12 May 2012

Libur: Gemia Island

Setelah selesai majlis kahwin aku dan isteri pada 31 March 2012, sudah tiba masanya untuk honeymoon! Woohoo! Dari sebelum kahwin lagi kami duk memikir nak pergi mana untuk meraikan cinta kami ini. Kami nak pergi ke tempat yang jarang didengar atau yang jauh dari hiruk pikuk kota dan spot break away yang best.

Telah banyak tempat yang aku dan isteri aku riki-riki dan akhirnya kami memutuskan untuk berbulan madu di Gemia Island yang terletak di Terengganu. Masa kami riki-riki tu pun, kami tertarik sebab package yang disediakan oleh travel agen tempat perlancongan ni di Matta Fair 2012. Yup, yang aku dah post kan aritu.

So, aku dan isteri aku pun setuju untuk pergi pada tarikh 2 - 4hb April 2012.


So, aku drive from KL ke Terengganu. If you guys ikut highway Karak ke Marang, and drive dalam 80 - 100km/j, ia akan mengambil masa lebih kurang 7 - 8jam driving. Yup, sempat jgak la untuk berhenti rehat atau pergi toilet di RnR selama 10minit sebanyak 3 kali. Dan sediakan RM60 untuk tol pergi dan balik ye. Sebab ada 3 tol yang korang akan lalui sepanjang perjalanan ke Marang. Tol Genting Sempah RM3, Tol kat Karak RM5 dan Tol kat Jabor RM21. So, untuk pergi je RM29.

Kami bertolak dalam pukul 12.30mlm. Enjoy driving malam ni sebab sejuk, tak sakitkan mata sebab tenang je dan tak banyak sangat kereta. Tapi pastikan korang rest dengan secukupnya la ye sebelum bertolak tu. Beli makanan dan minuman yang secukupnya sebab nanti leceh kalau nak singgah-singgah, betul tak? Jalan dia tak lah complicated mana kecuali on the way dari tol Genting Sempah ke Tol Karak la, di mana jalan dia agak tricky, berbukit-bukit dan banyak lori yang lalu di waktu malam. So, berhati-hati kat situ. Dan bila korang dah lepas je tol Karak, technically it's just a straight road. Korang akan berada di highway (Lebuhraya Pantai Timur) yang straight tu selama lebih kurang 3-4jam sebelum sampai Tol Jabor.


Lepas je Tol Jabor dan bayar RM21 tu, korang akan nampak dua simpang iaitu "Muktafi Billah Shah/ K.Terengganu" dan "K.Terengganu/Kemaman". Dua-dua simpang pun boleh jalan. Tapi kalau korang ikut "Muktafi Billah Shah/K.Terengganu", korang straight je selama lebih kurang 2-3jam untuk ke Jeti Marang, kalau ikut jalan yang satu lagi, korang akan masuk Kuantan dulu sebelum masuk Terengganu dan seterusnya ke Jeti Marang. Jalan kedua tu akan ambil masa 4 jam.

Oleh sebab aku ni jenis suka complicated-kan hidup sendiri, dan sangat adventurous, aku ikut jalan yang kedua tu..hehe. Driving waktu malam macam ni agak membosankan sebenarnya. So, bersembang-sembanglah dengan orang di sebelah anda untuk hilangkan ngantuk. Kalau dia pun hanyut jugak, pasang lagu yang dapat segarkan mata tu. Tips: Minum air mineral untuk hilangkan ngantuk. Percayalah, nescafe tak se-berkesan macam mineral water.Lagu-lagu pulak pilih la dari genre-genre yang dapat segarkan mata. Kalau dengar lagu daripada Josh Groban, Frank Sinatra dan sebagainya alamatnya stereng la yang pandu anda nanti.

Ok, bila dah masuk Kuantan, ia adalah satu jalan yang sangat straight sebelum sampai ke jeti Marang. Tapi pastikan korang jalan menuju ke Kuala Terengganu, sebab aku hari tu tersalah masuk jalan, terus ke kawasan perindustrian Kuantan, so agak mencabar la sebab nak carik orang untuk tunjuk jalan memandangkan waktu memang dah kosong dah kawasan tu. So, kalau korang jalan menuju ke Kuala Terengganu tu, straight je kan, maknanya korang berada di jalan yang benar. Memang agak bosan la. Kalau korang jenis yang kuat makan, sila bawak atau beli siap-siap makanan korang. Sebab andai korang dah start lapar tengah malam tu, maka anda kena la tunggu sampai subuh baru dapat carik kedai yang bukak. Sebab tengah-tengah malam jalan tu just a straight line, kedai tak bukak.. Even station minyak pun tutup, bukak time Subuh. So, sediakan la paling tak pun roti ke atau snack ke. Pastikan minyak jugak cukup. Kang tak pasal-pasal kena tidur dalam kereta sampai Subuh. Kalau tengah hari ok la jugak. Haha!



Ok, bila anda dah sampai je di Marang, carik satu arca besar berbentuk sotong dan udang yang besar di sebelah simpang jalan. Haa, jumpa je terus je masuk kanan. Di situlah terletaknya bot yang akan membawa korang ke sana. Kat kawasan tu ada tempat parking kereta untuk korang simpan kereta sementara korang berada di pulau tu nanti. Bayaran untuk satu malam adalah RM7. Ada orang yang akan jaga kereta anda disana supaya hati korang tenang sewaktu bercuti di pulau tu.


Perjalanan bot ke Pulau Gemia tu akan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Yup, kejap je. Tak rough mana pun laut kalau cuaca elok so, anda maybe tak sempat nak loya-loya sebelum sampai sana. And the best thing, bila dah sampai di jeti pulau tersebut, korang akan disambut oleh staff-staff di sana dengan air jus yang fresh untuk melegakan sikit otot-otot yang sakit daripada perjalanan yang jauh tadi. Masa aku dan isteri sampai sana dulu, diorang serve air jus buah naga. Memang sedap. Refreshing.


Selepas check in, kami berdua pun pergi la ke bilik kami iaitu Water Villa yang terletak nun jauh di sana. Well, aku tak kisah sangat bilik jauh... Nak-nak kami memang inginkan privasi so, lebih jauh lebih baik... tapi it's come even better.. Ha.. Ok, on the way nak pergi ke bilik, mata kita akan dihidangkan dengan pemandangan yang menarik dan menenangkan.. Boleh nampak laut yang kebiruan serta clear sampai boleh nampak ikan-ikan.




Rasa tenang je bila ada kat sana. Dan bila berada di bilik, perghh heaven... bilik-bilik semua cool je... view mengadap laut dan Pulau Kapas yang berada di depan. In fact, sampai-sampai je kat sana, kami berdua nampak ikan yu berenang-renang di laut.. memang cantik. (Ikan yu jenis yang tak bahaya.. bukan ikan jaws yang korang tengok kat movie tu). Balkoni dia sangat best... bukak je memang laut n pulau kapas je la korang nampak. Kiri dan kanan korang akan tengok bilik-bilik lain dari tempat pegang balkoni tu tapi bila duk kat buaian situ, takde siapa pun nampak. Senang cerita, dia punya privasi sangat tinggi, korang nak berbogel di balkoni tu pun takde siapa pun akan nampak.









Owh ye lupa plak nak bagitau. Untuk resort ni, ada satu house rule yang aku agak pelik jugak iaitu dari pukul 2.30ptg - 5.00ptg, Power Off.. Aku pun tak tau kenapa.. tapi aku dan isteri tak kesah sangat as kami pun bukan nak duk dalam bilik tu sepanjang masa. Time tu untuk aktiviti jalan-jalan kat luar. Dari segi makanan, memang best. Tempat makan itu dinamakan Restaurant Samudera dan merupakan satu-satunya sumber makanan yang ada di pulau tu. Makanan dia sangat-sangat sedap. Walaubagaimana pun, harga dia memang standard high class tetapi berbaloi dengan taste dan kesedapan masakan tersebut. Kalau korang nak try, aku sarankan korang ambil Chicken Parmigiana, Chicken Chop untuk lunch. Serius sedap gila. Untuk dinner pulak, makanan still ala carte, ada makanan melayu, italian cuisine dan juga chinese style so ikut selera korang nak makan apa. Yang pasti, sepanjang aku kat situ, aku tak complain langsung pasal makanan sebab truly tasty. Tapi still kalau korang jenis nak makan sendiri, dan memandangkan di pulau tu tiada tempat makan yang lain selain restaurant Samudera tu je, korang still boleh bawak bekal macam maggi ke atau apa2. Cerek pun disediakan dia bilik sana. Kalau takat nak beli makanan ringan tu still ada kat receptionist diorang tapi agak costly la. So better sebelum sampai naik bot kat jeti tu, singgah 7Eleven dan indulge yourself.

Pulau Gemia ni actually pada pandangan aku bukan sebuah tempat untuk beriadah yang berat-berat. Andai korang nak datang untuk buat aktiviti-aktiviti lasak dan sebagainya, maybe this is not really the place to be. Pulau ni lebih kepada breakaway for people yang mahukan privasi dan ingin lepaskan stress yang bersarang di kepala. Di pulau ni aktiviti yang ada seperti snorkeling, kayak, jungle trekking, beach volley ball dan memancing. Pulau ni kecik je, so tak banyak ruang untuk kumpulan-kumpulan besar. And kalau korang nak jungle trekking, korang mestilah dalam kumpulan 4 orang ke atas, barulah ada tour guide akan bawak. Kalau tak, diorang tak bawak.


                                      

Hari kedua aku dan isteri aku berada kat sana, kami berkayak. Best. Pulau Kapas memang betul-betul di sebelah pulau ni, so, kami berkayak ke sana. It's really great to see many fishes along the sea while paddling to Pulau Kapas. Air laut di sana terrific dan marvelous. Waktu kami berkayak tu air tengah tenang. Baru je nak pasang so takde la hadapi ombak-ombak yang ngarut. It's truly having a great time for us, di mana tiada siapa yang kacau kami. We spend a great time there. Sebelum bertolak tu, kami had breakfast dulu. Ala carte jugak. Ada american type and malaysian cuisine. Kami of course la nak makan ala western sikit. Pergh, sedap woo breakfast tu. Ia memang simple, tapi sedap dia lain dari yang lain.



Untuk makan malam pada hari kedua tu, pihak resort ada buat BBQ atas sempena apa ntah aku lupa, and still makanan mereka the best. Diorang charge RM70 per head. Tapi ntah kenapa, agaknya diorang malas nak kira, diorang charge untuk aku dan isteri aku RM70 je instead charge kami asing-asing. Well, one of the best thing atau quality yang aku nampak pada operation staff di pulau ini adalah, mereka ni sangat smooth dan tak suka menyusahkan guest. Maybe la waktu aku pergi tu tak ramai orang ke aku tak tau tapi staff-staff sana kenal je aku dan isteri aku. Tak payah nak state aku from bilik mana ke apa ke, mereka ingat sendiri. So, andai diorang nak charge apa-apa, diorang terus charge atas bilik. Setelkan waktu check out. In fact untuk aktiviti outdoor pun sama, so, no hussle la sebab diorang memang friendly. Senang nak communicate sekali. Andai nak bawak bilik, diorang akan bungkuskan untuk korang for take away. Bayangkan la BBQ tu dah sah-sah ala buffet, berapa banyak pulak aku tapau untuk makan dalam bilik pulak kan? Haha..




So far, apa yang aku boleh katakan mengenai trip honeymoon aku dan isteri aku ni sangat-sangat baik. Dari segi aspek aku puji. From fasiliti, makanan dan hospitaliti. Sewaktu kami nak check out, diorang even datang ke bilik untuk inform bot ke jeti dah sampai. Kat situ, korang boleh gunakan debit/credit card so takde masalah andai korang kesuntukan cash time tu. Well aku sarankan sangat andai korang nak mencuba bercuti, honeymoon or just makan angin di Pulau Gemia. Korang pasti menyukainya!
















Note:

1. Andai korang jalan ikut Tol Genting Sempah, prepare duit tol RM58 untuk pergi dan balik.
(Tol Genting Sempah = RM3, Tol Karak = RM5, Tol Jabor = RM21 : Total RM29)

2. Air mineral lebih menyegarkan badan dan mata berbanding Nescafe.

3. Jalan highway ke Marang tu kalau tengah hari atau petang memang jem teruk. Andai anda boleh, jalan waktu malam. Kalau kebal hadap jem, silakan... takde siapa yang halang.. :)

4. Di pulau tu takde kedai serbaneka dan sebagainya. So, bawa kelengkapan diri, atau apa saja sebelum naik bot.

5. Pukul 2.30ptg - 5.00ptg, power off untuk semua bilik, villa atau chalet di sana.


Rating: 4.5 / 5
Tahniah Pulau Gemia Resort!


p/s: I hope my wife and I will honeymoon here again for our anniversary!

No comments:

Let's Interact!

me>