18 May 2013

SOCIETY DAY!!



If there's any cause yang aku ingin lakukan dan ingin laksanakan bersama satu dunia ni, ianya adalah satu cause yang aku akan namakan "Society Day". Cause apa itu? Ia adalah "Sehari tanpa Internet". Full sehari tanpa adanya internet signal or whatsoever. 


"Yeah... the internet server down, and everyone loses their minds"
Cause sebegini memang takde lagi, tapi aku rasa ia patut dilakukan.

Pada pendapat aku la kan, as an internet user jugak, aku dapati bahawa kita sebenarnya sudah lama menjadi 'zombie'. Hidup kita tidak boleh lari walau sedikit pun tanpa adanya internet di sisi. Sana sini aku pergi, tak kiralah dalam tren ke, di restaurant ke, even hangout dengan famili or friends sekalipun, kita tidak boleh lekang daripada melihat smartphone masing-masing.

Jika Earth Hour dilakukan untuk awareness terhadap Global warming, maka diharapkan dengan Society Day ini, kita boleh menjadi orang 'normal' kembali.

Tidakkah kita merindui cara kehidupan kita zaman dahulu? Di mana internet bukanlah menjadi satu keperluan dalam hidup.

Kalau nak mendengar muzik, kita pergi kedai kaset/cd instead of downloading. Nak mencari info atau apa-apa kajian, kita pergi ke perpustakaan instead bergantung kepada Google dan Wikipedia. Kita once tidak terlalu manja sepertimana sekarang. Aku teringat dulu orang ramai gather up bersembang mengenai perkara yang betul-betul penting dan jitu berbanding cerita mengenai facebook dan twitter. Even dalam memajukan bisnes pun, kita akan keluar berjumpa dengan strangers dan berhubung face to face daripada just chatting online.

Aku tak tau dengan korang semua macam mana tapi buat masa sekarang ni, kalau aku menerima surat, ia lebih menggembirakan berbanding terima email.

Bila tiadanya internet, kita akan lebih active berbanding pasif. Kita lebih 'keluar' melihat dunia sebenar berbanding just melihat dunia yang digambarkan oleh sistem maya dan assume itulah jua wajah dunia sekarang ini. Barangkali dengan tiadanya internet, mungkin penaburan fitnah juga akan berkurangan. Iye, aku tak nafikan bahawa internet juga membawa satu sumber info yang penting dan positif kalau kita tahu menggunakannya.

Tapi sekali-sekala, dunia kita perlu juga 'berehat' daripada terdedah dengan permainan info yang dibawa oleh internet ini. Cuba bayangkan jika satu hari tanpa radiasi signal internet. Semestinya ia akan beri kesan yang baik terhadap diri kita juga. Kita akan lebih berinteraksi dengan public lantas keserasian dengan masyarakat juga akan berlaku.

Bukan apa, korang tak rasa bosan ke melihat masyarakat diluar sana yang asyik melihat smartphone di mana sahaja mereka berada? Tak kira lah samaada untuk check email, whatsapp, BBM ataupun main game online? Bila masuk tren selalunya, susah betul aku nak tengok masyarakat berkomunikasi antara satu sama lain. Semuanya tunduk melihat gadget masing-masing.

Tengok sahaja moraliti masyarakat sekarang. Semuanya lebih percayakan apa yang didapati daripada internet berbanding membuat kajian terlebih dahulu. Sehingga minda mereka mudah saja di-brainwash dan terpengaruh dengan perkara yang tidak tahu sama ada betul atau tidak.

We need to get loose for a moment dan come back to live in a reality state.

Dulu even artis pun berkualiti. Buat demo tape dan diperdengarkan di syarikat rakaman. Sekarang ini, terlalu mudah. Just gunakan medium internet untuk diperdengarkan. Dan tiba-tiba sahaja mereka sudahpun menjadi artis. Yang pasti kita dapat lihat sekarang ini, semakin hari kualiti muzik itu sendiri semakin sampah. Ternyata, old fasioned style lebih berkualiti. Ingatkan korang beli CD lagu, lepas tu bukak in lay CD tersebut untuk baca lirik-liriknya? Sekarang ni dah tiada kan? Itu baru dari segi industri hiburan.

How about yang lain?

Ingat tak korang bila kita nak belajar sesuatu, kita pergi berjumpa dengan orang who really matters. Kita menuntut ilmu dengan lebih baik serta dapat mendengar first handed. Sekarang, student lebih gemar plagiat daripada sumber dari internet daripada beli buku dan buat kajian. Dan bila dah copy paste, mereka lulus jua tapi tidak kompeten dalam bidang mereka.

Banyak lagi yang boleh di senaraikan betapa kehidupan kita dulu lebih indah sebelum minda diikat dengan internet ni. Dan aku pasti korang jua ada benda yang korang rindukan sewaktu internet tiada dulu.

If Society Day ni dapat dijalankan, aku pasti, pada satu hari itulah jua kita dapat lihat masyarakat menjadi normal kembali daripada kelihatan seperti zombie.

- Kufaz N. ; Mei 17th 2013.

17 May 2013

Moulding Your Children As Education Lover.



Masih lagi dalam mood Hari Guru. Ada pertanyaan dari seorang pembaca yang ingin tahu, kenapa even guru yang berdedikasi dan beriltizam tinggi mengajar murid tapi masih ada murid yang lebih suka ponteng kelas dan buang masa.

well, that's a really good question. And for that, I've interviewed a friend of mine who happen to be a teacher about this matter.

The first problem we're facing right now is pembentukan culture atau mobiliti hidup yang mempengaruhi daya pemikiran dan sahsiah setiap modal insan. Pernah tak kita terfikir kenapa orang dulu-dulu yang hidup susah tapi anak-anak berjaya? Zaman di mana teknologi masih lagi baru nk membangun, internet tiada, kemudahan-kemudahan serta fasiliti tidak cukup. Kenapa semangat itu tidak boleh diaplikasikan terhadap pelajar-pelajar sekarang? Yup, the answer is perkembangan budaya yang tidak sihat. 

Seiring dengan perkembangan pesat teknologi dan ekonomi, kita menghadapi satu side effect yang sangat membimbangkan iaitu moraliti masyarakat. Orang selalu menyalahkan guru apabila anak tidak menjadi. Tapi kita kena faham yang pembentukan modal insan terbahagi kepada dua iaitu IQ dan juga EQ. IQ dijana biasanya di sekolah manakala EQ pula datangnya dari rumah.

Guru akan mengajar murid-murid apa yang tidak boleh dibelajar di rumah. Seperti matapelajaran khusus dan elektif. Tetapi untuk gain semangat, cintakan pembelajaran dan kemajuan sahsiah, ia datang dari rumah. Pembangunan ekonomi dan juga teknologi menyebabkan ibubapa langsung tidak mempunyai masa untuk bersama anak-anak dan seraya itu membahayakan pembentukkan sahsiah mereka. Oleh sebab terlalu sibuk dengan karier, masa bersama anak itu pun akan berkurang. Berapa ramai ibubapa sekarang yang duduk makan bersama anak-anak mereka dan berbincang permasalahan yang dihadapi? Berapa ramai ibubapa sekarang ni yang duduk disisi anak untuk tengok mereka buat kerja sekolah dan bimbing check samaada mereka melakukan dengan betul atau tidak? Berapa ramai ibubapa sekarang ini yang hadir ke sekolah tengok persembahan kelas anak mereka atau jumpa guru secara private bertanyakan prestasi anak mereka?

Oleh sebab tiada slot masa itu, anak, as generally a young human being akan cuba ikut rentak minda mereka yang masih mentah untuk membangun sendiri. Tanpa bimbingan. Dan ye, kita sama sekali tidak boleh compare keadaan sekarang ini dengan keadaan zaman dulu. It's entirely a different thing. Anak-anak muda zaman sekarang dipengaruhi dengan perkara yang telah disebutkan di atas iaitu, pembangunan sahsiah yang tidak sihat.

Mereka sekarang dijamu dengan pelbagai anasir luar yang dibawa oleh media yang menjadi makanan harian minda mereka. Siapa yang nak belajar di sekolah kalau di TV tunjukkan mereka semua boleh berjaya tanpa pelajaran macam Justin Bieber? Siapa yang nak beria pergi ke sekolah kalau mereka nampak tempat-tempat lencongan yang lagi best daripada duduk dengar cikgu membebel di depan? Dan siapa yang nak menjadi seseorang yang berguna kalau mereka diajak mempercayai program realiti di TV mahupun internet boleh memberi jalan singkat untuk mencapai impian mereka?

As a young human being, yang mindanya masih mentah, mereka akan mengikuti jalan-jalan 'singkat' ini untuk terus berada dalam zon selesa. Dan di sinilah sebenarnya peranan ibubapa. Untuk menolak mereka keluar dari zon itu. Sebab jika ibubapa tidak membimbing, maka satu lagi pengaruhi akan membawa mereka lebih jauh ke arah sudut negatif iaitu rakan-rakan sebaya. Rakan-rakan yang sama mentahnya seperti mereka dan tidak tahu hala tuju kehidupan dan akibat perbuatan mereka.

So, untuk mould and create anak-anak yang bersemangat untuk belajar dan tidak ponteng sekolah, sentiasa bersama anak itu untuk tunjuk jalan mana yang harus dituju dan garapkan kecintaan pembelajaran itu di hati mereka. 

Masa anak berada dirumah sebenarnya lebih lama daripada masa mereka berada di sekolah. Pembentukan EQ yang cantik, pemangkin IQ yang baik.

p/s: Ibubapa dulu sangat garang, fail atau buat hal kat sekolah je, memang berbirat badan kena rotan. Tapi sekarang ni, ibubapa karier hebat-hebat, lepas tangan je. Bila anak tidak menjadi, salahkan guru disekolah. Dan budak-budak itu menjadi semakin manja.

16 May 2013

HAPPY TEACHER'S DAY



BANGUN SEMUA.... SELAMAT PETANG CIKGU!

Selamat Petang.

Ok murid-murid, duduk. Hari ni saya malas nak mengajar apa-apa sebab hari ini kan Hari Guru. Jadi, saya just nak bercerita sikit. Dulu, waktu saya seorang pelajar, saya bukan jenis yang hyper sangat. Malah saya dulu seorang pendiam. Dah la pendiam, agak 'slow' pulak tu.

Tapi saya kagum. Sebab guru-guru saya dulu tak pernah give up terhadap saya. Sentiasa percaya bahawa setiap orang mempunyai potensi yang melangkaui daya fikiran. Cuma perlu push dan terus usaha. Alhamdulillah, setiap ilmu yang guru saya beri dulu banyak manfaatnya pada diri saya ni. Saya juga nak confess sesuatu. Dulu, saya selalu kutuk guru saya dari belakang kerana suka bagi kerja sekolah sampai bertimbun-timbun. Memang cukup menyampah. Tapi bila masa pun sudah berlalu, saya sedari bahawa seandainya mereka tak buat macam tu, saya tidak mungkin akan jadi pandai. At first memang kita tak nampak apa yang mereka cuba lakukan terhadap kita tapi in the end, bila dah menjelang dewasa semua ilmu itu menjadi sangat berguna. Dulu terasa nak cepat je habiskan sekolah, sekarang ni, terasa nak jadi murid kembali.

Guru juga tidak semestinya orang yang mendidik kita di sekolah saja ye murid-murid. Malah ibubapa kita juga merupakan guru kita. Merekalah yang mengajar kita sejak kecil. Didik kita menjadi orang yang berguna. Merekalah yang selalu meleter, marah dan menegur kita bila kita buat silap. Sesungguhnya mereka guru yang pertama kita semua. Jadi hargailah mereka ye.

Oleh itu, di Hari Guru yang berbahagia ni, saya nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih terhadap guru-guru saya di:

1. Di rumah (Ibubapa)
2. Tadika Yu Der
3. St Serf Primary School Tullibody (Scotland)
4. SRK St John 2
5. SMK ST John
6. SMT Setapak Kuala Lumpur
7. KU Teknikal Kebangsaan Malaysia
8. UNIKL MFI

Jasa guru-guru tidak mungkin dapat dibalas. Semua pengorbanan yang guru berikan kepada saya amat-amat saya hargai. Harap guru-guru semua ampunkan dosa saya dan halalkan segala yang telah diajarkan kepada saya.

Ok la kelas, saya rasa sampai disini saja sesi kita hari ini. Class dismiss.

BANGUN SEMUA..... TERIMA KASIH CIKGU.

15 May 2013

Come On Top With Brains.



Ok. Aku bukan nak cakap ni berbaur perkauman or anything. Tapi sana sini kita dapat lihat suasana racism berkumandang ibarat burung bersiul tiap pagi. Lagi-lagi dengan DAP berjaya takluki negeri-negeri hebat especially Pulau Pinang. Semua teriak menunjukkan betapa takutnya diri mereka seandainya one day dijajah oleh bangsa cina ini. Takut kehilangan hak. Takut dipijak-pijak. Dan yang paling best, takut kalau terpaksa "menumpang" di negara sendiri di masa depan.

wow.. well, bukan nak memburukkan bangsa sendiri tapi we have to admit, orang Melayu yang mempunyai trauma begitu.

"Apa lagi yang cina mahukan?", "Mari boikot barangan/bisnes cina" dan "Chinese Tsunami" bukanlah satu slogan atau laungan yang patut kita pekikan sekarang ini. Bukan nak memburukkan kerajaan tapi as a normal person, di mana saja pun racism bukan satu pensosialan yang sihat. Dan apa yang dikeluarkan oleh PM mengenai "Chinese Tsunami" ni tidak patut sebenarnya.

Well, kita ambil contoh. Let say if kita berlumba lari. Kita berada di nombor dua dan dapat lihat pesaing kita berada di depan kita, adakah kita patut mengalah dengan berhenti? Atau teriak yang orang di depan main tipu? No. Kita patut mengejar dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Paling tidak pun, biar kalah bermaruah.

Itulah problemnya dengan orang kita. Kita masih lagi dalam proses mengejar. Baik dalam pelajaran mahupun ekonomi, kita mengejar dengan bangsa cina yang secara faktanya memang hebat. So, oleh sebab kita tidak dapat mengejar mereka, kita menyisihkan sebab trauma asyik dikalahkan oleh mereka. Well, tell me. Di mana semangat kemelayuan yang "tidak akan sesekali berundur sehingga ke akhirnya" tu?

Kita dapat lihat ekonomi dan sosial cina lebih maju, daripada condamnkan mereka, kenapa tidak jadikan satu motivasi untuk menjadi lebih baik? Why not compete daripada duduk bermalasan dan hentam bangsa tersebut? Kita sepatutnya menjadi the better person. Show the world that kita sudah maju. Ini tidak, oleh sebab takut, rata-ratanya orang kita akan tunjukkan kehebatan dengan cara yang salah. Tunjuk kehebatan orang melayu ni dengan penumbuk dan terajang. Still, with the third world mentality.

Majukan diri dengan ilmu. Majukan diri dengan ekonomi. Bersatu supaya kita sama-sama maju. Dan... buanglah prasangka buruk terhadap bangsa lain. Mereka juga manusia juga. Ingin menikmati kehidupan di dunia yang sama-sama kita rasai ini. So, not condamning tapi aku tak setuju jika post-PRU ini dilabel sebagai "Tsunami Cina".

Marilah kita sama-sama aktifkan mode "Unite!" for a better nation. Lawan pakai otak... bukan otot. SAY NO TO RACISM!

Let The Kpoopers Riot Begin!

Trend Kpop yang melanda negara kita kini semakin merunsingkan. Well, at least kepada aku. Ia ibarat macam orang kita ni tiada langsung sifat kebanggaan menjadi diri sendiri sehingga apa saja yang keluar dari negara luar, dijadikan trend dan mengagung-agungkannya.

So, tibalah ke satu ketika dalam orang tengah sibuk-sibuk menjalani kehidupan seperti biasa selepas pilihanraya umum, datanglah satu post macam ni di facebook yang menjadi viral.


Wow... just wow...


So, oleh itu... aku berpendapat agar pihak kerajaan cancelkan semua konsert Kpop.

Betul.. serius ni.
Aku teringin nak tengok rusuhan kpopers ni. Nak tengok sebesar mana crowdnya serta tahap violentnya.

Bukan apa, aku terbayangkan orang-orang Malaysia yang bajet korea (tapi sepatah haram bahasa korea pun tak tau ni), datang buat demo dengan pakaian ala Korean. Perempuan pakai fesyen ala Korean, dan yang lelaki stok muka cantik-cantik.

Sambil berarak nyanyi lagu Gangnam Style ramai-ramai. Lepas tu, bila dah sampai depan rumah menteri atau bangunan kerajaan ke, semua tunjuk protes dengan buat gwiyomi beramai-ramai..

Tak ke indah tu? At least ada jugak sesuatu untuk masyarakat yang lain, tak kisah dalam parti mana-mana pun bersatu untuk ketawa bersama. Haa.. mana tau, cara camni je ke semua pihak boleh bersatu. Mesti best.

Bukan tu saja malah barulah boleh nampak tahap pemikiran generasi muda-mudi zaman sekarang.

Jom support Kpop banning for the sake of unity!


p/s: Mulai sekarang, aku akan menggelarkan Kpopers ni sebagai Kpoopers. Tak suka? Kill yourself.


14 May 2013

Resipi: The Bread Pizza


Pernahkah anda balik dari kerja/kolej penat dan rasa terlalu malas untuk masak? Perut rasa lapar dan tengok hanya roti je ada. Well, instead anda just sapu mentega, peanut butter atau strawberry jam, apa kata anda try buat macam ni. Senang je! Dan yang best nya, rasa macam makan mini pizza... huhu..

The Bread Pizza

Bahan-bahan:
1. Roti (of course)
2. Sos tomato atau cili
3. Hotdog (slice)
4. Cheese (dicarik-carik)
5. Mayonaise / Thousand Island (bukan Long Island, ye)
6. Lada benggala (kalau takde pun ok je)


Cara buat:
1. Sapu roti tersebut dengan sos, macam anda sapu mentega biasa. Jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Yang sedang-sedang saja, ok.
2. Haa, sekarang taburkan saja hotdog yang telah dislicekan tu ke atas roti dan juga potongan cili benggala tadi. Cheese juga boleh ditaburkan mengikut selera anda.
3. Bubuh mayonaise atau thousand Island ikut suka anda. Yup, gunakan kreativiti anda.
4. Bakar roti tersebut di dalam oven. Setkan 180 darjah celcius dan bakar selama 10 - 13 minit.
5. Tadaa! Sedia untuk dihidangkan.

Tips.
1. Untuk mengelakkan roti anda tu melekat diloyang selepas bakar, boleh jugak sapu dengan butter di bahagian bawah roti atau pada loyang tersebut. Tak pun pakai kertas mahjong. Mana-mana la asalkan anda selesa.


Yeah, tu saja resipi untuk kali ni. Mudah je kan? Yup.. siapa kata anda tak boleh makan mewah di rumah? Homemade always the best! Selamat mencuba!




12 May 2013

HAPPY MOTHER'S DAY!



Yes... it's the second Sunday of the month May again. Ye, maybe ada segelintir daripada orang yang menempelak orang Islam menyambut Hari Ibu ini kerana merasakan bahawa meraikan hari ini adalah simbolik terhadap keraian ikon Kristian dan sebagainya.

Well, bagi aku, it's ok kalau nak meraikannya. Macam aku, aku tak celebrate mother's day sebab meraikan ikon tersebut. Jangan lah narrow minded sangat. Aku taknak terlalu radikal sehingga terlalu kolot. Memanglah orang cakap, "kenapa kena ada satu hari je nak celebrate. Sepatutnya tiap-tiap hari la meraikan kasih sayang terhadap ibu. Bukan sehari je". Hm... well, jangan jadi bodoh.

Dah nama pun special day kan, so why not gunakan this special day ni untuk buat something extra special? Bukan selepas hari ibu ni kita benci mereka pula tapi anggaplah satu hari ini dimana satu dunia meraikan jasa baik wanita yang bergelar ibu. Dah, malas nak ngomong banyak-banyak. Takkan habis punya. Haha.

So, kepada semua ibu-ibu di luar sana, nikmatilah hari ibu ini, ye. Happy Mother's Day!!

Jasa anda terhadap anak-anak tak mungkin dapat dibalas. I love my mother!


Mom

You've been the greatest mother to me
Teaching me many things that others never see
And so I write to you this very day
That The Lord may bless you in every way

Through the years of heartbreak and toil
You've always been there for this boy who you spoil
And now I'm a man whom you trained in the past
Though sometimes I may tell you to 'just kiss my ass'

Anyway I just wanted to say
Thank you my mother for starting me on His Way
For without your teaching I'd be lost today
But because of you and God by my side
Maybe I will find the bravery inside

The strength to withstand every personal attack
That mine enemies throw at me and I might just lack
And so to you the 'world's best Mom'
I'll remember you always as I dropp this bomb! ! !

Thank you, I love you Mom
Love, Your first born son.

09 May 2013

HOT STUFF: The Art Project House


Seni boleh diimplement dalam pelbagai bentuk. Dari sebesar alam ini hingga sekecil zarah boleh diolah menjadi suatu karya yang agung. Di sini lah bidang arts mendapat tempat dalam industri peruncitan tak kira dari segi product atau servis. Memperkenalkan "The Art Project House".

Projek ini yang diilhamkan oleh dua suami isteri iaitu En. Wan dan Pn. Una. Sebelum ini, pasangan ini telah melalui pelbagai onak duri dan sepak terajang perniagaan yang mendewasakan mereka. Namun, bila ada kemahuan, di situ ada jalan. From event management sehinggalah kepada membuat dan mengajar cara penghasilan coklat, segala aspek itu digarap menjadi satu idea yang bernas dan menghangatkan niche market yang terdapat di negara ini.

 

Pada asalnya The Art Project House ini merupakan butik berkonsepkan "wearable arts" yang akan diketengahkan dari fine arts kepada cotemporary arts. Jika kita melihat idea arts yang kebiasaannya, pelbagai jenis seni itu dibeli dan digantung di dinding bagi tujuan display. Sama juga seperti idea itu, kerja ini memerlukan printing bukan sahaja pada T-Shirt, malah terhadap apa jua material di mana mereka menggunakan heat transfer teknik untuk merakam seni itu di permukaan cawan, gelas, badge dan sebagainya.

Segala hasil kerja mereka boleh dilihat di sini:

Secara ringkasnya produk-produk dari The Art Project House ini merangkumi:


- pelbagai jenis kemeja T, polo shirt, jersey dan lain-lain.
- mug, magic mug, glow in the dark mug
- pinggan
- button badge
- photo ballon
- photo crystal

 

Dan jika anda berminat dengan hasil kerja dari mereka, bolehlah hubungi mereka melalui saluran berrikut:


Pn. Una 019-4800808
En. Wan 012-26621570
Email: skyemarketing@gmail.com

Like mereka di Facebook: The Art Project House 

website: www.theartprojecthouse.blogspot.com

p/s: Paterikan karya agung anda di mana jua anda inginkan.


08 May 2013

Fair Election For PRU.


Ok. Let put it this way. Bukan aku menentang or menyokong tapi atas dasar pertandingan atau kempen, sifat kejujuran serta keadilan harus jua ditegakkan supaya pertembungan itu akan menjadi telus serta kepuasan berada di atas itu lebih bermakna.

Bayangkan perlawanan bola sepak antara A dan B yang diadili oleh pengadil yang bias terhadap pasukan A sahaja. Sudah pasti pasukan B tidak akan puas hati dan kemenangan pasukan A akan menjadi tidak bermakna. Begitu lah juga dengan pilihanraya. Memang jelas, tempoh berkempen itu digunakan sebaik mungkin bagi kedua-dua belah pihak tetapi dari segi media, ia tidak.

Parti BN mempunyai kelebihan dimana mereka boleh berkempen menerusi media prima yang boleh dikecapi segenap masyarakat even dalam kawasan hutan sekali. Mereka dapat membentangkan manifesto serta berkempen dengan iklan-iklan serta lagu-lagu yang mengajak pengundi untuk mengundi mereka. Jadi kesan brainwashing itu akan mengakibatkan kecenderungan undi itu berpihak kepada satu belah sahaja.

Menerusi media maya (internet), barangkali ia boleh dikatakan seimbang kerana menerusi media ini sahaja, kebebasan berkempen itu dapat dijalankan. Tapi still, parti BN mempunyai "heads up" kerana dapat menampal iklan-iklan berbentuk gambar serta video bagi mempengaruhi pengundi. Bukan itu sahaja, bahkan di radio pun BN boleh berkempen tetapi tidak bagi pihak pembangkang. So, bagi aku, ini tidak sihat.

Aku rasa sudah tiba masanya, kerajaan "play with their balls" sekarang ini dengan membenarkan media prima digunakan oleh pihak pembangkang juga. Supaya sistem politik negara kita dapat dinilai berdasarkan atas ideologi masing-masing dan biar rakyat yang menentukan pilihan mereka. Bukan kerana dipengaruhi secara "tidak adil". Biarlah pihak pembangkang juga mempunyai peluang sama rata untuk membentangkan manifesto mereka. Tubuhlah satu badan yang mengawal hujahan-hujahan kedua-dua belah pihak supaya tiada penaburan fitnah yang berlaku. 

Menerusi media ini, kedua-dua parti akan dapat membentangkan manifesto masing-masing serta kaedah perlaksanaan mereka. Lebih baik lagi andai ruangan debat antara PM dan Presiden pembangkang juga diperkenalkan supaya masyarakat dapat menilai dengan lebih baik serta membuat pilihan yang lebih tepat. Kita menuju ke arah negara maju dan sayang sekali pemikiran kita masih di takuk negara dunia ketiga. Kita perlukan kematangan dalam berpolitik. Bukan stail politik yang seakan kebudak-budakan. Sana cemuh sini, yang di sini cemuh di sana. Ibarat dua orang budak yang merebut kereta mainan dan mengejek satu sama lain.

Bagi aku, andai ideologi atau perancangan sesebuah parti itu bagus, maka tiada sebab untuk merasa takut kehilangan undi dengan kebebasan media ini. Dan semasa pilihanraya, satu badan bebas yang baru harus ditubuhkan supaya tidak bias terhadap mana-mana pihak. Biarlah keputusan itu menjadi telus dan seadil-adilnya.

Dan pihak yang menang, berjanji akan menjadi pemimpin yang baik. Dan yang kalah, berjanji akan menjadi pembangkang yang baik. Jangan kerana kita berlainan fahaman kita bermusuhan walaupun sama warna rambut serta darah. Kita makhluk Tuhan yang menumpang di dunia ini buat sementara. Tiada gunanya bermusuhan sesama manusia.

Menang atau kalah, pastikan bermaruah.

Berani kerana benar! Win as a gentleman!

07 May 2013

Post - PRU13.



Post-PRU13.

Tahniah kepada BN kerana masih diberi mandat untuk mentadbir negara. Semoga belajar dari kesilapan lalu dan tunaikan segala akujanji yang telah didambakan.

Pakatan, nice job giving a hard fight. Dalam-dalam tiga parti dalam pakatan, kita kena salute DAP. Mereka yang paling menonjol dan menang banyak berbanding PKR dan PAS.

Kagum dengan perpaduan dan unity kaum cina dalam perjuangan mereka. Jika tidak, pasti negeri-negeri besar tidak mampu diambilnya.

Tapi seriously.. berdasarkan keputusan semalam, if kerusi parlimen milik PKR dan PAS bergabung, barulah dapat menang tipis lawan DAP. Kuat DAP ni... Perpaduan mereka kuat. Dan itu apa yang orang melayu patut kagumi.

Ia satu gambaran yang jelas bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kini, banyak tanah-tanah di Malaysia ni milik DAP. Diharap janganlah ada racism ye nanti.

Janganlah sampai tanah terlalu mahal sampai orang melayu tak boleh nak beli. Tadbirlah negeri anda pegang dengan adil dan saksama.


01 May 2013

Selamat Hari Buruh!



Selamat Hari Buruh!

Sambutan Hari Buruh diadakan pada 1 Mei setiap tahun. Ia merupakan satu cuti umum di Malaysia, sepertimana juga terdapat pada lebih daripada 80 buah negara di seluruh dunia. Mengikut sejarahnya, Hari Buruh merupakan sambutan terdapat pencapaian ekonomi dan sosial para pekerja serta badan yang beroperasi "8 jam sehari" di kebanyakkan negara semasa zaman 1800.

Di Malaysia, tarikh 1 Mei sebagai Hari Buruh mula diperkenalkan oleh bekas timbalan perdana menteri Malaysia pada tahun 1972, Tun Dr Ismail. Dalam ucapan beliau, beliau berharap Hari Buruh ini dapat memberi dorongan terhadap produktiviti buruh dalam membantu perkembangan dan kemajuan negara.

Terdapat pelbagai model sejarah yang dapat dipelajari dari segi pengorbanan yang dilakukan oleh para buruh dalam membantu perkembangan ekonomi dan teknologi. 1 Mei seharusnya menjadi hari dimana hasil kerja kuat para pekerja diraikan. Tanpa hasil kerja dan produktiviti daripada para buruh ini, syarikat dalam dan luar negara tidak akan mendapat keuntungan yang tinggi.

Jadi, bagi para buruh atau pekerja di luar sana, raikanlah Hari Buruh ini kerana ia merupakan penghargaan terdapat kerja-kerja anda dalam membantu percambahan ekonomi dan sosial negara.

You deserve a pat at the back.


Let's Interact!

me>