26 July 2013

Quality Comedy Please... Not Just Clowns...



Secara terus terangnya la kan, bila kita bercakap mengenai 'lawak' dalam industri hiburan tanah air, aku sedih sebenarnya. Aku cuba untuk menonton  koleksi drama-drama sitcom dan sketch lawak yang ditayangkan di Astro Warna tapi tidak semua komponen dalam tu yang boleh buat aku ketawa. Tak tau samaada korang rasa seperti aku rasa atau tidak tapi itu yang sebenarnya.

Unsur-unsur jenaka yang dipusingkan dalam industri hiburan tanah air kita ni bersifat more to fizikal. Mereka memerlukan solekan dan prop untuk buat orang ketawa. Mekap macam pondan la, pakai rambut palsu afro la, terpekik terlolong la... semua tu hanya tampak tidak pintar sebenarnya. Adakah mereka cuba mencuit hati kita dengan cara paksaan? Atau mereka sebenarnya telah cuba sedaya upaya dalam membuatkan kita gelak?


Well, pada pendapat aku, ia tidak semestinya begitu. Aku bercakap sebagai audience yang menonton mereka. Bukan hendak mengangkat martabat scene luar tetapi kalau anda lihat sitkom-sitkom seperti Friends, How I Met Your Mother dan Big Bang Theory secara contohnya, anda tidak akan dapat lihat pelakon membodohkan diri mereka untuk membuat kita ketawa. Ia berada dalam karekter mereka sendiri. Dan sebenarnya, itu yang kira perlukan. Bukan tukang badut tapi seorang komedian.

Bukan aku tak suka semua ye. Sebab aku juga ada meminati sketch-sketch jenaka atau stand up komedi yang ada dalam industri kita seperti Harith Iskandar, Dato' Jamali Shadat dan Jozan. Tetapi apa yang aku dapati sekarang adalah, kita kini terlalu banyak lawak-lawak bodoh berbanding yang berkualiti.

Tak ingatkah kita sitkom-sitkom Spanar Jaya, Kopitiam dan Buddies? Sitkom-sitkom tersebut telah long gone but to me it's golden. Aku berharap satu hari nanti sitkom-sitkom seperti itu akan naik semula untuk cuit hati kita.

p/s: Mereka patut tahu... kita sekarang makin intelligent. Haha.

25 July 2013

Libur: Iftar at Restoren Mee Udang Mak Jah



Bulan Ramadhan ini semestinya umat Islam tidak terlepas untuk berbuka dengan juadah yang enak-enak dan menyelerakan. Perkara ini juga tidak terlepas untuk aku. Memang betul, kita perlu bersederhana sewaktu berbuka tapi jika sekali sekala nak makan grand, apa salahnya kan? So, baru-baru ni, aku berbuka bersama isteri dan keluarga adik ipar aku di Restoren Mee Udang Mak Jah.

Restoren ini terletak di Wangsa Maju, berdekatan dengan Wangsa Walk dan AEON Big. 

Menu hidangan mereka sangat best. And of course, speciality mereka adalah mee udang. Kepada mereka yang suka makan mee, aku sarankan korang pergi ke restoren ini dan rasa sendiri mee udang mereka. Di sini, mee udang mereka sangat best kerana menghidangkan udang-udang yang debab-debab dan besar. Lagi-lagi kalau korang order mee udang special. Super size kot udang mereka. Memang puas hati.


Selain daripada special dish mereka iaitu mee udang, menu lain juga sangat lazat. Ada mee goreng udang, char kuey teow, nasi goreng dan pelbagai masakan melayu yang lain. Rata-rata, apa yang ada di restoren melayu yang lain, ada di sini juga. Baverage mereka pun best. Korang patut cuba jus-jus mereka juga. Aku tengok pelanggan lain minum jus-jus gelas besar. Sangat mengiurkan.

Dari segi servis juga mereka not bad. Cepat siapkan makanan mereka walaupun orang tengah ramai. Dan harga pun boleh dikatakan berpatutan dengan hidangan yang sedap, servis yang baik dan persekitaran yang tenang disediakan di sana. So, boleh dikatakan aku berpuas hati menikmati iftar aku di sana. So, korang mesti cuba. Kalau tak, rugi.

p/s: Kalau nak berbuka di Restoren Mak Jah, korang kena buat reservation dulu cepat-cepat. Kalau tak, melepas la korang.


The Man Of Steel: Wassam Azaqeer



Korang rasa puasa itu sangat memenatkan? Masa untuk berpuasa itu sangat lama? Well, what can I say, korang sememangnya tidak kuat. Serius cakap ni. Sebab aku terbaca satu artikel yang aku rasa sangat mengagumkan dan harus dijadikan role model pada seluruh umat Islam. Ia berkisahkan mengenai seorang insan biasa yang bernama Wassam Azaqeer. Beliau dilahirkan di Lebanon dan menetap di Greenland, sebuah pulau yang terbesar di dunia. Pulau tersebut terletak di antara Atlantik Utara dan Lautan Atlantik. Beliau juga merupakan satu-satunya muslim yang tinggal di sana.

So, apa yang peliknya?

Haa, kalau korang nak tau, dengan menetap di Greenland, Wassam harus tempuhi masa berpuasa yang sangat lama. Bukan macam di Malaysia ni. Di sana, beliau wajib mengaharungi 21 jam masa berpuasa! Gila tak gila la kan. Namun, beliau tetap berpuasa dengan penuh dedikasi di atas nama Allah S.W.T. Wassam yang juga dikenali sebagai 'Arab Columbus' oleh sebuah stesen TV Arab, kerana beliau merupakan satu-satunya orang arab yang berjaya bermastautin di bandar bernama Nuuk, Greenland walaupun pengembaraan untuk ke sana mengambil masa yang lama dan jarak yang sangat jauh. Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya menjalankan bisnes restoren di sana dan purata pelanggan yang datang ke restoran itu sebanyak 200 orang sehari. Well, I must say
, that's a really really great achievement by a muslim.

Di dalam bulan Ramadhan ini, yang jatuh pada musim panas, Wassam berpuasa selama 21 jam dan hanya mempunyai 2 jam sahaja untuk bersahur sebelum memulakan puasa yang seterusnya. Bayangkan la kalau orang kita macam mana. Ntah-ntah 2 jam tu penuh dengan hisap rokok je kot. Haha. Dan kalau korang nak tau juga, dalam 2 jam tu jugak masuk waktu Maghrib dan Isya' dan beliau tetap kerjakan solat itu dengan penuh keikhlasan.

Wassam berkata bahawa beliau sangat berbangga menjadi orang Islam yang berjaya mengharungi kehidupan di tanah Greenland itu dan menjadi satu-satunya orang Islam yang solat dan berpuasa di atas nama Allah di sana. Beliau juga berkata, kadang-kala beliau ada terfikir untuk pulang ke Lebanon untuk berpuasa di sana tetapi beliau tidak jadi kerana merasakan, seandainya beliau pulang sebentar ke tempat asalnya, maka tiadalah manusia yang solat dan berpuasa di tanah itu.

p/s: Aku tabik!!

24 July 2013

Parenting: Control You Kids!



Aku sedang duduk kebosanan semasa aku terjumpa video ni di Youtube.Video ni sangat ringkas tapi sebenarnya penuh dengan tauladan. Ia berkisarkan seorang budak sekolah yang kantoi ponteng sekolah, dihukum oleh ibunya dengan menggunakan rotan. Budak tersebut menangis-nangis meminta ampun kepada ibunya.

Aku teringat zaman aku kecik dulu, arwah papa aku memang akan rotan aku baik-baik punya kalau aku nakal. Malah kadang tu, lagi teruk dari budak ni kena. Alhamdullilah.. sebab aku dididik begini, sampai dah dewasa ni aku taat dan hormat parents aku. Tak berani nak melawan mama papa. Naik suara marah diorang pun aku tak berani. Sampai kadang-kadang tu, bila kena rotan minta ampun. Sakit memang sakit, tapi itu yang bina kendiri aku. Aku syukur papa aku dulu garang dalam didik aku.

Bagi aku method ni perlu juga untuk control anak-anak. Sekarang ini, anak-anak sangat manja. Pampered to the max. Mereka tidak kisah untuk menderhaka. Apa saja mereka mahukan, mereka akan dapat. Kepala mak bapak di bawah kaki anak-anak sekarang ni. Kalau buat perangai, tak takut kalau kena marah dengan parents sebab parents lebih takut anak.. itu la pasal generasi muda semakin lama, semakin bodoh aku tengok.

Terima kasih papa. Terima kasih sebab tak jadikan aku seorang yang spoil. Jadikan aku seorang yang berani. Jadikan aku, aku sekarang ni.


p/s: Rindunya pada papa aku... Sob sob sob...

23 July 2013

SRK Seri Pristina: Isu Budak Sekolah Tidak Puasa Makan Di Tandas


This is another thing yang aku terkejut untuk hari ni. Maunya tak, bukak-bukak facebook je, terdapat gambar budak sekolah kena makan di dalam bilik yang seakan-akan tandas. Terus darah aku memuncak. Masa tu terfikir la zaman sekolah aku dulu. Mana pernah benda-benda macam ni terjadi.

Nak-nak pulak kalo korang nak tau, terdapat la beberapa blog yang aku baca, main letak tajuk "Budak sekolah puasa diarah makan di tandas". Bagi aku, benda ni dah seakan racist dan tidak berperikemanusiaan. Budak-budak sekolah yang kecil-kecil kot. Sudah pasti bukan setakat bangsa lain je yang tak puasa. Ada jugak anak-anak melayu yang tak puasa sekali. Takkan sampai macam tu sekali kan 'hukuman' dia. Teruk betul SRK Seri Pristina ni yek?

Aku pun marah la di Facebook luahkan yang aku tidak puas hati dengan insiden ini.

Tapi, akhirnya aku ketahui perkara sebenar. Lepas aku kaji selidik, aku dapati yang aku tersilap judge. Dan aku tarik balik kata-kata aku yang menghina para guru, terutamanya guru besar sekolah berkenaan. Mazidul Akmal ada buat selidik mengenai hal ini dan terangkan apa sebenarnya yang berlaku. In fact, aku jumpa juga keratan post mengenai hal ini yang diterangkan sendiri oleh pelajar yang belajar di sekolah tersebut.


Rupa-rupanya, pihak sekolah itu mengarahkan mereka (pelajar) untuk makan di 'bilik persalinan'. Bukan di 'tandas'. Sememenangnya situ merupakan tempat pelajar menyalin pakaian dan terdapat tap air di situ bagi memudahkan pelajar membasuh tangan. Tiada tempat buang air pun di situ.

Tetapi, mengapa tidak makan di kantin?


Sekolah itu sebenarnya sedang dalam proses renovation bagi memperkemaskan kantin tersebut bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Jadi, pihak sekolah tidak mahu mengambil risiko pelajar tercedera oleh apa-apa kemalangan jika berada di sana sewaktu renovation sedang dijalankan. Oleh sebab itulah rupanya, pihak sekolah jadikan bilik persalinan itu sebagai tempat makan. Malah mereka sediakan meja siap dilapik, serta bangku bagi keselesaan pelajar makan di sana.

Hati aku pun mula sejuk mendapat tahu hal sebegini. Tetapi ia masih juga memberi satu bentuk pertanyaan kat aku sebenarnya. Kenapa mesti bilik persalinan? Bukan di dewan ke, di bilik komputer ke, atau mana-mana hall? Bilik persalinan, walaupun bukanlah sebuah tandas untuk buang air, ia tetap tidak menyelesakan. Bilik kecil, ruang udara terhad serta sudah pasti tandas berada berdekatan di situ. So bauan yang tidak menyenangkan tetap jua dapat dihidu.

Tapi, apa-apa pun biarlah fitnah atau salah faham ini selesai di sini. So, moral of the story is, jangan terus percaya bulat-bulat apa yang kita baca di internet ini. Buatlah sedikit kaji selidik mengenainya terlebih dahulu. Zaman internet ni, zaman fitnah berleluasa.

p/s: Aku minta maaf jika aku terkeluarkan kata kesat pada pihak berkenaan. Aku sedih kerana telah tersalah faham terhadap guru-guru. Satu adab yang aku jaga sejak dulu lagi..... hormati guru. Sob..sob..sob.

19 July 2013

Alvin & Vivian: We Can't Stop?


Hmm... Langkah demi langkah.. ke lubang jua perginya.
Berani punya berani, ke penjara juga mereka ini, akhirnya.

Mula-mula aku rasa mereka ni just nak having fun dengan aksi seks dalam video mereka sahaja. Dan juga ingin menjadi model/pelakon porno yang berjaya. Langkah itu silap.

Selepas itu, mereka ingin kononnya try mempelbagaikan kemeriahan beragama dan bangsa di Malaysia ini dengan mempersenda dan tidak mengambil hati serta sensitiviti umat Islam di Malaysia ini. Langkah itu juga silap.

Maybe mereka rasa yang mereka mampu untuk memecah tradisi dan juga menjadi pioneer dalam bidang/konsep yang mereka ingin tonjolkan. Tetapi mereka tidak boleh lakukan sebegitu di Malaysia. Negara lain mungkin boleh. Langkah itu juga silap.

And akhirnya, mereka di tahan di atas tiga pertuduhan.


So, untuk fakta, aku just petik berita daripada Bernama;


"Blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee telah dihantar ke penjara - Alvin ke Penjara Sungai Buloh manakala Vivian telah dihantar ke Penjara Kajang - selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka. Mahkamah Sesyen juga telah mengenakan hukuman keras terhadap mereka apabila mereka dinafikan ikat jamin.

Pasangan kontroversi ini pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga pertuduhan terhadap mereka.

Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julailepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan."

So, ibarat lagu Miley Cyrus, 'We Can't Break', well, mungkin di sini saatnya mereka akan berpisah. Penjara Sg. Buloh dan Kajang. Selamat rabak la anda ye.

p/s: Teringat drama siri Prison Break.

18 July 2013

Syukur: Another Stairway To Heaven



Semakin hari aku melihatkan kemasyarakatan dan sosial semakin meruncing. Tekanan dan ketegangan ada di mana saja. Masyarakat kita sudah tidak mampu untuk senyum dan jiwa mereka semakin sakit. Iye, semuanya kerana tekanan hidup. Tak kiralah tekanan di tempat kerja, keluarga, perhubungan dan sebagainya. Masyarakat kini hanya mampu tunduk dipijak oleh dugaan ini. Hm... pernah kah dengar dengan konsep "syukur"?

Orang selalu mengaitkan "syukur" itu dengan konsep "berterima kasih" terhadap nikmat yang Allah berikan terhadap insan. Tetapi berapa ramai di luar sana yang bersyukur dan redha bila ditimpa musibah?

Berapa ramai yang bersyukur bila demam? Bila pokai? Bila terjatuh? Bila kemalangan? Susah nak cari. Yang pasti, sebahagian besar umat manusia ini akan merungut, pasrah dan melenting.

Kita sepatutnya bersyukur dalam apa jua situasi. Dalam keadaan baik, ataupun buruk. Syukur apa yang terjadi. Kerana apa yang terjadi semestinya terdapat hikmah disebaliknya. Aku percaya bahawa Allah itu seagung-agung perancang. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik bagi kita.

Jadi, janganlah terasa bila orang lain ada kereta besar dan anda tiada. Bila orang lain ada rumah sendiri dan anda tiada. Bila orang lain ada segalanya yang anda mahukan dan anda masih lagi mencari. Semuanya ada sebabnya. Bila kita mula merasa dengki atau iri hati dengan nikmat orang lain, kita sebenar meletakkan bebanan pada diri sendiri sahaja. Jika dijadikan motivasi, baguslah. Jika tidak, ia akan menjadi suatu tekanan yang dipendamkan. Tekanan itulah yang akan menyebabkan aura dan unsur negatif bertapak dalam diri. Dan itulah yang akan memicu sifat baran, sombong dan sebagainya.

So, janganlah tunduk terhadap kelemahan diri. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Lagi-lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sudah pasti kita akan sentiasa diduga dengan pelbagai perkara yang akan buat kita marah, sedih dan sebagainya. Orang/rakan tinggal janji, bos marah ditempat kerja, barang hilang... semuanya ditimpa ada sebabnya. Mungkin Allah ingin jadikan kita menjadi seorang penyabar, kuat dan tabah. Itulah sebabnya kita diduga.

Jadi, sentiasalah bersyukur. Senyum dan jangan sesekali berdendam dan membalas dendam. Apabila kita bersyukur dan redha, segalanya akan tampak lebih berwarna. Lebih bercahaya. Dan pelbagai jalan lain akan terbuka luas.

Jika anda melenting, marah, berdendam, dengki dan sebagainya apabila di duga, ingatlah bahawa anda sudah pun tewas dengan diri sendiri. Anda lemah.


p/s: Aku percaya Allah tak bagi aku Ferrari sekarang ni sebab taknak jadikan aku seorang yang riak dan takbur. So, perlahan-lahan kayuh. Ada rezeki nanti. -

16 July 2013

Alvin & Vivian: They Done It Again!


Ok. To be honest, channel ni masih lagi dalam renovation process. Tapi aku tak sanggup jugak nak tengok channel aku ni sunyi sepi je. Nak-nak dalam bulan ni tak banyak langsung entry yang aku dapat postkan dan sememangnya dengan beberapa benda viral yang terjadi kat internet semenjak dua ni, aku terasa macam diseru untuk menulis pendapat aku.

Benda pertama yang menjadi viral adalah video budak perempuan yang "happy" sebab baru couple seminggu tu. Tapi bukan topik tu yang aku nak tulis hari ni. Ha, tunggu je la nanti ye, aku ada jugak nak tulis sesuatu mengenai video tu. Ko tunggu ye... ko tunggu.

Buat masa sekarang aku lebih concern dengan perkara yang pornstar Malaysia kita, Alvin & Vivian lakukan dalam bulan Ramadhan ni.

First, diorang keluarkan photo ni ke Facebook;


Aku pasti korang semua tahu apa itu Bak Kut Teh kan? Kalau tak tahu, klik SINI.

Pada mulanya, aku ingat mereka ni cuba nak pelbagaikan kemeriahan etnik bangsa yang ada di Malaysia dengan kebodohan mereka dan sememangnya mereka just ingin main-main sahaja dan tiada lebih daripada itu. Tapi, in fact, ia tetap jugak menimbulkan kemarahan daripada pelbagai pihak terutamanya orang Islam di negara kita ni. Mau nye tak, isu makanan halal memang dititik beratkan dalam negara kita dan ia menjadi sesuatu yang sensitif untuk dihebahkan. Nak-nak pulak diorang selambe je associate dengan bulan paling mulia disisi agama Islam. Memang sadis la kena herdik dan maki. Even aku pun, ada terasa marah dan tergelak pun ada dalam satu masa yang sama.

And then, diorang post pulak video minta maaf kepada semua pihak yang tersinggung.

Boleh lihat video mereka di bawah;


Aku terharu jugak bila tengok video ni sebab it takes courage untuk meminta maaf secara open dan mengaku kesilapan mereka. Dan as a muslim, aku pun akan memaafkan mereka kerana dalam Islam yang indah ini, kita diajar untuk mempraktikkan sikap bermaafan sesama insan. Some might say, even kita maafkan mereka pun, mereka perlu diambil tindakan sebab mereka semakin melampau dan harap ianya akan menjadi pengajaran kepada yang lain supaya jangan mempersendakan mana-mana agama sekalipun dalam negara ini.

Dan tidak kurang juga ada yang tak maafkan langsung, dengan menganggap luahan kecewa dan maaf mereka itu telah diskrip dan ekspresi wajah mereka pun tidak menunjukkan mereka ikhlas. So, it's up to you guys nak fikir macam mana. Tetapi, boleh jugak kita kita kirakan yang rata-rata mereka di Facebook merupakan golongan option ketiga, iaitu golongan yang tidak memaafkan mereka.

Ini jelas dengan jumlah report abuse yang dikenakan pada mereka cukup untuk Facebook membatalkan akaun mereka. So, mereka come out pulak dengan tweet di twitter seperti berikut;


So, you guys decide. Adakah mereka sebenarnya ikhlas dengan 'kemaafan' mereka atau tidak? Atau mereka bersikap sebegini disebabkan tindakan orang yang tidak boleh menerima kemaafan mereka dengan report page mereka sehingga terbatalnya akaun Facebook mereka.

Walau macam mana pun, terdapat tauladan yang boleh diambil dari sini sebenarnya.

First, jangan buat sesuatu yang bodoh. Terutama sekali jika ia melibatkan agama, politik dan bangsa. Kita harus menjadi sensitiviti semua kaum. That's what keep us bind all these years.

Second, ikhlaslah bila meminta maaf. Sebuah kemaafan itu akan disambut baik jika kita ikhlas dan berjanji tidak akan buat lagi. Mengkeji dan tidak menerima hukuman di atas kesalahan sendiri merupakan sesuatu yang memalukan.

Third, it's a damn bad decision untuk jadik sex icon. Lagi-lagi di Malaysia. Orang kat sini tak akan sokong punya. Nak-nak pulak, dengan muka yang takde market langsung. Lainlah negara luar yang memang terdapat industri sebegitu.

Last but not least, banyak cara lain nak dapatkan populariti. Cara ini sangat keji, ok?

p/s: Haaa... budak yang baru couple seminggu tu, siap. Kang aku nak menulis pasal ko dengan golongan-golongan ko jugak.

10 July 2013

Salam Ramadhan al Mubarak!


Ye.. Ramadhan datang lagi. Dan aku rasa sangat best.

Di kesempatan ini aku ingin menyusun 10 jari meminta ampun dan maaf sekiranya terdapat salah aku terhadap korang, pembaca yang aku sanjungi sekalian sepanjang aku menulis di channel The Kufazuke Show ini. Ye la kan, aku tak tahu. Kadang-kadang mesti ada yang tak senang dengan apa aku tulis. Atau tersinggung dalam apa jua bentuk sekalipun. Maafkanlah aku.

Aku juga manusia biasa yang tidak lari daripada membuat kesalahan dan sempena bulan yang mulia ini, aku harap kita semua dapat melupakan yang keruh dan ambil yang jernih hendaknya. Marilah sama-sama kita maximize-kan bulan ini dengan amal-amal yang akan dibalas berganda-ganda dan semoga kita semua dapat merasai limpah rahmat-Nya.

Jom kita puasa! Dan jangan lupa solat terawih ok?


Salam Ramadhan,

The Kufazuke Show.

01 July 2013

Renovation Ahead!!


Hai semua... Wow.. tak sangka sekejap je masa berlalu kan? Aku ingat lagi saat di mana aku dan wife aku menyambut tahun baru di Dataran Merdeka dulu. Tup, tup.... sekarang dah masuk bulan Julai dah! Dan Ramadhan al-Mubarak pun akan menjelma tak lama lagi.

Seiring dengan itu, dalam sanubari ni tersedar betapa usia juga semakin lama semakin meningkat. Walhal perjalanan dan destinasi seakan masih jauh untuk dikejar lagi. Tapi takpe. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menghargai setiap detik yang aku lalui kini. Kerana kita tidak tahu bila kita akan lalui detik-detik itu lagi.

Aku rasa it's time untuk tukar sikit wajah channel aku ni. Terasa macam dah lama sangat pulak aku pakai layout sebegini dan aku inginkan satu wajah yang lebih gah dan tenang pulak. Tukar angin lagi. Mana tau boleh dapat ilham yang lebih baik pulak ke kan. Haha.

Dan kemungkinan, aku pun akan menjadi lebih sibuk lagi kerana sedang mengusahakan satu projek bersama comrades lain yang akan aku nyatakan kelak. Inshallah. Aku harap dipermudahkanlah perjalanan kerja itu.

So, sebelum itu, aku ingin ucapkan billion-an terima kasih kepada semua pembaca-pembaca yang sudi jenguk channel aku ni yang tak seberapa ini (rendah diri itu sifat yang mulia). Tanpa korang semua, aku seakan tiada mood untuk berjuang dalam dunia blogging ini dan kepada yang sudi kongsi-kongsi dengan aku untuk bahan tulisan di dalam ini, terima kasih sangat-sangat. Aku hargainya.

So, aku akan berada dalam proses penukaran layout dan banner dan akan start menulis kembali selepas selesaikan nya. Harap korang semua sudi lagi untuk menjenguk dan belek-belek archieves post-post yang lain ok?

Sekian, terima kasih.


Let's Interact!

me>