25 September 2013

The Power Of Breakfast! (Kuasa Sarapan)


Haa.. ramai di antara kita ni yang selalu je skip sarapan pagi, betul tak? Ye, aku pun tak nafikan bahawa kadang-kadang aku jugak di antara beribu orang yang suka skip sarapan. Ada je alasan untuk tidak sarapan. Takde selera la, takde masa la, takut sakit perut la, takut mengantuk dan alasan yang paling best pernah aku dengar.... sebab takut gemuk.

Haha.. bila difikirkan balik, memang la ia akan menyebabkan kegemukan, tapi andai sarapan yang korang ambil tu dah macam makan lunch. Nasi lemak lauk paru, ayam rendang serta sambal sotong serta air teh o ais dan kuih popia 3 ketul. Kalau makan banyak macam ni, tak payah tunggu sebulan, seminggu je pun boleh naik 10kg.

Tapi tahukah korang bahawa sarapan itu sangat penting? Even dalam Islam pun, kalau kita berpuasa, kita disuruh untuk bersahur dulu, sebelum mengerjakan puasa. Betul tak?

Haa.. terdapat manfaatnya berpuasa ni kalau korang nak tau.

Antaranya,

- Memberi 'bahan bakar' yang cukup untuk badan untuk memulakan hari korang.

Seperti juga kereta, badan kita memerlukan bahan bakar untuk bergerak. Oleh sebab kita sudah tidur pada malamnya, maka perut kita ni dah takde apa untuk dibakar untuk dibuat tenaga bagi badan. So.. that's why, orang-orang yang tak sarapan, lebih kerap mengantuk dan hilang fokus bila membuat kerja. 


- Memperkuatkan minda.

Selain daripada beri lebih fokus kepada minda kita, sarapan juga boleh menghindarkan kita daripada 'teringin' makanan yang tidak berkhasiat. Menurut satu kajian yang telah dijalankan, orang yang tidak mengambil sarapan, lebih cenderung untuk memikirkan makanan seperti burger, pizza dan snek-snek yang tidak berkhasiat berbanding orang yang mengambil sarapan. Ye la kan, perut dah meronta nak makan, otak mestilah akan menurut kata nafsu je.. betul tak?



- Menurunkan berat badan.

Haa.. bila perut sudah lapar, sudah tentu sewaktu makan tengahari, korang akan makan macam nak gila. Nampak semua makanan pun nak bedal. Betul tak? So... bila korang bersarapan, korang akan lebih cenderung untuk makan ringan-ringan je sewaktu tengahari. Bahkan barangkali korang boleh skip sebenarnya makan tengahari jika kalori yang digarap sewaktu sarapan sudah cukup untuk run sampai malam. So, dengan cara itu, berat badan korang pun boleh turun.



- Mencegah penyakit.

Dengan bersarapan dengan betul, korang boleh mencegah diri anda dari pelbagai penyakit. Sebagai contoh, jika anda makan bijiran atau oat, makanan tersebut boleh menjadi agen penyerap kolestrol berlebih dalam badan korang dan secara tidak langsung dapat menghindarkan korang daripada penyakit jantung. Dan dengan sarapan yang proper juga, korang boleh mencegah sakit-sakit seperti gastrik dan sebagainya.



So, oleh itu kalau korang ni jenis yang liat nak sarapan, jom bersama-sama aku kita ubah cara pemakanan kita sket dengan bersarapan dengan betul, supaya kita lebih sihat, proaktif dan positif, Inshallah.

Dan ye... bila nak makan, jangan lupa baca doa dulu ye.. demi keberkatan rezeki yang kita makan.


No comments:

Let's Interact!

me>