12 April 2013
The Fear Of Time Running Out
Try to imagine a life without timekeeping.
You probably can't. You know the month, the year, the day of the week. There is a clock on your wall or the dashboard of your car. You have a schedule, a calendar, a time for dinner or a movie.
Yet all around you, timekeeping is ignored. Birds are not late. A dog does not check its watch. Deer do not fret over passing birthdays.
Man alone measures time. Man alone chimes the hour. And because of this, man alone suffers a paralyzing fear that no other creatures endures.
A fear of time running out.
- Mitch Albom (The Timekeeper; 2012)
Quote di atas merupakan satu luahan dan pandangan penulis Mitch Albom dalam bukunya "The Timekeeper" mengenai betapa manusia berada dalam keadaan ketakutan terhadap pemergian masa. Bila dihayati dan difikirkan sejenak, ada benarnya apa yang beliau katakan.
Kita sebagai manusia sering mengejar masa untuk melakukan apa saja dalam dunia ni. Mengejar untuk berjaya, mengejar harta, mengejar itu dan ini. Seraya itu, kita sering melihat masa sebagai bergerak sangat pantas dan seringkali kita merasakan masa tidak cukup untuk kita. Dalam konteks ini, kita patut lihat adakah wajarnya kita terlalu terikat dengan masa sehingga terlupa dan terlepas terhadap perkara-perkara kecil dalam kehidupan.
Ada yang terlalu mengejar karier dan harta sehingga tidak kenal anak sendiri. Ada yang terlalu mengejar kemasyhuran sehingga tidak sedar ibu yang merindui di kampung. Ada yang terlalu mengejar impian sehingga tidak sedar kesempurnaan hidupnya yang sedang dirasai. Dan disebabkan itu, manusia sering dalam ketakutan yang dicipta sendiri iaitu kehilangan masa. Bila masa berlalu, ia dirasakan seolah tiada apa yang telah dicapai. Selalu ada saja perkara yang belum selesai dilakukan.
Ya, manusia tidak pernah cukup dengan apa yang dirahmati. Sentiasa inginkan yang lebih dan tinggalkan segalanya di belakang. Kita insan. Kita tamak. Bagi aku, hidup bukan sahaja untuk mengejar impian dan cita-cita sahaja sehingga leka terhadap detik-detik penting dalam hidup kita. Dalam agama pun, kita disuruh supaya bersederhana supaya semuanya dalam keadaan stabil. Ada masa untuk diri sendiri, ada masa untuk keluarga dan ada masa untuk usaha.
Janganlah kita menjadi terlalu commit terhadap sesuatu sehingga terlepas nikmat-nikmat yang lain. Janganlah nanti bila kita sudah mencapai apa yang dihajati, kita terlepas melihat anak-anak membesar, terlepas detik pemergian ibubapa, terlepas melihat perkembangan dan pembangunan persekitaran yang barangkali tidak akan kembali lagi. Dan bila ia berlaku, ia sudah pun terlambat dan tidak membawa apa-apa erti lagi. Mungkin kita akan merasai kemenangan dalam mengejar impian. Kita gembira tetapi di sebalik wajah itu, kita sebenarnya masih kosong.
p/s: Kejarlah mendapat keredhaan Allah. Maka selamatlah hidup ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment