26 September 2013
Keep Calm And......Be Honest
Dalam kehidupan kita, kita haruslah jujur dalam segala segi. Lebih-lebih lagi dalam hal yang melibatkan rezeki. Seandainya kita tidak jujur, hasil daripada perbuatan itu akan jatuh kepada haram. So.. janganlah sesekali menipu dalam urusan bisnes atau jual beli. Dalam perhubungan pun sama.
Bayangkan kita makan dari hasil yang haram. Bayangkan kalau anda beri anak anda makan dari hasil yang haram. Sudah pasti, walau macam mana anda buat, anda tidak akan diberkati. Apa yang anda dirikan, pasti akan jatuh terkubur jua. Kerana Allah itu lebih besar daripada kita.
Keunikan syaitan dalam permainan mereka adalah berdasarkan prinsip kegelapan. Untuk menjayakannya, mereka akan menjadi kawan anda. Beri segalanya kepada anda. Tunjuk betapa mereka ambil berat terhadap anda. Dan apabila kita telah dihanyutkan, di situ mereka akan pesongkan dan aniaya anda. Ye... itulah konsep pengkhianatan. Di mana orang yang paling kita percaya adalah seorang musuh dalam lipatan.
Kerana khianat dan pembelotan, negara kita pernah jatuh ke tangan yang lain. Kerana itu juga, pernah dalam sejarah, agama berpecah belah.
Seperti syaitan yang bawa kita masuk neraka setelah persembahkan lakonan dunia yang indah-indah, begitu juga dengan orang yang tidak jujur ini. Anda tidak sedar bila anda akan dianiaya.
Jadi... rakan-rakan, famili semua, janganlah kita bersikap seperti syaitan. Jujurlah dalam semua perkara. Sesungguhnya kejujuran itu tetap indah walaupun hakikatnya menyakitkan. Tidak kira dalam perniagaan, perhubungan dan sebagainya. Mari kita menjadi seorang yang lebih jujur!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
cool
Post a Comment