28 May 2012

Help Me!!

Ok, BREAK!! Squeekkkkkkkk!!



Fuh, actually aku sendiri tak tau sebenarnya apa yang kena pada aku. Lately, aku rasa bukan macam diri aku dan apa saja yang aku buat serba tak menjadi. Lost of ideas, lost of creative hunger and perhaps even kesihatan aku pun asyik merundum je sejak kebelakangan ni.

Kalau korang sendiri perasan pun, untuk bulan ni tak banyak post yang aku berjaya publishkan dan tak banyak juga info atau review yang aku dapat tulis. Maybe la kan aku sekarang ada fatigue problem. Hari tu aku pergi check up kat klinik dan aku dapati tekanan darah aku makin naik dan jantung aku pulak pump dengan slow. That's not a good sign. Doktor suruh aku take a rest dan replenish balik tenaga yang ada. Take a good sleep. Take a good meal. Dan aku juga dikatakan dalam keadaan stress sangat-sangat.

Sekarang ni aku dapati aku terlalu lesu nak buat apa-apa. Dengan badan yang lesu, otak aku memang tak leh nak berkembang langsung. Berat badan aku makin naik dan energy level aku tidak memuaskan. Bila takde energy, aku rasa sangat-sangat blur dan tak boleh berfikir dengan baik. Tapi bila makan untuk dapatkan energy, berat aku pulak makin naik.


Orang cakap maybe sebab berat aku makin naik ni punca kenapa badan aku asyik sakit je manjang. Tapi kalau aku berdiet, aku takde energy pulak, pun sama, result dia tetap buatkan aku lesu. And nak-nak pulak, kalau takde energy, selera makan aku bukan main naik dan buas pulak. Seolah-olah meronta untuk melepaskan seekor gergasi yang buas. So how?

Aku suka sebenarnya berkarya. Suka mengolah kreativiti yang bersarang dalam kepala aku. Aku juga suka mengeksporasi segenap sudut idea yang boleh mendatangkan keindahan pada sesuatu seni itu. Itu sebabnya aku suka berkarya untuk COOLfm, berkarya dalam blog ini, serta try certain art yang aku rasa sangat mengasyikkan kalbu andai ditelajahi. Tapi, sejak kebelakangan ni, otak kata buat tapi tangan pula kata tak, banyak persoalan yang berada di minda.


Yang peliknya, aku dikatakan stress yang aku sendiri tak tau kenapa. Mungkin menghadapi writer's block yang sering terjadi dikalangan para penulis yang lain. Walaubagaimana pun, walau camne aku rasa lesu, susah nak menaip, tapi semangat itu tetap ada. Cuma perlu disemarakkan lagi. Maybe aku akan biarkan bulan ni menjadi bulan yang tidak cantik dan cuba lagi di bulan hadapan. Aku akan cuba straight kan kepala aku dulu dan bila dah bersih dari sarang labah-labah, aku akan terus menulis di sini dengan baiknya, Inshallah..

p/s: Secara tak langsung, aku telah pun menulis satu entry pada hari ini.






Post a Comment

Let's Interact!

me>