29 May 2012

Fakta-Fakta yang Cool!!

Semasa aku tengah mentelaah dan browsing internet ini, aku terbaca mengenai fakta-fakta menarik di dunia ni. Ada sesetengah tu aku rasa kelakar dan ada sesetengah tu aku rasa macam pelik je fakta-fakta ni. Well, hari ni aku nak share dengan korang apa yang aku baca tadi.

1. 23% daripada punca kerosakan mesin fotostat di dunia ini adalah disebabkan orang duduk di atas mesin ini dan fotostat punggung mereka.


2. Secara fizikal, ia adalah mustahil bagi seekor babi untuk mendongak secara tegak ke langit.


3. 35% orang di dunia ini yang mempunyai "iklan" peribadi untuk mencari jodoh, adalah dari golongan orang yang sudah berumah-tangga.



4. Ia adalah sangat mustahil untuk anda menjilat siku anda sendiri.


5. Nama penuh anak patung Barbie adalah "Barbara Millicent Roberts.


6. Hati seekor udang terletak di kepalanya.


7. Kucing tidak boleh merasa gula kerana pada lidah mereka tidak terdapat tunas yang membolehkan mereka merasa perisa itu.

8. Otak tidak boleh merasa sakit. Walau pun ia merupakan main kepada semua deria pada tubuh badan manusia, namun tiada deria sakit terdapat pada otak. Kita merasa sakit kerana deria sakit yang ditrigger kepada otak dan otak beri arahan kepada tubuh untuk merasa sakit.


9. Periklanan billboard diharamkan di Alaska.


10. Terdapat sebuah bandar di Newfoundland, Canada yang dinamakan DILDO.



p/s: Punyai fakta-fakta menarik juga? Mari la kongsi ngan kami!

28 May 2012

Help Me!!

Ok, BREAK!! Squeekkkkkkkk!!



Fuh, actually aku sendiri tak tau sebenarnya apa yang kena pada aku. Lately, aku rasa bukan macam diri aku dan apa saja yang aku buat serba tak menjadi. Lost of ideas, lost of creative hunger and perhaps even kesihatan aku pun asyik merundum je sejak kebelakangan ni.

Kalau korang sendiri perasan pun, untuk bulan ni tak banyak post yang aku berjaya publishkan dan tak banyak juga info atau review yang aku dapat tulis. Maybe la kan aku sekarang ada fatigue problem. Hari tu aku pergi check up kat klinik dan aku dapati tekanan darah aku makin naik dan jantung aku pulak pump dengan slow. That's not a good sign. Doktor suruh aku take a rest dan replenish balik tenaga yang ada. Take a good sleep. Take a good meal. Dan aku juga dikatakan dalam keadaan stress sangat-sangat.

Sekarang ni aku dapati aku terlalu lesu nak buat apa-apa. Dengan badan yang lesu, otak aku memang tak leh nak berkembang langsung. Berat badan aku makin naik dan energy level aku tidak memuaskan. Bila takde energy, aku rasa sangat-sangat blur dan tak boleh berfikir dengan baik. Tapi bila makan untuk dapatkan energy, berat aku pulak makin naik.


Orang cakap maybe sebab berat aku makin naik ni punca kenapa badan aku asyik sakit je manjang. Tapi kalau aku berdiet, aku takde energy pulak, pun sama, result dia tetap buatkan aku lesu. And nak-nak pulak, kalau takde energy, selera makan aku bukan main naik dan buas pulak. Seolah-olah meronta untuk melepaskan seekor gergasi yang buas. So how?

Aku suka sebenarnya berkarya. Suka mengolah kreativiti yang bersarang dalam kepala aku. Aku juga suka mengeksporasi segenap sudut idea yang boleh mendatangkan keindahan pada sesuatu seni itu. Itu sebabnya aku suka berkarya untuk COOLfm, berkarya dalam blog ini, serta try certain art yang aku rasa sangat mengasyikkan kalbu andai ditelajahi. Tapi, sejak kebelakangan ni, otak kata buat tapi tangan pula kata tak, banyak persoalan yang berada di minda.


Yang peliknya, aku dikatakan stress yang aku sendiri tak tau kenapa. Mungkin menghadapi writer's block yang sering terjadi dikalangan para penulis yang lain. Walaubagaimana pun, walau camne aku rasa lesu, susah nak menaip, tapi semangat itu tetap ada. Cuma perlu disemarakkan lagi. Maybe aku akan biarkan bulan ni menjadi bulan yang tidak cantik dan cuba lagi di bulan hadapan. Aku akan cuba straight kan kepala aku dulu dan bila dah bersih dari sarang labah-labah, aku akan terus menulis di sini dengan baiknya, Inshallah..

p/s: Secara tak langsung, aku telah pun menulis satu entry pada hari ini.






26 May 2012

COOLfm: Bersama-sama


Aha.. kalau korang tengok pada tajuk entry di atas, mesti korang pelik kan apa ke benda nya la ni yerk? hehe.. actually aku sengaja je letak tajuk camtu. Maybe nak tengok sambutan orang terhadap entry macam ni.. aku boleh je letak "COOLfm: di dalam kelambu" tapi aku rasa "Bersama-sama" ni lebih sopan hendaknya.

Setelah bernyawa selama lebih dari sebulan (nak masuk 2 bulan dah), COOLfm terus menerus mengembangkan sayapnya. Ini terbukti dengan jumlah bilangan listener yang join group Mr.COOL and Frenz dan juga bilang viewers channel iaitu COOLfm Radio Station yang pesat menaik dari masa ke semasa. Ini menunjukkan betapa sebenarnya dalam diri warga-warga Malaysia khususnya masih ada lagi tempat untuk bersantai dan release dari segala rantai yang memateri diri dari berhibur dan memanjakan minda. As usual, DJ COOLfm (actually beliau bukan DJ tapi pro kartunis) akan memastikan penyampaian beliau dalam COOLfm ini adalah dalam cara bersantai dan bersahaja. Lawak-lawak yang dibuat memang khususnya untuk menempias logik fizik dan akal untuk memberi perspektif baru dalam menilai sesebuah karya atau olahan komedi.

Kini page Mr COOL and Frenz dibantu oleh admin-admin yang versatile serta giat memperbodohkan protokol rasmi penyiaran dan piawai lawak serta melayan karenah follower-follower yang saban hari tidak jemu untuk melawat dan bersama-sama layan kepala masing-masing. Kini (selain aku), laman fan page Mr COOL and Frenz diserikan dengan admin-admin gila iaitu: Syakiella dan Apex. Mereka berdua dilihat berjaya dalam menyinari kesinambungan santai yang diterapkan dalam konsep sebenar COOLfm dan berjaya menarik minat lagi pendengar untuk memanjakan telinga masing-masing dengan bahan-bahan yang disediakan oleh DJ Kulatt.

Tak dinafikan terdapat juga flaws dan hole-hole kekurangan yang perlu diisi dalam projek COOLfm ini tetapi itu sekelumit cuma. Dan ada juga yang join COOLfm tetapi tidak boleh tahan dengan lawak yang dibekalkan sehingga ter-touching pulak di dalam sanubari. Bagi aku, as one of the admin, aku merasakan apa yang diperjelaskan tentang konsep yang diberikan oleh Kulatt merupakan satu idea yang rare kita akan dengar. Bukan hendak melobi, bukan juga untuk seeking attention, tetapi itulah apa yang aku dapat lihat. Seumur hidup aku, aku ingin lari dari segala protokol yang ada. Kerana bagi aku andai kita masukkan merpati di dalam sangkar, tidak kira secantik mana burung itu, namun dari segi batinnya ia tetap "mati". Begitulah jua dengan idea dan kreativiti. We need freedom dan COOLfm menyediakan platform itu. That's why andai korang dengar channel ini, korang takkan dapat lihat jadual yang tetap, character yang tepat pada setiap slot dan sebagainya. Ia betul-betul menerapkan nilai "lantaklah" dan "kenapa nak ikut macam orang lain buat?".


Buat masa ni aku paling suka segmen "Request dan Tuju-Tuju" yang membolehkan pendengar mendedikasi lagu serta ucapan kepada orang lain. Dengar macam segmen biasa ada di radio-radio lain kan? Hah, cuba try test dengar dulu ok? Andai korang dapat tengok kesibukan fan page tersebut dan kemeriahan yang ada semasa segmen itu keudara, anda akan bersama juga teringin join sekaki. Di sini, acara bahan membahan adalah normal atas dasar gurauan dan tidak kira apa jua lagu yang korang nak, akan dikeudarakan. So, andai kata korang ni seorang berjiwa underground dan merasa tidak mungkin "lagu-lagu" anda akan dimainkan, try request satu dulu. Ia bukan saja untuk request lagu, tetapi juga mendapat komen serta opinion dari pendengar-pendengar yang lain. So, kemungkinan besar, anda akan jumpa juga member-member sekaki anda di sini. Tak mustahil korang akan ketemu jodoh di sini juga! Hahaha... Tak percaya lubuk kitorang ni betul-betul happening? Cuba tanya incek Ketua Puak Semai COOLfm iaitu Incek Monir Morad, mintak testimoni beliau. Wink-wink!

Haha.. saja je aku petik nama-nama kat atas tu, atas dasar kebebasan dan ingin mengeksplorasi konsep COOLfm yang sememangnya penuh keriangan dan ke-tingtong-an yang maksimum. Apa yang korang tunggu lagi? Jom join kami di COOLfm!!

Radio: COOLfm
Fan Page: Mr COOL and Frenz


24 May 2012

Aku Sangat Rasa Annoyed!!


Setelah berjalan-jalan sana sini merata tempat, banyak benda yang aku rasa society kita ni ntah apa-apa ntah. Perangai macam haram. Kadang-kadang terasa macam ramai sangat orang banggang kat luar sana tu. Ada yang melucukan, dan ada yang sangat menjengkelkan. Maybe korang ada terasa jugak apa yang aku rasa dan maybe korang pun boleh sharing-sharing kat sini. Tapi serious dowh, kadang-kadang aku rasa sangat mendidih nak je tumbuk muka orang-orang yang boleh dikatakan tolol ni. So let me share dengan you guys some of it ok.

1. Orang yang suka mencucuk kereta.
Haish.. kok ye kalau aku kat lane yang laju and bawak perlahan kat situ, aku boleh terima lagi. Tapi kadang-kadang tu, aku kat lane kiri kot. Nak bawak bersahaja je. Tapi dia punya cucuk macam nak gila. Aish... kalau nak potong, potong je la... pe kejadah nya korang ni? diorang ni ingat kita ikut sistem kidal ke macam kat Amerika tu? Lane kiri untuk pandu slow! Lane kanan pulak lane LAJU... please remember that..




2. Si hodoh... Inside Out!
Bitch please.... Kalau dah tau awak tu takde rupa, and fizikal pun ala-ala tak tenteram gitu, tak ada salahnya kalau korang berpakaian sopan. Sekurang-kurangnya sejuk sket mata ni nak memandang. Ada yang badan besar tapi pakai ketat-keta gila. Tersembul sana sini. Dan ada plak yang pakai tudung tapi seksi pulak. Belah dada la, belah skirt la dan sebagainya. Aku kritik ni bukan bermakna aku bagus sangat, and aku tak ada sekatan pun korang nak pakai tudung atau tak pun. Itu hak masing-masing. Tapi aku rasa penampilan yang tak kena all just common sense la. Kat universiti pun take course untuk common sense, so korang sendiri pun boleh agak sendiri. Masalah ni bukan untuk kaum Hawa je, kadang-kadang even yang lelaki pun sama. Nak pergi jalan-jalan je pun, tapi pakai dan dress up macam nak pergi sambut Halloween. Gila..

3. Bercinta....macam siot
Ramai couple-couple kat luar sana yang rata-rata sedang hangat bercinta. Macam mana aku tau? Pergh... try jalan-jalan kat Hypermarket ke, taman ke, atau mana saja, korang pasti akan terjumpa dengan orang-orang yang macam dah takde "bilik" dah. Kadang-kadang tu aku tengok siap bercium-cium lagi. Adoii dik oii,seronok sangat ke buat aksi terlampau di public? Ingatlah ye, korang tak akan dianggap cool atau sempoi dengan perangai buruk anda itu... kena hina lagi ada la.... Kalau dah kemaruk sangat, cepat-cepat la bernikah.. pahala pun dapat... Lagi berkat kan? hahaha...

4. Takde sivik
Perangai takde sivik ni ada di mana-mana saja. Lagi-lagi time pagi masa semua orang tengah rush nak pergi kerja pagi-pagi. Adoii stress!! Kalau naik elevator kat mana-mana, kalau nak duk lepak ke, nak peluk girlfriend/boyfriend ke, atau sesaje nak berdiri je ke, tolong la buat tu kat sebelah kiri.. ni dah la badan besar, tercegat kat tengah-tengah plak tu... orang yang tengah rushing nak lalu pun tak boleh... Ada pulak yang jenis pengotor yang suka meludah kat public, aku kena dulu time nak makan roti. Ada la sorang mamat ni yang selamba hadap je buang kahak dia depan aku, aish... memang celaka... tolong la weh, adakan la kesedaran sivik tu sket... tak malu ke kat budak-budak?

Macam mana pulak dengan korang pulak? Ada tak moment atau ragam buruk society yang korang tengok tak tepat pada gayanya? Meh-meh share!

p/s: Behave la wahai penduduk sekalian...










23 May 2012

Libur: Cameron Highland

Selepas honeymoon di Gemia Island, aku dan isteri aku ingin mengadakan satu lagi trip untuk honeymoon. Kali ni terasa pulak nak bersantai di tempat yang sejuk dan tenang. Urmm.. actually kalau nak diikutkan memang semua tempat yang aku nak pergi bersama isteri aku tu tenang dan sunyi. Privasi beb.. privasi.. hehe..

So, kali ni kitorg decide nak pergi Cameron Highland pulak. Ye la kan, dah lama sebenarnya tak jejak sana and kalau boleh trip kali ni just a short trip untuk hirup udara segar nan nyaman. So, adik ipar aku booking hotel di Century Pines Resort untuk bercuti dengan famili dia selama 3 hari 2 malam, tapi atas sebab tertentu dia tak dapat nak pergi full, just pergi 2 hari 1 malam saja. Jadinya, kami la yang isi slot yang kosong tu.


Perjalanan kami bermula dari Tol Jalan Duta. Kami pack barang just untuk 2 hari 1 malam je, dan bercadang untuk balik keesokan harinya selepas jalan-jalan di sana. It's was a beautiful afternoon sewaktu kami bertolak ke sana. Aku mengikut highway Utara - Selatan dan exit di Tapah. Jalan tu approximately 1 jam perjalanan. Tol yang korang kena bayar kat exit tol Tapah ialah RM19.80. So, pergi balik, korang kena sediakan duit tol RM39.60. Pastikan minyak korang diisi dengan banyak ye, sebab jalan seterusnya untuk naik ke bukit tu amat mencabar. Penuh dengan liku-liku dan corner-corner yang merbahaya. Dan yang bestnyer, stesen minyak yang cuma ada di Ringlet je iaitu Shell dan Petronas. Perjalanan mengikut jalan Tapah - Cameron Highland tu probably akan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Ringlet. Korang kena berhati-hati sebab jalan dia sangat merbahaya dan mencabar. Tayar kereta korang kena check, sebab banyak selekoh yang licin dan kena sentiasa berjaga sebab jalan dia sempit dan dua hala... So, andai selisih dengan bas atau lori, memang tricky.


Spot hang out pertama yang korang akan nampak masa on the way ke atas tu adalah Lata Iskandar. Ia merupakan antara tempat air terjun dan sungai yang terkenal terdapat di Perak. At first aku dan isteri aku nak singgah tapi kami rasa nak singgah bila balik keesokkan harinya. Better naik terus ke atas and rileks. Takut nanti dah penat mandi-manda, tak larat pulak nak drive ke atas. So, akhirnya kami sampai di Ringlet. Ia merupakan pekan pertama bila dah jejak di Cameron Highland ni. Seperti yang aku cakap tadi, di sini ada Petronas dan Shell. So, ambillah peluang ni untuk isi minyak kereta anda yang kesuntukkan tu ye sebab kat atas nanti dah takde stesen minyak dah. Di Ringlet ni tak la sejuk mana, berbanding pekan-pekan seterusnya tapi kualiti udara dia amat baik berbanding KL.


So, destinasi yang kami tuju adalah Tanah Rata. It's about 20 minit from Ringlet. Terus je naik ke atas lagi. And on the way ke sana, korang akan nampak satu spot yang best kalau nak pekena teh segar. That place is called Bharat Tea House yang terletak betul-betul di lereng bukit. Parking adalah limited, so, agak sesak jugak la kat sana kalau ramai orang. But either way, the tea is what makes it worth hang out with.

Aku dan isteri aku tiba di resort yang dah dibooking iaitu Century Pines Resort pada pukul 4 petang. Time tu, suhu sangat ok. Menyamankan. Terasa macam nak duk situ je selamanya. Terbit dalam benak fikiran aku, kenapa la KL tak bersuhu macam ni kan? hehe.. fresh je.. rasa segar je dada ni.


Resort ni bagi aku adalah tempat yang agak sesuai andai nak chill kerana reka bentuk nya yang seakan antik tetapi diterapkan nilai artistik pada kemasa hiasan mereka. Even bilik dia pun agak luas serta tersusun. Di lengkapi dengan hiasan art galore juga, ia ibarat kita mengunjungi muzium sambil bercuti di dalamnya. Even the night scenery dia best. Macam ancient building.











Of course la waktu malam terasa lapar kan? So, kami ingin ke pekan untuk mencari makanan. The best thing, untuk ke pekan Tanah Rata, korang tak payah nak bawak kereta sangat. Just jalan kaki pun dah cukup. Tak jauh mana pun dan boleh jugak hirup udara malam yang segar. Pasal makan, jangan risau, kat sini memang banyak kedai makan. Just determine korang nak makan apa je. Even satay pun ada, hehehe..





So, untuk malam tu, kami decide untuk makan nasi ayam di Restoran Kumar. It's good tau, nak-nak kami pun tak tau nak order apa sebenarnya. Makanan dia sedap. Ayam dia best, sup pun boleh tahan. Yang best nya timun dan salad dia sangat sedap. Mungkin sebab fresh kot. Kedai runcit kat sana pun banyak, so, korang boleh beli souvenir atau toileterries atau kelengkapan yang lain di sana. So, selepas malam pun berlalu, kami pulang ke bilik untuk berehat. Tips: Jangan pergi sini waktu weekend atau public holiday. Ini adalah kerana pastinya ada foreigner- foreigner yang bercuti jugak. Dapat pulak foreigner yang mabuk duk kat bilik sebelah, memang making parah la malam korang. Diorang bising dan hentak-hentak barang macam hotel ni bapak mereka yang punya. Sakit hati aku dan isteri aku. Ikutkan hati nak je aku tumbuk muka seekor-seekor, tapi sebab mood nak bercuti kan? aku bagi pihak management hotel je yang uruskan.

Keesokan harinya, kami berjalan-jalan di Cameron Highland ni. Kami naik lagi ke atas. Mula-mula ke arah Brinchang. Tapi sebelum kami breakfast dulu di dewan makan hotel ni. Pelbagai variety makanan yang terdapat untuk breakfast. Tapi yang pasti, habit aku, kalau nak makan kat hotel, memang aku akan makan western breakfast je.. hehe.. nak rasa diri omputih kot. hehe..



Aktiviti perjalanan pertama kali untuk hari kedua adalah Strawberry Park Resort. Yup, it's a resort with beautiful scenery and facility. Actually saja-saja je nak lepak kat sana tengok apa yang best sangat kat situ kan. And untuk bergambar bersama isteri di sana. Kat sini sangat cosy and tenang. Seronok just untuk jalan-jalan and bergambar.  Owh ye, sini pun ada spa center, tapi aku tak tau samaada still operate lagi or not.









Seterusnya kami ke Cactus Point di mana kami singgah di Agro Park (Big Red Strawberry Farm). Best gila kat sana. Kalau korang penggemar kaktus dan bunga, korang boleh dapati banyak gila yang dijual disini dengan pelbagai bentuk, corak dan warna. Selain daripada tu, strawberry dia pun korang boleh tengok dan petik sendiri. Harga dia rm25 per kg, so pilihlah yang mana-mana yang anda suka. And the best thing, masuk adalah percuma ye, cuma perhaps korang kena carik parking sikit lah. Lagi-lagi kalau time cuti, penuh dengan kereta. Kat sana juga kami sempat isi perut dengan makanan kat restoran kecil mereka. Aku dan isteri aku menjamah Sundae Strawberry, Aiskrim Goreng, dan Mashpotato. Perghh... layan beb.. lagi-lagi suhu pun sederhana sejuk time tengahari tu.








Terasa macam tidur sehari tak cukup pulak kat sini. Bilik hotel yang kami tinggal semalam dah ditake over oleh family adik ipar aku. So, aku dan isteri pun mencari-cari lah hotel-hotel kat Tanah Rata dan Brinchang. Seriously, kalau korang nak tinggal kat hotel di sini pada waktu weekend atau public holiday, better korang booking awal-awal. Sebab dari pagi sampai petang, semua hotel-hotel yang aku riki-riki (ada la dalam 30 buah hotel termasuk bilik dan apartment sewa), semuanya full house! Aih.. takkan nak tidur dalam kereta kan? Serious tak syok. So, kami pun try dan berjaya memujuk adik ipar aku untuk tumpang lagi satu malam di bilik tersebut. Haha..

So, sebagai nak balas jasa dia, aku dan isteri pun bercadang nak beli something untuk makan malam bersama. Pada waktu tu, Brinchang ada pasar malam. Seriously, korang kena jejak pasar malam di sini. Best gila. Besarnya dah macam bazaar Ramadhan dah. Dan banyak makanan rare yang boleh dijumpai disini.









Di pasar malam ni, pelbagai jenis makanan ada, dan barang-barang souvenir yang lain. Ada buah strawberry siap coklat nya lagi, ada udang goreng, madu lebah asli, keledek madu, cheese hotdog dan sebagainya. Mata aku terpandang ayam golek. Yup, sungguh sedap ayam tersebut, so kami pun belilah untuk makan beramai-ramai di hotel nanti. Bukan takat apa yang aku sebut je ada di pasar malam tu, tapi pelbagai juadah-juadah lain pun disediakan di sana.

Keesokkan harinya, sebelum bertolak balik, aku dan isteri aku carik barang-barang basah yang diorder oleh bapak mertua. So, kami pun carilah asparagus, tomato dan cili benggala di pasar tani. Pergh.. best. Pasar tani di Brinchang pun besar jugak. Dan sayur-sayur sana sangat fresh. Even the fruits have more vibrant in colour and nampak sangat ranum. Tapi for sure, kalau nak beli, kena datang awal-awal. Especially sayur-sayur hot item macam asparagus. Dan seperti yang aku cakap pada permulaan entry ni, kalau nak melawat Cameron Highland, jangan la time weekend atau public holiday. Jem kat sana akan jadik sangat-sangat teruk. Nak-nak pulak naik bukit, memang menyeksakan.



So, akhirnya setelah dapat kesemua barang-barang tu, kami pun berangkat pulang ke KL. And for your information, aku hari tu masuk kerja pukul 3pm, so kena rush jugak la. Tapi... tu tak dapat menangkis aku untuk singgah di Lata Iskandar untuk mandi..haha. Ye la kan, bukan selalu turun sini, nak-nak pulak isteri aku cakap air dia sejuk semacam... ye la kan, air yang datang dari bukit beratmosfera sejuk, haha...








Setelah sejam berendam dan isteri aku sempat beli bag di stall yang terdapat di sana, kami pun berangkat pulang ke KL.. It's been fun and exciting despite a little flaws at the hotel. But overall it was great.

Rate Hotel: 4/5

Pictures:































Let's Interact!

me>