If there's any cause yang aku ingin lakukan dan ingin laksanakan bersama satu dunia ni, ianya adalah satu cause yang aku akan namakan "Society Day". Cause apa itu? Ia adalah "Sehari tanpa Internet". Full sehari tanpa adanya internet signal or whatsoever.
"Yeah... the internet server down, and everyone loses their minds"
Cause sebegini memang takde lagi, tapi aku rasa ia patut dilakukan.
Pada pendapat aku la kan, as an internet user jugak, aku dapati bahawa kita sebenarnya sudah lama menjadi 'zombie'. Hidup kita tidak boleh lari walau sedikit pun tanpa adanya internet di sisi. Sana sini aku pergi, tak kiralah dalam tren ke, di restaurant ke, even hangout dengan famili or friends sekalipun, kita tidak boleh lekang daripada melihat smartphone masing-masing.
Jika Earth Hour dilakukan untuk awareness terhadap Global warming, maka diharapkan dengan Society Day ini, kita boleh menjadi orang 'normal' kembali.
Tidakkah kita merindui cara kehidupan kita zaman dahulu? Di mana internet bukanlah menjadi satu keperluan dalam hidup.
Kalau nak mendengar muzik, kita pergi kedai kaset/cd instead of downloading. Nak mencari info atau apa-apa kajian, kita pergi ke perpustakaan instead bergantung kepada Google dan Wikipedia. Kita once tidak terlalu manja sepertimana sekarang. Aku teringat dulu orang ramai gather up bersembang mengenai perkara yang betul-betul penting dan jitu berbanding cerita mengenai facebook dan twitter. Even dalam memajukan bisnes pun, kita akan keluar berjumpa dengan strangers dan berhubung face to face daripada just chatting online.
Aku tak tau dengan korang semua macam mana tapi buat masa sekarang ni, kalau aku menerima surat, ia lebih menggembirakan berbanding terima email.
Bila tiadanya internet, kita akan lebih active berbanding pasif. Kita lebih 'keluar' melihat dunia sebenar berbanding just melihat dunia yang digambarkan oleh sistem maya dan assume itulah jua wajah dunia sekarang ini. Barangkali dengan tiadanya internet, mungkin penaburan fitnah juga akan berkurangan. Iye, aku tak nafikan bahawa internet juga membawa satu sumber info yang penting dan positif kalau kita tahu menggunakannya.
Tapi sekali-sekala, dunia kita perlu juga 'berehat' daripada terdedah dengan permainan info yang dibawa oleh internet ini. Cuba bayangkan jika satu hari tanpa radiasi signal internet. Semestinya ia akan beri kesan yang baik terhadap diri kita juga. Kita akan lebih berinteraksi dengan public lantas keserasian dengan masyarakat juga akan berlaku.
Bukan apa, korang tak rasa bosan ke melihat masyarakat diluar sana yang asyik melihat smartphone di mana sahaja mereka berada? Tak kira lah samaada untuk check email, whatsapp, BBM ataupun main game online? Bila masuk tren selalunya, susah betul aku nak tengok masyarakat berkomunikasi antara satu sama lain. Semuanya tunduk melihat gadget masing-masing.
Tengok sahaja moraliti masyarakat sekarang. Semuanya lebih percayakan apa yang didapati daripada internet berbanding membuat kajian terlebih dahulu. Sehingga minda mereka mudah saja di-brainwash dan terpengaruh dengan perkara yang tidak tahu sama ada betul atau tidak.
We need to get loose for a moment dan come back to live in a reality state.
Dulu even artis pun berkualiti. Buat demo tape dan diperdengarkan di syarikat rakaman. Sekarang ini, terlalu mudah. Just gunakan medium internet untuk diperdengarkan. Dan tiba-tiba sahaja mereka sudahpun menjadi artis. Yang pasti kita dapat lihat sekarang ini, semakin hari kualiti muzik itu sendiri semakin sampah. Ternyata, old fasioned style lebih berkualiti. Ingatkan korang beli CD lagu, lepas tu bukak in lay CD tersebut untuk baca lirik-liriknya? Sekarang ni dah tiada kan? Itu baru dari segi industri hiburan.
How about yang lain?
Ingat tak korang bila kita nak belajar sesuatu, kita pergi berjumpa dengan orang who really matters. Kita menuntut ilmu dengan lebih baik serta dapat mendengar first handed. Sekarang, student lebih gemar plagiat daripada sumber dari internet daripada beli buku dan buat kajian. Dan bila dah copy paste, mereka lulus jua tapi tidak kompeten dalam bidang mereka.
Banyak lagi yang boleh di senaraikan betapa kehidupan kita dulu lebih indah sebelum minda diikat dengan internet ni. Dan aku pasti korang jua ada benda yang korang rindukan sewaktu internet tiada dulu.
If Society Day ni dapat dijalankan, aku pasti, pada satu hari itulah jua kita dapat lihat masyarakat menjadi normal kembali daripada kelihatan seperti zombie.
- Kufaz N. ; Mei 17th 2013.
No comments:
Post a Comment