4 Jun 2013. Aku terkejut sebenar dengan berita pemergian salah satu lagenda seni tanah air kita iaitu S. Shamsuddin aka Sudin Bujang Lapok. Well, what can I say? Beliau merupakan salah satu pelakon komedi yang paling aku minati sejak kecil lagi. Kini trio bujang lapok sudah tinggal seorang saja lagi iaitu Aziz Satar aka Ajis Bujang Lapok.
Pemergian Allahyarham sebenar telah membuat aku terasa masa semakin lama semakin menjauhi. Jauh meninggalkan satu kualiti yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Satu keunikkan yang hanya Bujang Lapok sahaja yang ada. Hm.. selain daripada genre thrill dan horror, aku amat menggemari komedi dan buat masa ni, hanya merekalah yang boleh buatkan aku ketawa tak kira berapa kali filem-filem mereka ditayangkan.
Lawak mereka tidak memerlukan mereka berpakaian seperti perempuan, atau orang tua, melompat sana-sini, terkinja-kinja untuk cetuskan rasa lucu pada penonton. Mereka just jadi diri mereka sendiri sahaja. Kini, tiada lagi scene-scene sebegitu. Semuanya tampak ingin mengejarkan komersial yang semakin hari menghancurkan keindahan seni yang setiap hari dilacurkan.
Disamping itu, pemergiannya jelas menunjukkan betapa kita cepat meningkat usia seraya masa yang jelas semakin hari semakin terasa pendek. Aku teringat dahulu betapa aku seronok membesar dengan filem-filem daripada P. Ramlee. Begitu ia berkesan terhadap sanubari sehingga membina karekter para penonton dan peminatnya. Kini, kehilangan Allahyarham membuktikan bahawa zaman itu sebenarnya telah lama berlalu. Aku masih kecil sewaktu menonton filem-filem terbaik itu.
Aku takkan lupakan filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan sebagainya. Bukan sekadar ingat, malah terdapat beberapa scene lucu yang aku hafal daripada mereka. And eventhough aku dah tau, dan sedar bila ia akan diucapkan, aku still akan tergelak dengan lawak-lawak begitu.
Mengapa filem-filem kita kini tidak begitu?
Hm.. Yang pergi tetap akan pergi. Allahyarham meninggal pada usia 84 tahun di atas sakit tua dan paru-paru berair di Hospital Alexendra, Singapura pada pukul 10.30 pagi. Beliau pergi membawa legasi seni tanah air sekali. Semoga roh nya dicucuri rahmat.
Sampai sekarang aku teringat lawak-lawak Sudin Bujang Lapok ni seperti,
"Wal fadang fasirul.. tak ado pokokayuil.. panas hutarikuk.. wal kurmak nak bukak puasuul da kehabisanabi.. ku pandung kini kanuil.. wa saki baki.. tumpuk tumpuk taik unta!" - Pendekar Bujang Lapok 1959.
"Hey..hey..hey.. Hang Jebat! Lebih baik kau turun. Jika kau tak mau turun, kau tunggu di sana sampai aku datang. Kau sudah tau yang aku tunggu sama kau berapa lama kat sini Jebat? Dan kau sudah tau berapa kali aku sudah buang air besar. Ini pun ada terasa nak terkucil nak terkeluar aku tahan Jebat. Dia ni da masuk 7 kali..." - Seniman Bujang Lapok 1961.
p/s: Hmm.... terasa kehilangan beliau.
No comments:
Post a Comment