14 May 2013

Resipi: The Bread Pizza


Pernahkah anda balik dari kerja/kolej penat dan rasa terlalu malas untuk masak? Perut rasa lapar dan tengok hanya roti je ada. Well, instead anda just sapu mentega, peanut butter atau strawberry jam, apa kata anda try buat macam ni. Senang je! Dan yang best nya, rasa macam makan mini pizza... huhu..

The Bread Pizza

Bahan-bahan:
1. Roti (of course)
2. Sos tomato atau cili
3. Hotdog (slice)
4. Cheese (dicarik-carik)
5. Mayonaise / Thousand Island (bukan Long Island, ye)
6. Lada benggala (kalau takde pun ok je)


Cara buat:
1. Sapu roti tersebut dengan sos, macam anda sapu mentega biasa. Jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Yang sedang-sedang saja, ok.
2. Haa, sekarang taburkan saja hotdog yang telah dislicekan tu ke atas roti dan juga potongan cili benggala tadi. Cheese juga boleh ditaburkan mengikut selera anda.
3. Bubuh mayonaise atau thousand Island ikut suka anda. Yup, gunakan kreativiti anda.
4. Bakar roti tersebut di dalam oven. Setkan 180 darjah celcius dan bakar selama 10 - 13 minit.
5. Tadaa! Sedia untuk dihidangkan.

Tips.
1. Untuk mengelakkan roti anda tu melekat diloyang selepas bakar, boleh jugak sapu dengan butter di bahagian bawah roti atau pada loyang tersebut. Tak pun pakai kertas mahjong. Mana-mana la asalkan anda selesa.


Yeah, tu saja resipi untuk kali ni. Mudah je kan? Yup.. siapa kata anda tak boleh makan mewah di rumah? Homemade always the best! Selamat mencuba!




1 comment:

HiDDeN pRecIoUs said...

bestttttt....teringat zaman kanak2 dlu..hmmm

Let's Interact!

me>