27 November 2012

Education: The Wiser Survive (Work Relation)


Dalam kehidupan kita, terdapat satu sistem yang termaktub dan apply terhadap semua sosio dan situasi dalam hidup. In fact, dalam perhubungan antara kita dan Tuhan pun di apply menjadikan ia menjadi satu sistem yang cantik serta membuka peluang saingan dalam perlumbaan jati diri. "Yang kuat hidup" merupakan sistem tersebut. Eventhough bukan secara literally atau direct meaning daripada falsafah dan teori Charles Darwin dan Herbert Spencer, tetapi ia maybe agak sesuai di adaptasi di sini.

Kehidupan merupakan satu medan tempur. Ia ibarat perlumbaan yang sama-sama berlangsung di mana siapa cepat dia berkuasa. Pada zaman dahulu, sesebuah kerajaan itu terserlah kehebatan bila mempunyai kelengkapan perang serta jumlah bilangan askar untuk menakluk sesebuah kerajaan lain. Dan yang pasti, kerajaan yang mempunyai kelebihan dalam aspek-aspek itu akan berjaya. Menjadikan empayar mereka besar dan digeruni masyarakat lainnya.


Dalam dunia sekarang, masyarakat diukur melalui intelektual mereka secara individu menjadikan mereka teguh dan mempunyai kelebihan dari yang lainnya. Yang bijak akan mengarah dan yang kurang bijak mengikut. Basic terori. Disebabkan itu, telah dinyatakan, in fact menjadi wahyu pertama Rasulullah iaitu Iqra' (bacalah) supaya kita mempunyai daya saing dalam perlumbaan ini.

Seseorang pemimpin tidak akan mampu bertahan jika diri tidak dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan ketajaman IQ dalam membuat keputusan. Rakyat akan memanggil sebagai "pemimpin bodoh" atau "pemimpin tak layak" dan seterusnya digulingkan. Dalam sektor swasta dan juga awam tidak terkecuali daripada berdepan situasi ini. Yang paling atas pastinya seseorang yang berkelulusan tinggi dan ia pasti menjadi tonggak di mana kepercayaan lebih ditumpukan. Ada yang mengatakan kelulusan bukan segalanya bahkan ia menjadi tiada apa-apa maksud sekiranya tiada pengalaman. Ye, di sudut itu benar, tetapi orang berilmu tinggi mempunyai tahap penerimaan pelajaran yang lebih baik menjadikan mereka satu modal insan yang baik serta cepat adapt kepada situasi.


Aku pernah baca buku tulisan Ellen J. Langer bertajuk "The Power of Mindful Learning" yang ada menyentuh mengenai kualiti seorang leader atau bos. Beliau berkata,

"A leader is whom the staff seek for when there is situation occur. Therefore, leaders is the one who should know what to do, when to do and how to do it. From the scratch to the biggest pile of load there is. Backroom staff is just the one who follow the orders of leader. And shall a leader do not know such a thing in what should be done, the title should strip by itself."

Statement itu menunjukkan bahawa betapa pentingnya seorang leader atau pemimpin dalam mengisi diri dengan ilmu pengetahuan. Jika seseorang tu tidak mengetahui mengenai perkara penting seperti marketing (berdepan dengan orang), accounting (basic sistem kira-kira), operasi (cara ia beroperasi) dan sebagainya, dia tidak layak untuk memberi arahan. Kerana beliau tidak kompeten dalam tugas tersebut. Di situlah bila ada staff akan berkata "bos bodoh", "menyuruh orang je pandai, dia sendiri buat macam banggang jugak", "takat hantar orang je pergi settle kan, kalau bos jumpe orang pengecut jugak" dan sebagainya.

Oleh itu, ia adalah vital untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya diri tidak ketinggalan. Di dunia sekarang ni, fizikal bukan ukuran kehebatan individu tetapi otak dan minda. Jadi, masing-masing pun perlu teruskan pembelajaran dan banyakkan membaca. Belajar tiada had nya kerana ilmu yang Allah beri tidak akan habis.

p/s: Ada sesetengah ketua tu, bodoh. Bagi arahan itu ini je tau. Tapi otak kosong. Memberi arahan bukan sebab dia tak cukup tangan nak buat. Tetapi sebab tak tau nak buat. How pathetic.

22 November 2012

Muslim United: Serangan Israel Terhadap Gaza.


Ini merupakan satu entry yang aku tujukan kepada semua umat Islam di luar sana yang sama-sama seperti aku, punyai keluarga Islam yang ditindas di Palestin. Mereka memerlukan kita. Mereka perlukan doa dan sokongan kita.

Lihatlah wajah-wajah mereka yang tidak terdaya dianiaya oleh Zionist yang tidak berperikemanusiaan. Kebanyakan mereka bukan orang yang mampu melawan. Kebanyakan mereka warga tua, wanita dan kanak-kanak yang tidak kenal erti kenikmatan hidup di dunia ini. Setiap masa mereka diperakukan dengan kejam ibarat hidup mereka tidak berharga.

Ini bukan peperangan. Ini adalah secara terang dan jelas pembunuhan beramai-ramai. Tujuan Zionist memperakukan semua ini tidak perlulah di ceritakan di sini. Terdapat ribuan artikel dan dokumentari tentang niat sebenar mereka tetapi PBB mahupun negara-negara besar lain tidak buat apa-apa. Sekadar butakan mata untuk jaga sumber dan aset mereka. Itu lah dunia sekarang.


Ye, kita mungkin tidak mampu untuk membantu mereka secara langsung, tetapi kita boleh jalankan tanggungjawab kita dalam membantu mereka dari sini. Join lah bersama-sama dalam menghulurkan bantuan bagi keluarga kita di sana. Kalau terlalu malas sangat nak keluar, anda boleh mendermakan sumbangan anda dengan hanya;

taip PALESTIN <3> dan hantar ke 39111. 

Dan jika anda ingin dermakan dalam bentuk barangan, kad ucapan semangat atau sebagainya, anda boleh berbuat demikian dengan badan-badan yang dipilih untuk menyampaikan bantuan anda kepada mereka. Di sini aku sertakan beberapa badan bantuan Palestin. Boleh di klik pada link itu.

DERMA PALESTIN

AMAN PALESTIN

AMAL MALAYSIA

lihatlah video ini.. kasihanilah mereka.



So, andai anda ada link-link dan salur-salur lain yang boleh kita hulurkan bantuan, silalah share bersama-sama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! SAVE GAZA! SAVE PALESTINE!

p/s: Walau sikit amount pada mata kita, pada mereka ia amat besar.


19 November 2012

Tiada Kata Secantik Bahasa


Izinkan hamba untuk bertinta di sini bersalutkan bahasa tercinta bangsa kita. Sekadar untuk memperhias kembali seni penulisan yang serayanya menunggu kepupusan hadir jua. Pada hemat hamba, bahasa mencerminkan keagungan sebuah karya agung dalam intipati bangsa. Namun, arakiannya, acapkali ia dilupakan lantas dimamah pertembungan budaya seraya membunuh seni indah itu. Apakah kita sudah malu dengan identiti kita? Apakah kita ingin melenyapkan atau menafikan asal usul kita? Berjalanlah bersama hamba dalam meniti perubahan bahasa mudah walau seketika cuma agar warta ini dalam dinilaikan bersama hati tuan hamba yang bergeliga.

Perubahan bahasa pada perkataan "kekanda".
(Anak panah diberi membawa bersama erti tempoh masa yang lama namun tanpa sedar ia sekilas jua)

Kekanda ---> Abang ---> Bang ---> Brother ---> Bro ---> Der ---> Brah

Perkataan yang dinyatakan sekadar sekelumit contoh yang bisa hamba berikan. Setibanya, ini contoh ayat yang bersama maksudnya namun lenggok dan budayanya diperkecilkan.

"Adinda, ingin beradu sebentar. Diharapkan kanda dapat menemani dinda kerana perasaan dinda seakan tidak benarkan dinda sendirian tidur tanpa kanda di sisi. Dinda amat merindui kanda."

---> "B nak tido dah ne. Boo meh arr teman B cnie. B akut arr tidew sowang-sowang. B mish-mish Boo taw."

Semoga kalian berfikir sejenak.

p/s: Buruk gila susunan bahasa klasik aku! haha...



17 November 2012

Tersembam!


Sejak kebelakangan ni aku jarang menulis dalam blog ni kan? As a matter of fact, kalau aku post pun just some tipikal stuff that nothing to wonder in any entry. Well, to be frank, ramai yang asyik bertanya kepada aku kenapa slow post entry-entry di channel ini. Dan tiap kali pun, aku akan explain sebegini.

This channel is merely on what my point of view and the source of my writings will be dealt base upon what I do, what I experience and what I have in mind. So, I guess it's not my style kalau asyik post tapi entry-entry yang aku keutaraan semuanya sekadar "asal ada entry, ok". Aku tak suka begitu. Many blog-blog out there menulis bukan for the sake of passion writing. Ada yang berpassionate dan aku berbangga adanya penulis sebegitu. Tapi ada segelintir yang menulis hanya sekadar inginkan trafik yang tinggi tanpa ada apa-apa isi sebenarnya.

For me, aku lebih gemar post something yang boleh sedikit sebanyak digest bersama. Aku mungkin tak sepintar para penulis untuk Insight Circle, tapi andai ada benda yang aku boleh share, aku akan share jugak atas nama konsep "peng-hebahan ilmu atau info". Dunia sekarang sangat-sangat fragile seperti yang kita dapat lihat kini. Semuanya sama sahaja tetapi yang membezakannya adalah ilmu. So, it is best if we have the hobby of reading and collecting as many knowledge as possible. So aku harap dengan meluangkan masa mentelaah info-info di channel ini, pembaca dapat informasi. Kalau tak banyak pun sedikit.


So, I guess there is no use kalau seorang penulis tu menulis atas dasar sekadar menulis tetapi hanya memberi input yang kecil. Well to say the least, channel ini juga tidaklah sehebat yang mana, cuma membicarakan sedikit sebanyak pendapat yang aku ingin sampaikan sahaja. Namun, perhaps tak salah andai aku katakan ia lebih baik daripada sekadar post gambar-gambar lucu dan letak caption sahaja sebagai tanda "yess.. aku ada entry dah". That's just not me.

Dalam kesibukan aku dalam bekerja di sebuah syarikat swasta dan menguruskan bisnes aku yang Alhamdulillah, semakin berkembang ini, aku mungkin akan cuba selitkan jugak masa untuk menulis di ruangan penulisan aku ini untuk meluahkan pendapat aku dalam apa jua perkara. So, stay tune kepada The Kufazuke Show!

p/s: Thanks kepada semua pembaca setia channel ini! I salute you!

16 November 2012

Media: Antara Glamor & Sahsiah


Pada zaman dahulu, penggunaan media sangat vital dan relevan dalam memastikan kehidupan dapat diteruskan dan pembangunan mobiliti kehidupan dapat diteruskan. Tanpa media, nenek moyang kita tak mungkin akan tahu apa yang terjadi di dalam negara sewaktu darurat. Mereka tak mungkin akan tahu progress kemasukan tentera Jepun dan British dan agenda-agenda mereka dalam politik. Bahkan mereka kemungkinan tidak sedar bahawa negara sudah pun merdeka. Disitulah peranan media seperti surat khabar, radio dan televisyen amat penting.

Dalam era negara kita semakin pesat membangun, media digunakan dalam memastikan produk-produk para usahawan dapat disampaikan kepada masyarakat seterusnya memangkin perkembangan ekonomi. Tanpa media, gerakan pembangunan ekonomi menjadi perlahan dan tersekat di tempat tertentu saja. 

Masa telah merubah penggunaan media menjadi lebih palsu berbanding tujuan asal penciptaan media ini. Kini, selain informasi, media menjurus kepada hiburan. Semua yang menggelarkan diri sebagai orang berbakat ingin jualkan diri mereka ke dakapan glamor. Media menawarkan perhatian masyarakat secara meluas dan ini menyebabkan, golongan 'attention seeker', berebut dalam memastikan diri mereka dikenali ramai. Secara pro, ia amat baik jika berniatkan memasarkan peluang atau jalan perniagaan atau menolong masyarakat  yang majmuk ini. Tapi andai kita semua perasan, golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai penghibur ini hanyalah sekadar inginkan populariti dan tak lain dari itu. Mereka dahagakan kehidupan yang glamor. Digilai dan berharap menjadi ikon walau tanpa apa-apa jasa kepada nusa dan bangsa. Sekadar plastik cuma.


Apabila, wang dijadikan tuan, maka lahirlah golongan-golongan yang ibarat 'kurang perhatian' ini. Konon atas perjuangan seni dan hiburan pada halwa telinga masyarakat. Secara jelas, di mana kepentingan produktiviti nya? Malah mereka ketengahkan budaya lagha' yang sudah pasti melekat pada pemikiran anak-anak muda dan melemahkan lagi intelektual diri mereka.

Tidak salah dalam mewarnai kehidupan bersama muzik dan seni melalui media. Tetapi pada pendapat aku, jika seaeorang itu ingin menjadi seorang penghibur atau penggiat seni, perlulah dia mempunyai niat dan lebih dari sekadar mengejar kemasyhuran. Dan mungkin disebabkan itu, aku tidak suka rancangan-rancangan program realiti. Kebanyakkan hanya sekadar menawarkan keglamoran. Tapi agak berbangga lihat realiti program seperti Imam Muda dan program berasaskan keusahawanan.


Jika kepopulariti sahaja yang dicari, maka tidaklah ada apa-apa erti dalam pembinaan modal insan dalam masyarakat kita. Cuma sekadar seorang penghibur yang hanya boleh bernyanyi atau berlakon sahaja. Tetapi, kalau kita tengok pada masa sekarang, itu yang terjadi. Berapa ramai artis yang kurang berkualiti digilai oleh anak-anak muda sehingga ada yang menjadikan mereka sebagai idola dan ingin menjejaki langkah idola mereka tanpa mengenal erti sebenar sebuah seni itu? Dan ibarat kerja tanpa rancangan, perjalanan mereka pasti berhenti tanpa usul-usul yang mendatang.

p/s: Artis adalah role model.. orang pandang tinggi. So.. fikir-fikirkan lah.

14 November 2012

MAAL HIJRAH / AWAL MUHARRAM 1434




1 Muharram

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 



10 November 2012

No Plastic Bag Day : Stand Firm-lah!!


Kalau nak diikutkan, aku memang cintakan alam semulajadi dan menyokong cause dalam memelihara dan memulihara alam sekitar. That's why I go for anything "green". Kalau ada green tech products, surely aku akan tertarik. Ye la kan, bumi ni khazanah kita. Kita kena jaga untuk anak cucu kita jugak nanti.

Actually aku sokong dengan usaha anti-penggunaan beg plastik kerana ternyata plastik merupakan salah satu material yang paling susah dilupuskan dan akan mengakibatkan kekotoran dan kerosakan environment. As for starts, aku rasa it's ok untuk buat pada hari sabtu sahaja dan mana tau after this, boleh dilanjutkan sehingga tiada penggunaan beg plastik langsung kan.


Cuma satu je la. Aku rasa seandainya nak fight for the anti-plastic bag tu, ia haruslah dibuat dengan serius dan stand firm dengan cause yang dibangkitkan tu. Sebab buat masa ni, pada hari Sabtu, memang pihak kedai tidak akan provide dengan beg plastik. Tapi seandainya customer inginkan jugak, mereka boleh purchase dengan harga RM0.20 setiap satu. I guess itu tak patut.

Bagi sesetengah orang, 20sen tu just a small amount. Nothing to worry about. Ala, kalau 5 plastik baru RM1. Apa ada hal? So, aku rasa yang ni hanyalah akan memberi keuntungan kepada pihak kedai sahaja. Bukan sebab fighting cause. Kalau betul lah nak jaga alam sekitar, dan taknak orang ramai gunakan beg plastik, better firmly say NO. No purchasing plastic bag, no requesting. Seandainya tak cukup tangan nak bawak barang, bawak atau beli recycle bag yang banyak di pasaran skang.

Ajar customer untuk patuh pada cause itu dan secara tidak langsung menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar. Lagipun, recycle bag sekarang ni banyak yang cool-cool dan murah kot.

p/s: Inginku lihat bumi ini hijau kembali.

Let's Interact!

me>