08 May 2013
Fair Election For PRU.
Ok. Let put it this way. Bukan aku menentang or menyokong tapi atas dasar pertandingan atau kempen, sifat kejujuran serta keadilan harus jua ditegakkan supaya pertembungan itu akan menjadi telus serta kepuasan berada di atas itu lebih bermakna.
Bayangkan perlawanan bola sepak antara A dan B yang diadili oleh pengadil yang bias terhadap pasukan A sahaja. Sudah pasti pasukan B tidak akan puas hati dan kemenangan pasukan A akan menjadi tidak bermakna. Begitu lah juga dengan pilihanraya. Memang jelas, tempoh berkempen itu digunakan sebaik mungkin bagi kedua-dua belah pihak tetapi dari segi media, ia tidak.
Parti BN mempunyai kelebihan dimana mereka boleh berkempen menerusi media prima yang boleh dikecapi segenap masyarakat even dalam kawasan hutan sekali. Mereka dapat membentangkan manifesto serta berkempen dengan iklan-iklan serta lagu-lagu yang mengajak pengundi untuk mengundi mereka. Jadi kesan brainwashing itu akan mengakibatkan kecenderungan undi itu berpihak kepada satu belah sahaja.
Menerusi media maya (internet), barangkali ia boleh dikatakan seimbang kerana menerusi media ini sahaja, kebebasan berkempen itu dapat dijalankan. Tapi still, parti BN mempunyai "heads up" kerana dapat menampal iklan-iklan berbentuk gambar serta video bagi mempengaruhi pengundi. Bukan itu sahaja, bahkan di radio pun BN boleh berkempen tetapi tidak bagi pihak pembangkang. So, bagi aku, ini tidak sihat.
Aku rasa sudah tiba masanya, kerajaan "play with their balls" sekarang ini dengan membenarkan media prima digunakan oleh pihak pembangkang juga. Supaya sistem politik negara kita dapat dinilai berdasarkan atas ideologi masing-masing dan biar rakyat yang menentukan pilihan mereka. Bukan kerana dipengaruhi secara "tidak adil". Biarlah pihak pembangkang juga mempunyai peluang sama rata untuk membentangkan manifesto mereka. Tubuhlah satu badan yang mengawal hujahan-hujahan kedua-dua belah pihak supaya tiada penaburan fitnah yang berlaku.
Menerusi media ini, kedua-dua parti akan dapat membentangkan manifesto masing-masing serta kaedah perlaksanaan mereka. Lebih baik lagi andai ruangan debat antara PM dan Presiden pembangkang juga diperkenalkan supaya masyarakat dapat menilai dengan lebih baik serta membuat pilihan yang lebih tepat. Kita menuju ke arah negara maju dan sayang sekali pemikiran kita masih di takuk negara dunia ketiga. Kita perlukan kematangan dalam berpolitik. Bukan stail politik yang seakan kebudak-budakan. Sana cemuh sini, yang di sini cemuh di sana. Ibarat dua orang budak yang merebut kereta mainan dan mengejek satu sama lain.
Bagi aku, andai ideologi atau perancangan sesebuah parti itu bagus, maka tiada sebab untuk merasa takut kehilangan undi dengan kebebasan media ini. Dan semasa pilihanraya, satu badan bebas yang baru harus ditubuhkan supaya tidak bias terhadap mana-mana pihak. Biarlah keputusan itu menjadi telus dan seadil-adilnya.
Dan pihak yang menang, berjanji akan menjadi pemimpin yang baik. Dan yang kalah, berjanji akan menjadi pembangkang yang baik. Jangan kerana kita berlainan fahaman kita bermusuhan walaupun sama warna rambut serta darah. Kita makhluk Tuhan yang menumpang di dunia ini buat sementara. Tiada gunanya bermusuhan sesama manusia.
Menang atau kalah, pastikan bermaruah.
Berani kerana benar! Win as a gentleman!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment