01 May 2013
Selamat Hari Buruh!
Selamat Hari Buruh!
Sambutan Hari Buruh diadakan pada 1 Mei setiap tahun. Ia merupakan satu cuti umum di Malaysia, sepertimana juga terdapat pada lebih daripada 80 buah negara di seluruh dunia. Mengikut sejarahnya, Hari Buruh merupakan sambutan terdapat pencapaian ekonomi dan sosial para pekerja serta badan yang beroperasi "8 jam sehari" di kebanyakkan negara semasa zaman 1800.
Di Malaysia, tarikh 1 Mei sebagai Hari Buruh mula diperkenalkan oleh bekas timbalan perdana menteri Malaysia pada tahun 1972, Tun Dr Ismail. Dalam ucapan beliau, beliau berharap Hari Buruh ini dapat memberi dorongan terhadap produktiviti buruh dalam membantu perkembangan dan kemajuan negara.
Terdapat pelbagai model sejarah yang dapat dipelajari dari segi pengorbanan yang dilakukan oleh para buruh dalam membantu perkembangan ekonomi dan teknologi. 1 Mei seharusnya menjadi hari dimana hasil kerja kuat para pekerja diraikan. Tanpa hasil kerja dan produktiviti daripada para buruh ini, syarikat dalam dan luar negara tidak akan mendapat keuntungan yang tinggi.
Jadi, bagi para buruh atau pekerja di luar sana, raikanlah Hari Buruh ini kerana ia merupakan penghargaan terdapat kerja-kerja anda dalam membantu percambahan ekonomi dan sosial negara.
You deserve a pat at the back.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment