15 June 2013
Brain Freeze & Re-spawn!!
Hi semua. So sorry sebab lama tak update blog dan entry-entry pun tak banyak yang dapat aku tulis buat masa ni. It's not that aku sudah hilang minat terhadap blogging atau ingin berputus asa dalam dunia ni tapi aku kini dalam satu keadaan yang sangat binggung. Binggung terhadap sesuatu yang aku kurang pasti.
Aku mempunyai minat dalam bidang penulisan sejak sekolah lagi. Malah aku sewaktu sekolah dulu, selalu participate dalam pertandingan esei, bacaan sajak dan sebagainya. Memang minat aku cenderung ke arah tu. Tup tup, bila dah menjelang dewasa ini, aku sematkan minat aku itu ke dalam dunia blogging pula. Aku mula mengarang cerpen pendek menerusi blog pertama aku iaitu "Ceritera Hikayat Dongengan dan Realiti". Tapi, entah kenapa, aku semakin hilang daya ilham aku sehingga nak tulis apa-apa pun terpaksa kerah otak ni bagai nak gila.
Kadang-kadang aku try baca risalah, artikel, dengar muzik, eksperimen diri tapi in the end aku akan kerap melanggar dinding minda sendiri. Adakah aku kini di ambang penyusutan daya kreativiti sehingga otak aku yang dulunya ligat aktif berimaginasi kini terlalu melihat sesuatu realiti sahaja? Dan jika realiti yang minda aku jamahkan, adakah realiti itu sendiri membuatkan aku penat daripada mempunyai ilham?
Penat dengan sosial masyarakat. Penat dengan politik. Penat dengan pembentukan sahsiah manusia kini.
Aku cuba bercakap dan berbicara dengan beberapa orang penulis yang kini giat aktif dalam penghasilan novel-novel yang bermutu. Tak kurang juga yang sudah menjadi 'legend' kerana novel beliau direbut oleh para producer untuk dijadikan filem. Mereka berkata bahawa, dalam dunia penulisan ini, penulisan tidak boleh berkurung. Ia akan memberi kesan terhadap minda. Ibarat burung di dalam sangkar. Walaupun mempunyai sepasang kepak yang kuat, ia tetap tidak berguna jika berada di dalam sangkar. Dan lambat laun kepak itu akan menjadi lemah.
Suasana menulis (atau lebih gemar dipanggil sebagai 'luahan ilham') tidak boleh statik atau sama sahaja. Kerana suasana yang tidak berubah, akan menghasilkan satu keadaan 'pengkhususan' yang akan menjerumus kepada mind block. Ye la kan, siapa tahan kalau tengok dan berada dalam suasana yang sama je kan. Sebulan dua boleh lah tahan, tapi kalau setahun? Dua tahun?
Jadi, environment tu penting. Keluarlah berlibur dan bawa alat tulis supaya dapat catit segala yang terlintas dalam fikiran. Biasalah, idea tu memang suka sekadar datang dan pergi je. So, seorang penulis perlulah cepat capture idea itu supaya dapat dihuraikan kemudian. That's why aku tengok para blogger ni lebih cenderung untuk mempunyai laptop atau apa saja device yang menyenangkan mereka blogging tak kira di mana jua. Sebab, laptop merupakan device mudah alih, jadi ia menjadikan suasana penulisan itu akan berbeza tiap kalinya.
Bila terpandang balik keadaan aku, maybe betul. Aku kini banyak meninggalkan semua perkara yang membuatkan aku hidup. Aku kini terasa rindu untuk melakukan perkara yang aku suka dahulu asalkan tidak melanggar batasannya. Aku lupa bagaimana perasaannya menonton perlawanan bola bersama rakan-rakan. Bagaimana bestnya membuat road trip selamba redah je. Bagaimana seronoknya hang out sambil mendengar muzik yang aku suka.
Hidup aku cuma kerja-kerja-kerja. Syif yang tak menentu dan sebagainya. Nak-nak pulak, aku menulis menggunakan PC biasa yang susah untuk dialih-alihkan di ofis. Jadi, setiap kali menulis pun aku akan nampak benda yang sama je dikeliling. Jadi, aku teringin nak buat transformasi. Lepas ni aku nak beli satu laptop yang agak okay supaya aku lagi senang untuk blogging serta menjalankan satu projek yang bakal aku usahakan ni.
Projek apa? Tunggu......
Dan aku nak berlibur dengan lebih banyak lagi supaya minda aku kembali aktif seperti dulu. Bukan aku sekarang tak berlibur. Aku dan isteri banyak juga berjalan tapi oleh kerana tempat nak menulis pun tak kondusif, akhirnya ia akan jadi satu kemalasan pulak. Dan aku ingin melihat channel aku usahakan selama 2 tahun ini akan bergiat aktif semula.
Selain tu, as per first step, aku sememangnya ingin melihat blogger-blogger lain juga unite supaya kita, as a blogger dapat bersatu dalam memperkembangkan idea dan juga saling membantu satu sama lain dalam menaikkan martabat blogger. Jadi kepada yang blogwalking di sini, marilah join satu group di facebook iaitu "Team Blogger Malaysia" yang kini aktif dan bilangan ahli kumpulan semakin meningkat. Sesuai untuk blogger yang sudah otai, ataupun yang baru ingin bertatih dalam dunia blog. Anda semua dialukan.
Yea... aku kini lebih berazam.
Hm... tanpa sedar. Ada idea atau tidak, aku sudah pun menulis satu entry yang panjang. Haha!
p/s: Kalau anda ada pendapat yang ingin dikongsikan, jangan malu jangan segan. Tulis saja dibahagian komen di bawah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment