Jika berjaya, mereka tetap akan meneruskan hidup dengan karier mereka tetapi dalam masa yang sama, mereka akan merasa "tertekan" dan "tidak ikhlas" melakukannya kerana passion mereka ditempat yang lain. Dan akhirnya, mereka end up menjadi seorang yang berangan-angan sahaja. Jadi, parents perlu memastikan cita-cita anak mereka yang sebenar dan bimbing mereka sehingga berjaya. Kerana impian yang terlaksana akan menjadikan diri mereka the best in what the do. Kerana mereka sememangnya minat di dalam bidang itu.
So, if you got a dream, go for it. Don't hold back. Life's too short to fill with regrets at the end of the line.
p/s: Being a writer is one of my dreams.
- Kufaz N., April 8th 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment