21 October 2014

Happy Diwali!


Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan, blogger-blogger dan semua yang menganut agama Hindu. Semoga musim perayaan ini anda semua gembira hendaknya!

Like page The Kufazuke Show di Facebook!

Ekspresi Seni

Salam semua. Sorry lately tak dapat nak post entry banyak-banyak kerana sedang giat membangun satu lagi projek seni aku. Projek ini dinamakan Projek The K ArtStudio.

Tujuan projek ini adalah memberi channel kepada aku untuk ekspresi hasil karya seni aku sebenarnya. Ibarat salah satu cabang untuk aku pamerkan port folio aku la kiranya.

Jemput-jemputlah jenguk dan like page The K ArtStudio di Facebook ye.

Berikut adalah antara hasil-hasil projek seni aku:






Alright.. kalau korang nak tengok art-art yang lain, lihat semuanya di The K ArtStudio. Jangan lupa untuk LIKE ya!



14 October 2014

LIBUR: Berkelah di Sungai Kedondong


Sungai Kedondong merupakan antara sungai terbaik yang pernah aku kunjungi. Airnya sungguh menyegarkan dan sungguh cantik dengan suasana yang tenang dan mendamaikan. Time aku pergi ni orang tak ramai sangat, so port mandi menjadi sungguh heaven!

Aku pergi bersama wife, adik dan juga 2 orang anak buah. Saje je nak lepak mandi sungai sebab dah lama rasanya tak merasai "terapi air" ni. Haa.. kalau korang nak tau, air sungai amat mujarab untuk melegakan pelbagai sakit kat badan ni. Kalau anda rasa sengal-sengal otot, sakit belakang, muscle pain, atau migrain, pergilah mandi di sungai. Inshallah, kalau tak hilang pun, kesakitan tu akan sedikit sebanyak reda.



Serius, di port yang kami mandi ni, ada banyak air terjun yang kuat, dan even ada 3 way shower yang sangat best. Aku suka lepak kat situ sambil merasai air deras tu "mengurut-urut" belakang dan kepala aku. Aku stay sampai 15 minit kat situ. Keluar-keluar je terus rasa lega gila kepala ni. Haha!


So, andai anda semua nak pergi ke sungai Kedondong ni, mudah je jalan nya. Ikut jalan lama ke Batang Kali. On the way tu ikut route ke Genting Highland. Jalan terus je dan anda akan dapat lihat kawasan sungai ni di sebelah kiri anda.







Serius terbaik port ni. Anda harus kunjungi!


Like page The Kufazuke Show di Facebook!

10 October 2014

Posterize Rap God.


Dah lama rasanya tak post berkenaan dengan Art. Dulu aku sedang belajar sikit-sikit bagaimana ingin melukis lukisan 3D. Alhadullillah.. walaupun bukan macam otai-otai, tetapi aku pelajari juga serba sedikit teknik-teknik yang betul...

So sekarang aku berjinak pulak dengan Adobe.. kali ni nak pelajari untuk buat lukisan poster seperti cover case grafik untuk game GTA dan sebagainya.

Aku tiba-tiba berminat pulak nak cuba. So.. gambar di atas tu adalah hasilnya. Masih lagi rough dan level rookie. Kena belajar lagi ni... hehehe.

Like page The Kufazuke Show di Facebook!


08 October 2014

Pemenang bagi Segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku!


Yezza... terima kasih kepada semua yang menyertai segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku! yang telah berakhir baru-baru ni. Secara jujur, saya rasa semua yang sertai segmen ni bagus-bagus belaka dalam penulisan dan agak payah jugak nak tentukan siapa pemenangnya. Namun, setelah teliti membaca setiap entry, akhirnya kita dapat tentukan pemenangnya!


Di tempat KETIGA,
yang bakal memenangi hadiah barangan kesihatan bernilai RM30 tajaan Yati Adam (YA) adalah:

Blog QUEEN'S! oleh Nagiha Hamdan


Tahniah.. satu penulisan yang bersahaja, santai dan sungguh menyeronokkan! Saya kagum dengan habit anda yang pentingkan kesihatan tubuh badan serta pemakanan yang betul. Diharap dengan hadiah ni, anda akan terus gandakan usaha ke arah kesihatan lagi.

Baca entry beliau DI SINI.


Di tempat KEDUA,
yang bakal memenangi hadiah barangan kesihatan bernilai RM61 tajaan Yati Adam (YA) adalah:

Blog SENANG JE! oleh Mama'snia


Menerusi penulisan anda, kita dapat baca character anda sendiri yang girang dan ceria. Terdapat energy dalam penceritaan anda dan saya pasti kalau jumpa depan-depan sure boleh bawak bersembang sampai ke malam ni. Haha! So anyway, tahniah! Diharap anda suka dengan hadiah ini dan saya setuju kalau anda nak letak nama next baby sempena nama Kufaz. Ngee~ :)

Baca entry beliau DI SINI.


Dan jeng jeng jeng.... Drum roll.... 

Di tempat PERTAMA,
Yang bakal memenangi wang tunai sebanyak RM100 daripada tajaan Yati Adam (YA) adalah:

Ba Dum Tsst!

Blog YUMIDA! oleh Yumida Huda


Wow.. what can I say? Bila membaca entry beliau je, terasa semuanya tersusun dan sistematik. Bila diberi RM 1 juta, anda berjaya allocate setiap sen ke tempat-tempat yang sepatutnya. Penulisan anda sangat menarik dan saya seronok apabila anda sisipkan doa-doa di setiap perenggan dan soalan. Suka baca entry anda dan saya harap anda keep up the good work! Semoga suka dengan hadiah tempat pertama ini. Tahniah sekali lagi!

Baca entry beliau DI SINI.

*** CONTEST END ***


Well, itu dia pemenang-pemenang bagi segmen pertama anjuran The Kufazuke Show ini. Di harap para pemenang dapat hubungi kami dengan kadar segera secara PM di inbox admin di Page The Kufazuke Show di Facebook!


Pihak The Kufazuke Show juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penaja hadiah iaitu Yati Adam (YA). Diharap lepas ni, bolehlah sponsor lagi ye untuk segmen, GA yang akan datang. Jangan lupa ye semua, kunjungi blog Yati Adam dan beramah mesralah dengan penaja. Beliau seorang yang cool! Hehe...

Kepada yang menyertai segmen ini yang lain, di harap anda tidak berputus asa dalam penulisan anda. Entry anda semuanya bagus-bagus belaka dan seperti yang saya cakap tadi, menentukan pemenang segmen ini tidak mudah sebab semuanya TERBAIK!!

Kepada anda yang terlepas nak baca entry mereka, jom terjah!

1. Fatimah Nabila
2. Khaty Aiman
3. Ibu Ainul Alif
4. Calrase Patrick
5. Euruka Seven
6. Jom Santai Aje
7. H.E.L.L.O.K.I.T.T.Y
8. Diari HafizNur
9. Rara Farhana

Jadi, sekian sahaja untuk kali ni. Di harap anda semua akan join lagi dalam segmen akan datang dan ceria selalu! Harap anda semua sudi-sudilah jenguk The Kufazuke Show lagi ye... Terima kasih!

06 October 2014

Segmen The Kufazuke Show Sudah Ditutup.


Baiklah.. seperti yang tertera di title di atas, Segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku! sudah pun ditutup. Pihak TKS ingin ucapkan ribuan terima kasih di atas semua penyertaan yang masuk dan kini sedang review satu-satu penyertaan.

Para pemenang akan diumumkan pada jam 3 petang, 8 Oktober 2014 (Rabu).

Akhir kata, terima kasih sekali lagi dan selamat menjamu minda di The Kufazuke Show!


Like page The Kufazuke Show di Facebook!



05 October 2014

Hari terakhir Segmen The Kufazuke Show!


Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Haa.. kepada yang belum join dan nak berpeluang menang RM100 cash atau barangan supplement yang lain, cepat! Hari ni hari terakhir sebelum contest ditutup pada esok harinya jam 12 tengahari, yakni 24 jam dari sekarang...

Kalau nak join cepat ke klik DI SINI!



03 October 2014

Siti Sifir kah ini?


Siapa yang lahir era 80an dan menjadi kanak-kanak dalam era 90s, surely ingat rancangan kanak-kanak yang disiarkan di RTM 1 (dulu dikenali sebagai TV1) iaitu A.L.O.N.G. Ye.. ibarat rancangan kanak-kanak Barney versi melayu. Kalau boleh setiap hari menanti dengan penuh kusyuk rancangan ni. Nak buat camne, zaman dulu mana ada Astro, internet apa bagai. Dan rancangan sebegini tak banyak di tv.

Dalam rancangan tersebut terdapat banyak segmen-segmen menarik kelolaan kanak-kanak yang mencuit hari sesiapa sahaja yang menontonnya. Namun, dalam banyak-banyak segmen, aku dan rasanya 80% daripada para penonton kecil yang lain paling suka segmen Hafal Sifir bersama Siti Sifir.


Segmen ini mengajar kanak-kanak untuk mengingati sifir berpandukan dengan nyanyian dan irama supaya kanak-kanak cepat menghafal. Time tu Siti Sifir masih kanak-kanak dan lepas tu beliau seakan "vanish" begitu sahaja. Malah tempat beliau digantikan oleh kanak-kanak lain sehingga rancangan itu ditamatkan siarannya.


So.. ke mana perginya Siti Sifir? Even nama sebenarnya pun tak tau membuatkan ramai yang susah nak trace beliau kembali. Bukan seperti watak Along itu sendiri yang telah di-reveal dahulu sebagai Beto Kusyairi. Haa... terkejut kan? Yup.. Beto Kusyairi adalah Along dahulu.


Namun, selepas Google punya Google, akhirnya dapat sekeping gambar ni yang mengatakan bahawa beliau merupakan Siti Sifir yang sebenar. Namun kesahihan itu tidak dapat dikenal pasti lagi.

Kalau anda rujuk blog-blog orang lain, serta "Siti Sifir" seeker yang lain, ramai yang mengatakan bahawa gadis dalam gambar ini adalah yang paling hampir dengan Siti Sifir dahulu. Dengan iras wajahnya, rambut beralunnya dan matanya. Tapi.. kesahihan itu masih lagi samar-samar.

Namun bagi peminat kecilnya yang pernah menonton beliau sewaktu ketika dahulu pastinya tertanya dan diselubungi misteri ini. Siapa Siti Sifir dan di manakah beliau sekarang ini.

Apa pendapat anda? Adakah beliau ini Siti Sifir yang sebenar?

Like page The Kufazuke Show di Facebook!


02 October 2014

Perihal Kenaikan Minyak. Naik 20 sen lagi!


Siapa tidak bengang dengan kenaikkan harga minyak? Percayalah, bagi golongan kaya maybe tak rasa apa yang golongan sederhana dan rendah rasa. Mereka tidak rasa bagaimana susahnya mereka berpendapatan rendah survive. Mereka tak rasa macam mana keadaannya terpaksa catu sana sini. 

Bagi mereka yang berpendapatan sederhana, terpaksalah berhempas pulas mencari rezeki lebih, nak-nak tempat kerja tak pernah-pernah nak bagi insentif dan bonus atau kenaikkan gaji pun.

Memang benar yang naik RM0.20 je. Itu juga ungkapan semasa minyak naik sebelum ni jugak. RM0.20. Kalau nak diikutkan sejak pilihanraya, minyak dah naik RM0.40. Then what? Tahun depan naik lagi RM0.20 ke? Dan masih dengan slogan "Alaa naik RM0.20 je"?

In the end of the day, tanpa kita sedar minyak telah pun naik sehingga RM1 atau RM1.50.

Yang tengah struggle untuk hidup, semakin kesempitan. Yang baru nak naik perniagaan terpaksa slow balik. Silap-silap bungkus terus. 


Aku tak faham dan tak pasti apa strategi sebenarnya kerajaan dari segi political mileage ni. Di samping Anwar sedang dibom dengan kaedah politiknya yang mengorbankan Tan Sri Khalid, penyokongnya mulai berpaling dan sokongan kerajaan kembali or even sokongan Pas untuk gesa keluar pakatan. Dalam-dalam penyokong beliau sedang surut, dinaikkan pulak harga minyak. Kini penyokong kerajaan yang sememang dah sokong lama pun pening kepala dan berfikir sejenak di mana relevannya ini semua.

Maybe la kan, golongan macam kita ni bodoh ekonomi tak tau apa pun. Tak tau bagaimana effect harga minyak diluar sana yang menjejaskan ekonomi. Tetapi dari segi apa kita dapat lihat, negara kita juga banyak membuat pembaziran. If let say, ia berkenaan pembangunan, it's ok. Maybe ia akan beri manfaat kepada generasi akan datang juga. Tetapi, if dibazirkan ke tempat lain, why kita kena tanggung kesempitan ini? Why not kurangkan pembaziran dan support menerusi subsidi-subsidi di channel yang betul.

Aku menulis ni bukan kerana aku benci kerajaan. Dan tak juga nak cakap aku betul-betul sokong mereka. Aku ingin luahkan perasaan aku sebagai masyarakat middle class.

Aku sedih bila minyak naik, ramai ibubapa terpaksa catu perbelajaan termasuk untuk anak-anak mereka. Kalau dulu boleh beli susu grade tinggi untuk anak, kini kena down grade sikit. Andai dulu boleh bagi anak makan sedap-sedap setiap hari, kini kena catu sikit-sikit. Silap-silap makan megi je nanti. 

Bagi yang bujang yang tengah kumpul duit nak kahwin, beban mereka makin bertambah. In the end, semakin ramai buat loan, semakin ramai yang akan cari alternatif lain untuk pinjam duit dan end up bankrupt atau lebih teruk diburu ah long.

Kalau minyak tidak naik, maybe kita boleh jimat sehari dalam RM1 - RM1.20. Bayangkan berapa boleh dapat sebulan? Kalau setahun. Maybe dalam RM300++ boleh save. Nilai tu memang nampak sikit bagi mereka berpoket lebat. Namun bagi golongan dibawah, jumlah itu adalah besar bagi mereka.

Aku sedih. 


01 October 2014

Lamaran Daripada Aku


Sejak kebelakangan ni, aku banyak melakukan kerja-kerja designing art. Aku tak tau la kan, tapi ia seperti ngam pulak dengan aku yang sememangnya sukakan kesenian. So, aku ada design beberapa jenis T-Shirt khas untuk santai, leisure dan sebagainya.

At first, ia cuma sekadar suka-suka je tapi lama kelamaan cinta tu semakin lama semakin berputik. Dari satu design ke satu design aku buat dan kini aku ingin cuba masuk sikit-sikit ke bisnes design baju ni. Andai korang suka dengan design baju, bolehlah hubungi aku untuk maklumat lanjut ye. Haha..


Ok, selain daripada designing, seperti biasa orang yang sukakan kesenian ni akan di samakan dengan jenis orang yang suka masak, makan dan berjalan.

Oleh itu, aku berpendapat ingin nak bukak satu blog baru yang khas kepada tema makanan sahaja. Andai ia disamakan dengan industri mainstream di luar sana, kita boleh kelas kan juga sebagai blog Food Network.

Ye.. kalau korang boleh nampak daripada blog aku sendiri, aku gemar untuk memberi tips breakfast, resipi dan sebagainya. Namun, aku merasakan bahawa subjek-subjek tu bercampur aduk pulak dengan entry-entry yang lain. Jadi macam rojak. So tanpa ingin memeningkan kepala, aku rasa better aku wujudkan satu blog yang baru.


Cuma sekarang, aku perlu mencari author-author yang lain yang turut ada passion yang sama terhadap makanan untuk bersama bangunkan blog tersebut. So inilah lamaran aku...

Adakah anda orang aku cari? Kalau berminat, sila hubungi aku dengan cepat. Sebab kita bakal menjadikan blog tersebut sebagai "syurga makanan" nanti.

So lekas-lekas!

Like page The Kufazuke Show di Facebook!


Let's Interact!

me>