09 May 2012

LIBUR: Diary - My Wedding



Selamat datang ke entry pertama dalam segmen LIBUR ini. Seperti yang aku dah terangkan dalam pengenalan segmen ni, aku ingin menjadikan segmen ni sebagai salah satu medium untuk berkongsi tentang apa aku lalui, event-event, tempat melancong, makan dan sebagainya bersama korang.. And I hope this segmen akan menjadi, colourful...

Ok, kita start dengan my wedding. Actually dah sebulan dah aku berkahwin tapi tak kesempatan nak share dengan korang terminologi yang terjadi sepanjang majlis tu.. Al-maklumlah, sebulan 'honeymoon'.. Majlis perkahwinan aku dan isteri merupakan antara majlis yang simple dan meriah bagi aku.. Tiada istiadat-istiadat yang berat dan cuba lari dari kebudayaan melayu sikit. Ramai jugak yang tertanya-tanya tapi sememangnya kami inginkan majlis sebegitu.. Bagi orang bukak mata sikit tentang konsep yang lain..


Aku dan isteri sebulat suara memilih Masjid Bukit Antarabangsa sebagai tentang pernikahan dan majlis kami. It's quite great there di mana di sana, reka bentuk masjid bertemakan modern islamik dan terdapat ruang untuk dijadikan dewan makan yang mampu serve up to 300 guests.

Tarikh pernikahan kami pula adalah 31 Mac 2012, hari Sabtu.. Memang saja ambil masa tu sebab hujung bulan, orang cuti dan tidak berada dalam musim cuti sekolah.. So, hadirin tak banyak jemputan kahwin yang lain.. :)

The best thing is, majlis ni adalah majlis combine kedua-dua belah pihak. So, kami combine belanja majlis dan ia sangat menjimatkan kedua-dua side jugak. Kami berdua tak berapa suka nak ikut sangat istiadat-istiadat melayu sangat so, kami tak buat upacara sanding dan renjis-renjis.. Jadi, kami tak tempah pun pelamin atau pentas, hehe.. Ramai jugak yang tanya kenapa aku tak buat majlis yang ada sanding-sanding tu.. "Tak melayu la camni" diorang cakap.. So, aku cakap, sememangnya kami ingin macam tu.. Taknak lebih-lebih membazir untuk upacara macam tu.. Dan kok ye la kalau kami nak buat pun, antara houserule untuk menggunakan masjid tu sebagai tempat majlis ialah:


PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MENGIKUT SYARIAT ISLAM SEPERTI BERSANDING DAN PELAMIN, TIDAK DIBENARKAN DI DALAM MASJID..

so I guess, it says it all kan?


So, pada hari pernikahan aku, aku bangun awal.. Ye la kan, nak kahwin bro.. Takkan tak excited kan? Aku mandi dengan air sejuk untuk menyegarkan badan aku. Aunty and uncle aku pun dah sampai time tu untuk tolong-tolong bawak barang hantaran aku masuk ke kereta mereka. Sejurus mandi, aku mengenakan baju pengantin yang aku dan isteri aku tempah dari tailor kami iaitu Abang Awi.. Seriusly, buat masa sekarang, aku berpuas hati dengan mutu kerja Abang Awi ni.. baju-baju yang ditempah kat dia ni semua best-best dan cantik... kalau korang nak tau dengan lebih lanjut, email je pertanyaan korang kat email The Kufazuke Show ni... tengok SINI untuk tau macam mana...

Setelah bergambar bersama famili dan susun barang-barang hantaran ke dalam kereta, kami pun bertolak ke masjid dalam pukul 8.30am. Adik aku, Ferhat Izzat yang jadik driver aku untuk hari itu. Dalam dada dup dap dup dap, Allah saje la yang tau. Serius, sampaikan pasang radio salah, sunyi sangat pun salah, apa pun tak boleh la.. haha. Duduk sambil pandang ke luar tingkap moga suasana redup mendung pagi selepas hujan tu dapat melegakan serba sedikit debaran yang aku rasa. Kepala aku duk mikir sama ada photographer dah sampai ke belum kat rumah isteri aku tu. Takut sesat ke atau apa ke and alhamdulillah, selepas call dia, dah tau dia dah sampai sana untuk menjalankan tugasnya, lega sikit hati ni. So, aku pun terus duduk termenung di luar tingkap dan doa banyak-banyak supaya majlis aku ni berjalan lancar.


Aku sampai di masjid dalam pukul 9.30am. Time tu saudara mara terdekat ada yang dah sampai. Diorang semua dok layan breakfast yang disediakan oleh pihak caterer kami iaitu Kak Fauziah. Efisyen kerja diorang ni. Awal pagi lagi dah sediakan semuanya. Hadirin yang menunggu pun tak lapar. Masa tu mak aku ajak minum pagi, aku tak mampu nak minum sebab gemuruh. Famili aku, termasuk mak dan adik-adik aku dok nyakat aku tengok muka aku tak keruan. Bayangkan la air teh o suam yang selalunya kat kedai aku minum seteguk habis, hanya mampu telan suku je pagi tu.

Masa tu pintu dewan solat masjid tak bukak lagi. Adus kacau. Barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak dah sampai dah, tersusun je atas meja makan. Pintu tak bukak, tak boleh nak susun-susun kat dalam. Orang-orang lain dah start tanya dah bila nak bukak, termasuk MC aku untuk hari tu iaitu En. Azfar Khahar. Dia ni ada syarikat sendiri yang buat DJ atau MC untuk majlis-majlis. Dia ada jugak sediakan PA sistem. Nama syarikat dia Maziqa Entertainment. Dia pun pun agak bingung sikit sebab untuk majlis aku, PA sistem dah disediakan oleh pihak masjid, so, dia nak tengok jenis alat dan sebagainya so sebelum start majlis dia boleh la belajar sikit-sikit macam mana nak handle semua tu.

Setelah call pegawai masjid yang bertugas hari tu, pintu tu pun dibuka pada pukul 10.00am dan 10 minit selepas itu Tok Kadi pula menyusul. Semua orang dah ada dah dalam dewan solat tu. Barang-barang hantaran telah pun disusun dengan cantik. Aku solat sunat sebelum nikah dahulu sebelum semuanya start. Tok Kadi pun banyak dokumen yang perlu dia sediakan. Kemudian, aku duduk di depan Tok Kadi, dan bapa mertua aku. Bapa tiri, pakcik aku duduk di sebelah aku dan seterusnya khutbah nikah pun bermula. Seluruh hadirin pun mendengar dengan penuh kekusyukan.


Selepas hampir setengah jam Tok Kadi membaca khutbah, tiba lah masa yang aku debarkan sejak 2 hari sebelum tu. Mula-mula rehearsal dulu untuk ijab dan qabul untuk pastikan kedua-dua pihak tau apa nak dilafazkan. Masa rehearsal tu, kaum wanita disebelah sana tu ingat dah setel, tengok-tengok belum lagi, haha.. korang patut tengok wajah mereka.. hehe. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, aku sah menjadi suami kepada isteri aku. Terasa diri ni sangat-sangat lain. Suasana pun dah berubah. Selepas tu, aku pun diberi laluan untuk tunaikan solat sunat selepas nikah sebelum baca taklik dan sign semua dokumen yang diperlukan.

Selepas itu, aku dan isteri aku pun jalani upacara "batal air sembahyang". Serius aku cakap, agak gementar nak pasangkan gelang emas kat tangan isteri aku masa tu.. Mana tak nya, banyak gila mata yang dok memandang.. Tapi nak tak nak, layankan saje.. isteri aku pulak mengenakan aku dengan cincin emas putih tanda ikatan suci kami.. (chewah ayattt)... Dan selesai je upacara tu, kami round ke seluruh hadirin bersalaman, mohon restu dan doa perkahwinan kami ni dilimpahi rahmat dan kekal ke akhir hayat. Selepas itu, aku dan isteri aku adakan sedikit sesi photography outdoor bersama jurugambar yang kami upah sebelum pulang ke rumah untuk mengenakan pakaian pengantin yang kedua. Time kami takde tu, hadirin yang datang dijamu oleh adik beradik kami yang menjalankan tugas yang amat baik sekali pastikan majlis kami ni berjalan lancar.

Di rumah pulak, kami mengenakan baju pengantin kedua kami. Owh ye, dari awal aku tak bagitau kan konsep colour majlis kami.... Tema kami adalah coklat vanilla... nice kan? even perkataan "coklat vanilla" tu pun dah sedap terbayang... yup, sama macam aku, aku terbayang cake yang sedap... :) Selepas dah mengenakan pakaian kami, kami sempat shoot gambar di bilik pengantin dan di luar kawasan rumah.





Selepas selesai segalanya, kami pun berangkat balik ke masjid untuk upacara makan beradab. Waktu tu dah habis solat Zuhur, para hadirin pulak dan semakin ramai.. Masing-masing pun nak tengok pengantin... Kami pun sampai di sana menaiki kereta adik ipar isteri aku iaitu Zaini. Time tu ramai dah dok kat perkarangan masjid.. nak apit kami.. bertambah-tambah la debaran jantung aku yang sememangnya tak stabil sejak pagi tu.. haha.. Kitorang dah set akan pasang lagu Maher Zain - Barakallah untuk lagu tema kami berarak ke meja... yang best nya buat aku tak leh nak lupa sebab PA shut down plak time tu sebab pihak masjid akan off kan bila waktu Zohor dan setengah jam selepas Zuhur... kami pulak sampai tak cukup masa "shut down system" tu.. so, aku dan isteri aku terpacak je situ sambil tunggu que untuk berjalan... agak malu jugak la dengan orang ramai menyapa kami di situ dan kami berdiri agak lama di situ.... hehe.. kalau tau que lama, rasa nak duduk dalam kereta dengan lebih lama je... :)

Setelah lagu dipasang, kami pun mula mengorak langkah kami ke meja makan pengantin. Sangat sweet aku rasa sebab bila tengok kat sebelah aku, adalah isteri aku, dan ramai orang-orang yang ternampak muka time jalan tu, orang-orang yang dah lama tak jumpa.. oh ye, as a trivia ye, tahukah korang, sewaktu kami berjalan tu, tangan aku ACCIDENTALLY, ye eksiden ye, bukan sengaja terlanggar cawan yang terletak kat hujung salah satu meja buffet kat situ.. apa lagi, "pranggg" pecah cawan tu kat lantai... bersepai ibarat pasir di persisiran pantai... tergamam sebentar aku... dan aku puji crew caterer yang cepat kemas kaca-kaca tu supaya upacara tu smooth je... hehe...



And sekali lagi aku puji sangat catering kami kerana menyediakan makanan yang sedap pada majlis kami tu. Bukan aku je yang puji, in fact, Chef Ismail yang turut hadir majlis kami pun sama puji masakan caterer sangat sedap... so, i guess bila ada chef yang puji makanan tu yg sedap, maknanya betul-betul sedap la tu... if ada apa-apa function, memang aku akan pilih caterer ni jugak untuk sediakan makanan. Lauk-lauk dia best... tapi ye la kan, perut memang la lapar... tapi sebab penat, memang takleh nak telan banyak... Hehe nak-nak kami ni kan pengantin so, nak makan pun ala ala tertib gitu... Sambil-sambil makan, si MC baca pulak kisah pertemuan antara aku dan isteri dari awal sampai la hari aku nikahi isteri aku ni.. memang time tu aku rasa segan sangat tapi buat tak tahu je la... buat selamba je... try berborak dengan isteri atau orang sebelah aku buat-buat cool... :)


Dah habis makan, kami pun menyapa hadirin yang datang serta tangkap gambar bersama mereka. Kami juga ada upacara potong kek kahwin di mana kek tu isteri aku cari sendiri kat Pistacios. Seriusly, memang cake dia sedap... aku dapat makan sikit je... sekadar untuk tangkap gambar.. lepas dah balik dari jumpa guest, tau-tau je kek tu dah habis.. hehe.. melepas aku nak makan kek tu puas-puas.

Majlis kami selesai selepas Asar. Yup, it's a small one tapi sangat-sangat bermakna bagi aku dan isteri. Yang best thing, majlis ni adalah majlis combine dua-dua belah pihak, so, penat buat majlis kami habis pada hari tu jugak. Hehe.. nak diikutkan aku pun malas nak buat kenduri lain pulak kok ye pun.... tak larat den oii... Yang penting bagi apa yang penting dilaksanakan dulu.. Alhamdulillah selesai sudah urusan pernikahan aku dan isteri. Doakan kami supaya kekal bahagia hingga ke akhir hayat ye rakan-rakan sekalian... :)



p/s: Di kesempatan ni aku dan isteri ingin ucapan ribuan terima kasih kepada hadirin yang hadir memeriahkan majlis kami, serta kepada saudara-mara dan adik beradik yang menolong dalam memastikan majlis kami berjalan lancar dan teratur.. terima kasih berjuta-juta kali diucapkan kepada anda kalian! Doakan kebahagiaan kami ye... :)



Post a Comment

Let's Interact!

me>