26 June 2013

Mutiara Langit


Semalam hujan turun dan semua orang rasa bersyukur sangat. Ramai yang berdoa memanjatkan kesyukuran kepada Illahi walaupun hujan tu hujan buatan manusia dan diizinkan oleh-Nya untuk turun. Hujan tersebut sedikit sebanyak meredakan jerebu yg melanda negara kita.

Nampak tak uniknya cara Allah mendidik kita? Dia ajar kita erti nikmat bersyukur itu. Betapa kita sebagaiinsan sentiasa memerlukan-Nya.

Dia sengaja mentakdirkan kita dengan dugaan jerebu yg merungsingkan kita. Dan bila manusia usahakan supaya hujan turun, Dia makbulkan. Dan ajari kita selepas itu.

Barulah kita sedar betapa nikmatnya hujan. Jika tidak, insan akan selalu menyumpah pemberian Allah itu.

"Hujan lagi, tak boleh nak keluar"
"Hujan lagi... Banjir la nampaknya"
"Allah tak sayangkan kita ke asyik bagi musibah hujan je?"

Sekarang... Manusia telan sendiri ego dan bongkak mereka.


24 June 2013

The Pursuit Of Happyness.


“The world is your oyster. It's up to you to find the pearls.” 
― Chris Gardner, The Pursuit of Happyness.
Tajuk entry kali ni aku ambil daripada sebuah filem yang berkisarkan kisah hidup seorang papa kedana yang akhirnya menjadi billionaire bernama Chris Gardner. Kisah beliau sangat sedih dan menginspirasikan ramai jiwa yang patah di luar sana untuk berdiri setelah jatuh dan tidak berputus asa dalam mengejar kebahagiaan hidup. Sungguh membakar semangat jika anda melihat filem tersebut.

Bahagia. Ye, kebahagiaan yang manusia kejari selama ini. Apakah ia sebenarnya? Adakah ia mempunyai rumah besar, kereta besar dan karier yang utuh menjadi garis panduan tahap kebahagiaan yang sebenarnya? Hm.. aku rasa tidak. Bagi aku, bahagia itu adalah apa yang kita selesakan dan cintai yang membuatkan kita tenang dan merasa nikmat menjalani hidup ini. Kereta dan rumah besar serta mempunyai duit yang banyak hanyalah satu permainan hidup yang kita sendiri ingin percaya bahawa ia memberi kita erti kebahagiaan.

Of course, aku percaya yang duit tidak boleh membeli kebahagiaan. Tapi duit memungkinkan kita untuk menikmati bahagia. But first, the main factor of happiness, is in ourself. Apa yang buat kita rasa bahagia. Apa yang hati kita sendiri mahukan.

Aku dulu pernah mengikuti satu ekspidisi melawat orang asli sewaktu belajar di universiti dahulu. Sebagai orang bandar, aku selalu melabel mereka yang hidup di hulu hutan ni sebagai "orang yang susah". Ternyata aku silap. Aku pernah tanya pada mereka, apakah mereka tidak ingin merasa nikmat seperti orang-orang bandar atau pekan macam aku ni dalam hidup mereka. Apa yang ada dalam hutan selain nyamuk, becak sana sini, tiada pengangkutan awam, hospital jauh, tiada kemudahan internet, elektrik pun kadang-kala tiada dan sebagainya. Dan jawapan mereka menyedarkan aku.


"Apakah makna bahagia pada kamu? Adakah dengan mempunyai mobil (kereta) yang cantik, rumah yang besar dan kemudahan-kemudahan lain yang buat kamu ukurnya sebagai kebahagiaan? Kamu mungkin nampak kami seperti daif tetapi mata kamu menipu kamu sebenarnya. Di antara kamu dan kami, jelas bahawa kami lebih kaya daripada kamu."

Aku tidak faham pada mulanya, lantas beliau pun terangkan lebih lanjut.

"Iya.. kami tidak punyai apa yang kamu ada di bandar sana tetapi kami jauh lebih bahagia daripada kamu. Kamu mempunyai mobil, rumah dan segala kemudahan air dan letrik. Tapi kamu tertekan dengan desakan bil dan hutang yang kamu terpaksa keluarkan di hujung bulan. Walhal kami di sini menggunakan kaki kami untuk ke sana sini. Kamu berbangga dengan lampu-lampu dan air yang dibekalkan kepada kamu, tetapi kami bahagia melihat kelip-kelip dan bintang-bintang yang belum tentu ada di langit kamu. Air kami segar setiap hari kerana dari sumber semulajadi tidak seperti kamu yang minum hasil penyulingan dan penapisan air dari buangan orang kamu juga (loji)."

Aku mula termenung sebelum beliau menambah.

"Kamu makan tumbuhan dan daging yang kamu beli di pasaraya. Kadangkala makanan itu sudah pun lama dan disimpan sahaja di peti ais. Kami pula di sini makan sesuatu yang kami petik sendiri. Yang kami buru sendiri. Dan ia jelas ternyata kami makan makanan yang jauh lebih segar daripada kamu. Kami menjalankan kehidupan kami dengan tenang di sini. Tiada gangguan, dekat pada alam serta tiada kekacauan di kelompok kami tetapi kamu setiap hari dicabuli ketenangan kamu dengan bunyi bising, sesakan lalu lintas, hutang sana sini dan pening kepala untuk menyelesaikan masalah kamu. Jadi saudara, sepatutnya saya yang bertanyakan kepada kamu bagaimana kamu boleh merasa bahagia dan tenang di dunia kamu."

Aku telan semuanya dan berfikir sejenak. Memang benar apa dikatakan oleh beliau. Kita semua hanya berfikiran dan memandang apa yang kita ada sebagai sesuatu yang boleh membuat kita berasa bahagia. Tetapi kita silap. Bukan itu sebenarnya yang patut kita tengok dalam mendefinasi erti sebenar kebahagiaan itu. Ia tentang apa yang kita ada dan syukur di atas segalanya.

Orang-orang kita suka mengukur dan membandingkan diri dengan orang lain sehingga dihujung perlumbaan itu, diri sendiri juga yang keliru. Orang lain ada rumah besar, kita pun nak rumah besar. Orang lain pergi Paris, kita pun nak pergi Paris. Orang lain ada jam tangan mahal, kita pun nak jugak. In the end, kita akan realise yang itu bukan seperti apa yang kita mahukan. Kita hanya ingin hidup di atas tema keriakan sehingga kita melacuri erti kebahagiaan yang sebenar.

Kita patut mensyukuri apa yang kita ada. Kerana dengan itu kita akan berasa bahagia. Ye, kita perlu majukan diri tetapi jangan kerana itu juga kita terperangkap dalam permainan hidup kita sendiri.

Selamat berbahagia semua.

p/s: Kita just takleh samakan orang lain dengan kita. Masing-masing mempunyai pandangan berlainan. 


22 June 2013

Jerebu!


Salam semua. Hari ni hari Sabtu. Tapi keadaan kat luar tu tak seceria hari Sabtu yang sepatutnya. Aku tau, korang pun terasa juga sebenarnya. Maunya tak, langit tak seindah selalunya kot oleh sebab JEREBU!

Aku pergi ofis hari ni naik tren. Dari dalam tren aku dapat lihat betapa sempitnya ruang untuk mendapat fresh air di luar. Warna langit kelabu je dan bangunan-bangunan tinggi memang dah macam tenggelam dah. Nampak kelam dan tak bermaya. Tak indah.

Badan aku dah terasa macam sakit pun ada sebab hirup udara yang tidak nyaman ini. Dan orang ramai seakan sakit je muka sorang-sorang. So, aku harap korang semua akan menutup mulut dan hidung korang dengan penutup muka yang banyak dijual di luar sana ok. Sebab teruk kalau sakit kerana jerebu ni. Nak-nak ia melibatkan paru-paru. One of the main sistem untuk hidup.

Owh hujan. Tak kiralah semulajadi atau buatan, turunlah. Wash away the impurities.
Take care y'all!

p/s: Minum air secukupnya tau!

21 June 2013

Manusia Serigala


Haa.. apa kena mengena manusia serigala dengan entry kali ni? Actually takde apa pun. Cuma kalau ada pun probably aku cuba relatekan apa aku nak cakap ni dengan Jacob, watak serigala jadian dalam filem Twilight Trilogy. Ye, walaupun aku tak berapa nak suka dan follow filem ni, tapi badan petak Taylor Lautner itu menjadi pujaan para gadis serta kedengkian para lelaki. Termasuk aku. Bukan Taylor Lautner je... kadang-kadang Aaron Aziz pun sama. Haha.

At the moment, aku sedang berusaha untuk mendapatkan shape badan aku balik seperti remaja dahulu (chewah) tetapi motivasi tu semakin lama semakin mengurang. Ye la kan, kadang-kala takde masa nak betul-betul buat badan balik dengan kerja yang tak menentu masanya dan atas komitmen-komitmen yang lain. Dan yang pasti, perut tetap perlu diisi setiap kali pun. Dan orang start cakap yang aku dah macam rupa seorang bapak yang mempunyai 5 orang anak. Sigh. Anak pun takde lagi diorang dah cakap macam tu. Tu yang aku risau tu.

Kalau nak diikutkan, bukan shape badan yang menentukan tahap kesihatan dan kecergasan seseorang. Tak semestinya orang yang berbadan macam kereta kebal tu seorang yang sihat. Yang penting adalah kesihatan dalaman dahulu. Selain daripada itu, minda.

Dua elemen ini yang memangkin dan menentukan tahap kesihatan individu. Menurut satu kajian, individu yang mempunyai tahap stress yang tinggi dan rehat yang tidak secukupnya, akan memendekkan usia mereka dalam 5 - 10% daripada average usia manusia yang lainnya. Of course ini ditolak dengan "death by accident" dan sebab-sebab natural yang lain.


Apa bila seseorang itu dalam keadaan stress, kekuatan minda dan prestasi otaknya akan menjadi sangat rendah. Menyebabkan sistem badan yang lain menjadi haru-biru. That's why orang yang perut buncit, selalu dikaitkan dengan masalah hati. Masalah hati pula boleh datang daripada tekanan yang tinggi, pemakanan dan gaya hidup yang tak betul. And sering-kali jugak dikatakan orang perut buncit ni dah macam seorang bapak anak 5 sebab mempunyai waris sebanyak tu, sudah pasti tanggungjawabnya sangat tinggi. Itu just theory la kan tapi as far as it seem, ia seakan betul.

So, if kita nak build fizikal yang sihat, trust me, there's no shortcuts. Jangan terpedaya dengan produk-produk di luar sana yang menjanjikan penurunan berat yang cepat. Dan kalau ada sekalipun, ingatlah bahawa ia pasti akan membawa side effect yang lain. Bukan tiada supplement yang elok untuk kesihatan ni tapi kena pandai memilih la. Macam aku pun ada mengambil supplement jugak dalam usaha menurunkan berat badan dan yang paling elok buat masa ni yang aku rasa la kan, adalah Figure Up. Result sekejap dapat. Tapi walau bagaimana pun, still jugak korang kena work out.

Pergi gym atau senam di taman sekalipun, badan kita perlu keluar peluh. Baru pembakaran lemak secara semula jadi berlaku. Itu yang menyihatkan badan dan cerdaskan minda. Bila badan mulai sihat secara semulajadi, makan kesihatan yang didatangi sekali tu akan lebih poten dan teguh.

Orang zaman sekarang ni sangat suka benda-benda yang cepat. Sampai ambil pil sana-sini untuk sihat tapi tak sedar yang mereka tu sihat sekejap je tapi sakitnya lama. Malah ada yang ditipu dengan ubat-ubat tiruan menjadikan mereka cacat seumur hidup. Aku harap tiada lah dikalangan pembaca yang akan terpedaya dengan gambaran-gambaran indah tapi palsu oleh ubat-ubat yang menjanjikan result mudah. Taku bukannya makin sihat korang, malah makin bertambah sakit.

p/s: Masih dalam projek memetakkan tubuh badan ni... Haha!

18 June 2013

Malaysian Football - Kalau Dah Bola, Bola Jelah...


Haha. "Chop!"... Ini bukan entry mengenai rumusan atau apa pun berkaitan perlawanan bola sepak liga-liga di Malaysia ini ye. Actually it's about the perspektif of minda segelintir masyarakat mengenai sukan nombor satu negara ini. 

Berapa ramai di luar sana yang minat dengan bola sepak? Well, count me in. Tak kira la bola sepak dari negara mana sekalipun. Tapi how about bola sepak dalam negara? Aku tak rasa ramai yang kenal pemain-pemain skuad kebangsaan berbanding pemain-pemain pasukan Chelsea, AC Milan dan Real Madrid. 

Aku ada la try bersembang dengan beberapa kenalan mengenai bola sepak negara dan aku kadang-kala tersenyum sambil menahan ketawa dalam hati. Haha. Ada yang cakap, pemain kita ni poyo la, ada yang cakap semangat cepat luntur la dan sebagainya. Dan yang paling kelakar dan aku nak point out dalam entry ini adalah yang cakap pemain bola sepak dalam negara ni semua lupa daratan dan publisiti murahan. Bajet bagus tapi tak bertanggungjawab terhadap keluarga dan isteri. 

Dan aku pasti yang dimaksudkan adalah kes Aidil Zafuan dan Rita Rudaini. 


Hm... maybe mereka ni bukan peminat sebenar bola sepak kot.

Pada pendapat aku la kan, kalau bola, bola je la. Tak payah la nak dikaitkan dengan personal life sesiapa pun. Hal rumah tangga ke apa ke, itu soal mereka sendiri. Tak ada kena mengena dengan bola sepak. Kalau nak diikutkan pada personaliti, Wayne Rooney pun pernah di kecam kerana menampar girlfriend dia dalam pub. Apatah lagi skandal seks John Terry? Tapi di atas padang, peminat still menyokong mereka atas semangat kesukanan. 

Mungkin perangai sesetengah pemain tu memang macam haram tapi aku percaya, yang lain-lain semua ok. Tak semua pemain bola sepak negara kita ni berperangai dan bermasalah macam Aidil ni. Takkan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga kan? 

Secara terus terang, aku peminat skuad negara kita. Ia adalah pride negara kita sebenarnya. Dan aku malu untuk menyatakan aku masih belum beli jersey bola sepak negara. Ye, aku akui. Tapi aku still terasa andai skuad kebangsaan tidak perform di arena antarabangsa atau Selangor bermain hambar. Haha.. itu second confession aku. Aku peminat skuad Red Giants.

So, aku sarankan, support la our local league. The journey starts here.

p/s: Aku nak tengok Selangor menang AFC Champions League dan Malaysia masuk World Cup satu hari nanti. Haha.


17 June 2013

Father's Day


Semalam aku meraikan Hari Bapa bersama bapa mertua dan keluarga sebelah isteri. Ia sangat menyeronokkan dan indah untuk meraikan pengorbanan yang dipikul oleh seorang bapa membesarkan anak-anak dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Dalam-dalam keseronokan itu, aku sebenarnya sedih di dalam hati. 

First, sebab aku belum boleh meraikan hari tersebut memandangkan aku belum lagi menjadi seorang bapa. Inshallah... jika Allah mengizinkan, adalah rezeki aku dan isteri untuk menimang cahaya mata kami nanti. Dan second, hakikatnya... aku tidak mempunyai bapa sekarang. Beliau telah dijemput Illahi 4 tahun yang lepas.

Aku teringat waktu aku kecil dulu, arwah bapaku merupakan seorang yang biasa sahaja tetapi banyak memberi aku tunjuk ajar bagaimana menjalani kehidupan dewasa ini. Beliau tidak pernah jemu membesarkan aku dan adik-beradik. Walau senakal mana pun kami ini. Beliau mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak nya supaya tidak melampaui batas kami.

Sayang sekali beliau pergi dalam usia akhir 40-an di atas penyakit paru-paru yang beliau hidap lebih daripada 10 tahun. Kini, hanyalah tinggal kenangan keindahan yang aku nikmati bersama insan yang bergelar bapa.

Aku tengok semua gambar-gambar yang aku ada bersamanya setiap satu untuk mengimbau kembali saat-saat manis aku bersamanya. Sungguh memilukan. Aku berharap sangat dia masih hidup untuk melihat aku menjangkau dewasa lagi. Mungkin beliau dapat membimbing aku di kala aku seakan sesat dalam hidup ini. Tapi aku redha... Kerana aku tahu, yang Allah lebih sayangkan nya.

Segala tunjuk ajarnya akan aku bawa sampai bila-bila dan akan aku praktikkan juga bila aku mempunyai anak juga nanti.

Semoga rohnya tenang dan aman di sana. Al- Fatihah.

Selamat Hari Bapa, papa. 

p/s: Sayangilah orang tua kita sewaktu mereka masih ada lagi.

Bapaku sangat-sangat menyayangi diriku.

15 June 2013

Brain Freeze & Re-spawn!!


Hi semua. So sorry sebab lama tak update blog dan entry-entry pun tak banyak yang dapat aku tulis buat masa ni. It's not that aku sudah hilang minat terhadap blogging atau ingin berputus asa dalam dunia ni tapi aku kini dalam satu keadaan yang sangat binggung. Binggung terhadap sesuatu yang aku kurang pasti.

Aku mempunyai minat dalam bidang penulisan sejak sekolah lagi. Malah aku sewaktu sekolah dulu, selalu participate dalam pertandingan esei, bacaan sajak dan sebagainya. Memang minat aku cenderung ke arah tu. Tup tup, bila dah menjelang dewasa ini, aku sematkan minat aku itu ke dalam dunia blogging pula. Aku mula mengarang cerpen pendek menerusi blog pertama aku iaitu "Ceritera Hikayat Dongengan dan Realiti". Tapi, entah kenapa, aku semakin hilang daya ilham aku sehingga nak tulis apa-apa pun terpaksa kerah otak ni bagai nak gila.

Kadang-kadang aku try baca risalah, artikel, dengar muzik, eksperimen diri tapi in the end aku akan kerap melanggar dinding minda sendiri. Adakah aku kini di ambang penyusutan daya kreativiti sehingga otak aku yang dulunya ligat aktif berimaginasi kini terlalu melihat sesuatu realiti sahaja? Dan jika realiti yang minda aku jamahkan, adakah realiti itu sendiri membuatkan aku penat daripada mempunyai ilham?

Penat dengan sosial masyarakat. Penat dengan politik. Penat dengan pembentukan sahsiah manusia kini.

Aku cuba bercakap dan berbicara dengan beberapa orang penulis yang kini giat aktif dalam penghasilan novel-novel yang bermutu. Tak kurang juga yang sudah menjadi 'legend' kerana novel beliau direbut oleh para producer untuk dijadikan filem. Mereka berkata bahawa, dalam dunia penulisan ini, penulisan tidak boleh berkurung. Ia akan memberi kesan terhadap minda. Ibarat burung di dalam sangkar. Walaupun mempunyai sepasang kepak yang kuat, ia tetap tidak berguna jika berada di dalam sangkar. Dan lambat laun kepak itu akan menjadi lemah.

Suasana menulis (atau lebih gemar dipanggil sebagai 'luahan ilham') tidak boleh statik atau sama sahaja. Kerana suasana yang tidak berubah, akan menghasilkan satu keadaan 'pengkhususan' yang akan menjerumus kepada mind block. Ye la kan, siapa tahan kalau tengok dan berada dalam suasana yang sama je kan. Sebulan dua boleh lah tahan, tapi kalau setahun? Dua tahun?

Jadi, environment tu penting. Keluarlah berlibur dan bawa alat tulis supaya dapat catit segala yang terlintas dalam fikiran. Biasalah, idea tu memang suka sekadar datang dan pergi je. So, seorang penulis perlulah cepat capture idea itu supaya dapat dihuraikan kemudian. That's why aku tengok para blogger ni lebih cenderung untuk mempunyai laptop atau apa saja device yang menyenangkan mereka blogging tak kira di mana jua. Sebab, laptop merupakan device mudah alih, jadi ia menjadikan suasana penulisan itu akan berbeza tiap kalinya.

Bila terpandang balik keadaan aku, maybe betul. Aku kini banyak meninggalkan semua perkara yang membuatkan aku hidup. Aku kini terasa rindu untuk melakukan perkara yang aku suka dahulu asalkan tidak melanggar batasannya. Aku lupa bagaimana perasaannya menonton perlawanan bola bersama rakan-rakan. Bagaimana bestnya membuat road trip selamba redah je. Bagaimana seronoknya hang out sambil mendengar muzik yang aku suka.

Hidup aku cuma kerja-kerja-kerja. Syif yang tak menentu dan sebagainya. Nak-nak pulak, aku menulis menggunakan PC biasa yang susah untuk dialih-alihkan di ofis. Jadi, setiap kali menulis pun aku akan nampak benda yang sama je dikeliling. Jadi, aku teringin nak buat transformasi. Lepas ni aku nak beli satu laptop yang agak okay supaya aku lagi senang untuk blogging serta menjalankan satu projek yang bakal aku usahakan ni.

Projek apa? Tunggu......

Dan aku nak berlibur dengan lebih banyak lagi supaya minda aku kembali aktif seperti dulu. Bukan aku sekarang tak berlibur. Aku dan isteri banyak juga berjalan tapi oleh kerana tempat nak menulis pun tak kondusif, akhirnya ia akan jadi satu kemalasan pulak. Dan aku ingin melihat channel aku usahakan selama 2 tahun ini akan bergiat aktif semula.

Selain tu, as per first step, aku sememangnya ingin melihat blogger-blogger lain juga unite supaya kita, as a blogger dapat bersatu dalam memperkembangkan idea dan juga saling membantu satu sama lain dalam menaikkan martabat blogger. Jadi kepada yang blogwalking di sini, marilah join satu group di facebook iaitu "Team Blogger Malaysia" yang kini aktif dan bilangan ahli kumpulan semakin meningkat. Sesuai untuk blogger yang sudah otai, ataupun yang baru ingin bertatih dalam dunia blog. Anda semua dialukan.

Yea... aku kini lebih berazam.

Hm... tanpa sedar. Ada idea atau tidak, aku sudah pun menulis satu entry yang panjang. Haha!

p/s: Kalau anda ada pendapat yang ingin dikongsikan, jangan malu jangan segan. Tulis saja dibahagian komen di bawah ini.

06 June 2013

S. Shamsuddin... Perginya membawa zaman emas bersama.


4 Jun 2013. Aku terkejut sebenar dengan berita pemergian salah satu lagenda seni tanah air kita iaitu S. Shamsuddin aka Sudin Bujang Lapok. Well, what can I say? Beliau merupakan salah satu pelakon komedi yang paling aku minati sejak kecil lagi. Kini trio bujang lapok sudah tinggal seorang saja lagi iaitu Aziz Satar aka Ajis Bujang Lapok.

Pemergian Allahyarham sebenar telah membuat aku terasa masa semakin lama semakin menjauhi. Jauh meninggalkan satu kualiti yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Satu keunikkan yang hanya Bujang Lapok sahaja yang ada. Hm.. selain daripada genre thrill dan horror, aku amat menggemari komedi dan buat masa ni, hanya merekalah yang boleh buatkan aku ketawa tak kira berapa kali filem-filem mereka ditayangkan.

Lawak mereka tidak memerlukan mereka berpakaian seperti perempuan, atau orang tua, melompat sana-sini, terkinja-kinja untuk cetuskan rasa lucu pada penonton. Mereka just jadi diri mereka sendiri sahaja. Kini, tiada lagi scene-scene sebegitu. Semuanya tampak ingin mengejarkan komersial yang semakin hari menghancurkan keindahan seni yang setiap hari dilacurkan.

Disamping itu, pemergiannya jelas menunjukkan betapa kita cepat meningkat usia seraya masa yang jelas semakin hari semakin terasa pendek. Aku teringat dahulu betapa aku seronok membesar dengan filem-filem  daripada P. Ramlee. Begitu ia berkesan terhadap sanubari sehingga membina karekter para penonton dan peminatnya. Kini, kehilangan Allahyarham membuktikan bahawa zaman itu sebenarnya telah lama berlalu. Aku masih kecil sewaktu menonton filem-filem terbaik itu.

Aku takkan lupakan filem-filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan sebagainya. Bukan sekadar ingat, malah terdapat beberapa scene lucu yang aku hafal daripada mereka. And eventhough aku dah tau, dan sedar bila ia akan diucapkan, aku still akan tergelak dengan lawak-lawak begitu.

Mengapa filem-filem kita kini tidak begitu?

Hm.. Yang pergi tetap akan pergi. Allahyarham meninggal pada usia 84 tahun di atas sakit tua dan paru-paru berair di Hospital Alexendra, Singapura pada pukul 10.30 pagi. Beliau pergi membawa legasi seni tanah air sekali. Semoga roh nya dicucuri rahmat.


Sampai sekarang aku teringat lawak-lawak Sudin Bujang Lapok ni seperti,
"Wal fadang fasirul.. tak ado pokokayuil.. panas hutarikuk.. wal kurmak nak bukak puasuul da kehabisanabi.. ku pandung kini kanuil.. wa saki baki.. tumpuk tumpuk taik unta!" - Pendekar Bujang Lapok 1959.
"Hey..hey..hey.. Hang Jebat! Lebih baik kau turun. Jika kau tak mau turun, kau tunggu di sana sampai aku datang. Kau sudah tau yang aku tunggu sama kau berapa lama kat sini Jebat? Dan kau sudah tau berapa kali aku sudah buang air besar. Ini pun ada terasa nak terkucil nak terkeluar aku tahan Jebat. Dia ni da masuk 7 kali..." - Seniman Bujang Lapok 1961.

p/s: Hmm.... terasa kehilangan beliau.


Let's Interact!

me>